Bab 2
Sebelum aku cerita
siapakah Mr Ben yang ‘bertuah’ ni… meh aku cerita sikit siapa aku dan kenapa
aku terpaksa buat keputusan yang ‘menakutkan’ itu!
Nama aku Sofia. Melayu tulen. Anak jati Pahang.
Umur sekarang 34 tahun! Lepas habis kolej aku terus berhijrah ke Kuala Lumpur.
Sementara mendapat kerja tetap aku kerja sana-sini, itu-ini dan akhirnya aku
mendapat kerja yang sesuai dengan kelayakan aku di syarikat travel agensi.
Memang nasib aku sangat baik. Tapi… hanya sepuluh tahun… setahun lepas terjadi
satu perkara yang langsung aku tak pernah terfikir.
“Saya minta maaf. Pihak
syarikat terpaksa berhentikan perkhidmatan awak,” ujar encik Halim sambil
menolak sampul surat berwarna putih ke arah aku.
Aku tergamam. Berkelip-kelip mata aku merenung
wajah encik Halim. Seakan tidak percaya akhirnya khidmat aku selama sepuluh
tahun ditamatkan begitu sahaja.
“Saya
harap imbuhan yang pihak syarikat berikan cukup untuk awak guna sebelum
mendapat kerja baru,” ujar encik Halim lagi.
“Ini
yang saya dapat setelah sepuluh tahun saya berkhidmat?” tanya aku dengan nada
menyindir.
“Haish,
dah banyak tu. Cuba awak tengok dulu cek tu,” Encik Halim tersengih.
Aku
mendengus kasar. “Bukan soal duit yang saya maksudkan. Tapi, ini,
diberhentikan. Ini balasan yang saya dapat?” soal aku meninggikan suara. Geram.
Terdengar
encik Halim menghela nafas perlahan. “Awak kena faham, keadaan syarikat
sekarang amat tenat. Travel agensi dah tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan.
Pula tu, rata-rata rakyat Malaysia ni dah pandai travel tanpa guna agensi.
Kalau keadaan begini berterusan mungkin dalam beberapa bulan lagi syarikat ni
akan lingkup. Jadi, untuk mengelak perkara buruk terjadi pada awak. Pihak
syarikat terpaksa lepaskan awak lebih awal sementara duit syarikat masih ada.”
Aku
tersenyum sinis. “Baiknya. Duit yang sedikit sanggup diberikan semuanya kepada
saya,” ujar aku sambil menjeling jumlah yang tertera pada cek yang diberi.
Emmm… banyak juga. Tapi, duit kut…
sekelip mata je boleh susut kalau tak kerja.
“Syarikat
memang perihatin. Lagi pun, banyak jasa awak pada syarikat,” Encik Halim
tersenyum meleret.
Pelik,
dalam keadaan syarikat yang bermasalah (kononnyalah) boleh pula dia senyum
sampai ke telinga ketika menyingkirkan pekerja yang kononnya kesayangan pihak
syarikat. Emmm…
“Habis
tu, kalau nanti ada syarikat semakin pulih, saya macam mana? Pihak syarikat
akan panggil saya bekerja balik ke?” tanya aku, menyindir sebenarnya.
Encik
Halim berdeham perlahan. “Ya. Mestilah. Pengalaman awak sangat mahal. Rugi
kalau kami tak ambil balik,” mata dia berkelip-kelip.
Huh.
Nampak sangat dia menipu. Ini mesti kes dia orang tak perlukan khidmat aku
sebab nak naikkan pangkat kaum kerabat dia orang ni. Dasar majikan kejam!
Aku
bingkas bangun. Malas nak mengadap muka encik Halim lama-lama. Makin lama
pandang makin sebu perut aku.
“Saya
harap awak berjaya mendapat kerja di tempat yang lebih bagus dengan gaji yang
lebih lumayan,” ujar encik Halim sambil menghulurkan tangannya pada aku.
“Terima
kasih. Jangan risau. Dengan pengalaman saya ni memang ramai yang akan berebut,”
balas aku sengaja sarkastik. Tanpa menyambut salam dia aku terus beredar.
