Sebaik
saja tiba di hadapan bangunan pejabat Sam aku termenung panjang. Kereta telah
diparkir jauh dari bangunan itu. Kelihatan beberapa orang pekerja keluar masuk
dari bangunan tiga tingkat itu. Besar juga lot pejabat milik Sam. Kesemua
bangunan tiga tingkat itu adalah pejabat dia. Di lot sebelah terdapat pelbagai
jenis kedai.
Aku
melangkah dengan penuh yakin. Sekeping sampul surat di tangan. Aku mengetuk
pintu cermin beberapa kali sebelum dibuka dari dalam.
“Nak
cari siapa?” Gadis penyambut tetamu bertanya.
“Saya
nak jumpa Shida.”
“Apa
tujuan cik nak jumpa dengan dia?”
“Saya
datang nak serahkan sampul surat ni.” Balasku cuba mengukir senyuman manis.
“Sekejap
ya saya telefon Shida.” Ujar gadis itu dengan senyuman manis di bibir.
“Eh,
kejap-kejap. Kalau boleh jangan telefon dia boleh? Saya nak surprise kan dia.” Aku tersengih.
Wajah
gadis itu berkerut. Tangannya masih melekat pada ganggang telefon. Dari riak
wajahnya jelas kelihatan seperti dia ragu-ragu.
“Tapi
polisi syarikat tak benarkan orang luar masuk tanpa kebenaran mana-mana
pegawai.”
“Ya,
saya tahu tu. Bagus, awak memang pekerja yang bagus. Nanti saya boleh buat
laporan pada Mr Sam yang awak ni pekerja yang bagus. Nanti saya suruh dia
naikkan bonus awak bulan ni.” Eh, apa aku merepek ni?
Gadis
itu terpinga-pinga merenung aku. Tangan dia melekat pada ganggang telefon.
“Awak
kenal Tania?” Tanya aku pada gadis itu.
“Anak
bos?”
Aku
mengangguk-angguk, menaikkan kening.“Dia nak surprise kan Shida, dia suruh saya wakil sebab dia ke sekolah.”
Balas aku dengan penuh yakin.
“Surprise kan apa? Hari ni bukan hari
jadi Shida pun.” Balas gadis itu berkerut-kerut.
“Entah,
saya pun tak tahu. Tapi… Tania pesan suruh serahkan sampul surat ni dan jangan
bagi tahu Shida. Dia suruh saya letak dekat satu tempat rahsia, hanya dia dan
Shida saja yang tahu tempat tu. Erkk.. dan sekarang saya tahu.” Balasku serius.
Gadis itu masih kelihatan serba-salah.
“Tania
pesan banyak kali pada saya jangan bagi tahu sesiapa di mana tempat rahsia tu.
Patut ke saya bagi tahu awak?” Aku mengaru-garu kepala, kononnya sedang
berfikir.
Sempat
aku menjeling pada dia ingin melihat riak wajah dia. Tapi nampaknya budak ni
memang tak makan saman sungguh! Alasan apa lagi yang boleh aku buat ni?
“Kalau ikutkan saya pun malas nak panjat
tangga tu. Dah lah badan kurus, makin kurus saya nanti nak naik turun tangga
tu.” Aku termenung seketika. Menjeling pada dia.
Saja
buat ayat-ayat provokasi, kalau aku tunjuk sangat beria-ia mahu naik mahu dia
pelik atau fikir yang bukan-bukan.
Tapi
malangnya, pancing aku tidak mengena. Gadis itu masih kelihatan serba-salah.
Bagus sungguh Mr. Sam ni didik pekerja dia jadi amanah. Aku mengaru kepala.
Terus mencari alasan agar aku dapat naik ke atas tanpa pengetahuan Shida.
“Siapa
nama awak?” Aku menjenguk tag nama dia. “Rozana, tak apalah kalau tak boleh,
saya serahkan balik sampul ni pada Tania.” Balasku tersengih.
Nampaknya
aku kena guna plan B. Tunggu Sam datang kemudian minta izin nak tinjau pejabat
dia. Walau bunyinya mungkin agak pelik, tapi terpaksa! Aku terus melangkah
pergi.
“Cik.”
Panggil budak itu. Aku menoleh. “Naik ke tingkat tiga ya.” Ujar dia tersenyum.
Aku
menarik nafas lega, mengangguk. Aku terus mendaki tangga ingin menuju ke
tingkat tiga. Suasana agak lenggang, masih tidak ramai pekerja yang datang. Jam
menunjukkan pukul 8.30 pagi kalau tak silap dia orang mula kerja pukul Sembilan
pagi.
