Intan payung kami...

Friday 16 March 2012

Bab 1 : Bila Cinta Terukir di Bintang


Bab 1



‘Life isn’t about finding yourself, life is about creating yourself.’ – George Bernard Shaw.
Tapi Siapakah George Bernard Shaw? Ayah aku ke? Atuk aku ke? Atau dia abang aku? Kalau kau orang nak tahu, sila google sebab aku tak akan bagi tahu siapa dia. Tapi betul ke apa yang dikatakan George tu?
Mungkin bagi orang lain tak berapa setuju dengan kata-kata ni tapi bagi aku kerana kata-kata itu aku kini berada di tengah-tengah bilik yang agak luas. Di kelilingi tingkap cermin, terbentang luas pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur.
Nun di sana tersergam indah Bangunan Berkembar Kuala Lumpur, mercu tanda kemegahan warga Malaysia. Langit membiru awan bertompok-tompok menambahkan lagi keindahan panorama hutan Kuala Lumpur melalui bangunan setinggi 25 tingkat ini, bangunan yang bakal menjadi taman ‘permainan’ aku. Mungkin.
Kenapa aku berada dalam bilik ini? Sebab aku dalam proses untuk membina diri dan masa depan aku. Ada dua perkara yang sangat penting dalam hidup aku sekarang, emm… selain oksigen. Pertama segera tamatkan status bujang, dan kedua… kerjaya!
Okey, perkara pertama tu mungkin tak ada masalah, sebab aku dan Imran dah bercinta selama lima tahun! Jadi, mungkin dalam tahun ni dia akan melamar aku (Syok sendiri?) siapa lagi dia nak melamar kalau bukan aku? Yalah lima tahun, kami dah kenal hati budi masing-masing dan aku pun dah malas nak kenal mana-mana lelaki, penat. Nak kena ulang segala proses mengenali diri pasangan, bukannya senang. Percayalah, aku berani kerat rambut aku yang panjang ni bahawasanya, Imran tak akn ada perempuan lain dan cinta dia tak mungkin beralih arah! Yakin seratus peratus!
Jadi kerana sebab kedua aku berada dalam bilik ni, bersedia untuk menangkis segala soalan demi untuk mendapatkan jawatan yang aku idamkan di sebuah syarikat yang terkemuka ini.
Aku tersenyum sambil membetulkan blazer yang dipinjam dari Hara, menanti soalan yang bakal ditanya oleh para penemuduga.
“Boleh ceritakan tentang latar belakang awak?” tanya wanita Melayu bercermin mata tebal, dengan tudung ala-ala Dato’ Siti Nurhaliza. Garis wajah menampakkan seperti dia berusia 40-an.
Aku senyum menarik nafas dalam kemudian bersuara. “Nama saya Nadia Husain umur saya 29 tahun tapi tiga bulan dari sekarang akan jadi 30 tahun… masih bujang.”
Sengaja aku tekankan perkataan ‘29’ tahun dan ‘masih bujang’. Sebab pertama, aku sangat takut dengan angka tiga ke atas (gosh!) dan sebab kedua pula, Miza nasihatkan aku jika mahu bina kerjaya binalah sebelum kahwin, sebab status ‘kahwin’ menyebabkan para majikan sedikit gerun. Kenapa? Biasanya orang kahwin kerap emergency leave
·      Anak sakit/demam/cirit-birit/daftar sekolah.
·      Suami demam/sakit/masuk hospital.
·      Mak mertua sakit/masuk hospital.
·      Pengasuh lari rumah tak ada orang nak jaga anak.
·      Tak boleh over time nanti pusat mengasuh pun nak charge over time dan charge mereka lagi mahal dari over time yang bos bagi.
Jangan marah aku, sebab yang buat semua senarai ini adalah Miza teman baik aku merangkap teman serumah aku yang buat kajian secara rambang di tempat kerjanya. Sama ada kajian dia betul atau tidak aku pun tak pasti.
“Berasal dari Seremban, kelulusan Diploma Pentadbiran… emmm.” Apa lagi ni? perlu aku bagi tahu berapa orang adik beradik? Ayah aku kerja apa? Mak aku kerja apa? hobi? Tiba-tiba aku boleh lupa segala tips temuduga yang aku baca semalam!
“Kenapa…” tiba-tiba Puan bertudung ala-ala Siti Nurhaliza mencelah. Wanita itu berhenti seketika kemudian melihat borang pemohonan aku sekali lagi dan kembali memandang aku.
 “Emmm… Cik Nadia ingin menyertai syarikat kami?” Dia memandang aku dengan wajah serius.
Alamak! Bukan ke sepatutnya dia tanya pengalaman aku dulu? Biasanya soalan ni di akhir sesi? Nak aku jawab ikhlas ke atau jawapan skema? Tapi emak ada cakap kalau kita jujur kita akan dibalas dengan kebaikan. Baiklah, kenapa aku nak kerja dengan syarikat ni?
1.   Sebab aku mahu gaji yang lebih besar dari sekarang.
2.   Aku dengar syarikat ni memang tak kedekut bagi bonus – syarikat aku kerja sekarang ni sangat kedekut! Lima tahun aku kerja, cuma dua kali saja aku dapat. Lagi tiga, kata bos… syarikat tenat! Boleh percaya ke? Aku tengok tiap-tiap tahun dia bawa keluarga dia makan angin sana-sini. What ever lah bos!
3.   Aku juga dengar, syarikat ni selalu buat trip melancong untuk staff ke luar Negara setiap tahun! – Yes! Selama ini asyik dengar Hara je bercerita jalan sana-sini, jealous aku!
4.   Sebab Emas Holding popular, jadi kalau ada orang tanya aku kerja di mana tanpa segan aku akan cakap “Emas Holding!” mesti mereka kagum dan akan buat baik dengan aku. Maklumlah, konon-konon nak jadikan aku ‘kabel’ mereka untuk dapat projek dengan Emas Holding.
5.                  Untuk buktikan kepada emak yang teori aku ‘Tak ada ijazah pun tak apa, asalkan ada pengalaman mesti akan dapat kerja yang bagus dan gaji yang besar.’

3 comments:

Anonymous said...

eeemmmm....menariknya.....bila nk kuar buku ni???

Anonymous said...

eeemmmm....menariknya.....bila nk kuar buku ni???

Mrs J said...

Ada org nak beli tak? :P