Episod : Terkantoi sudah!
Bab 17
Kahwin.
Kahwin. Kahwin!
Jangan
salah faham. Aku bukannya nak kahwin pun tapi semalam masa aku buka facebook, banyak sangat jemputan kahwin.
Bila dah banyak jemputan apa lagi, adalah yang gatal tangan tanya bila pula aku
nak kahwin!
Pokok
pangkalnya dia orang kena faham kenapa kena kahwin? Jangan kerana umur hampir
mencecah tiga puluh tahun maka kita perlu sibuk atau pening kepala fikir soal
kahwin. Sampai sanggup tangkap muat je
mana-mana lelaki melintas depan mata. Sudahnya, tiap-tipa hari berendam air
mata.
Alangkah
seronoknya kalau semua orang faham maksud, bila datang seru, bila jodoh dah
sampai. Maka kahwinlah aku nanti. Kalau aku tak jemput tu maksudnya belum ada
jodohlah. Tapi, yang buat aku naik angin di awal pagi ni bila ada tangan-tangan
gatal menaip dekat facebook (ruangan group bekas pelajar sekolah) tuduh
aku cerewet!
Tuduh
aku berangan tunggu putera kayangan turun dari langit untuk melamar aku. Dia
orang kata aku tunggu putera raja Negara Pasir Berdegung datang meminang.
Hellooo… salahkah aku kalau aku berhati-hati memilih
pasangan? Aku ni dah naik ngeri tengok mak janda muda bersepah-sepah dekat luar
sana. Aku tak mahu jadi seperti mereka. Maaf, aku bukan aku nak pandang hina
atau apa, cuma aku nak elak peratus bilangan janda muda di Malaysia. Jadi, kau
orang kena faham kenapa aku cerewet.
Si
Ayun pula asyik salahkan aku sebab terlalu cerewet. Membebel pasal impian aku
menanti kemunculan prince charming
yang katanya dah jadi fosil! (Ayun ni
kan, kalau nak sakitkan hati dia senang je. Aku sebut je perkataan MANGKUK.
Harus dia mengamuk! Ha.. ha…)
Yalah
aku tak salahkan Ayun seratus peratus bila dia bengang dekat aku. Sebab boleh
dikatakan separuh dari orang lelaki di pejabat dia pernah keluar dengan aku.
Tak sempat dia orang tolak aku, aku dah tolak dia orang awal-awal.
Aku
ni pun bukannya buruk sangat rupanya. Hidung ni walau tak mancung tapi tidak
kembang sangat, sedang-sedang je.
Mulut pula, walau pun tak seseksi Angelina Jolie tapi masih terletak cantik
dekat muka aku yang nak kata bulat tak bulat nak kata panjang tak juga.
Semuanya sedang-sedang je.
Tapi
kalau aku tampal warna-warni atas kelopak mata, permerah pipi dan mascara
cantik juga aku ni. Jadi tak hairanlah kalau dengan mudahnya aku dapat pikat
hati teman sepejabat Ayun.
Tapi
semuanya tak tahan lama paling lama pun dua minggu yang lain semua seminggu
atau pun tak sampai seminggu. Pantang dia orang buat silap terus aku turn off. Cerewetkah itu?
Title :
Cerewetkah aku?
Kau orang
mesti nak tahu apakah perkara-perkara yang kaum lelaki telah buat sampai aku
boleh turn off? Ni antaranya sebab-sebabnya yang aku dah tepek dekat blog aku.
Dengan harapan ada kaum lelaki di luar sana baca dan cuba elak dari melakukan
perkara-perkara di bawah…
1.
Lepas makan main sendawa sesuka
hati. Tak kata execuse me atau
apa-apa yang paling aku sakit hati boleh pula dia gelak lepas sendawa! - its
funny, bila dah kenal lama. But its annoying bila first date.
2.
Kau orang sakit hati tak bila
kali ke tiga keluar bersama tiba-tiba dia boleh cakap… “Sorry awak, saya
tertinggal dompet lah.” What?(freeze face)
3.
Lagi buat aku menyampah bila…
“Saya suka wanita yang berkerjaya. Maklumlah ekonomi Negara sekarang ni tak
menentu.”… Daa? (freeze face -mencebik)
4.
Pelahap! Kalau dah jadi laki baru
nak tunjuk pelahap tu aku tak kisah lah. Ini baru sekali dua jumpa makan tak
ingat dunia! Nampak sangat dia lebih suka makan dari tengok muka aku atau
berbual dengan aku!
5.
Sesuka hati dia korek gigi lah,
hidung lah. Bukan saja tak macho tapi… Geliiiii!
6.
Gelojoh! Aku menyampah bila dia
cakap… “Saya tak suka bercinta lama-lama.” Atau… “Nanti janganlah minta
hantaran tinggi sangat.” What? Siapa
cakap nak kahwin dengan kau pun!
