Intan payung kami...

Friday 26 July 2013

Bab 17 : Terukir Cinta a.k.a TCDB


Bab 17

~ Khalif Aufa~

“ABANG, pinjam name tag.” Khalif memang panggil pemandu peribadi ayah dia dengan panggilan abang.
Lagi pun jarak usia mereka  berbeza sepuluh tahun. Tapi abang Jamil kelihatan lebih tua dari usianya mungkin kerana dia mengidap kencing manis menyebabkan dia nampak tidak bermaya dan rambut dia yang sedikit beruban.
“Nak buat apa tuan?” Jamil kerutkan dahi.
“Saya belum dapat saya punya. Malas nak suruh receptionis tolong bukakan,” balas Khalif, menanti dengan sabar Jamil menyerahkan tag kerjanya.
“Tak apa, nanti abang minta Nurul tekan butang untuk tuan.” Jamil serba salah. Takkan tuan baru dia tu nak pakai tag nama driver pula.
“Abang ni kedekut betul.” Khalif mengusik.
Jamil tersengih.
“Takkan K nak pakai tag nama ni?” Panggilan ‘tuan’ bertukar menjadi ‘K’.
Sebenar dia dengan Khalif memang dah kenal rapat. Maklumlah, dari Khalif belajar dekat kolej lagi dia dah bekerja dengan Dato’ Harun. Cuma dekat pejabat dia terpaksa mengunakan panggilan ‘tuan’ supaya pekerja lain tak salah faham. Kalau ikutkan Khalif dia memang tak suka Jamil panggil dia ‘tuan’, geli katanya!
“Tak kisah.” Khalif terus menghulurkan tangan.
Dengan wajah berat Jamil menyerahkan tag mananya kepada anak majikanya.
“Abang dah makan?”
Jamil kelihatan serba-salah.
“Okey, nanti saya bungkus untuk abang. Boleh kita makan sama-sama dekat atas.”
“Kalau nak bungkus baik abang tolong belikan.” Jamil masih tak sedap hati.
“Abang duduk diam-diam kat sini. Saya nak merayap dulu lepas tu baru nak pergi beli makanan. Kalau saya pakai tanda nama ni pekerja tak kenal siapa saya,” ujar Khalif berdalih.
“Mesyuarat pagi ni jangan lupa. Nanti Dato’ marah kalau tak muncul. Semua pemegang saham datang tau,” pesan Jamil.
“Saya tahu, abang jangan risau.” Khalif tersengih, mengenyitkan mata.
Sebenarnya dia bukan nak pergi cari makan pun, saja nak tinjau-tinjau keadaan tempat kerja. Dah lama dia tak datang Emas Holding, dah dekat lima belas tahun. Banyak yang dah berubah. Sistem dan hiasan dalaman yang digunakan pun semakin canggih. Nampaknya Emas holding memang mengikuti peredaran semasa.
Oh, lagi satu, dia harap dapat bertembung dengan si gadis yang datang temu duga. Kalau si gadis tengok dia pakai tag nama ni mesti si gadis tak anggap dia penganggur. Kalau untung sabut, boleh dia pura-pura berkenalan, tanya nama dan nombor telefon.
Walau pun dia dah ada semua maklumat mengenai Nadia tapi dia tak boleh terus terjah jer. Mesti Nadia hairan dari mana dia tahu nama dan nombor telefon. Jadi, nak tak nak dia kena berkenalan juga dengan Nadia. Berlakon kena bijak.
Ketika dia menapak ke lobi terlihat Nadia berjalan keluar menuju ke café. Ini sudah bagus. Dia bergegas keluar. Sebaik saja dia sampai di belakang terdengar Nadia merungut.
“Wah! Mahal tiga ringgit! Haish, tak boleh jadi ni. Kalau aku tahu semahal ini baik aku pergi minum kopi di kedai mamak!”
Dia terus berdiri di belakang, dengan harapan agar Nadia menyedari kehadirannya. Namun, lain yang diharap lain pula yang terjadi.
 “Awak… awak pekerja Emas Holding, kan?”
Khalif terpinga. Berkelip-kelip mata memandang Nadia.
“Ya,” jawab Khalif sepatah. Biar betul ni, dia tak kenal aku ke?
 “Saya baru kerja di sini, terlupa bawa kad pekerja. Saya masukkan order saya dalam order awak boleh? Nanti saya bayar.”
Aik? Baru temu duga dah dapat kerja? Biar betul dia ni?
“Okey.” Khalif masih kehairanan.
Jimat tiga ringgit. Awak ambil tempat saya, ini pesanan saya.” Nadia menghulurkan kertas pesanannya.
Khalif tersenyum kecil. Menyambut kertas yang dihulur. “Dah berapa lama awak kerja kat sini?” Saja dia tanya soalan tu dengan harapan Nadia kenal siapa dia.
Nadia mendongak, agak lama. Mesti dia dah kenal aku! Khalif terus tersenyum menaik-naikkan kening mengharapkan Nadia ingat, tapi…
 “Erkk… baru… baru… je.” Gadis itu tergagap-gagap.
Lar! Tak cam lagi ke?
“Oh, awak datang temu duga hari ni, kan?” soal Khalif lagi. Kalau tak cam juga memang ada masalah pendengaran dan pengelihatan ni!
“Ya.”
“Wah, tahniah,” ucap Khalif.
“Erkk…” Nadia mendongak.
“Terima kasih.” Pantas saja gadis itu pandang ke arah lain, keluarkan telefon bimbit dan kemudian sibuk membelek majalah.
Niat untuk terus berbual terbantut. Pertama, sebab Nadia macam tak nak bercakap dengan dia dan ke dua, gadis ni memang sempoi! Selamba badak membebel fasal soalan mengarut tu depan semua orang! Aduhai, kalau aku terus ajak dia berbual mesti staff aku ingat lelaki malang itu adalah aku!
Nadia… Nadia…
Khalif menggeleng kepala, melangkah setapak ke depan. Sekali-sekala menjeling melihat Nadia yang asyik menjawab kuiz di majalah.
Sedang dia menanti pesanan siap, telefon bimbitnya berbunyi. Setiausaha papanya menelefon minta dia segera masuk ke bilik mesyuarat kerana tak lama lagi mesyuarat akan bermula.
Sebaik saja pesanan makanan siap, dia segera mendapatkan si gadis dan menyerahkan makanan tersebut dan kemudian bergegas pergi. Sesi perkenalan terpaksa dibatalkan demi tuntutan kerja. Hari pertama kerja kut, mana boleh masuk lambat. Nanti semua orang tak percaya dengan kebolehan dia.
Emmm… melepas lagi!
Tak apa Nadia… our day will come.

BERSAMBUNG

4 comments:

Aimi said...

owhh...begitu alkisahnya.....pelik juga pasal name tag "Driver" tu....

Anissa Alis said...

eeee tak sabar nak pegang buku ni

saya selalu baca n3 red scarf
best!

Senag senang layari blog saya

www.jomsupplement.com

Anna Lee said...

gitula kisahnya Aimiii.. hehehe

Anissa Aliss... tqqq.. okeh nnti saya terbang ke sana ya. :)

Anonymous said...

buku ni dah publish ke??