Intan payung kami...

Monday, 11 June 2012

Bab 13 : Bila Cinta Terukir Di Bintang

(Dua bab diupdate pada hari ini... selamat membaca! bab ni pun tak sempat nak edit dulu. Maaf kalau ada kesalahan sana sini.)

Bab 13

Pagi tadi aku datang kerja dengan gembira, lepas tu aku tak gembira dan sekarang aku gembira balik. Tak sangka dalam teruk Encik Amar tu ada juga baiknya. Aku tersenyum sendirian menatap skrin komputer. Tiba-tiba sahaja mood untuk buat kerja jatuh merundum sekarang mood hendak bercuti pula datang.  Aku segera mencapai telefon bimbit kemudian segera menaip pesanan ringkas untuk Yatie dan Hara…
“Kau orang, aku ada berita gembira. Kalau nak tahu syaratnya kau orang kena apply cuti selama dua hari, khamis dan jumaat ni.’ Aku tersenyum puas kemudian menekan tanda ‘send’.
Tidak sampai beberapa minit telefon bimbit aku berbunyi…
‘Kau nak kahwin ke?’ – Yatie
‘Ada anak raja datang pinang kau ke?’ – Hara
Aku mengekek. Kemudian tekan tanda ‘reply’
‘Dah apply cuti ke belum?’ kemudian aku menekan tanda ‘send’.
Aku ketawa lagi, seronok kenakan budak berdua ni. Selama ni kau orang nak mainkan aku dengan kiriman bunga kan, kali ni kau orang rasa!
Aku perasan Suhaila mencuri pandang pada aku. Mungkin dia tertanya-tanya kenapa muka aku ceria semacam. Atau mungkin dia bertanya-tanya sama ada aku dipindahkan ke Sarawak atau pun tidak. Tak apa Suhaila, kau nak lapor apa sahaja pada Encik Amar pun aku tak kisah, sebab pertama… Encik Amar nak taja percutian aku dan sebab kedua… balik bercuti nanti aku akan cari kerja lain!
“Su…” panggil Encik Amar di muka pintu biliknya. “Awak dah siap?”
“Siap?” Suhaila terpinga-pinga memandang wajah Encik Amar.
“Kan kita ada lunch dengan klien hari ni, saya nak awak ikut sama. Kenal-kenal dengan mereka, nanti senang nak buat kerja.”
Encik Amar dan Suhaila nak keluar? Wah! Seronoknya. Aku mencuri pandang pada Kamilah dan Nina. Serentak mereka juga memandang aku. Dari riak wajah mereka aku tahu mereka gembira. Mana tidaknya, Suhaila punya tegas dan poyo mengalahkan bos besar! Kalau budak berdua tu buka facebook mesti dia akan mula mengarah itu ini sedangkan bukan ada kerja sangat sekarang ni.
Aku menoleh pada Suhaila, kami bertentang mata. Dia tersenyum seakan mengejek pada aku.
“Kita lunch kat mana bos?” Tanya Suhaila pada Encik Amar.
Encik Amar menghembus nafas, “Awak book mana-mana hotel. Special sikit tau.” Pesan Encik Amar.
Aku dapat lihat hidung Suhaila mula mengembang, huh! Banggalah konon tu. Ada aku kisah kau nak makan kat mana dengan siapa? Kau berdua tak ada di pejabat sudah lebih seronok dari pergi makan dengan klien yang mengada-ngada tu. Asal bagi projek je nak minta belanja sana-sini.
Aku membiarkan Suhaila dengan perasaan syok sendirinya. Aku terus menanti balasan dari Yatie dan Hara. Lambat pula kali ni, selepas lima belas minit telefon bimbit aku berbunyi.
“Okey, nasib baik aku dapat cuti. Kalau berita tu tak gembirakan aku siap kau!’ – Hara
Selang beberapa minit aku terima pula pesanan ringkas dari Yatie berbunyi – ‘Aku ambil unpaid leave tau! Kalau aku tak gembira dengan berita kau tu kau kena bayar dua hari aku tu!
Aku ketawa mengekek kemudian membalas – Percayalah, kau akan peluk aku bila aku bagi tahu kau orang. – Hantar.
‘Bagi tahulah sekarang.’ – Yatie
‘Tak kuasa aku nak peluk kau!’ – Hara
‘Aku bagi tahu kat rumah nanti.’ – hantar kepada Yatie
‘Fine! Kalau kau tiba-tiba peluk aku kau kena belanja aku makan pizza dua keping. Large!’ – hantar kepada Hara.
‘Fine!’ – Yatie dan Hara.
Aku letak telefon bimbit dalam laci. Terlihat Suhaila sudah pun berkemas-kemas mahu keluar dengan Encik Amar.
“Nadia, kalau ada apa-apa urgent kau telefon aku nanti.” Pesan Suhaila sebelum keluar.
Sebaik sahaja mereka keluar aku, Kamilah dan Nina bersorak gembira. Masing-masing segera membuka laman sosial. Bila hati gembira, masa berlalu pun aku tak sedar. Bila aku pandang jam di dinding dah hampir pukul satu tengahari. Yeh! Dah nak masuk waktu rehat. Waktu rehat nanti aku nak minta Kamilah tolong tapau nasi, aku nak cari maklumat pakej percutian di Pulau Perhentian.  Sedang aku asyik membelek dari satu laman sesawang ke laman sesawang lain, tiba-tiba telefon di meja aku berbunyi, aku segera angkat.
“Kak Nadia, ada orang nak jumpa akak.” Terdengar suara Ain gadis penyambut tetamu.
“Siapa?” Aku tengah sibuk membelek facebook ada pula yang nak datang kacau.
Delivery boy.”
“Nak hantar bunga ke?”
“Entah, tak nampak bunga pun.” balas Ain.
“Baiklah.” Aku segera letak telefon dan bergegas turun. Apa pula Yatie kirim ni?
Sebaik sahaja aku sampai di lobi aku lihat budak lelaki yang pertama kali hantar bunga dulu tersenyum pada aku.
“Kak, seperti biasa tanda tangan kat sini.” Budak itu hulur resit penghantaran pada aku kemudian dia mengeluarkan sekuntum bunga ros yang dibalut dengan kertas yang sama. Hari ni bukan isnin, kenapa dia bagi bunga? Aku merenung bunga ros itu dengan penuh tanda tanya, kenapa Yatie nak bazirkan duit ni? Cukup-cukuplah, aku dan Imran pun dah putus.
