Opss... sorry, pukul 12 tengah hari baru upload. dah tak pagi kan? Jadual saya sudah berubah sekarang, banyak sungguh hal nak diselesaikan. :) ... apa pun selamat membaca semua!
Bab 14
Hari
ini aku pulang awal. Tepat pukul 5.30 petang aku bergegas turun tangga, bimbang
jika terserempak dengan Suhaila dan Encik Amar. Kalau mereka berdua ada mesti
kami bertiga terpaksa buat-buat rajin. Encik Amar memang prejudis pada mereka
yang suka balik awal, nanti jika ada masalah timbul mulalah dia menuduh kerana
kami pulang awal dan tak siapkan kerja. Pada hal, kami balik awal pun sebab
semua kerja dah siap, buat apa buang masa berkurung dalam pejabat. Kami
bukannya tak ada kehidupan lain selain kerja.
Sebaik
sahaja aku buka pintu rumah, Hara dan Yatie sedang berpeluk tubuh di muka pintu
bilik masing-masing. Merenung tajam tanpa secalit senyuman. Tapi tak tahu
kenapa, aku langsung tak ngeri tengok muka bengis dia orang tu, sebaliknya aku
tersengih.
“Awal
kau orang berdua balik?” aku kunci gril dan tutup daun pintu. Belum pun sempat
aku menoleh tangan Hara segera
menyambar lengan aku dan tarik aku ke ruang tamu.
“Cepat
cakap apa berita gembira tu!” Minta Yatie dengan nada keras, bermuka bengis.
“Kenapa
kau orang berdua ni tegang sangat. Cool…
okey.” Aku tersengih lagi, duduk di sofa kemudian membuka siaran tv. Yatie dan
Hara menghimpit di kiri kananku.
“Yalah
mesti kami tegang, dalam diam kau bercinta lepas tu tiba-tiba nak kahwin… kau
mengandung ke?” Yatie mencerlung. Hara memandang dengan penuh sangsi sepantas
kilat tangannya meraba perut ‘four and
half pack’ aku.
“Weh!
Apa ni, gangguan seksual ni!” aku menepis tangan Hara. Geli!
“Habis
tu, kenapa tiba-tiba nak bertunang lepas tu nak kahwin? Kalau ya pun kau
bengang dengan Imran dan budak pejabat kau tu, janganlah buat keputusan gila
lepas tu main tangkap muat je!” Marah Yatie.
“Siapa
cakap aku nak kahwin ni?” Aku memandang wajah Hara dan Yatie silih ganti.
“Habis
tu apa lagi? Tiba-tiba minta cuti, dua hari… lama tu! Tambah sabtu, ahad dah
empat hari tu.” Balas Hara.
Aku
tergelak kecil, menghembus nafas pendek. “Sebelum aku bagi tahu kau orang
berita gembira ni, aku nak kau orang berdua janji dengan aku yang kau orang
berdua akan berterus terang dengan aku. Selagi kau orang berdua tak jujur
dengan aku selagi tu aku tak akan bagi tahu perkara sebenarnya. Faham?”
“Serius
je bunyi ni.” Wajah Yatie berkerut.
“Cepatlah
cakap.” Gesa Hara, bersila mengadap wajah aku.
“Aku
nak kau berdua stop hantar bunga kat
aku. Cukuplah, bazir duit kau orang je. Aku dan Imran pun dah putus.” Aku
memandang Hara dan Yatie, bersandar pada sofa berpeluk tubuh.
“Bunga?”
serentak Yatie dan Hara bertanya.
Aku
mengangguk, “Aku pun dah bagi tahu pada Imran yang bunga tu kau orang kirim dan
budak-budak lain pun tahu pasal bunga tu.” Jelas aku lagi. Sungguh-sungguh aku
mahu mereka berdua berhenti buat begitu. That’s
not cool anymore.
“Ni
fasal bunga ros yang hari tu ke?” tanya Hara berkerut dahi memandang aku.
