Intan payung kami...

Tuesday 10 April 2012

Bab 6 : Bila Cinta Terukir di Bintang


Amaran : Cerita ini masih belum berada di peringkat final edit, kemungkinan akan ada banyak kesalahan ejaan, tatabahasa, penjodoh bilangan atau apa sahaja. Sebarang komen sila nyatankan di dalam kotak komen supaya mereka yg membaca bab ini sama-sama menyedari kesilapan2 itu dan mengetahui apa yg betul. Terima kasih. Sokongan anda amat kami hargai. - RSN

Bab 6

Aku tak puas hati!!

Aku tak puas hati. Petang ini juga aku perlu berdepan dengan Imran dan dia perlu minta maaf dengan aku! Walau pun dia cakap dia sibuk tapi aku paksa dia juga hantar aku balik petang ini.
Aku menunggu Imran di bawah pokok berhampiran pejabat, malas tunggu dalam pejabat nanti ada-ada sahaja kerja yang bos akan suruh aku buat. Dari jauh aku lihat kereta Honda milik Imran menghampiri aku. Aku terus duduk di bangku bawah pokok mengharapkan Imran keluar. Aku tak mahu berbual ketika dia memandu nanti dia tak boleh fokus dengan apa yang aku cakap.
“Kenapa tak masuk?” Imran menghampiri aku. Dengan kaca mata hitam membuatkan dia semakin segak. Hati aku yang mendidih sedikit sejuk tapi lekas-lekas aku panaskan balik dengan membayangkan wajah sinisnya saat aku menerima bunga ros tengah hari tadi.
“Awak tahu tak, awak buat saya sakit hati?” Aku berterus terang. Memang aku ni jenis tak boleh simpan marah lama-lama. Selagi aku tak luah selagi itu jantung aku tak tenang.
“Apa saya dah buat?” Imran memandang serius membuka kaca mata hitamnya. Seperti marah dengan tuduhan aku tadi.
“Saya tak tahu awak ni suka saya ke tak? Kalau saya ajak bertunang asyik berdalih…”
“Lar… tak habis-habis fasal ni ke?” Imran memintas memandang sebal pada aku.
“Bukan fasal ni saja… tapi fasal tengah hari tadi. Awak langsung tak kisah ada orang hantar bunga kat saya kan? Awak langsung tak cemburu. Teman lelaki apa awak ni? Memang betullah awak tak sayang saya lagi.” Aku menelan rasa sedih dan kecewa, menahan air mata dari gugur.
“Kenapa tiba-tiba awak nak mengamuk dan tuduh saya tak sayang awak ni?” Suara Imran sedikit meninggi.
“Awak tak cemburu, maknanya awak tak sayang lagi!”
“Takkan kerana itu awak nak tuduh saya tak sayang awak? Habis tu awak nak saya buat apa? Campak bunga tu dan pijak-pijak macam orang gila? Biar satu kedai makan tu tengok? Biarlah dia minat awak, habis tu awak minat dia ke?” Imran menjeling tajam pada aku. Wajahnya merah menyala.
Aku terdiam, “Mana ada saya minat dia, kenal pun tak.” Aku menjawab gugup, cuba merendahkan suara. “Tapi cara awak jawab pertanyaan Maisara tu macam awak langsung tak cemburu!” aku mula mendapat keberanian. Aku yakin aku betul, memang Imran tak sayang aku dan tak cemburu!
Imran mendengus kasar, “Awak nak saya cakap macam mana? Dah memang peminat awak kasi, takkan saya nak mengaku itu bunga dari saya pula. Nanti awak perli saya itu ini.” Suara Imran masih tinggi seperti tadi.
Hesy, kenapa jawapan Imran semuanya kedengaran logik ni? “Habis yang awak pegang tangan Maisara lama-lama tadi tu kenapa? Sebab awak berkenan dengan dia? Terpaku sebab dia lawa sangat? Sebab awak dah bosan tengok muka saya yang tak lawa macam dia?” aku dah mula mengarut. Tak apa, aku perlu luahkan apa yang ada dalam hati aku, kalau tidak sampai esok lusa pun hati aku tak tenang.
“Saya hairan dengan awak ni. Sejak akhir-akhir ni awak macam nak cari fasal dengan saya je.” Imran bersuara memandang curiga pada aku.
“Awak tak jawab lagi soalan saya tadi. Kenapa awak genggam tangan dia lama sangat? Dah jatuh cinta pandang pertama!” Hati aku semakin panas. Cemburu meluap-luap.
“Dia yang pegang lama bukan saya.” Balas Imran, air mukanya seperti menyembunyikan sesuatu.
“Bohong! Mana ada lelaki tak mahu pegang lama-lama. Awak tu yang pegang lama sangat, awak ingat saya buta? Saya nampak awak tenung dia tau, depan mata saya!”
“Eh, awak ni cemburu buta tau.” Marah Imran memalingkan wajahnya dari memandang aku.
“Yalah, saya sayang awak memang saya cemburu. Bukan macam awak, teman wanita ada peminta pun tak cemburu.” Puas hati aku.
“Saya malas nak layan cemburu awak tu, kalau nak balik cepat saya hantar.” Imran bingkas bangun.
Tapi aku masih duduk di bangku berpeluk tubuh. Aku masih tak puas hati. Aku nak dengar juga dia cakap yang dia sayangkan aku dan tak ada perempuan lain yang boleh gantikan tempat aku di hati dia. Tapi…
“Kalau awak tak mahu balik saya balik dulu…” Imran terus melangkah ke keretanya.
What! Aku masih tidak berganjak. Berani dia tinggalkan aku macam tu saja? Imran menghidupkan enjin keretanya. Menanti aku beberapa saat sebelum dia terus memandu meninggalkan aku seorang diri. Mesti dia akan patah balik dan pujuk aku. Lima belas minit berlalu bayang Imran masih tidak kelihatan. Aku memandang telefon bimbit. Tiada sebarang panggilan mahu pun pesanan ringkas.
Benci!
Benci kau! benci!!
***

