Intan payung kami...

Friday 16 March 2012

Prolog : Cuit-cuit Cinta





One could fall in love many times during the course of a lifetime, but the first rush of love always holds a special place in our hearts. The novelty, like the first drops of dew on an untouched leaf, of the feeling makes it special and unforgettable - Douglas Jerrold

Anda semua ingat tak, ada suatu masa dulu, kita pernah terpaut hati pada seseorang dan saat itu kita rasa dialah cinta sejati kita. Orang barat menggelarnya ‘first crush’. Satu perasaan asing yang muncul dalam hati kita saat kita terpandang seseorang yang berjaya menarik perhatian kita buat pertama kalinya. Si dia yang akan membuatkan dengupan jantung akan berubah irama. Setiap perlakuan kita akan berubah 180 darjah. Setiap hari, saat mata terjaga wajah dia yang akan terbayang di mata. Melihat kelibat dia walaupun cuma beberapa saat akan membuatkan hari kita terasa indah bak pelangi. Bila malam, saat mata kita mahu terpejam wajah dia adalah yang terakhir di ingatan. Kita ingin dia hadir dalam mimpi-mimpi kita. 

Aku percaya, setiap daripada kita pernah mengalaminya. Walaupun tahun berganti tahun namun si dia yang satu itu, sentiasa akan berada di satu sudut khas di dalam hati kita. Bila kita teringatkan dia, perasaan kita akan bercampur baur. Ada suka dan ada juga duka. Ada manis dan ada juga pahit. Namun kita masih mahu dia berada di sudut itu. Kita tidak mahu kehilangan dia.

Aku tergolong di antara mereka yang masih menyimpan si dia di dalam satu sudut khas di dalam hati aku yang kecil ini. Walaupun aku tidak tahu di mana dia hari ini atau apa yang sedang dia lakukan tapi aku tidak mahu dia ‘hilang’ kerana bagi aku, dia itu adalah seseorang yang begitu istimewa. Kerana dia adalah insan pertama yang mencuit hati aku dengan sebuah perasaan yang dinamakan cinta. ☆⌒(*^-゚)v ☆⌒(*^-゚)v

2 comments:

G3-lina said...

adakah lelaki dlm gambar tu seorg cartoon?

Unknown said...

asalnya bukan gambar cartoon. tapi selepas diedit dia menjadi cartoon pulak.