7.
Bangga diri. Sikit-sikit nak
tunjuk kehebatan dia. Yucks!
Menyampah!
8.
Mengelabah! Dia punya narves tu
mengalahkan aku orang perempuan! Relax lah. Cool.
9.
Belek menu berjam-jam! Aku
tahulah dia nak cari yang harga murah-murah, tapi kalau dah tahu tak mampu nak
belanja kat tempat mahal bawaklah aku ke warung ke, kedai mamak ke. Aku tak
kisah pun. Ini pergi tempat mahal-mahal nak order nasi goreng kampung! Tension!
10.
Membebel pasal tempat kerja dia.
Adeh, ini pun aku tak leh nak tahan. Sudah lah baru kenal sempat lagi nak
bergosip fasal orang ni fasal orang tu yang aku langsung tak kenal!
11.
Bau! Pleasee… kadang-kadang nak pengsan dibuatnya. Kalau tak pandai nak
jaga diri sendiri, macam mana dia nak jaga anak orang?
Sudah. Cukup
sudah. Kalau aku senarai lagi mahu berjela-jela. Tapi itulah antara senarai
kenapa aku cepat turn off dengan
lelaki. Kalau ada lelaki yang buat hal dalam senarai dekat atas tu, agak-agak
kau orang blah tak?
Indah Lara.
XOXO.
Adakah
kerana senarai tu aku dikatakan cerewet? Bukankah kalau kali pertama kenal kita
kena jaga adab, perilaku. Tapi kalau baru seminggu kenal dah macam-macam tunjuk
perkara tak baik macam mana hati aku nak terpikat. Aku fikirlah, kaum lelaki ni
patut masuk kelas menjaga adab lah. Betul tak?
Sedang
aku asyik melayan perasaan bengang ni, tiba-tiba terdengar pintu rumah di buka.
Lekas mata aku melihat jam. Dan tiba-tiba sahaja hati aku berdebar-debar.
Cepat-cepat aku ke cermin. Belek muka, rambut. Sental lipstik sikit. Betulkan
baju.
Okey
sedia!
“Hai!”
Tiba-tiba satu suara menyapa ketika aku keluar dari bilik. Kaki aku terpaku
melihat keindahan wajah dan keseksian suara di depan aku.
“Hai.”
Hanya sepatah perkataan sahaja yang mampu mulut aku keluarkan. Dia tersenyum
menjadikan wajah dia semakin manis. Rambutnya bersepah-sepah tapi tetap
kelihatan kacak di mata aku.
“Awak
dah sedia baju untuk saya pergi meeting?”
Dia terus merenung aku. Alahai, mata dia buat seluruh tubuh aku terasa lemah.
“Dah.”
Aku mengangguk. Dia senyum lagi. Di kiri tangannya terdapat sebuah beg
sederhana besar.
“Do you have anything to eat?” Dia
melangkah ke arah pintu biliknya yang berada di hujung koridor. “Saya tak
sarapan lagi. Tak berselera nak makan dalam flight
tadi.” Ujarnya sambil membuka pintu bilik.
“Ada.
Nanti saya panaskan.” Mujur Fazrin beli banyak barang dapur semalam dapat juga
aku cilok simpan dalam peti. Lagi pun dia yang suruh aku simpan. Letak dalam
peti rumah dia pun membazir je bukan dia masak pun.
“Thanks. Sediakan black coffee ya.” Pesan dia sebelum hilang masuk ke dalam bilik.
Oh-ohh!
Dia minta black coffee? Senyuman aku
meleret-leret. Kalau kau orang nak tahu, ciri-ciri mencari prince charming ke-100 adalah… Lelaki-yang-suka-black coffee! Jangan tanya aku kenapa,
sebab aku tak tahu jawapannya. Tapi… memang sejak dari dulu lagi, terdapat satu
fomula rahsia untuk aku menilai ciri-ciri lelaki yang aku suka iaitu…
Black
coffee + lelaki = Memang maco.
Haish…
hati aku ni asyik kembang je dari
tadi. Dengan senyuman gumbira aku melangkah
ke dapur. Heee… rasa macam si isteri sediakan sarapan untuk suami pulak! Ahaks!
(sempatlah aku buat tarian zapin kat
dapur).
Tapi,
tak bahaya ke aku duduk berdua dalam rumah ni dengan dia? Boleh ke aku bermalam
di rumah ni? Tak kena tangkap basah nanti? Kalau dia ada dalam rumah ni kira aku
dan dia bersekedudukan ke?
Tapi,
nanti Tania ada bukan kami berdua je.
Haish… payah juga ni. Tapi bukan salah aku. Sepatutnya dia balik dari Sabah
minggu depan. Lepas tu dia akan berangkat ke US.