Sampai saja rumah aku terus campak beg di atas sofa dan terus ke dapur ambil mangkuk, keluarkan tepung, butter, gula kastor, telur. Imran memang melampau!
Serbuk koko, serbuk penaik, coklat masakan, esen vanilla. Kalau dia tak suka aku kenapa tak bagi tahu je! Hesy, mana pula keju ni? Aku terus membelek peti sejuk yang penuh dengan segala makanan dan minuman.
Tiga jam berlalu, dua biji kek keju dan satu talam cup cake berjaya aku siapkan. Sebalang biskut akan siap dalam masa satu jam lagi. Hanya baking dapat membuatkan hati aku yang resah gelisah sedikit tenang. Sebaik sahaja melihat cup cake yang mengebu dan menghidu wangian biskut chip coklat, aku tersenyum senang.
“Kau break-up dengan Imran?” tanya Hara sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya membulat melihat deretan cup cake dan biskut di atas meja makan.
Serve yourself.” Ujarku tanpa menjawab pertanyaan Hara. Aku terus menekan-nekan biskut mengikut bentuk hati lalu di letakkan di atas tray .
Hara mencapai cup cake kemudian menapak ke arah sofa. Tidak sampai lima minit muncul pula Yatie di ruang tamu, juga baru balik dari kerja.
“Lambatnya kau orang balik hari ni?” soal aku sekadar berbasa-basi, sambil meneruskan kerja-kerja aku tanpa mempedulikan pandangan pelik dari Yatie dan Hara.
“Hara, kau ingat tak tahun lepas?” Yatie memandang Hara. Aku masih dengan kerja-kerja membentukkan biskut tidak mempedulikan keduanya, aku tahu ni mesti nak perli aku ni!
“Pasal apa?” Soal Hara mengaru kepala.
“Ada satu minggu tu kita asyik makan biskut dan kek tu?” balas Yatie sambil mencapai sebiji kek cawan.
“Ya, yang tu mesti aku ingat. Masa tu Nadia bergaduh besar dengan Imran. Aku ingat dah putus tapi sampai sekarang tak putus.” Ujar Hara menjeling pada aku.
Aku mencemik, membawa tray ke oven.
“Ni mesti gaduh lagi ni.” balas Yatie mengekek sambil menyuap kek cawan ke mulutnya.
“Atau dah putus.” Celah Hara sambil mencuit lapisan atas kek keju dengan jari telunjuknya. “Emm… sedap gila! Beb, hulur pisau… dah lama aku tak makan cheese cake kau.” Ujar Hara. Aku menghulurkan pisau pada Hara.
“Kau patut buka kedai kek tau, kek kau memang sedap… gebu… kalah Secret Recipe tau!” tambah Hara lagi sambil menyuap kek tersebut ke dalam mulutnya sambil kedua biji matanya terpejam rapat.
“Kan, sebab tu aku nak sangat kau cari teman lelaki lain. Kalau dengan Imran ni kau jarang bergaduh jadi makin jaranglah aku nak merasa kek.” Balas Yatie tersengih.
“Kau ingat tak masa dia bercinta dengan budak despatch tu, tiap-tiap minggu kita makan kek free, kan?” tambah Hara pula sambil menjilat jarinya. Yatie mengangguk laju.
Aku mendengus kasar. “Kau orang tahu tak, aku dah gaduh besar dengan Imran! Aku benci dia!” jeritku sambil melenyek-lenyek doh biskut sekuat hati terasa seperti aku sedang melenyek-lenyek kepala Imran. Puas hati aku!
“Kenapa ni? Semalam elok je… cer citer kat aku.” Ujar Hara sambil memotong kek.