Aku
mengangguk. “Ya! Dah cukuplah, jangan buang duit lagi nak tambah
berkuntum-kuntum. Bazir! Tapi terima kasih juga kat kau orang, cantik meja aku
bila ada bunga segar.”
“Hey,
bukan aku lah.” Yatie memandang curiga, kemudian dia memandang wajah Hara.
“Kenapa
tengok aku macam tu? Bukan aku, kau orang berdua yang rancangan konon nak buat
benda ‘sweet’ tu. Aku tak terlibat
langsung!” Nafi Hara menggeleng kepala.
“Habis
tu siapa?” serentak aku dan Yatie bertanya.
“Sumpah
bukan kau orang?” Terpaksa aku guna perkataan sumpah, kalau tidak selagi itu
aku tak akan percaya.
“Demi
ALLAH, bukan aku.” Balas Yatie.
“Sama,
demi ALLAH bukan aku.” Sampuk Hara pula.
“Habis
siapa?” Aku mengeluh kasar. Agaknya memang betul cakap budak tu. Aku mengigit
manja bibirku.
“Menarik
ni, kau dah ada peminat!” Hara bersorak gembira.
Aku
memandang sebal. “Jadi betulah apa yang budak delivery tu cakap?” aku cuba mengingat kembali setiap kata-kata
budak penghantar itu.
“Budak
tu cakap apa?” tanya Yatie.
Kemudian
aku ceritakan segalanya pada mereka berdua tanpa ada satu pun tercicir.
“Wah!
So sweet!” Yatie teruja
“That creepy!” Aku menjeling tajam.
“Okey,
ini ke berita gembira tu?” Hara memandang sebal.
“Of course not!” aku tersenyum teruja.
“Aku belanja kau orang bercuti ke Pulau Perhentian selama tiga hari dua malam!”
Jeritku teruja.
“Hah!
Kau biar betul!” Yatie dan Hara melopong memandang aku.
Aku
mengangguk, “Tapi cuma bilik dan semua kos perjalanan ke sana. Makan dan minum
tanggung sendiri.”
“Nadia! That was awesome!” Jerit Hara lantas memelukku. Begitu juga dengan
Yatie. Untuk seketika kami berpeluk sambil menjerit gembira.
Yatie
melepaskan pelukan, “Oh may god! Aku
kena kemas sekarang… sempat ke ni? Esok dah rabu, kita bertolak esok lepas
kerja ke atau pagi kamis tu?” Tanya Yatie teruja.
Hara
bingkas bangun, “Alamak, sun block
aku dah habis! Yatie… jom kita keluar malam ni, beli krim, esok aku takut tak
sempat lah. Kita bertolak malam esok, kan?” Tanya Hara pada aku.
“Kalau
bertolak esok, kita sampai pagi khamis tu… elok juga tu. Kalau bertolak pagi
Khamis macam sayang pula sehari tu kita bazir dalam bas.”
“Tiket
bas kau dah beli?” Tanya Yatie.
“Dah.”
“Bilik
semua kau dah tempah ke?”
“Dah…”
jawab aku tersengih. Seronok melihat wajah ceria kedua teman baik aku itu.
“Tapi… malam ni kau kena belanja pizza dua keping, large tau!” aku memandang Hara. Tersengih.
“Kenapa
pula?” Hara memandang hairan.
Lantas
aku membuka telefon bimbit aku dan menyuruh Hara membaca kembali pesanan
ringkasnya tengah hari tadi.
“Fine!”
Balas Hara sebal.
***
Malam
itu Hara menunaikan janjinya. Mujur aku minta dua keping pizza jadi Yatie pun
boleh tumpang semulut. Mana aku larat nak habiskan dua keping pizza, bersaiz
besar pulak tu. Sebelum menjamu selera kami ke guardian, teman Hara beli sun block. Kalau ikutkan Hara, dia mahu
ke Mid Valley katanya nak shopping
baju untuk bercuti. Tapi aku tak setuju mana seronok shopping dalam keadaan tergesa-gesa macam tu. Lagi pun setakat
pergi Pulau Perhentian saja pun, baju t-shirt berlambak-lambak. Takkan nak bawa
gaun dan skirt bagai, melampau tu.
