Bab 14
“Nia,
kita nak dinner apa malam ni?” Tanya
aku pada Tania ketika kita orang sedang berehat di beranda sambil menikmati
keindahan petang ditemani angin bersepoi-sepoi bahasa.
“Entahlah.
McDonald?
“Tak
boleh. Bahaya makan hari-hari. Tak elok untuk kesihatan. Nanti gemuk, nak?”
“Tak
nak!” Dia menggeleng.
“Esok
akak kena pergi beli barang dapur lah. Sampai bila asyik nak makan makanan
segera saja. Oh ya, tadi papa Nia call
akak.”
“Hah?
Papa call akak?” Dia yang sedang syok
membelek majalah menoleh pada aku. Aku angguk.
“Mr
Sam pesan jangan bagi Nia makan mee segera!” Aku mencerlung. Dia tersengih.
“Habis
akak bagi tahu ke kita makan mee segera semalam?” Wajah Tania mula cuak.
Aku
menggeleng. “Jadi, Nia jangan pandai-pandai nak bagi tahu pada papa tau. Ini
rahsia.” Pesan aku serius.
“Okey.”
Dia mengekek. “Tapi, pelik pula. Papa tak pernah pun call baby-sitter sebelum ni. Kalau Nia bermalam dengan Kak Shida
pun dia tak pernah call.”
“Sebab
dia dah boleh agak yang akak ni akan ajar anak dia makan makanan yang tak berkhasiat!”
Aku menjeling.
Belum
pun sempat dia balas kata-kata aku, tiba-tiba loceng rumah berbunyi.
“Someone coming?” Aku pandang Tania. “Nia
ada tunggu sesiapa ke?”
“Tak.”
Wajah dia berkerut.
“Habis
tu, siapa?” Kami saling berpandangan. Aku bingkas bangun segera ke pintu depan.
Sebaik sahaja pintu dibuka…
“Hai
neighbour!” Terlihat wajah ceria Fazrin
betul-betul depan aku. “Do you remember
me?” Tanya dia, tersengih-sengih.
“Emmm… let me think.” Aku pandang dia dari atas ke bawah. Berseluar pendek
paras lutut dan mengenakan t-shirt putih dan berselipar… erkk… Jepun? Fail lah! Macam apek pergi pasar! Tapi…
tetap nampak segak. Beruntung sungguh jadi orang lawa ni.
“Kalau
tak silap, pak cik yang jual sayur dekat pasar, kan? Gerai nombor 25?”
“Ha…. Ha… funny.” Ujar dia sarkastik.
“Kau dari mana ni?” Kedua biji mata aku
singgah pada kedua belah tangan dia. Terdapat plastik penuh dengan barangan
dapur. Dia ingin melangkah masuk, namun lekas-lekas aku halang dengan kaki.
“Eh…
eh… nak pergi mana?” Soal aku mencerlung. Habis kalau Tania nampak aku bawa
masuk lelaki. Mahunya dia cerita pada Mr Sam, masak aku nanti.
“Masuk
lah. Takkan tak bagi tetamu masuk?” Dahi dia berkerut.
“Eh,
tak boleh. Mr Sam dah pesan, dia tak bagi aku bawa masuk teman lelaki dalam
rumah ni.” Aku bertegas. Menutup sedikit daun pintu agar Tania tak nampak.
“Betul
lah tu. Aku bukan teman lelaki kau pun. Boleh aku masuk?” Balas dia bersahaja.
“Tapi
kau tetap lelaki. Tak boleh masuk!” Aku terus menghalang.
“Wah,
kejam juga Mr Sam ni, ya? Habis kalau saudara kau datang dari jauh, kau suruh
dia lepak kat luar je?” Sindir Fazrin dengan muka tak puas
hati.
“Itu
lain cerita. Ini cerita kau… apa hal nak masuk dalam rumah ni? Ni plastik ni
nak buat apa?” Belum pun sempat dia menjawab pertanyaan aku, tiba-tiba terdengar…
“Abang!”
Tania meluru ke arah kami. “Where have
you been?”
“Biasalah,
shooting. Baru dua hari abang balik.”
Dia menjeling pada aku. Konon nak bagi tahu aku yang dia lebih dulu kenal Tania
dari aku lah tu. Ceh!
“Buat
apa berdiri kat luar ni? Cepat masuk!”
Ajak Tania menarik lengan Fazrin. Fazrin tersenyum mengejek pada aku.
