Intan payung kami...

Wednesday 26 June 2013

Bab 24 : Mencari Mr. Charming




Untuk menghilang rasa resah pada malam ini, aku membelek ruangan facebook peribadi. Puas merenung facebook, aku membuka blog. Bosan menilik blog aku membuka email. Mana tahu kalau-kalau editor tambahkan lagi dateline aku. Tapi, lain yang aku harapkan lain pula yang ada dalam kotak email aku!

From : Indah Water
To : Indah Lara
Sent : Thursday, September 13, 4:45PM
Subject: Wahai Puteri Gunung Ledang
_____________________________________________________________
Cik Indah Lara,
Amboi. Bukan main ya perli aku dengan bahasa berkerawang segala. Cukup-cukuplah dalam novel kau nak berkerawang takkan nak email aku pun nak guna bahasa klasik segala. Kau ingat kau tu nak menulis warkah untuk Sultan Melaka? Naik pening kepala aku nak bacanya.
Meh sini aku nak jawab soalan kau tu…
1.                Berapa kali aku nak bagi tahu kau yang aku ni terpaksa dan dipaksa. Kalau aku boleh tolak dah lama aku tolak tapi aku tak boleh nak tolak! Demi kesejahteraan aku terpaksa baca. Ada faham?
2.                Aku pun tak ingin nak tilik blog kau yang meraban tu. Tapi saja aku nak tengok kau dengar nasihat aku ke tak. Tapi masih berdegil. Lagi pun aku nak bantu kau. Orang gila memang tak pernah mengaku dia gila. By the way, memang aku sedang mengembara di alam nyata pun sampai tak ada masa nak melepak di rumah. Lainlah kau… 24 jam, 365 hari duduk depan laptop. Get a life!
3.                Siapa yang perlukan rawatan ni? Aku ke kau?
Okey, setakat ini dulu. Aku pun malas nak melayan kau sebenarnya. Tapi lepas ni kalau aku terbaca novel kau yang mengarut aku akan sembur kau lagi. Faham? Dan… kalau ada posting mengarut kau dekat blog pun aku akan sembur juga.
P/S : BILA KAU NAK ADD AKU NI? Aku penat asyik kena buka email. Kalau dekat facebook senang sikit aku pm kau.

Yang Benar
Indah Water

Wah-wah, dia ni memang nak kena! Sudahlah aku tengah risau ni, dia nak tambahkan lagi beban dalam kepala aku ni. Maaf mak, kali ni anak mu ini terpaksa melangggar sekali lagi peraturan yang ditetapkan!

To : Indah Water
Subject : Hei Hang Bertuah!
______________________________________________________________
Kehadapan Indah Water,
Jika bukan aku yang memertabatkan bahasa Melayu siapa lagi? Kau? Minta ampun, harus bahasa melayu akan hilang di dunia yang tinggal bahasa pasar yang kasar yang tidak ada identitinya sendiri. Kemungkinan tidak akan ada sesiapa akan ambil kisah tentang bangsa kita yang satu masa dahulu bangsa yang hebat.
Wahai Indah water,
Lagi pun, bahasa yang aku guna pakai dalam setiap novel aku bukanlah bahasa sampai mencapai tahap sasterawan Negara, atau… tahap kecerdasan otak kau lebih rendah dari otak budak tadika?
Balik-balik alasan kau ‘dipaksa dan terpaksa’ aku sudah naik jemu. Kalau kau nak tahu, orang yang malas dan orang yang penakut adalah orang yang sering mencipta alasan. Kau penakutkah?
Satu lagi, aku sudah ada kehidupan yang indah. Kau ada? Dan soal rawatan, kau jangan risau. Aku tak perlukan rawatan dari pesakit mental macam kau. Aku sudah ada doktor peribadi yang lebih hebat dari kau.
Blog aku ikut suka aku nak meraban apa pun, google dan blogspot tak kisah kenapa kau nak kisah pula?
Di akhir bicara, tunggulah novel aku seterusnya akan aku jadikan kau sebagai watak jahat yang sangat sengal dan dungu dan yang pasti kau akan terkorban dalam cerita tu!
P/S: TUNGGU KAU JADI MANUSIA BERTAMADUN! Nanti habis wall aku penuh dengan posting membunuh dari kau!

Terima kasih.
Indah Lara

Haish… siapa dia ni? Kenapa asyik hendak cari salah aku? Macam mana aku nak siasat pemilik email ni? Aku tak fikir email ni datangnya dari Sam. Tidak mungkin dia banyak masa sehingga dapat karang email sepanjang tu?
Dan… tak mungkin lelaki budiman macam Sam sanggup berkata-kata macam ni? Tapi, kalau abang ngah memang tak mustahil pun! Tapi hari tu beria-ia dia nafikan. Siapa kau sebenarnya Indah Water!
Aku segera menekan tanda ‘send’. Menarik nafas lega. Baru tenang hati aku!
Ayah pernah cakap, orang yang suka mengkritik membabi-buta adalah orang yang suka bercakap besar!
Jadi mungkin Indah Water salah seorang yang suka berdegar-degar. Terasa konon diri tu lebih bagus dari orang lain, sedangkan dia tak sedar semua kata-kata dia tu mengambarkan kebodohan dia sendiri!
Haish! Geram sungguh! Apa pun, masalah ini aku kena letak tepi dulu. Ada masalah yang lebih penting yang perlu aku selesaikan pagi esok.
Ya Tuhan, bantulah aku menjayakan rancangan esok. Demi masa depan aku, demi masa depan Ayun agar tak terganggu dengan kehadiran aku di rumah dia di saat dia sedang berbulan madu. Amin.

Bersambung...

2 comments:

Yazreina said...

Lehh.. Pendeknyer!

aisyah said...

dasyat indah water tu