Aku
panaskan air. Sapukan butter pada
roti. Keluarkan mashed potato yang
semalam. Panaskan sos cendawan. Tak pernah-pernah dalam hidup aku berada di
dapur dengan hati yang girang seperti sekarang. Hee… bibir aku ni memang dah
tak boleh tutup lagi dah. Tersengih dari tadi. Tapi, sedang aku asyik melayan
syok sendiri tiba-tiba…
“Lara!”
Panggil Sam.
Terkejut
aku. Hampir terjatuh roti dari tangan. Lekas-lekas menoleh ke arah pintu dapur.
Terlihat dia tercegak di muka pintu dengan keadaan rambut yang basah dan… tuala
membalut separuh tubuh!
Tidak!
Lekas-lekas
aku pandang roti. Tangan aku semakin laju menyapu butter yang sememangnya dah
penuh di permukaan roti tu. Masih terbayang-bayang bentuk tubuh broad tapered yang dimilikinya. Kemas
dan padat. Memang sempurna. Aku menggeleng kepala beberapa kali, cuba menghalau
jauh bayangan itu dari terus terakam di ruang mata aku.
“Ya.”
Aku mula gugup.
Ya,
Tuhan, kenapa kau pakai macam tu depan aku! Aku ni anak dara! Dah panas muka
aku ni.
“Awak
masak apa? Semerbak baunya.” Dia mendekat.
“Tak…
ada apa. Cu… ma panaskan sos cendawan.” Aku telan air liur.
Serentak
itu semerbak ruang dapur yang sederhana kecil itu dipenuhi dengan wangiannya.
Aku tak pasti sama ada wangian mandian atau pun dari cologne. Apa pun bau itu
menambahkan lagi debar di hati aku.
“Saya
cari baju tadi, awak letak mana?” Dia berdiri di sebelah aku. Mencubit sedikit
roti yang sudah disapu dengan butter.
Aku
menarik nafas dalam. Cuba mengawal diri jangan terlampau gabra. Nak tak nak aku
kena pandang dia juga. Tapi aku pandang muka dia je tau. Aku tak pandang pun tubuh dia. Jangan kata aku gatal pulak!
“Saya…
dah sangkut dalam… almari.” Ujar aku cuba berlagak seperti biasa. Suara aku
tiba-tiba saja susah nak keluar. Aku berdeham perlahan. Mata dikalihkan lalu
memandang roti di tangan. Dia terus berdiri di sebelah aku sekali lagi mencubit
roti tadi.
“Tak
jumpa pun. Awak sangkut kat mana?”
Dia berjalan ke arah peti ais yang berada betul-betul di depan aku. Bulat mata
aku tengok susuk tubuh dia, lekas-lekas pandang ke roti semula.
Haish…
dia ni, agak-agak lah. Takkan nak berjalan depan aku dengan hanya pakai tuala je. Terserlah dadanya yang bidang bersih
tanpa sebarang bulu. Lengannya kelihatan berketul-ketul tapi otot-otot dia tak
lah setaraf dengan ahli sukan angkat berat tapi memang dah cukup… yummyy!
Masya-Allah,
astaghfirullah! Astaghfirullah! Aku segera melarikan pandangan.
“Larr…
sikitnya awak beli barang dapur?” Dia menoleh pada aku.
Nak
tak nak terpaksa juga aku angkat muka, pandang muka dia. Adeh, masuk kali ni
entah kali berapa jantung aku jatuh tergolek-golek tengok dia.
“Emmm…
saya ingat nak keluar lepas ni.” Aku dah tergagap. Dah tak tahu nak pandang ke
mana lagi dah ni. Darah menyerbu ke wajah.
Ya
ampun! Lara bertenang!
Dia
mengangguk-angguk, menutup pintu peti ais. Berjalan menghampiri aku.
lekas-lekas aku mencapai sekeping roti kosong, segera menyapu butter di permukaannya. Bertenang Lara,
sambil cuba mengawal tangan aku agar tidak mengigil.
Astaghfirullah!
Astaghfirullah!
Mungkin
ini agaknya perasaan cinta yang Fazrin katakan semalam? Hati bergetar, jantung
berdebar (aik… macam lirik lagu pulak, tapi
lagu apa ya?). Ini baru lalu-lalang depan mata, dah mengigil. Kalau dia
buat seperti mana Fazrin buat semalam mahu lembik-longlai segala urat saraf
aku. Bahaya juga penangan cinta ni.
Tapi…
betulkah aku cintakan dia? Baru kenal je kot?
Haish… keliru-keliru!
“Nanti
lepas meeting saya datang ambil awak.” Ujar dia bersahaja, kali ini dia
terus menyambar satu keping roti.
Aku
tersentak. Melopong memandang dia. “Hah?” Adakah aku tersalah dengar?
