Intan payung kami...

Saturday 17 March 2012

Bab 2 : Bila Cinta Terukir di Bintang.


Bab 2
Ketika keluar dari bilik temuduga....

Sebaik sahaja selesai sesi temuduga hati aku seringan kapas. Aku melangkah perlahan keluar dari bilik sambil menarik nafas lega. Entah kenapa penutup sesi temuduga ini buat hati aku berbelah bahagi. Dari riak wajah mereka seperti tak puas hati dengan aku saja, tapi…  bila aku tengok calon-calon lain aku yakin aku yang paling berpengalaman.
Hesy! Aku tak boleh fikir negatif nanti aura negatif yang aku dapat. Baliklah! Aku sangat positif yang aku akan dipanggil untuk temuduga ke dua, sebab budak-budak yang menunggu di luar bilik macam budak-budak hingusan yang baru keluar universiti. Mereka bukan ada pengalaman pun, silap-silap tergagap mereka nak jawab soalan-soalan penemuduga. Aku tersenyum penuh yakin.
Tapi jangan nilai mengikut apa yang terpamer di luar, mungkin mereka lebih handal dari aku? huh! Aku mengeluh perlahan. Entah macam mana tiba-tiba idea paling best muncul difikiran aku. Yes! Aku akan pastikan akulah calon yang paling layak!
Aku membuka pintu bilik interview dengan penuh gaya, beg tangan Gucci di gantung pada lengan kiri manakala di tangan kanan aku mengelek fail pink kesayangan aku. Naikkan sedikit kepala, tegapkan bahagaian dada dan catwalk! Ketika melintasi sekumpulan budak-budak hingusan yang sedang berdebar-debar (mungkin) aku menghadiahkan senyuman yang paling-paling manis yang mampu aku buat dan berkata…
“Bye everyone… good luck!” aku terus melangkah dengan penuh gaya dan berkeyakinan. Sempat aku melihat wajah cuak mereka bila melihat aku tersenyum meleret. Yes! Aku yakin aku berjaya buat mereka bertambah gabra!
Okey! Kenapa aku buat macam tu? Kenapa aku tak buat saja seperti aku baru lalui satu interview yang paling teruk di dunia, atau aku buat-buat menangis bila keluar supaya mereka pun takut dan keyakinan mereka turun? Sebabnya :
1.   Ya, kebarangkalian mereka takut dan keyakinan mereka turun memang ada, tapi… mereka juga mungkin akan ketawakan aku. Lebih-lebih lagi kalau lepas interview tu mereka tak fikir itu interview yang paling teruk yang mereka lalui.
2.   Maruah adalah segalanya! So-i-never-and-ever! Malukan diri sendiri.
3.   Cara menunjukkan keyakinan aku pada mereka memang cara yang terbaik untuk buat mereka takut. Sebab pertama, mereka akan kagum dengan aku. Kedua… mereka mula terfikir mungkin aku akan dapat jawatan tu. Ketiga, bila mereka habis interview, mungkin mereka bertanda-tanya kenapa aku happy masa keluar tadi? Dan sampai bila-bila pun mereka tak akan tahu yang aku sebenarnya dah buat reverse psychology!