“Kak..” panggil budak itu sekali gus mematikan lamunan aku. Aku terus menyambut borang itu dan menurunkan tanda tangan. Ain tersenyum-senyum memandang aku.
“Dik, boleh akak tanya?” Aku memandang wajah budak itu dengan serius.
“Tanyalah kak.” Budak lelaki itu tersengih.
“Siapa yang kirim bunga ni?”
Wajah budak itu kelihatan serba salah, “Rahsia, kak.” Dia tersengih lagi.
“Alar, nak rahsia apanya. Cakaplah siapa?” aku cuba memujuk. Memang aku yakin sangat bunga ni Yatie dan Hara yang hantar. Tapi… entah kenapa hati aku tetap gatal nak merisik dengan budak penghantar ni.
“Bahaya kak, kalau saya bocor rahsia nanti saya kena buang kerja, sebab tak amanah.” Balas budak lelaki itu lagi, kali ini wajah dia serius.
Mahu tergelak pun ada, tapi aku tetap nak menguji budak ni. “Okey, adik cakap lelaki atau perempuan je. Lepas tu akak tak tanya lagi.” aku cuba memujuk, menaik-naikkan kedua keningku padanya.
Budak itu menghela nafas berat, biji halkumnya kelihatan bergerak-gerak. Dia menoleh ke kiri dan kanan, sebaik sahaja dia melihat wajah Ain dia segera menarik aku berada jauh sedikit. Wah, rahsia sungguh ni.
“Lelaki.” Bisik budak itu di telingaku.
Aku tersentak, memandang curiga pada budak itu. “Cakap betul-betul dik, perempuan kan?”
Budak itu menggeleng, “Lelaki..” sekali lagi dia berbisik.
“Dia datang kedai adik ke?” aku pula berbisik.
Dia mengangguk, kemudian menggeleng. “Kedai bos saya, saya ni cuma tukang hantar je. Saya belajar kolej lagi mana mampu nak buka kedai bunga kak.” Hesy, budak ni nak buat lawak pula. Aku menahan senyum, itu aku tahu. Tengok gaya pun aku tahu budak ni tak mungkin pemilik kedai bunga.
“Lelaki ni datang setiap pagi isnin hantar kad kecil ni dan bos saya dah tahu bunga mana nak dihantar. Lepas bagi kad kecil tu dia terus keluar tak ada cakap apa pun.” Jelas budak itu lagi.
“Tapi hari ni bukan Isnin?”
Budak itu mengangguk. “Saya ada dengar dia cakap akak tengah bersedih, jadi dia nak gembirakan hati akak.”
Aku menghela nafas perlahan. “Siapa pula lelaki tu?” Aku mengaru kepala.
“Peminat akak lah.” Jawab budak tu tersengih-sengih.
“Hensem tak?” Aku tersenyum nakal menaikkan kedua kening.
Budak lelaki itu mencemik, “Tak.”
“Hah? Tak hensem?”
“Bolehlah… tapi bukan hensem sangat pun.” Jawab budak itu acuh tak acuh.
“Boleh bagi alamat kedai adik?” aku segera menghampiri meja Ain minta sehelai kertas darinya.
“Erkk… saya lupa alamat.” Jawab budak itu gugup.
“Bohong!” aku bersiap sedia untuk mencatat alamat.
“Tak boleh lah kak, ni pun saya dah banyak bocor rahsia ni. Kalau dia nampak akak datang kedai kami naya saya kak. Kesianlah saya, susah tau nak dapat kerja sambilan yang gaji mahal sekarang ni.” Rayu budak itu.
Alahai kesihan pula aku tengok muka pucat dia. Aku serahkan balik kertas pada Ain. “Okey, tapi boleh tolong akak tak?”
“Apa lagi kak?” Budak itu menarik wajah masam.
“Bagi tahu kat lelaki tu, esok akak cuti… emmm.. selama seminggu. Jadi bagi tahu dia jangan hantar selama seminggu ni. Nanti membazir je.”
“Akak nak pergi mana?”
“Lari.” Jawab aku sekadar mengusik.
“Lari ke mana?” wajah budak itu kelihatan serius percaya dengan kata aku.
“Akak cuti, nak rehatkan minda.”
“Wah, bestnya cuti kat mana?” sampuk Ain.
“Itulah, akak tengah fikir ni. Ain pernah pergi Pulau Perhentian tak?” aku memandang Ain, terlupa seketika dengan budak penghantar itu.
“Pernah, best kak. Kalau akak nak pergi nanti saya bagi contact nombor orang yang susun percutian tu.” Ain membelek-belek bakul kecil di atas mejanya yang mengandungi bermacam jenis kad. “Ini dia..” sekeping kad putih di hulur padaku.
“Hari tu saya menginap kat Shari La Resort, best juga kat situ.” Jelas Ain lagi.
Aku membelek nama pemilik kad itu, “Terima kasih Ain, nanti kalau akak nak ke sini akak hubungi orang ni.” Aku ingin melangkah pergi, tiba-tiba aku teringat sesuatu… “Budak tu dah balik ke?” aku bertanya pada Ain.
“Dah, macam lipas kudung dia lari tadi, mesti takut kalau akak tanya banyak lagi tu.” Ain tergelak kecil, aku turut sama ketawa dan terus berjalan menghampiri tangga.
“Kak.” Panggil Ani mengamit aku menghampirinya. Aku berhenti melangkah memandang kehairanan.
“Nanti kalau akak sampai sana, akak sebut nama Ain tau… nanti orang ni boleh bagi diskaun kat akak.” Ain tersenyum meleret.
“Betul ke ni?” soal Aku terperanjat. Ain mengangguk.
“Terima kasih banyak-banyak! Sayang Ain!” aku terlonjat gembira.
“Ala… itu saja yang saya mampu buat untuk gembirakan akak. Sedih pula saya tengok akak asyik murung je akhir-akhir ni.” balas Ain berwajah simpati.
Aku tersenyum, “Jangan risau… balik cuti ni akak mesti gembira macam dulu.”
“Pastikan cari penganti kat sana ya!” pesan Ain.
“I will!” aku terus meninggalkan Ain.