“Abang,
ni Nia kenalkan…”
“Dah
kenal…” balas Fazrin acuh tak acuh. Letak plastik di atas meja.
“Bila
kenal?” Wajah Tania terpinga-pinga.
“Pagi
tadi, kat kolam.” Balas Fazrin sambil
membelek-belek plastik yang dibawanya.
“Ni
kenapa kau bawak semua barang ni ke sini?” Tanya aku hairan. Takkan dia tahu
rumah ni kehabisan bekalan dapur? Takkan Tania telefon dia?
“I need you help.” Ujar dia dengan wajah
serius. Dahi aku berkerut. Memberi isyarat agar dia terus bersuara.
“Today is our anniversary.”
“Our?” Soal aku menaikkan kening sebelah. Saja mengusik.
“I mean…”
“Okey
aku tahu. Jadi? Apa kena mengena dengan kita orang?” Saja aku buat muka
menjengkelkan.
Dia
mengaru kepala.
“Oh no… jangan kau cakap kau lupa!” Jerit
aku melopong.
Peraturan
paling penting dalam hubungan cinta, jangan-sesekali-lupa-tarikh-penting!
“Serius
aku lupa! Tengah hari tadi baru aku ingat.”
“Habis
tu, apa kena mengena barang dapur ni dengan anniversary
abang dan kak Syikin?” Tanya Tania.
Fazrin
pandang aku. Aku buat-buat tak nampak. Menoleh ke arah lain. Oh, tidak! Ini
mesti…
“Lara,
kaulah perempuan yang paling cantik dekat dunia ni kalau kau tolong aku.” Dia
menghampiri memegang kedua bahu aku. Merenung aku dengan wajah penuh mengharap.
Ini
yang aku lemah ni. Nak jual mahal pun payah bila muka kacak-comel dia tu
betul-betul ada depan aku. Alahai!
“Habis
tu, kalau aku tak tolong? Aku ni tak lawa lah?” Tanya aku mencemik. Saja buat
jual mahal sikit.
“Masih
lawa, tapi, dalaman kau tak lawa lah sebab kau tak tolong orang dalam
kesusahan.” Dia menaikkan kedua keningnya. Mengelip-ngelipkan matanya yang
sememangnya mampu buat hati aku gundah-gulana. Cewah… bahasa! Tak hingat!
“Kalau
kau tolong aku kali ni, aku janji lepas ni apa jua pertolongan kau nak dari
aku, aku akan bantu kau. Pleasee…”
rayu dia lagi.
“Kejap.”
Tiba-tiba Tania mencelah. Serta-merta lakonan Fazrin terhenti. Serentak aku dan
Fazrin menoleh.
“Apa
kena mengena masak dengan anniversary
ni?” Dia bercekak pinggang.
Fazrin
menarik nafas dalam. Melepas tangannya yang berada di bahu aku. “Abang lupa
beli hadiah. Jadi, kalau abang set up
dinner dengan masakan abang… erkk… kak Lara, mesti Kak Syikin akan terharu
dan tak marah jika abang tak beli apa-apa hadiah untuk dia.” Jelas Fazrin
panjang lebar.
“Romantik
juga kau ni ya?” Aku tersenyum, sambil membelek barang yang dibelinya.
“Romantik
apa, ada orang bagi cadangan buat surprise
dinner.” Balas Fazrin acuh tak acuh.
“Kau
pun satu. Macam mana boleh lupa ni?” Aku menjeling sebal. Orang perempuan ni
memang pantang kalau lelaki lupa tarikh istimewa. Mesti akan panjang rajuknya.
Silap hari bulan bertahun dia akan ungkit.
“Alah,
biasalah lelaki mana ingat semua tarikh ni.”
“Papa
ingat birthday Nia.” Balas Nia kagum.
Aku tersenyum mengejek pada Fazrin.
“Bapak
mesti ingat hari lahirnya anak dia. Tapi abang ni, mana ingat tarikh bila kami
bercinta, yang abang tahu, kami tiba-tiba dah bercinta.”
“Tak
romantik langsung!” Aku segera mencapai bag plastik yang ada di atas meja lalu
di bawa ke dapur.
“Thank you Lara, you are the best! I
love you so much!”
“Hati-hati
bila berkata-kata tu. Kalau Syikin dengar dia cemburu!” Laung aku dari dapur.