“Kau tahu tak dia tak cemburu pun kat aku. Pulak tu depan aku boleh dia main mata dengan pekerja baru yang cantik dan seksi gila. Bila aku tanya dia tak mengaku, katanya perempuan tu yang pegang tangan dia lama.” Ujarku sebak. Aku bergegas menuju ke sofa, tinggalkan doh biskut yang separuh siap dilenyek.
“Menarik ni.” Hara mengekori aku bersama sepotong kek di tangannya.
“Apa yang menariknya! Aku dah ada saingan yang jauh lebih cantik dari aku. Sah-sah aku akan kalah, silap-silap hari… sampai sudah dia tak mahu pinang aku!” Suara aku tersekat-sekat.
“Wah, ini memang berita gempak ni.” Yatie turut sama menghampiri kami.
“Yatie! Thank you so much for your effort. So sweet, tapi Imran langsung tak cemburu! Aku benci, lepas kami gaduh tadi dia tinggalkan aku macam tu je tadi. Lima belas minit aku tunggu aku ingat dia patah balik nak pujuk aku ke… tapi, tak!” aku memukul geram bantal kecil hiasan sofa.
Hold on… hold on… thanks what? I don’t get it?” Yatie memandang aku dengan wajah berkerut-kerut.
“The ros you send it to me… it-really-sweet-idea, okey! But Imran doesn’t jelaouse at all! That make me sick!”Aku mencebik.
“Wait… what ros?” Yatie memandang hairan padaku dan Hara.
Aku mendengus kasar, “Hara tolong ambil beg aku tu.” Lupa ingatan betul, atau dia minta hantar bunga lain tadi?
Hara menghulurkan Gucci secondhand milik aku, walau pun secondhand tapi aku sangat sayangkan handbag ni. Kalau dah buruk pun aku akan letak dalam frame dan gantung dalam bilik aku. Beg ini merupakan handbag pertama aku dan sehingga kini aku tak pernah ganti. Sayangnya aku pada handbag ini sama seperti sayangnya aku pada teman lelaki aku.
“Ni… bunga yang kau kirim ni. Boleh dia tak cemburu langsung bila dapat tahu aku ada peminat?” aku memandang sebal pada Yatie. Menyapu sisa air mata.
“Wow… so sweet.” Yatie membaca kad kecil yang tergantung pada tangkai bunga ros tersebut. “Eh, kejap… kau cakap ini bunga aku kirim pada kau?” Yatie memandang aku dengan wajah berkerut.
Aku mengangguk.
“Apa ke jadahnya aku nak hantar bunga ni kat kau? Euww…” Yatie mencemik.
Berkerut dahi aku memandang wajah Yatie, “Kau terima sms aku, kan? Aku minta tolong kau susun adik kau datang jumpa aku dan cakap nak berkenalan dengan aku depan-depan Imran supaya Imran cemburu.” Aku cuba mengingatkan kembali Yatie yang mungkin dah lupa ingatan.
“Ya, memang aku ingat. Tapi kau ada terima balasan dari aku yang aku cakap adik aku ke Putrajaya tak boleh nak tolong kau…”
“Yalah, aku ada terima lepas tu kau cakap nanti kau fikirkan sesuatu…” aku segera memintas cakap Yatie.
Yatie mengangguk, “Dan… sampai sekarang ‘sesuatu’ tu masih tak ada dalam fikiran aku.” Balas Yatie memandang wajah aku serius.
“Habis tu… siapa hantar bunga ni?” Aku bertanya.
Serentak aku dan Yatie memandang Hara.
“Eh, aku tak terlibat apa-apa dalam kes ni. Aku tak tahu apa-apa pun, kau berdua tak berpakat dengan aku pun?” Hara memandang kami bersilih ganti.
“Kau ada bagi tahu dia?” Aku tanya Yatie.
“Tak ada, kau?” tanya Yatie.
Aku menggeleng.
“Habis… siapa bagi bunga ni?” Tanya Hara.
Serentak aku dan Yatie menaikkan kedua bahu.