***
Sepuluh
tahun aku kerja dengan travel agensi tu, aku dah pergi ke merata tempat. Tanya
saja mana-mana tempat memang aku boleh bercerita panjang lebar. Nak percutian
budget? Percutian mewah atau sederhana semuanya aku boleh cadangkan. Serius,
memang aku sangat pakar. Dan rata-rata klien semua sukakan aku, mungkin sebab
aku ramah dan… cantik sikit kot dari
pekerja yang lain. hehehe…
Tapi…
Selepas
hampir setahun menganggur, sampai sekarang aku tak dapat kerja lagi ni!
Sejak
hari pertama aku bergelar penganggur memang aku tak pernah berhenti menghantar
resume ke tempat lain. Setiap temuduga aku pergi namun tak ada satu pun rezeki
aku. Duit simpanan makin susut. Cukup-cukup untuk bayar sewa rumah lima bulan
dan bayar kereta lima bulan.
Lima
bulan sekejap saja. Pejam celik pejam celik alih-alih dah cukup lima bulan.
Tidur malam aku dah semakin tak lena tapi makan tetap kenyang.
Aku
dah buntu tak tahu nak buat apa lagi ni. Semua syarikat yang aku pergi temu
duga kata gaji aku terlalu tinggi. Dia orang boleh tawar kerja jika aku
turunkan gaji mengikut kehendak mereka, tapi aku tak setuju. Mengarut, dengan
pengalaman sepuluh tahun dia orang nak turunkan gaji aku sama level dengan
budak-budak yang baru keluar kolej?
Apa
kes?
Aku
tak kisahlah kalau nak kurangkan sikit, boleh lagi aku bertolak ansur. Tapi ini
separuh dia orang nak kurangkan. Kalau aku terima, aku nak makan apa? Tolak
bayar sewa rumah, tolak bayar kereta, tolak bayar bil itu ini, gaji dah habis.
Melampau sungguh dia orang ni!
Jadi…
tanam anggurlah jawabnya.
Hari
ini untuk menghilangkan rasa bosan aku memandu kereta myv menuju ke One Utama.
Tidak lama lagi mungkin myv kesayangan aku ni bukan lagi jadi milik aku. Aku
tak mampu nak bayar lagi, jadi terpaksa jual.
Sampai di One Utama, aku terus mengatur
langkah ke Golden Screen Cinema. Waktu kerja macam ini lah elok aku pergi
tengok movie, tak perlu bersesak
dengan orang ramai. Namun, sedang aku beratur hendak membeli tiket tiba-tiba
terdengar nama aku dipanggil oleh seseorang.
“Sofia!”
Mula-mula
aku buat-buat tak dengar saja. Yalah, mungkin ramai lagi yang nama sama dengan
aku tapi kalau sudah berkali-kali terdengar nama aku dipanggil, mungkin betul
orang tu panggil aku. Lalu aku menoleh ke belakang.
Sebaik
saja terpandang wajah dia, dahi aku berkerut. Terlihat seorang lelaki yang
berpakaian sangat stylo melambai
tangan ke arah aku. Siapa pula ni?
Rasanya aku tak pernah ada kawan yang dress
up ala-ala model ni. Dia memakai skinny
casual pants berwarna kelabu dipadankan dengan cardigan hoodied berwarna biru turquoise dan di kepalanya melekat snow cap berkait berwarna hitam, hampir
menutup sebahagian dahinya. Dia berjalan
menghampiri aku. Dia salah orang ke?
Dia terus melangkah ke arah aku sambil membetulkan snow cap di kepalanya.
Oh my! Dia? Aku kenal dia! Sangat kenal!
4 comments:
mr ben.. teruja nak kenal dia juga!!..
hehe.. anna lee.. ku teruja ni...
Zjirha & Zachry - hahaha... tunggu tak lama lagii. korg boleh berkenalan.. :)
Definitely a great post. Hats off to you! The information that you have provided is very helpful. judi gaple online
Post a Comment