Sebaik
sahaja jam loceng berbunyi aku bingkas bangun. Cepat-cepat masuk ke bilik air,
mandi dan bersolat dan bersiap-siap hendak keluar. Aku perlu keluar awal
sebelum Sam keluar nanti baru ada alasan kenapa aku perlu singgah dekat pejabat
dia.
Ketika keluar dari bilik aku terserempak
dengan Tania yang baru keluar dari biliknya. Haish… awal pula budak ni keluar,
ingatkan sempat aku melarikan diri tadi.
“Eh,
akak nak ke mana ni?” Dia menjeling jam di pergelangan tangannya.
“Joging.”
Aku tersengih.
Dia
memandang dari atas ke bawah. Menyedari kesilapan fakta segera aku betulkan
jawapan aku. “Joging dalam shopping mall.”
Aku tersengih. Mesti dia pelik tengok aku pakai jeans untuk berjoging.
“Amboi,
awalnya? Shopping mall mana buka awal
pagi ni?” Kerutan di dahi Tania semakin ketara.
Haish
budak ni, banyak soal pula.
“Alah,
sebelum tu akak nak jumpa kawan akak dulu. Lepas tu baru ke sana. Nanti pukul
satu akak kena ada rumah dah.” Aku segera memaut bahu Tania. “Pagi ni Nia
sarapan dekat sekolah ya?” Aku tersengih.
“Yalah.”
Dia mencemik. “Papa dah keluar ke?” Dia bertanya.
Aku
mengangkat kedua bahu.
“Belum
lagi kot. Kasut papa ada lagi.” Dia yang tanya dia juga yang jawab.
“Elok
lah tu..” balas aku cepat-cepat mencari kasut aku.
“Kenapa
elok?”
“Yalah,
kalau akak tak keluar awal nanti tinggal berdua pula dalam rumah ni. Bahaya!”
Balas aku sambil membuka pintu keluar.
Tania
senyum. “Takut kena tangkap basah?”
“Haish…
mulut tu jaga sikit. Benda tak elok jangan nak sebut sangat.” Aku menjeling.
“Apa
susah, kalau dah terkena akak kahwin jelah dengan papa. Habis cerita.”
“Nia
nak ke akak jadi mak tiri Nia?” Aku senyum mengejek.
“Nak!”
Jawab dia girang.
Aku
terkedu. Dahi aku berkerut. Sah! Dia ni memang kekurangan kasih sayang.
“Tania
nak akak hantar ke sekolah ke?” Aku segera mengubah topik perbualan. Nanti tak
fasal-fasal aku syok sendiri.
Dia
mendongak, mengecilkan mata memandang aku. Lantas aku mengeluarkan kunci kereta
yang aku dapat semalam.
“Nak!
Nak!” Jerit dia teruja. “Bila papa bagi kunci ni? Nia lupa pula nak tanya bila
papa nak bagi kunci kereta ni pada akak.”
“Semalam.”
Balas aku girang. “Hari ni balik pukul empat, kan?” Tanya aku.
Dia
mengangguk.
“Okey
nanti akak ambil.”
“Yeh,
seronoknya. Lepas tu kita pergi tengok wayang nak? Ada cerita best. Semua kawan Nia dah tengok cerita
tu.” Dia memeluk erat lenganku.
“Maaf
ya cik adik. Tengok wayang weekend
saja. Nanti kalau papa tahu akak kena buang kerja.” Balas aku
Sengaja
mengada-adakan alasan yang kukuh supaya dia tidak terus merayu. Kalau dia
merayu harus aku boleh berubah fikiran. Dia mengeluh perlahan. Tiba di tingkat
meletak kereta aku membelek nombor yang tercatat di key chin.
“Jauh
lagi ke?” Aku terus mengintai-intai nombor yang tertera dia setiap petak.
“Depan.”
Balas Tania menarik lengan aku.
Sebaik
saja melihat kereta Viva berwarna biru aku menarik nafas lega. Aku sangka kereta
buruk sangat. “Tak adalah buruk sangat.” Ujar aku mengeluarkan kunci dari poket
seluar.
“Siapa
cakap buruk?” Soal Tania.
“Papa
awak lah.” Balasku lantas menekan butang kunci. Langkah kaki terhenti. “Kunci
ni rosak ke?” Aku menoleh seketika pada Tania. Kenapa lampu kereta ni tak
bernyala dan tak keluarkan bunyi?
“Mana
ada rosak. Okey je.” Tania memandang pelik pada aku.
“Rosak
lah.” Aku menekan beberapa kali.
Tapi
kereta di sebelah kereta Viva ini pula yang berbunyi. Aku menoleh ke belakang
mana tahu pemilik kereta sebelah saja nak main-mainkan aku. Elok pula bunyi
kereta sebelah seiring dengan tangan aku saat menekan butang di kunci.
“Sejak
bila akak ada sound trouble ni?”
Tania bercekak pinggang.
Aku
memandang pada Tania yang bergerak ke arah kereta di sebelah kereta Viva. “Hey,
kenapa buka pintu kereta orang pula?” Marahku menoleh-noleh ke belakang meluru
mendapatkan Tania yang sudah pun membuka pintu kereta mini cooper di sebelah.
“Kak,
inilah kereta papa.” Dahinya berkerut memandang aku.
Aku
terpempan. Memandang kereta Viva di sebelah kiri dan kemudian memandang kereta
mini cooper di sebelah kanan aku.
“Ini?”
Terbeliak mata aku.
Kalau
ini keretanya bukan buruk pun! Tania mengangguk kehairanan. Argh! Aku tersalah
kereta rupanya!
“Akak
ingat kereta sebelah ke?” Dahi dia berkerut, mengebam bibir kelihatan seperti
bakal memuntahkan tawa.
“Taklah.”
Balas aku dengan penuh yakin.
Lantas
bergerak ke arah pintu pemandu. Serentak itu tawa Tania bergema. Ceh! Kurang
asam! Aku mencemik
“Habis,
papa awak cakap kereta buruk. Kecik pula tu.” Aku mencemik, segera menghidupkan
enjin kereta.
Wahh…
saat terdengar bunyi enjin kereta hati aku mula kembang kempis. Bangga gila
dapat pandu kereta mahal macam ni! Kalau ikutkan hati mahu saja aku buat tarian
zapin. Gila seronok dapat pandu kereta ni. Dah lama aku berangan mahu memiliki
kereta ni. Walau pun kereta ni bukan keluaran terkini, tapi mini cooper tetap
menjadi pujaan hatiku!
“Memanglah
buruk dan kecik kalau hendak dibandingkan dengan kereta yang papa selalu
pakai.” Dia menjeling, mengulum senyum.
“Dah,
jangan nak senyum-senyum lagi. Nanti akak hantar luar pagar bangunan ni je
kan.” Aku mencemik.
Dia
terus ketawa sambil menekan-nekan perut. Aku menjeling sebal. Menghidupkan
radio. Nasib baik bukan anak aku, kalau tidak memang betul aku tinggalkan depan
pagar rumah ni!
BERSAMBUNG...
7 comments:
baru nak sengih alih2 dah abisss n3 nya! ishkkk ishkkk ishkkkkk
Best.....#^_^
Sempoi...
Untung la..Lara dapat drive mini cooper tuuuu... hehe
Perghhhhhh!! Mini cooper tew!! Nk pinjam bley??!
ha, ko skali mini cooper
pnedeknya N3 kali ni...baru nak sengih sorang2 dah habis....boleh kena tekanan perasaan mcm ni...
Post a Comment