“Kau tipu aku ni, entah-entah kau orang berdua memang rancang semua ni dan saja tak nak bagi tahu aku supaya aku syok sendiri dan give up dengan Imran, kan?” Aku tersenyum mengejek pada Yatie dan Hara.
“Mana ada!” serentak Yatie dan Hara menepis tuduhan aku.
“Tak kuasa aku nak buat semua tu. Pulak tu nak beli bunga ni? Dan tulis nota macam ni?” Yatie membelek kad kecil itu lagi. “Sweet… siapa agaknya? Kau agak-agak siapa?” Tanya Yatie bersungguh-sungguh ingin tahu.
“Dahlah Yatie, kau jangan nak main-main dengan aku. Aku tahu ni memang kerja kau orang berdua.” Bijak sungguh mereka berlakon sehingga aku tak dapat kesan langsung garis menipu di wajah mereka berdua.
“Nadia, sungguh bukan kami hantar.” Balas Hara serius.
Aku tergelak kecil melihat wajah Hara dan Yatie yang betul-betul berjaya buat aku keliru. “Okey, what ever… tapi thanks a lot sebab kirim bunga ni kat kedai makan. Tak fasal-fasal aku jadi perhatian lunch hour tadi. Yang seronoknya, ramai perempuan cemburu tengok aku dapat bunga ni.” aku tertawa kecil sambil menyapu sisa air mata di pipi.
Yatie dan Hara saling berpandangan. Cukuplah! Jangan nak berlakon lagi… aku tahu kau orang berdua memang saja nak kenakan aku.
“Tapi… aku tak puas hati sebab Imran tak cemburu!” wajah ceria aku kembali murung.
“Kau orang tahu… hari ni pejabat aku terima pekerja baru. Cantik mengalahkan artis! Dan dia pun ada masa kat kedai tu. Dia puji Imran cakap Imran romantik sebab bagi bunga kat aku, tapi… kau tahu tak, boleh Imran beria-ia jelas kat perempuan tu yang bunga tu bukan dia bagi tapi peminat aku!
 Kalau kau di tempat aku, kau kecil hati tak bila teman lelaki kau cakap macam tu? Pulak tu masa mereka berkenalan boleh masing-masing bergenggam tangan lama depan mata aku… saling berpandangan pulak tu! Kalau kau orang cemburu tak?”
“Kalau aku dah dapat bunga macam ni punya sweet memang aku tak cemburu.” Yatie tersengih-sengih sambil mencium berkali-kali bunga ros merah itu.
Hah? Aku melopong memandang Yatie.
Hara mengangguk, “Kalau aku… sekarang ni aku dah fikir siapa agaknya peminat misteri aku ni.” Hara juga tersengih-sengih, berkhayal seperti baru saja disembur dengan minyak guna-guna!
“Kau orang berdua ni kenapa? Takkan nak syok sendiri dengan bunga yang kau orang kirim!” Hesy! Tak guna betul!
“ ‘You’re the one’…” Hara membaca sekali lagi kad kecil itu, “… so sweet. Tulisan dia pun cantik, kemas… mesti orangnya hensem ni.” Sekali lagi Hara merenung kad kecil itu.
“Kau lupakan Imran, mulai hari ni kau kena siasat siapa pengirim bunga ni.” Cadang Yatie.
“Yalah tu… memang itu yang kau orang nak aku buat selama ni kan, tinggalkan si Imran tu. Jangan harap aku terpedaya dengan kau orang berdua!” Aku bingkas bangun terus ke dapur. Dari melayan dua orang yang tak habis-habis nak berlakon lebih baik aku melayan biskut-biskut aku ni.
“Bunga ni kau tak nak ke?” Tanya Yatie.
“Kau simpan sampai kering lepas tu kau framekan…” balas aku sebal. Menyampah! Agak-agaklah kalau nak kenakan aku pun, macam aku tak tahu rancangan mereka.