Bersambung pada pagi esok..... :) Janji! Insya-ALLAH :). Terima kasih semua kerana sudi melayan BCTDB! (>‿♥)










10 comments:

mizz acu said...

Tetibe nyammpah gila ngn suhaila tu.. Nadia ni.. Kna kuatla xpyh pikir pasal imran tu.. Xkmana pon dia ngn maisara tu nti.. Eii, nympah!

NurAtiZa said...

Gediklah Suhaila tu...
Story ni best...tak sabar nak tunggu next entry...#^_^

Hany Nafisya said...

weee... bercuti! tapi, bila baca fasal mamat hantar bunga yg tak berapa hensem tu, mulut dah cakap, "alahhhhhh..." nak yg hensem je. hahaha :P

syira destroyer said...

aaaaa knpom jmpe jodoh kt pulau perhentian nnti kan kan kan :)

Juliaesqa said...

Mizz acu - tak jumpa pganti lagi tu.. nnti dah jumpa sekelip mata jee Imran lenyap.. haha..

NurAtiza - Terima kasih, nanti sambung ya.. :)

Hanny - hahaha.. tunggu nnti jgn terkejut..haha. :P

Syira - kikiki... :P, jodoh ni kadang2 kena cari, tak boleh tunggu je nnti lambat sampai.. hehe.

Pena Tumpoi said...

wohohoo!!!! *buat lompat bintang*
Caya lah Nadia.

farahusain said...

kenapa aku macam nak terasa je dengan komen ko pada Syira Destroyer tu? Cis betul!

Juliaesqa said...

Pena Tumpoi - hehe...

Farah Husain - haha.. jgnla terasa, tuju kat Nadia je.. hahaha.

sweetrose maria said...

wah, semangat betul Nadia nak p bercuti ya..selamat bercuti ya Nadia, moga2x happy dan dapat jumpa prince charming kat sana ya..hehehe..^_*

Anonymous said...

Two Basic Tips to Opt for the perfect Model of Cameras Mango http://www.drdrebeatsgoodsale.com/ http://www.hollister-outlets4u.com/ http://www.burberry1856mall.com/ 7 lbs . alongside only two. burberry sale hollister dr dre beats That began together with the outsourcing of automobile portions manufacturing long term contracts that will subcontract providers. African mango plant can certainly cheaper "bad" LDL cholesterol ranges and also decrease glucose levels! Krogs Kamp- Fishing it isn't just their own golden technologies simply because riding, airfare observing, glacier attractions along with kayaking are some of the journeys you can do when you are through Krogs Kamp. Trolling is easy a sufficient amount of should you apply reason when you use the machine. Upon sitting his or her initially constitution fishing-boat, theyll enjoy the most effective publications which are in addition pro fisherman on Alaska.