Untuk
menghilang rasa resah pada malam ini, aku membelek ruangan facebook peribadi. Puas merenung facebook, aku membuka blog. Bosan menilik blog aku membuka email.
Mana tahu kalau-kalau editor tambahkan lagi dateline
aku. Tapi, lain yang aku harapkan lain pula yang ada dalam kotak email aku!
From : Indah Water
To : Indah Lara
Sent : Thursday, September 13,
4:45PM
Subject: Wahai Puteri Gunung Ledang
_____________________________________________________________
Cik Indah Lara,
Amboi. Bukan main ya perli aku
dengan bahasa berkerawang segala. Cukup-cukuplah dalam novel kau nak
berkerawang takkan nak email aku pun nak guna bahasa klasik segala. Kau ingat
kau tu nak menulis warkah untuk Sultan Melaka? Naik pening kepala aku nak
bacanya.
Meh sini aku nak jawab soalan kau
tu…
1.
Berapa kali aku nak bagi tahu kau yang aku ni
terpaksa dan dipaksa. Kalau aku boleh tolak dah lama aku tolak tapi aku tak
boleh nak tolak! Demi kesejahteraan aku terpaksa baca. Ada faham?
2.
Aku pun tak ingin nak tilik blog kau yang
meraban tu. Tapi saja aku nak tengok kau dengar nasihat aku ke tak. Tapi masih
berdegil. Lagi pun aku nak bantu kau. Orang gila memang tak pernah mengaku dia
gila. By the way, memang aku sedang mengembara di alam nyata pun sampai tak ada
masa nak melepak di rumah. Lainlah kau… 24 jam, 365 hari duduk depan laptop.
Get a life!
3.
Siapa yang perlukan rawatan ni? Aku ke kau?
Okey, setakat ini dulu. Aku pun
malas nak melayan kau sebenarnya. Tapi lepas ni kalau aku terbaca novel kau
yang mengarut aku akan sembur kau lagi. Faham? Dan… kalau ada posting mengarut
kau dekat blog pun aku akan sembur juga.
P/S : BILA KAU NAK ADD AKU NI? Aku
penat asyik kena buka email. Kalau dekat facebook senang sikit aku pm kau.
Yang Benar
Indah Water
Wah-wah,
dia ni memang nak kena! Sudahlah aku tengah risau ni, dia nak tambahkan lagi
beban dalam kepala aku ni. Maaf mak, kali ni anak mu ini terpaksa melangggar
sekali lagi peraturan yang ditetapkan!
To : Indah Water
Subject : Hei Hang Bertuah!
______________________________________________________________
Kehadapan Indah Water,
Jika bukan aku yang memertabatkan
bahasa Melayu siapa lagi? Kau? Minta ampun, harus bahasa melayu akan hilang di
dunia yang tinggal bahasa pasar yang kasar yang tidak ada identitinya sendiri.
Kemungkinan tidak akan ada sesiapa akan ambil kisah tentang bangsa kita yang
satu masa dahulu bangsa yang hebat.
Wahai Indah water,
Lagi pun, bahasa yang aku guna
pakai dalam setiap novel aku bukanlah bahasa sampai mencapai tahap sasterawan Negara,
atau… tahap kecerdasan otak kau lebih rendah dari otak budak tadika?
Balik-balik alasan kau ‘dipaksa dan
terpaksa’ aku sudah naik jemu. Kalau kau nak tahu, orang yang malas dan orang
yang penakut adalah orang yang sering mencipta alasan. Kau penakutkah?
Satu lagi, aku sudah ada kehidupan
yang indah. Kau ada? Dan soal rawatan, kau jangan risau. Aku tak perlukan
rawatan dari pesakit mental macam kau. Aku sudah ada doktor peribadi yang lebih
hebat dari kau.
Blog aku ikut suka aku nak meraban
apa pun, google dan blogspot tak kisah kenapa kau nak kisah pula?
Di akhir bicara, tunggulah novel
aku seterusnya akan aku jadikan kau sebagai watak jahat yang sangat sengal dan
dungu dan yang pasti kau akan terkorban dalam cerita tu!
P/S: TUNGGU KAU JADI MANUSIA BERTAMADUN!
Nanti habis wall aku penuh dengan posting membunuh
dari kau!
Terima kasih.
Indah Lara
Haish…
siapa dia ni? Kenapa asyik hendak cari salah aku? Macam mana aku nak siasat
pemilik email ni? Aku tak fikir email ni datangnya dari Sam. Tidak mungkin dia
banyak masa sehingga dapat karang email sepanjang tu?
Dan…
tak mungkin lelaki budiman macam Sam sanggup berkata-kata macam ni? Tapi, kalau
abang ngah memang tak mustahil pun! Tapi hari tu beria-ia dia nafikan. Siapa
kau sebenarnya Indah Water!
Aku
segera menekan tanda ‘send’. Menarik
nafas lega. Baru tenang hati aku!
Ayah
pernah cakap, orang yang suka mengkritik membabi-buta adalah orang yang suka
bercakap besar!
Jadi
mungkin Indah Water salah seorang yang suka berdegar-degar. Terasa konon diri
tu lebih bagus dari orang lain, sedangkan dia tak sedar semua kata-kata dia tu
mengambarkan kebodohan dia sendiri!
Haish!
Geram sungguh! Apa pun, masalah ini aku kena letak tepi dulu. Ada masalah yang
lebih penting yang perlu aku selesaikan pagi esok.
Ya
Tuhan, bantulah aku menjayakan rancangan esok. Demi masa depan aku, demi masa
depan Ayun agar tak terganggu dengan kehadiran aku di rumah dia di saat dia
sedang berbulan madu. Amin.
Bersambung...
2 comments:
Lehh.. Pendeknyer!
dasyat indah water tu
Post a Comment