Sebenarnya hati aku dah bergegar pun tadi. Gila kau, lelaki pujaan dara
se-malaya cakap I love you kat aku, haruslah bergegar. Yalah, aku
tahu, maksud I love you dia tu
bukannya i-love-you pasangan bercinta,
but… it still I love you, kan? Emm… okey, what ever!
“Buat
apa lagi kat situ, cepat tolong aku
ni!” Laung aku lagi.
***
Sejam
kemudian…
Fazrin
bercekak pingang. Merenung tajam. Aku tersengih. Bahan untuk memasak bersepah
di atas kitchen island. Tania sudah
lama keluar dari dapur. Mungkin dah bosan menunggu dan sudah penat membebel.
“Kau
ni pandai masak ke tak?” Tanya Fazrin, tak bergerak memerhati aku membelek
laptop.
“Kejaplah.”
Aku terus mengerakkan tetikus. Mencari-cari resipi yang mungkin sedap.
“Kejap
apanya, dah pukul berapa ni?” Dia menjeling jam di tangan.
“Okey,
aku dah jumpa!” Jerit aku berpuas hati. Akhirnya jumpa juga resipi dari chef
kegemaran aku. Chef Kamarul!
Fazrin
mencemik, matanya terus membelek majalah yang terdapat resipi masakan barat.
“Kalau aku tahu kau tak pandai masak tak ada makna aku bawa semua bahan ni ke
sini. Baik aku hantar ke kedai je.”
Dia mengeluh perlahan. Berwajah monyok.
“Aku
pandai masak hokey! Tapi kau tu… bawa
bahan masakan barat. Mana aku pandai. Kalau nak suruh masak sambal petai ke,
patin masak tempoyak ke… tahulah aku macam mana nak menukang.” Ujar aku sambil menyalin resipi steak.
“Kalau
cakap awal-awal kan senang.”
“Dah
cepat tolong aku ni.” Lantas aku mengasingkan bahan-bahan yang hendak diguna.
“Alamak! Kenapa kau tak beli black paper?”
“Aku
dah beli tadi.” Dia membelek plastik yang dibawanya. Aku terus menunggu di
sebelah. “Tadi aku dah ambil lah.” Ujarnya lagi terus membelek.
“Macam
mana nak masak daging steak kalau black
paper tak ada! Kau ni, melambatkan aku. Tak pasal-pasal kena cari resipi
lain.” Aku melangkah ke arah laptop.
“Baik
kau masak base on bahan yang aku beli
tu.” Dia bercekak pinggang.
“Masalahnya
aku tak pandai!” Mata aku terus meneliti resepi di skrin.
“Kau
ni buat malu perempuan je. Masak simple western pun tak pandai?”
“Dari
kau membebel sebelah aku ni, baik kau pergi kupas ubi kentang tu semua sekali.
Nanti aku boleh buat mashed potato.”
“Carilah
resipi mashed potato dulu.” Minta dia
lantas menolak aku ke tepi. Mengambil tempat di depan laptop.
“Weh,
takkan mashed potato pun kau nak
tengok resepi?” Aku tolak dia pula, tapi tak bergerak! Huh!
“Diamlah
kau.” Dia terus membelek satu persatu bahan resipi di depannya.
“Kejap,
kau pandai-pandai beli bahan ni takkan kau tak pandai masak?” Aku mula curiga.
“Setiap
kali aku pergi rumah kakak aku, bahan ni yang dia pesan beli kalau dia nak
masak wastern.” Balas dia acuh tak
acuh, mata terus merenung skrin.
“So Sweet.”
Ujar aku tersengih-sengih, membayangkan Fazrin Adam menolak troli membeli
barang dapur di pasar raya.
“Apa
yang sweet nya?” Dia menjeling.
Khayalan aku bertebaran.
“Tak
ada apa. Eh, tepi lah!” Sekali lagi aku cuba tolak badan dia yang berganda
besar dari aku ke tepi. Mestilah tak berjaya. Badan ahli sukan dengan badan
ahli… ahli apa aku ni eh?
“Sibuklah!”
Dia tolak aku balik. Hampir tersadung aku dibuatnya. Papp! Tangan aku terhantuk
di dinding kabinet. Hampeh!
“Kau
ni! Main kasar eh!” Aku mencerlung.
“Opss…
sorry, sakit ke?” Wajah dia tiba-tiba
berubah cemas. Dia datang menghampiri membelek tangan aku yang terhantuk dekat
dinding tadi.
“Sakitlah!”
Aku menarik wajah masam. Ha… ha…. Pada hal tak sakit langsung!