Aku turun ke ruang lobi bangunan Emas Holding. Suasana agak sunyi hanya kelihatan dua orang penyambut tetamu di meja di ruang legar itu yang menghadiahkan senyuman manis ketika aku melintasi mereka. Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Awal lagi, hari ini aku ambil cuti separuh hari tanpa gaji semata-mata mahu menghadiri temuduga. Aku merenung pintu masuk ke dalam bangunan ini, satu hari nanti aku akan melangkah masuk ke dalam bangunan ini dengan bangganya. Aku akan jadi seorang pekerja yang paling popular kerana kerajinan dan kebijaksanaan aku.
Siapalah tak bangga jadi sebahagian dari pekerja syarikat yang terkemuka di seantero Asia ini? Mendapat majikan yang sangat terpengaruh dan genius! Tentu sahaja ‘kegeniusan’ majikannya akan tempias pada pekerjanya dan salah seorang yang genius itu adalah, aku! Baiklah, cukup berangan!
***
Aku melangkah keluar dari ruang legar. Di kanan ruang kaki lima bangunan itu terdapat sebuah café yang sederhana besar, ramai yang sedang beratur ingin membeli makanan, mesti sedap kopi dan makanan di sini. Bau aroma kopi dan sandwich mengetuk selera aku. Tiba-tiba perut yang masih belum menjamah apa-apa terasa lapar gila.
Perkataan ‘Café Emas’ tertera pada setiap canopy di sekitar café, ini mesti café milik Emas Holding. Mesti pekerja Emas Holding akan dapat diskaun kalau makan di sini. Syoknya kalau aku ada kenal sesiapa yang kerja di sini, dapat juga aku kopi dan sandwich murah.
Aku turut sama beratur, aku perlu isi perut yang sedang berdendang ni lagi pun ada banyak masa lagi sebelum tiba waktu kerja. Seorang pekerja menghampiri aku dan mengambil order. Kemudian sehelai kertas dikoyakkan dari borang pesanan dan diserahkan kepada aku.
“Pamerkan kad pekerja anda untuk dapatkan diskaun 25%.” Aku membaca nota pada borang pesanan itu. Tak boleh jadi ni aku kena bayar 25% dari harga pekerja! Kalau aku tahu semahal ini baik aku pergi minum kopi di kedai mamak. Aku meninjau-ninjau melihat barisan di belakang aku yang semakin panjang. Macam mana ni? Order dah buat, nak keluar barisan malu.
Aku menoleh ke belakang, terlihat tag nama lelaki di belakang aku, driver, Emas Holding? Aku tersenyum, idea bijak tiba-tiba muncul. Perlahan-lahan aku mengundur dua tapak dan berdiri bersebelahan dengannya.
“Awak… awak pekerja Emas Holding kan? Saya baru kerja di sini saya terlupa bawa kad pekerja… saya masukkan order saya dalam order awak boleh? Nanti saya bayar.” Aku berbisik cuba mengelak dari melihat wajah pekerja Emas Holding itu takut nanti dia cam muka aku.
“Okey.” Jawab lelaki itu sepatah.
Yes! Jimat tiga ringgit. “Awak ambil tempat saya, ini order saya.” Sehelai kertas order dihulurkan kepada lelaki itu berserta dengan wang sepuluh ringgit.
Aku berdiri di sebelah, bukan apa mana tahu tiba-tiba lepas bayar dia bawa lari makanan aku. Sementara menunggu giliran aku mengeluarkan Majalah Gadis yang dibeli ketika menunggu bas pagi tadi. Kalau Hara nampak aku baca majalah ini mesti dia akan membebel panjang. Katanya, aku dah tua tak sesuai baca majalah untuk remaja. Ah! Peduli apa, usia saja tua tapi jiwa aku tetap muda! 