Namun
ketika aku mengintai ke dalam pejabat tiba-tiba aku terdengar suara yang cukup
aku kenali memanggil nama Shida. Perlahan-lahan aku tutup pintu. Aku terus
berdiri di luar menunggu Shida beredar dari meja dia.
Sam
dah sampai? Rasanya tadi dia tak bangun lagi? Cepatnya! Entah-entah dia dah
tanya Shida fasal tu?
“Eh,
kau nak cari siapa?” Tanya seorang pekerja yang tiba-tiba berhenti betul-betul
di depan aku sambil tangannya membuka pintu masuk dengan luas.
Dari
muka pintu terus ternampak Shida yang sedang kelam kabut mencari barang di atas
meja. Dia memandang sekilas namun sekali lagi dia mengangkat wajah. Dahinya
berkerut saat pandangan kami bertembung. Aku tersengih melambai tangan pada
dia.
“Nak
jumpa dia.” Aku menunding jari pada Shida. Lantas aku melangkah masuk.
“Kau
nak apa datang awal pagi ke sini?” Dia kelihatan kelam kabut seperti mencari
sesuatu yang hilang.
“Aku…
emmm…”
“Cepatlah.
Aku ada meeting dengan bos ni.”
Jerkah Shida.
“Aku
nak serah resume ni. Mr Sam cakap semalam kau hilangkan resume aku.” Balas aku
cemas.
“Hilangkan?
Bukan hilang, memang tak ada!” Dia mencerlung.
“Kau
salah letak kut.” Aku menelan air liur.
“Hey,
aku ni pekerja yang cekap tau. Takkan aku nak hilangkan benda penting pulak.
Kau ingat aku ni baru sehari dua jadi setiausaha?” Dia menjeling.
“Entah-entah…”
“Ni
resume aku. Mr Sam suruh serahkan pada dia pagi tadi. Tapi aku tak sempat nak print.” Lekas-lekas aku mencelah.
Dia
menjeling, mendesit kasar. “Letak je atas meja.” Dia mengambil beberapa fail,
ingin melangkah pergi.
“Nanti
hilang, kau juga yang susah. Biar aku susun kat
satu tempat dengan resume calon pengasuh lain.” Balas aku tersengih, dalam hati
mendoakan dia setuju.
“Siapa
pula nak curi resume kau? Lain lah
kau memang tak pernah hantar sebelum ni.” Dia menjeling lagi.
“Mana
tahu diterbangkan angin. Nanti kau juga yang susah. Aku dah tak ada copy lain dah ni. Nanti kalau hilang Mr.
Sam melenting pulak. Kau kena marah lagi.” Balas aku bersungguh-sungguh.
“Haish
kau ni.. macam tak ada masa lain nak datang. Datang awal pagi kenapa, masa ni
aku sibuk lah. Tak sempat nak belek mana fail tu.” Dia mencemik, mencapai pen
dan buku nota.
“Kau
pergilah meeting, biar aku tolong
simpan.” Balas aku lagi.
“Cari
dekat rak belakang. Aku lupa fail mana.” Kemudian dia bergegas pergi.
“Okey,
jangan risau aku akan cari sampai dapat.” Balas aku girang.
Tanpa
membuang masa aku meluru ke arah rak belakang meja dia. Membelek satu persatu
fail yang ada. Sebaik sahaja melihat tajuk fail di depan, aku menarik nafas
lega. Akhirnya. Sebelum membelek fail tersebut aku sempat menoleh ke kiri dan
kanan setelah memastikan keadaan selamat segera aku membelek satu persatu
resume yang ada dalam fail itu.
Sebaik
saja tiba di sehelai kertas mata aku berhenti memerhati wajah pada resume itu.
Ini wajah akak yang mengamuk depan pondok pengawal hari tu. Mesti dia yang
telefon Sam. Aku memerhati keadaan sekali lagi. Seorang pekerja melintasi meja
Shida, memang curiga pada aku.
“Saya
tolong Shida.” Jelas aku sebelum dia bertanya.
Kemudian
dia berlalu pergi. Lekas-lekas aku mengeluarkan resume itu dan menyelit resume
aku di dalamnya. Sepantas kilat juga aku melipat-lipat resume wanita malang itu
lalu dimasukkan ke dalam poket seluar aku. Mujur hanya dua keping kertas.
