(bertabahlah hati baca bab ni ya. Mungkin sedikit perlahan... tapi...)
Bab 13
Petang
itu aku melepak dalam bilik Tania sambil dia menyiapkan kerja sekolah. Kagum
juga aku pada budak ni, rajin. Sesekali dia bertanya tentang kerja sekolahnya.
Sedang aku ralit membelek majalah remaja, aku ternampak sebuah kotak yang
cantik di hujung katil.
“Kotak
apa tu?”
Dia
tersenyum, “Bukalah.”
Aku
segera membuka kotak berwarna pink itu, “Baju lama? Dah sedekah ke?”
Dia
tersenyum menggeleng, “Akak belek bawah baju tu.”
Aku
menurut. Sebaik aku angkat baju-baju tu, mata aku terpempan. “Novel?”
“My secret place.” Dia menghampiri aku,
sama-sama menjenguk kotak sepanjang empat kaki itu. “Papa tak suka Nia baca
novel, sebab tu Nia sorok.” Ujar dia. Dahi aku berkerut. Memandang sebaris
novel yang tersusun di atas rak buku dekat meja tulis.
“Itu
semua novel-novel yang dah ditapis.” Dia bersuara seperti dapat mendengar apa
yang ada dalam fikiran aku.
“Siapa
jadi penapis?” Soal aku sambil membelek novel-novel yang ada dalam kotak
tersebut.
“Papa.”
Sekali lagi aku tersentak. Memandang tidak percaya. Mr Sam baca novel? Aduh,
nak tergelak dibuatnya.
“Akak
tak percaya? Papa gila buku okey. Nia minat baca novel ni pun sebab papa.”
“Jadi,
semua novel atas rak tu papa dah tapis, dan novel dalam kotak ni belum di
tapis?” Bulat mata aku memandang wajah Tania. Aku tak boleh bayang Mr. Sam yang
hot tu membelek novel remaja yang berwarna pink kat atas rak buku tu. Sama ada nampak sweet, atau pun… kelakar!
Dia
angguk. “Yup, yang dalam kotak ni di seludup!” Dia tersenyum bangga.
“Maksud
Nia, baca tanpa izin?”
Dia
mengangguk. Bulat mata aku pandang dia. Menggeleng perlahan. Jadi, hari ini
sahaja aku dah tahu rahsia baik dan buruk dua orang lelaki yang aku puja.
Fazrin, gatal mulut tak ada tapis. Petanda buruk. Mr Sam suka baca novel.
Petanda baik. Tapi, walau pun petanda baik tak semesti dia suka aku pun!
Aku
terus membelek novel yang ada dalam kotak itu. Bercampur novel-novel melayu dan
inggeris. Ada beberapa novel yang aku dah baca dan… erkk…
Novel
aku taraf seludup!
Aku
pandang Tania.
“This is my favorite!” Dia merampas buku
itu dari tangan aku. Membelek buku itu beberapa kali.
“Papa
tak bagi baca novel ni?” Soal aku berkelip-kelip mata memandang Tania.
Kejam!
Novel aku bukan novel lucah pun! Atau pun bahasa melampau, maksud aku mencarut
atau yang sewaktu dengannya. Okey, ada satu saja part kissing. Tapi itu buku pertama aku.
Okey,
aku mengaku aku tak guna BMT atau BMW… BBM atau segala jenis BM lagi. Tapi, aku
masih guna bahasa melayu dan kadang-kadang aku cuba guna bahawa berkerawang
(seperti tuduhan Indah Water tu). Semua bahasa yang aku pakai adalah berdasarkan
bahasa dan ejaan yang ada dalam Kamus Dewan Bahasa. Semua bahasa pasar atau
English aku italic agar pembaca faham
dan supaya budak-budak tak pakai untuk karangan sekolah. Bukannya aku tokok
tambah ejaan.
Ke
jadi kew.. atau
Pun
jadi pown…
Cuma
bahasa santai yang mudah difahami. Takkan itu pun salah? Lain lah kalau aku
mencampur-adukkan bahasa merojakkan kata.