BERSAMBUNG...
With....
 
 
(¯`v´¯)
.`·.¸.·´ ¸.·´¸.·´¨) ¸.·*¨)
(¸.·´ (¸.·´ .·´ ¸Mrs J

11 comments:

syira destroyer said...

hishhh..char kew teau pnye imran...

tolong matikn watak die cpt2...rse nk uli2 mulut die tu..

Hany Nafisya said...

sejak baca cerita neh tadi, paling suka part yg ada benda comel jerit benci kau tu. hehehe :)

Farahusain said...

hoh! sanggup dia blah macam itu aje? cepatlah hero sebenar muncul!!!

Mrs J said...

haha.. tgh kumpul kekuatan nak 'bunuh' dia.. haha.

Mardihah said...

nak bunga tu. hehehehe

Mrs J said...

Hany Nafisya - hehe.. terpaksa guna kartun tu.. geram sgt.

Farah Husain - lain kali kalu dpt bf mcm tu, cepat2 blah tau!! haha.

Mardihan -yg mana? hehe.. sila2.

sweetrose maria said...

Imran owh Imran..dia ni memanglah kan..tak ada perasaan langsung..memang geram habis dekat Imran ni..:)


p/s : ada kesilapan ejaan "Bukan macam awak, teman wanita ada peminta pun tak cemburu"-sepatutnya peminat kan..:)

Mrs J said...

Terima kasih Sweetrose, nanti saya betulkan dlm manuskrip. Terima kasih ya, saya pun tak perasan kalau tak bagi tahu. :)

zie omar said...

hurmmm...siapa agaknya peminat misteri tu..

Anonymous said...

yatie tu sape...mane wtak miza house mate dia sebelum ni...

Julia Esqa said...

Anonymous - alamak, lupa nak umum, saya dah tukar nama Miza jadi Yatie. Sbb kalau saya guna Miza saya selalu tertukar ngn Hara sbb belakang nama tu huru 'a' (saya mmg mcm ni, kalau nama ejaan ada huruf hampir sama mmg cepat keliru :P)