Sedang
aku asyik melayan nikmat rasa keju dalam mulut, tiba-tiba Yatie bertanya soalan
yang sedikit menganggu fikiranku.
“Tapi…
siapa pengirim bunga misteri tu?” Yatie memandang aku sambil mulutnya mengunyah
pizza.
Serentak
Hara memandang aku terangguk-angguk sambil menjilat jarinya kemudian mencapai
sekeping lagi pizza.
Aku
termenung seketika, menghabiskan sisa makanan dalam mulut. Tak elok bercakap
dengan makan masih penuh, nanti tak ada lelaki berkenan. “Biarkan terus menjadi
misteri sehingga kita habis cuti.” Balas aku, malas mahu menyemakkan fikiranku
yang sememangnya dah semak.
“Hesy,
mana boleh, buang masa namanya tu. Apa kata sementara kita pergi cuti kita upah
penyiasat untuk menyiasat siapa pengirim tu. Jadi bila kita balik dari bercuti
kita terus dapat jawapan, tak payah tunggu beberapa hari. Macam mana, menarik
tak idea aku?” Yatie menaikkan kedua keningnya, kemudian menghirup sup cendawan
yang masih panas.
“Tak
payahlah. Buang duit je, bukannya murah nak upah. Lagi pun… nak upah siapa?”
aku menggeleng tidak setuju. Kalau mereka keluar yang keluarkan duit upah aku
setuju, tapi kalau aku yang kena bayar, baik tak payah. Tak penting pun. Emmm…
ya ke tak penting?
“Aku
boleh minta tolong kawan aku carikan.” Balas Yatie, tiba-tiba
bersungguh-sungguh kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya.
“Weh,
kejap. Kau nak telefon kawan kau ke?” Berkerut dahi aku memandang Yatie.
“Kita
kena bertindak cepat.” Balas Yatie sambil mencari-cari nombor telefon kawannya
dalam senarai telefon bimbitnya.
Aku
segera merampas telefon bimbit Yatie, “Tak payah, nanti mahal bayar upah.”
“Kau
ni, itu pun berkira. Ini soal masa depan dan jodoh kau tau!” Yatie merampas
kembali telefon bimbitnya.
Aku berdecit perlahan. Pandai saja Yatie
menarik minat aku. Dalam keadaan sekarang memang aku sangat terdesak ingin
segera membina masa depan dan jodoh, tapi… “Aku takut, bila dah bayar mahal kat
penyiasat tu… sekali peminat aku tu langsung tak hensem, tua, botak atau pun…
psikopat. Tak rela aku!”
“Okey-okey,
kalau macam tu… kita bina profile si pengirim bunga ni.” Hara mencelah dengan
matanya bersinar-sinar memandang aku dan Yatie.
“Macam
cerita criminal mind je…” aku
memandang sekilas pada Hara.
“Okey,
kita mulakan dengan orang yang berdekatan dengan kau, yang kenal kau.” Hara
menarik tisu kemudian mengeluarkan sebatang pen dari handbag Fendinya. “Aku
syak, orang yang kirim bunga tu mesti orang yang kenal kau. Kalau tak mana dia
tahu nama kau dan tempat kau kerja.” Hara mencatat sesuatu pada kertas tisu
kemudian kembali memandang aku.
“Kau
cakap dia tulis ‘You’re the one’ pada
bunga pertama, kiriman ke dua ‘He’s not
the one.’ Bunga ke tiga ‘Being the
way that you are is enough.’ Dan kiriman ke empat ‘Be strong girl.’” Hara segera mencatat kata-kata itu.
“Sweet…” Yatie tersenyum-senyum, mula
berkhayal.
“Budak
lelaki tu cakap kat kau dia lelaki, tak berapa nak hensem… kau tak tanya ke
tinggi dia berapa? Rambut dia macam mana? Anggar umur dia berapa?” Hara
merenung menantikan jawapan dari aku. Aku menjeling sekilas, terus mengunyah
pizza dari terus melayan soalan mengarut Hara.