Bukankah,
salah satu faktor untuk menarik pembaca adalah dengan pengunaan bahasa yang
dekat dengan pembaca? Bukankah, sesebuah novel itu berkesan apabila pembacanya
dapat menjiwai dan terasa dekat dengan sesebuah cerita itu?
Buat
apa guna ayat yang berlapis-lapis, sudahnya tidak ada sesiapa baca dan akhirnya
pengajaran yang cuba diterapkan dalam novel itu tidak kesampaian?
Atau…
aku seorang saja yang silap dalam dunia ni? Adakah kerana tak mengunakan bahasa
baku, aku dianggap penjenayah bahasa? Dan dilarang untuk berkarya? Di cop
dengan bermacam jenis cop?
Sehingga
sekarang aku masih keliru. Tapi, aku tak biarkan diri aku hanyut dalam keliru.
Kalau aku terus dibelenggu dengan rasa keliru itu mesti aku tak dapat nak
menulis walaupun satu ayat. Kerana aku tahu apa yang aku perjuangkan dalam
setiap karya aku. Mungkin karya aku tidak seagung karya sasterawan Negara,
tapi, masih ada unsur-unsur kebaikan di dalamnya.
Dan
selagi aku tak kata… ‘I sound stupid when
I speak malay.’ Dan selagi… ‘Aku terasa bodoh bila berbahasa inggeris.’ Itu
maknanya, aku masih sayangkan Bahasa Melayu! Titik.
Berbalik
pada cerita tadi. Aku tanya Tania kenapa Mr. Sam tak benarkan dia baca novel
aku dan dia jawab…
“Papa
kata… your time will come.”
Emmm…
okey. Aku faham. Semuanya tak ada kena mengena dengan bahasa yang aku pakai
atau pun cerita di dalam novel aku tu. Lega.
“Kenapa
papa cakap macam tu? Nak tunggu sampai bila?” Soal Tania. Aku dapat lihat muka
Tania seperti tak puas hati.
“Nia
dapat beza tak buku yang dalam kotak ni dengan buku-buku atas rak tu?”
“Buku
dalam kotak ni lagi tebal dari buku-buku atas rak tu.” Balas dia bersahaja.
“Selain
tu?”
Dia
termenung seketika. “Dekat rak buku remaja.”
“Dan
dalam kotak ni buku dewasa, kan? Sebab tu papa tak izinkan. Belum masanya Nia
baca semua ni.”
“Alah,
bukan ada beza pun. Sama saja. Still love
story.” Balas dia dengan wajah langsung tidak bersalah.
“Ya,
akak tahu. Tapi, cinta dewasa lebih complicated
dari novel remaja, kan?”
Dia
mengangguk laju. “Sebab itu Nia suka baca buku-buku dalam kotak tu. Sebab
ceritanya berbeza dengan novel-novel remaja.”
Dahi
aku berkerut. Apa lagi ayat yang
boleh aku yakinkan budak ni ya?
“Bila
kita remaja, kita tak sabar nak jadi dewasa, kan?” Soal aku.
Dia
mengangguk laju.
“Tak
sabar nak bebas dari keluarga. Tak sabar nak ada duit sendiri. Tak sabar nak
berdikari dan bebas buat keputusan sendiri, kan?” Sekali lagi dia mengangguk
laju. Wajah dia kelihatan berseri-seri.
“Tapi,
hakikatnya, kehidupan orang dewasa ni tidak seindah seperti kehidupan remaja.”
“Mana
ada. Remaja yang tak indah. Sebab kena buat kerja sekolah. Kena ikut segala
pantang larang papa.” Dia mencemik.
“Okey,
itu memang ya. Tapi, bila jadi dewasa, dah tak ada sesiapa nak peduli fasal
kita lagi. Bila kita ada masalah, dah tak ada sesiapa dapat tolong kita lagi.