Namun,
sebaik sahaja aku selesai memasukkan fail itu ke tempat asal, tiba-tiba
terdengar nama aku di panggil.
“Lara?”
Alamak!
Mr. Sam dah nampak aku! Perlahan-lahan aku menoleh, tersenyum pada dia.
“Awak
buat apa dekat sini?” Soal dia berkerut dahi. Perlahan-lahan aku bergerak
menjauhi meja Shida.
“Nak
jumpa encik. Hantar resume. Tadi saya keluar awal pergi print.” Balas aku
sengaja mengunakan bahasa formal bila Shida keluar dari bilik mesyuarat yang
ada di sebelah bilik Sam.
“Lar,
hantar by email pun tak apa.
Menyusahkan awak je kena datang sini semata-mata nak hantar resume.” Dia terus
merenung aku. Aku tersengih.
“Tak
apa. Memang saya pun nak keluar hari ni, ke bank.” Aku berdalih.
Dia
mengangguk. “Kenapa tak telefon dulu nak datang. Kalau tak saya boleh anjakkan meeting lewat setengah jam.” Dia
tersenyum mesra.
“Telefon
habis bateri.” Lantas aku memasukkan tangan ke dalam beg tangan aku, menekan
butang off. “Dah keluar rumah baru perasan.” Lantas aku menunjukkan skrin
telefon yang kosong.
Dia
tersenyum kecil. Shida terus tercegat di belakang Mr. Sam, menjeling pada aku.
Biarlah apa dia nak fikir.
“Sekarang
ni saya ada satu lagi meeting. Kalau
awak sanggup tunggu, sila masuk bilik saya dulu. Lepas tu boleh kita breakfast sama-sama. Saya pun tak makan
lagi ni.” Pelawa Sam menunjukkan biliknya pada aku.
“Eh,
tak apalah. Saya pun ada hal lain ni.” Balas aku, serba salah pula lihat wajah
Shida seakan mengejek aku. “Oh, ya saya nak ingatkan encik fasal perkara
semalam tu.” Balas aku tergagap.
“Pasal
apa ya?” Dahi dia berkerut.
“Emm..
fasal.. call… candidate..” belum pun sempat aku habis bersuara dia segera
menyampuk.
“Aha…
saya ingat. Nasib baik awak ingatkan saya.” Dia menggeleng kepala. Memandang
pada Shida. “Shida, nanti lepas saya habis meeting
ni masuk ke dalam bilik saya dan bawa fail candidate
pengasuh Tania.”
“Kenapa
bos?” Soal Shida berkerut.
“Nanti
saya cerita. Saya nak pergi ke bahagian akaun sekarang.” Dia memandang jam di
tangan. “Lara, jom saya temankan awak turun ke bawah.” Dengan hormatnya dia
mendepakan tangan mengajak aku bergerak bersama. Sempat aku menangkap wajah
sebal Shida.
“Okey,
Shida jumpa lagi.” Aku mengenyitkan mata pada gadis itu, melambai tangan
ala-ala perempuan gedik. Saja nak tambah rasa dongkol di hati Shida. Mesti dia
cemburu dekat aku!
12 comments:
Best....
Tapi awat pendek sangat ni?
adeeehhh.. awat pendek sgt nie..huuu~ apa2 pn, hati gumbira sebab dpt update Mr. Sam <3
-Lisa Satar-
Panjang akai sungguh si Lara neh..
amboi lara..ikut fazrin jd pelakon kah..hehehe
kikiki.. korang.. kalau dekat word lebih 3 page tauu.. hehehe.. ok akan disambung nanti, sabau ya. :)
berani sungguh Lara.tak sabar nak tunggu next part.. ^___^
KENAPA PENDEK SGT...??? next plzzzzz
mr sam cam suker je kat lara
hebat !!
salam. .best sgt cter ni...klakar...snk prut gelak dkt si lara...btul2 syok bace....ada lagi tak sambungan dia? x sabar nk baca
roza mamat
dh xde smbungan ker...rindu ar kat mmc...klau mcm nie kna g beli nie....thumbs up cik writer sbb dh buat sy gelak sorg2.. mcm org gila pon ada...haha teruskn berkarya...sy rsa hero dia fazrin kot...haha..whatever la..tp sy mmg minat dia..sweet..n one more,syikin mesti ada kaitan dgn sam...kan???x thu la..haha
last-last jadi macam mana erk? buku ni ada jual lagi tak?
Post a Comment