“10 tips untuk pastikan adakah si dia yang sebenarnya cinta hati anda?” Menarik ni, tak payah buat pun aku dah boleh tahu apa jawapannya. Tentulah Imran cinta sebenar aku, tapi apa salahnya aku cuba jawab soalan ni barisan pun panjang lagi.
Adakah anda sentiasa ingat hari lahirnya dan hari-hari penting dalam hidupnya? (Ya/Tidak) tak pasti
“Emmm… aku buat reminder dalam phone, jadi maknanya aku tak ingat tarikh lahir dia ke? Kadang-kadang aku ingat, tapi kalau aku tengah nak marah aku selalu juga terlupa sebab itu aku buat remainder.”
1.   Adakah dia pernah memaksa anda untuk membuat langkah yang serius dalam perhubungan sebelum anda sendiri bersedia? (Ya/Tidak)
“Oh my! Aku yang selalu paksa dia bila nak masuk meminang! So? Hesy… bukan salah aku, dah lima tahun kami bercinta jadi tak salah kalau aku push dia? Okey, tak apa baca next…”
2.   Anda selalu teruja bercerita tentang si dia dengan teman-teman dan keluarga anda. (Ya/Tidak)
“Teruja? Macam mana aku nak teruja, setiap kali aku sebut nama dia kawan-kawan aku mesti buat muka annoying… depan mak lagi aku tak berani nak sebut. Nanti tak fasal-fasal mak akan tanya bila dia nak masuk meminang.”
3.   Pernahkah anda benar-benar jujur dan merenung matanya ketika melafazkan kata ‘I love you’ kepada si dia (Ya/Tidak)
“Euww… aku tak pernah cakap macam ni pun? teruknya aku!”
4.   Pernahkah anda cuba bercakap tentang masa depan anda berdua dan si dia juga teruja seperti anda? (Ya/Tidak) tak pasti lagi.
“Nanti lepas kahwin, awak nak anak lelaki sulung ke anak perempuan sulung?” teringat soalan yang pernah aku tanya pada Imran.
“Mana-mana pun boleh.” Aku mengajuk jawapan yang diberi oleh Imran.
“Bersanding nanti kita nak guna tema apa ya?”
“Awak pilih.” Aku sendiri jawab, sekali lagi cuba meniru gaya Imran.
“Baju nikah kita pilih warna pink nak?”
“Awak suka warna tu?”
Aku angguk.
“Okey.” Sekali lagi Aku mengajuk cara Imran.
“Habis, jawapan dia tu kira macam mana? Sama dengan pandangan aku ke?” aku mula mengaru kepala. Kenapa susah soalan-soalan ni? Okey next
5.   Pastikan anda berasa selesa ketika bersama dengan si dia (Ya/Tidak)
 Yup! Ini memang aku sangat setuju. Aku sangat selesa sampai malas nak pakai makup dan pakai lawa-lawa setiap kali jumpa dengan dia. Yes! He’s the one!
6.   Sering beri kata-kata pujian kepada si dia walaupun apa yang dia buat itu tidak sehebat mana bagi si dia (Ya/Tidak)
“Erkk! Pernah ke? Tak pastilah… next.”
7.   Sentiasa menjadi pendengar yang setia terhadap si dia (Ya/Tidak)
“Oh shut! Dia yang asyik dengar aku membebel, dia tak pernah pula membebel apa-apa pun depan aku? Macam mana ni?”
8.   Anda sentiasa mengambil berat tentang dia, cth : Makanan kegemarannya, warna kegemarannya, apa yang dia suka dan tidak suka (Ya/Tidak)
“Tidak! Aku tak tahu apa-apa pun! Tapi dia tahu semua apa yang aku suka dan tak suka, dia tahu warna kegemaran aku…. jadi?”
Aku mengaru-garu kepala yang tak gatal, soalan apa ni dah masuk nombor Sembilan tapi asyik tidak saja. Nombor sepuluh mesti kena punya!
9.   Adakah si dia overly controlling. Lelaki begini tidak yakin dengan anda dan perhubungan anda berdua (Ya/Tidak)
What! Aku yang kontrol dia bukan dia kontrol aku! Jadi… aku tak yakin dengan dia ke?”
Jawapan : Jika ‘Ya’ lebih banyak dari ‘Tidak’, bermakna he’s the one. Jika ‘Tidak’ lebih banyak, anda perlu lakukan sesuatu!
“Gosh! Jawapan aku banyak tidak! So, he’s not the one? Tapi soalan yang aku tak tahu jawpan apa tu nak kira macam mana?” Aku mengaru kepala. Walau berpuluh kali aku baca tapi aku masih tak jumpa jawapan untuk soalan-soalan yang masih aku tak jawab.
  “Let say… dia yang buat test ni…” Aku memerhati sekali lagi soalan-soalan itu cuba menjawab bagi pihak Imran.
“My god, I’m not the one?” Glup! Jantung aku berdegup pantas. Tiba-tiba terasa hati aku bagai ditores dengan pisau yang tajam, sakit… pedih!
Agaknya sebab ini Imran asyik berdalih bila aku minta dia masuk meminang, sebab I’m not the one? Oh my god! Dia tak cintakan aku? Tapi kenapa dia tak berterus terang? Tak boleh jadi ni, mana mungkin dia tak cintakan aku?
Kami bercinta dah lima tahun. Kalau dia tak cintakan aku dah lama dia minta putus. Hesy, relax Nadia… jangan percaya sangat dengan soalan-soalan karut ni. Soalan ni bukan penentu cinta atau tidak, mengarut semua ni. Sama dengan ramalan bintang, karut… karut… karut!
“Cik… ini order cik dan ini balance.” Lamunan aku terhenti bila terdengar suara lelaki yang membantu aku dapatkan diskaun tadi.
Aku memandangnya sekilas kemudian menyambut tray yang dihulurkan berisi secawan kopi dan sebungkus chicken sandwich. Lelaki itu mengambil cawan kopinya dan kemudian terus berlalu.
“Encik…” belum pun sempat aku ucap terima kasih dia terus melangkah masuk ke bangunan Emas Holding, mungkin hendak masuk kerja balik. Tak mengapa, nanti bila aku dah dapat kerja sini aku akan cari dia… ‘Terima kasih… Mr Driver.’

BERSAMBUNG.....
P/S : Terima kasih kerana membaca - Mrs J

2 comments:

Anonymous said...

bile lak bab 3???.....

Mrs J said...

Dalam minggu ni juga akan bersambung sebaik sahaja selesai urusan mgedit. Terima kasih krn mbaca! :)