Bila tak ada duit kita kena kerja, tak boleh hulur tangan kat papa lagi dah. Dan bila kerja, kita kena buli, kena paksa buat
kerja yang kita tak suka.
Kena
marah tiap-tiap hari. Kena masuk kerja waktu yang ditetapkan, kalau terlambat
kena potong gaji. Selagi belum pukul lima petang tak boleh keluar dari pejabat.
Kalau nak cuti lama kena minta dengan bos. Sehinggakan kalau kita demam pun
kena minta ehsan bos supaya bagi cuti. Seluruh hidup kita, masa kita belong to…?”
“Bos.”
Jawab dia perlahan.
“So, yang mana satu seronok? Jadi remaja,
dapat jumpa kawan tiap-tiap hari. Masuk kelas cuma belajar, buat kerja sekolah,
lepas tu beriadah, gembira dengan kawan-kawan. Tak ada duit papa boleh bagi.
Atau…”
“Okey…
okey… jadi remaja seronok.” Dia menarik wajah berpeluk tubuh. “Memanglah,
kadang-kadang bila baca novel dalam kotak ni Nia sendiri hairan. Kenapa
kehidupan terlalu complicated. Kalau
dah suka tu, cakap saja suka kenapa nak berdalih lepas tu merajuk
bertahun-tahun. Lepas tu, tak suka kan lelaki tu tapi kahwin juga sudahnya
tiap-tiap hari bergaduh. Sedangkan, kalau tak suka cakap sajalah tak suka.
Habis cerita.” Akhirnya dia bersuara.
“That’s my point. Remaja is simple. Dewasa is complicated.” Aku mendengar dia dia mengeluh. “From now on, jangan beli mana-mana novel
yang tak ditapis oleh papa, okey?”
“Ya,
okey.” Dia mengelus nafas kecil dengan muncung di bibir.
“Good girl.”
***
Indah Lara
6 hours ago
Sharing is
caring… sila klik link ini indahlara.blogspot.com
untuk mengetahui ciri-ciri prince charming
Like.
Comment. Promote.
Bunga Raya –
Erkk… susahnya nak cari prince charming!
Indah Lara –
Perhatian! Ciri-ciri tu berdasarkan keinginan hati saya je. Mungkin akan
diperbaiki dari masa ke semasa. Harap maklum. J
Pena Tumpoi
– Ayooo… mana mahu cari! L
Ahmad Najib
– Habis, aku ni bukan prince charming lah??
Sue Mat –
Ini macam prince charming citer dongeng je kak… huhu.
Lily –
Indah, hari tu cakap dah jumpa dua prince charming, adakah mereka berdua ada
ciri-ciri ni?
Indah Lara –
Bunga Raya, tak perlu cari tunggu dia datang okey.. hehe. Pena Tumpoi,
banyak-banyak berdoa.. :P, Ahmad Najib, ada salah satu darinya pun dah kira
charming dahhh... hehe. Sue Mat, realiti ada tapi tak ditakdirkan jadi milik
kita… dah jadi milik Kate dan gadis-gadis yang terpilih.. hehe. Lily – Emmm…
tak pasti lagi. Kita tengah selidik. J
Bersambung....
xoxo
8 comments:
eheh...agak2nye kan Mr sam terharu x bila dapat tau anak dia ikut kata lara 2 n secara x langsung lara memberikan impak positif kat anak dara dia yang tengah nak membesar n mengenal dunia luar 2 hahhaha
aku,dia dan baby q bila nk smbung?lama dh tunggu ni?
strawberry- heee.. tetiba jadi baik lak Lara tu. haha.
Anon - tunggu ya... heee. Nnti dorg update.
Mr.Sam ada hati kat Ara ke? ATau Mr.Sam tau Ara penulis... ke ape ek.. hehehe.. tak sabor nk tggu next entry.. ^___^
Miza - biarlah rahsia... hahaha...
Makan nasihat plak tania tu...ingt jenis kerek dgn org
Aisyah - dak Tania budak kekurangan kasih sayang... hahaha.
Post a Comment