Dia
tersenyum. “Saya meeting sekejap je. Lepas tu saya balik ambik awak kita
pergi beli barang dapur.” Dia beredar. Aku tarik nafas lega. Namun tiba-tiba langkah
kaki dia terhenti, menoleh pada aku. “Kat
mana awak gantung baju tu?”
“Dalam
bilik saya.” Balas aku terpinga-pinga. Dia ajak beli barang dapur bersama?
Macam tak percaya! Senarai teratas dalam ciri-ciri lelaki idaman aku adalah…
1.
Shopping groceries bersama!
Sweet!
Yeh!
Kalau boleh aku nak menari zapin sekarang juga! Tapi, sabar Lara, bawa bertenang.
“Oh,
gantung dalam bilik awak ke? Patutlah tak jumpa.” Suara dia mengganggu lamunan
aku.
“Tak
apa nanti saya ambil.” Aku segera meletakkan roti atas piring.
“Eh,
tak apa saya ambil sendiri.” Dia segera menghalang. “Awak buat kerja awak.” Dia
senyum kemudian beredar.
Aku
terus melopong seorang diri di dapur. Beberapa kali menelan air liur. Tiba-tiba
seakan-akan terdengar alunan muzik zapin di dalam kepala. Apa lagi Lara, tarian
zapin lah! Kaki menyusun langkah ke depan ke belakang. Melenggok ke kiri dan
kanan. Tangan bergerak mengikut rentak tari.
Laaa..laaa
laaa…laaa.. laaa… (dalam banyak-banyak
lagu zapin, lagu zapin senario juga yang masuk dalam kepala aku ni?)
“Lara?”
Zuppp!
Rentak tari berhenti serta-merta. Muzik zapin terus hilang. Glup!
Bersambung ...
20 comments:
Lara. Tak pe. Ai faham. Meh lah kita sama-sama bersabar. *menangis*
Baru je best2 nak menari zapin dgn lara, dah bersambung! Aiseh! Potong betul! He..he..
Oh My!!!! menggoda betul Mr Sam nieeee..... Lara di kedudukan yang bahaya...neo neo neo....
hailah!! cik lara...siap terkantoi berzapin...heheheh...tapi kenapa En Sam tu peramah sangat? (kalaulah aku ni Lara...perghhh) :) ...memang dia dah ada hati kat Lara ke? IWK??.....can't wait for the next entry ni...SZanariah
hahaha...kntoi..malunya......hihihi
ahahhahahahhaha......kantoi masa seronok tari tarian zapin weyhhh.....
owh la owh la Mr. Sam...uwaaaaaa cair3.....
pasni nak p beli barang dapur, beli barang dapur, beli barang dapur..ehehehhe...senarai tertinggi 2
Pena - Pencemaran pandangan, harap2 tak nightmare mlm ni. :P
Roziah - terpaksa sambung, sbb panjang lagi episod ni.. hahaha.
Hk - ya, Lara harus di selamatkan!!!
Szanariah - hahaha... no komen.. kakaka... kita tgk mcm mana nanti :P (glup!)
Eija - Itulah, lain kalu jgn buat mcm tu tauuu. :P
Maya/Strawberry - hahahaha... lelaki yg tahu barang dapur adalah lelaki sweet (copy lara punya teori).
Nak lagi!!! Heee
ohmaiiiiii....
Miza - tungguuu... tak cukup tangan dah ni.. haha.
Anon Azri - Ohmaisara!!! :P
sweet.... :)
bestnyerr.. haha..den pn tergugat kalau ada org pkai mcm tu depan den..
Norana - manis2 buah je berani buat :P
Anon - yg mana satu best ni? citer ke? tgk mr sam?? hahahaha.
OMO OMO OMO !!! lara with mr.sam? perfect tango maybe ?
pssstttt3....Anna Lee...lelaki yg pakai apron pas2 masak kat dapur 2 macho la sbb dia ringan tulang ngeh3....
Best....#^_^
Lara ni memang luculah... hehehe
kita yg membaca pun rasa bedebar2..mcm mr. sam tu ada dpn mata kita pulak...hahaha..
"lara?" ngaaaaaaa tetiba bersambung...baru je nak joget zapin sesama...hukhuk...
Anna Lee - korang tahu tak, baca komen korang wat ai gelak sorang2 tau.. haha.. ada yang sipi2 mgena untuk next episod... ada tersalah duga... hahaha.. apa pun, thanks sebab memeriahkan blog ni n korang memang readers yg sporting! lv u all..
kah..kah..geli hati la tgk lara ni..hello mr sam..mcm tau je lara suka awak..jgn dera perasaan dia..wlupun saya suka btl bc part ni..ngee
Oh lalala...berdebar abis lara..
Post a Comment