“Sorry, kau pun satu. Sabar boleh tak,
kasi aku tengok dulu.” Ujar dia mengosok-gosok tangan aku kemudian meniup di
bahagian jari.
Mula-mula
aku nak biarkan saja. Apa salahnya aku berlakon sekali-sekala. Biar dia rasa
bersalah. Tapi…
“Dah…
tak sakit dah.” Aku segera tarik tangan aku. Apa kena dengan jantung aku ni?
Masa ini lah dia nak berdegup laju.
“Betul?”
Tanya dia dengan wajah cuak.
“Ya.
Dah, baik kau pergi kupas ubi kentang dulu. Mashed
potato tu senang je. Aku nak cari bahan nak marinated daging tu.” Ujar aku segera melangkah ke arah laptop. Dia
segera ke sinki ambil pisau. Tiba-tiba saja suasana sunyi sepi. Kata orang,
seperti Malaikat baru melintas. Tapi kata aku… the awkward moment!
“Dah
siap dah?” Tiba-tiba muncul Tania di muka pintu dapur. Aku dan Fazrin serentak memandang
ke arah dia.
“Aha,
siap susun barang je.” Sindir Fazrin
sempat menjeling pada aku.
“Dah
pukul berapa ni? Nanti Kak Syikin sampai.” Wajah Tania berubah cemas.
“Jangan
bimbang, semuanya under control.
Dekat sini dah cakap resipi ni boleh siap dalam masa satu jam.” Aku tersenyum
bangga.
“Pastikan
siap!” Marah Fazrin. Aku terus mengeluarkan bahan-bahan. Mengeluarkan mangkuk.
45
minit berlalu…
Akhirnya
daging steak tanpa lada hitam yang
aku usahakan sudah siap terhidang di atas piring. Tania menyediakan bahan
hiasan. Baunya semerbak, kecur air liur. Sos cendawan sedang mengelegak.
“Wah,
pandai juga kau masak.” Puji Fazrin sebaik sahaja melihat daging steak
terhidang cantik. Mashed potato pun sudah siap. Salad siap. Jagung siap.
“Kalau
macam tu bolehlah kita makan dulu.” Ajak Tania. Aku menjeling jam. Tepat pukul
6.30 petang. Elok juga kalau makan malam awal, boleh elakkan gemuk.
Tanpa
disuruh Tania segera mengambil tiga biji piring. Menghidangkan daging steak itu
untuk aku dan Fazrin.
“Fuhh..
kau memang hebatlah. Walau tak pernah masak, tapi bila tengok daging steak ni
macam chef terkemuka je yang masak.”
Puji Fazrin.
Hati
aku kembang semangkuk. Mengangkat wajah dengan bangganya. Namun, sebaik sahaja
daging steak mencecah mulut serentak kami bertiga menjerit.
“Erghh!”
Serentak itu juga kita orang keluarkan daging itu dari mulut.
“Masin!”
Serentak kami menjerit. Saling berpandangan.
“Masak aku!” Fazrin meraup wajah.
Kemudian menjeling. “Berapa lori garam kau perap dengan daging ni?”
Terkebil-kebil
mata aku memandang wajah dia. “Sorry.”
Balas aku serba-salah. Rasanya aku letak sikit. Kenapa boleh masin gila ni?
“Sekarang
ni macam mana? Ada masa dua jam lagi. Daging nak masak dah habis.” Tanya Tania.
Fazrin
mendengus kasar. Sempat menjeling tajam pada aku.
“Aku
tak sengaja okey!” Ujar aku membela diri.
“Nak
pergi beli hadiah pun dah tak sempat.” Keluh Fazrin bertongkat dagu merenung
pinggan yang langsung tak terusik.
“Apa
kata… kita pergi tapau steak kat kedai. Nak?” Aku pandang Fazrin harap-harap
dia setuju.
“Nia
setuju!” Jerit Nia mengangkat tangan.
Terdengar
Fazrin mengelus nafas perlahan. “Sempat ke? Nak cari kedai mana? Dah lah
waktu-waktu macam ni jalan jem.”
“Abang,
jangan putus asa. Rancangan ni mesti jadi punya.” Balas Tania teruja. “Akak dan
abang pergi beli makanan, biar Nia set up
ruang tamu rumah abang kasi romantik lagi. Nak?”
Aku
pandang Tania. Geliga juga otak budak ni. Cadangan yang amat bagus datang dari
budak berumur lima belas tahun!