Hara
kembali menatap info di kertas tisu. “Okey, tak apa. Mangsa tengah trauma…”
Hara menjeling sebal. “Jadi kita proceed
dengan info ini je.” Hara terus merenung satu persatu catatanya sambil
mengosok-gosok dagu dengan dahinya berkerut-kerut. Tiba-tiba dia tersenyum
lebar, memandang wajah aku.
“Kita
terlupa satu lagi info…” dia menaikkan kedua keningnya. Memandang sekilas pada
Yatie di sebelahnya. “Kau tak pelik ke, Encik Amar yang tak pernah suka kau
tiba-tiba nak sponsor trip kau bercuti?”
Kemudian dia mencatat sesuatu pada kertas itu.
Tiba-tiba
saja mata Yatie terbuka luas, mulutnya melopong. “Encik Amar tak suka kau...
dan kau tak suka Encik Amar…” Yatie mengigit manja bibirnya, memandang curiga
pada aku. Yatie dan Hara saling berpandangan. Kemudian mulut Hara melopong.
“Encik
Amar lah orangnya!” jerit Hara teruja sambil menepuk meja. Beberapa orang
pelanggan berhampiran meja kami menjeling. Yatie mengangguk sambil
tersengih-sengih.
“Mengarut!
Tak mungkin! Encik Amar dah kahwin kenapa dia nak mengatal pula? Lepas tu,
dengan aku? Hey, aku ni bukan taste
dia lah. Dia suka yang lemah lembut, ayu longlai.” Balasku sebal.
“Aku
baca profile yang aku buat ya, pengirim bunga ni mesti orang yang kau kenal dan
tahu tempat kau kerja dan tahu nama penuh kau. Dia juga tahu masalah kau, sebab
bunga ke dua berbunyi ‘Be strong girl’
dan ini menjelaskan dia tahu kau tengah bersedih dengan berita Imran dan budak
perempuan tu. Bunga ke tiga berbunyi… ‘Being
the way that you are is enough.’ Menunjukkan yang dia sangat mengenali kau
dan sebab tu dia sponsor trip kau
bercuti sebab dia nak kau kembali seperti dulu.”
Aku
menghela nafas kasar. Profile yang mereka bina membunuh angan-anganku. Kalau
betul Encik Amar orangnya, aku sanggup tolak tawaran bercuti ni. “Kalau macam
tu, cancel trip.” Balas aku serius
lantas mengamit pekerja untuk dapatkan bil.
Wajah
ceria Hara dan Yatie berubah keruh, senyuman yang lebar tiba-tiba mengendur.
“Eh, kejaplah. Ini baru profile pertama. Mungkin… ada lelaki lain kat pejabat
kau yang minat kau dalam diam?” Aku dapat tangkap nada suara Hara yang mula
gugup. Padan muka! Pandai-pandai sangat nak bina profile lelaki misteri tu.
“Okey,
profile ni mencuriga sebab Encik Amar dah kahwin. Dan kau pun cakap dia baru
tahu kes kau dan Imran hari ni… jadi dia bukan orangnya.” Tiba-tiba Yatie
mencelah, wajahnya bersungguh-sungguh menafikan teori Hara tadi.
Tahu
pun takut! Aku tersenyum gembira. “So, kalau tak mahu cancel trip… biarkan lelaki tu terus menjadi misteri sehingga dia
jadi jantan dan berani berdepan dengan aku.” Aku memandang serius wajah Hara
dan Yatie. Kedua mereka mengangguk laju. Aku tersengih.
“Demi
Pulau Perhentian, aku setuju dengan cadangan kau.” Balas Hara menyimpan tisu
yang diconteng tadi ke dalam beg tangannya.
“Jangan
biarkan diri anda… diselubungi misteri.” Bisik Yatie meniru gaya pengacara tv.
Aku
menjeling tajam.
“Aku…
gurau okey!” Yatie mencemik.
Bersambung... :)
Mrs J : Terima kasih semua sudi baca BCTDB. :)
