Bab 3
Aku
memandang jam di pergelangan tangan, hampir pukul tujuh malam. Tak ada satu
teksi pun melintas depan. Ajaib sungguh! Tak pernah-pernah dekat sini ketandusan
teksi. Dia orang mogok ke? Atau hari ni ada perhimpunan hitam? Tak mungkin,
takkan dia orang nak buat perhimpunan hitam pada hari kerja pula.
Sedang
aku resah gelisah menanti kemunculan bas dan teksi, kereta Imran berhenti di
depan hentian bas. Nak pujuk la tu!
“Cepat
masuk,” panggil Imran sebaik saja cermin di tempat duduk penumpang di turunkan.
Aku
buat-buat tak dengar. Terus berpeluk tubuh meninjau-ninjau ke arah jalan. Konon
sedang menanti teksi atau pun bas. Kalau dia betul-betul nak pujuk aku, dia
akan pakir kereta dekat tepi jalan dan datang ke hentian bas ni. Kalau melaung
dari dalam kereta panggil aku, itu bukan memujuk namanya. Tapi TER-paksa pujuk.
“Nadia
Husain! Cepat lah!” Panggil Imran lagi.
“Apa
cepat?” marah aku.
“Cepat
masuk!”
“Nak
pergi mana?” Tanya aku, sengaja membulatkan mata.
“Hantar
awak balik lah.” Wajah dia berkerut.
Mesti
tengah nak marah aku tu! Biarkan! Biar dia rasa betapa sakitnya hati bila
perasaan kita dibuat endah tak endah oleh orang yang kita sayang.
“Tak
nak.” Aku terus berpeluk tubuh, memaling wajah ke arah lain.
“Dah
lewat ni, cepatlah saya hantar awak balik,” panggil Imran lagi.
Kali ini nada suara dia sedikit lembut
berbanding ketika di kedai tadi. Mungkin dah penat nak bergaduh. Itulah, lain
kali kalau nak cakap tu hati-hati!
“Tak
nak! Saya naik bas. Awak balik lah.” Hati aku masih membara.
Mana
boleh senang-senang macam tu saja aku termakan pujukan Imran. Nak juga aku
tengok sehebat mana Imran memujuk. Selama ni tak pernah pun dia pujuk sebab
rajuk aku tak pernah meleret. Tapi kali ini jangan harap!
“Betul
ni? Sekali ni je saya tanya. Kalau
awak tak masuk juga, saya balik.” Imran memandang aku dengan wajah sebal.
Dia
ugut aku? Memang cari nahas sungguh!
“Balik
la.” Aku mencabar.
Ada
aku kisah? Bas dan teksi berlambak, malas aku nak bergantung pada dia lagi. Dia
ingat bila pujuk sikit aku akan sejuk?
“Awak
ingat saya main-main?”
“Ada
saya cakap awak main-main?”
“Saya
balik sekarang.”
“Balik
lah!” Aku terus mencabar.
Tak
lama kemudian Imran terus menekan minyak meninggalkan aku terkulat-kulat
menelan asap kereta.
Aku
mencemik geram. Macam tu saja dia pujuk? Tak boleh harap betul!
Sedang
aku melayan hati yang sebal tiba-tiba muncul lelaki tadi menghampiri aku
kemudian melabuhkan punggung tak jauh dari tempat aku duduk.
Aku
terkedu, menelan air liur. Tak tahu nak cakap apa. Takut dan malu bercampur
baur.
Dia
ikut aku ke?
BERSAMBUNG...
7 comments:
Okeh.. next! Hahaha.. jangan marah ye =p
best..
n3 yg best n pnjg.org sgt suke n brpuas ati..jd org sgt2 brteima kasih kpd cik pnulis.lain kali SILA buat lg yea!hehehee..
Go go go
Jgn lupa tag Alina Oiq Maasom lepas post yer
Cepat la sambung......
best tahap petala langit,18 juta kali,he2
Anon- Azri punya - hehehee.. pandai yer, okeyyy.. akan cuba panjang, jgn termuntah ijau sudah nanti..hahaha
alin - itu nama kat fb ke?? okeh akan daku cari nanti.
Mimie - dah bersambung pun.. sila2.
Zara.. waaaaa... hahah.. tinggi sangat tuu.. takut nk terima.. heee. tqqqqq. :)
Post a Comment