“Akak
setuju.” Aku angkat tangan. Tanpa berlengah bingkas bangun.
“Decoration akak serah pada Nia okey.
Pastikan bila Syikin masuk dia tangkap lentok. Okey.” Pesan aku sebelum
menyambar lengan Fazrin. “Bagi kunci rumah kau kat Nia.” Minta aku.
Dia
segera mengeluarkan kunci dan serahkan pada Nia.
“Kita
nak beli kat mana ni?” Tanya Fazrin
dengan wajah tak bermaya.
“Mana-mana
je. Kau bawa kunci kereta?” Tanya
aku. Dia angguk.
Ketika
keluar rumah telefon bimbit aku berbunyi, tertera nama Ayun. “Wassup?” Soal aku sebaik saja menyambut
panggilan dia.
“Dah
tak pandai bagi salam assalamualaikum?” Balas Ayun. Ceh, sempat lagi dia perli
aku.
“Kau
nak apa?” Soal aku sebaik saja menjawab salam yang diberi.
“Amboi,
soalan! Kasar gila!” Marah Ayun.
Aku
mengekek. “Sorry beb, aku tengah
kelam kabut ni.” Ujar aku menjeling pada Fazrin beri isyarat suapaya dia
menekan butang lif.
“Kelam
kabut apa pula, setakat jaga budak 15 tahun.” Balas Ayun.
“Yalah,
yalah. So, what up?”
“Apa
lagi, aku nak kau update cerita lah!”
“Okey
malam ni aku update. Sekarang line tak okey lah.” Aku menjeling pada
Fazrin di sebelah.
“Kau
tak stalker Fazrin ke?” Soal Ayun.
Aku
segera berganjak ke hujung ruang, menjauh dari Fazrin. Mati aku kalau dia
dengar soalan Ayun tadi.
“No.
Beb, malam nanti aku call. Sekarang
aku dalam lif. Line teruk.”
“Haish,
kau ni! Ada-ada je!Make sure call!”
“Ya!”
Segera mematikan panggilan.
BERSAMBUNG...
XOXO....
13 comments:
Weeehuu.... makin menarik ni.. buat diriku tak sabor nak tggu nk baca next entry...
Terima kasih Miza kerana sentiasa bersama MMC :)
hahahaaa,asal ngada2 nk buat spesel diner lau xleh masak..ni baru tol2 masak smpai rentong!!..hik hik hik..
Anon - Hehehe... sorg konon nk tunjuk romantik, sorg konon nak tunjuk pandai.. heee.
huhhhhhh...saja je tau gantung2 sampai sini...nak2 gak tau anniversary 2 berjaya ke x? adakah si fazrin 2 akan jatuh centan sama lara ek? kalo la dia dah terjatuh tangga ngan lara ape akan jadi kalo dia tau diri dia 2 lah sowang daripada calon prince charming hihihi
Strawberry Cohocolate - bab ni panjang sikit, kena bersambung, nnti bersambung apa kan jadi dekat anniversary tu... apa akan jadi dlm perjalanan dorg nk tapau nnti dan selepas tu... agak panjanglah.. hahaha. Jatuh tangga?heee.. kita tunggu dan lihat... :P
Hancur plan fazrin...
hai Anna Lee hari saya ini marathon 14 chapter terus....ingat nak usha2 je...terus melekat...best gak cara tulisan macam ini (tak reti pulak nak sebut nama gaya tulisan begini)....but really interesting story. Tak sabar jugak nak tengok perkembangan hubungan lara-mr sam-fazrin-tania. Siapa pula Indah water (entah2 Mr sam tak???) hehehehe...can't wait for next chapter----SZnariah
Szanariah - hahaha... terima kasih sudi marathon kat sini, hehe... citer ni genre chick lit (kisah santai-humor, kisah wanita utk wanita, biasanya mcm seorg kawan bercerita pada kita kisah dia) Siapa indah water? hahaha.. perjalanan masih jauh..mungkin dalam 2-3 bab dorg akan berbalas email.
Aisyah - wahahaha... almost hancur.
next en3 puhleeeeeease~~ ^_^
fuhhh hari ni baru ada kesempatan nak marathon dr bab 5 sampai 14..tersengih sorang2 ngadap PC sampai tak sedar bos melintas kat belakang hahaha...sambung lagi ek..kita sukaaaaa...
Yuyu...Zie Omar, esok kita sambung ehh.. heee. terima kasih singgah baca.. :)
Post a Comment