Intan payung kami...

Monday 18 March 2013

Bab 5 : Aku dan Dia, Pinky Promise.


Every new day is another chance to change your life!

Aku melangkah dengan hati yang gembira. Aku mula sedar, hidup dengan tujuan yang jelas membuatkan kehidupan kita sangat bermakna. Aku tahu apa yang aku inginkan dan aku tahu apa yang akan aku lakukan. Segalanya-galanya kelihatan mudah. 

Tak seperti zaman aku bersekolah dulu. Apa yang aku nak, cepat-cepat habiskan waktu sekolah dan lepas tu boleh keluar main-main, tidur, menonton tv dan melepak dengan kawan-kawan kemudian berbual tentang perkara yang tak berfaedah… secret admire!

“Wah, seronoknya berjalan kat kawasan ni, sejuk. Kalau kau nak tahu, tahun 2000 nanti semua pokok-pokok dan hutan sebelah ni akan ditebang. Mereka akan buat kawasan perumahan baru.” Dengan bangganya aku bercerita pada Lina. 

“Kau jangan nak mengarut. Kawasan ni kawasan hutan simpan tau, mana mungkin kerajaan benarkan kawasan ni dimusnahkan.” Balas Lina. Kita orang terus mengatur langkah. Aku merenung ke atas, melihat pohon-pohon merendang.

Beruntungnya aku lebih tahu masa depan berbanding dengan mereka semua! Wah, betul, memang aku banyak tahu perkara yang mereka tak tahu! 

Dengan kelebihan aku ini mungkin aku akan diangkat sebagai pelajar yang paling genius? Atau mungkin aku boleh jadi popular? 

Ya betul tu! Aku tahu apa akan terjadi pada tahun depan, aku tahu apa akan berlaku lima belas tahun dari sekarang! Jadi akulah manusia paling bertuah!

Apa kata, aku ke stesen tv dan bagi tahu bahawa pada tahun ini politik Negara akan mengalami kejutan yang besar. Kalau aku bagi tahu kepada semua orang bahawa Anuar Ibrahim akan dilucut jawatan sebagai timbalan perdana menteri, mesti ramai yang  akan terkejut. 

Aku akan bagitahu kepada semua orang kronologi kes tersebut dan selepas mereka membuat siasatan akhirnya, teori aku benar dan aku akan jadi warga yang paling dikenali oleh semua orang politik. Mesti aku akan jadi orang kanan Tun Dr. Mahathir.

Erkk… kejap. Tapi… kalau aku bagi tahu semua kronologi tu, sah-sah nanti macam aku pula yang jadi pencetusnya peristiwa tu? Eh, tak boleh. Bahaya. Biar segalanya terjadi sendiri. Kalau salah boleh jadi fitnah. Kalau betul, boleh jadi aku dalam bahaya. Okey, zip mulut.

Aha, mungkin yang ni aku boleh bagi tahu. Tak lama lagi kawasan sekitar lembah Klang akan mengalami masalah air mesti ramai yang akan bersiap sedia untuk menghadapi saat itu dan ramai orang akan berterima kasih pada aku. 

Tapi… macam mana kalau aku bagi tahu tapi tak ada sesiapa nak percaya? Lepas tu tuduh aku pencetus khabar angin dan akhirnya menyebabkan keadaan huru-hara? Emmm… 

Tapi, bila perkara tu betul-betul terjadi mesti aku akan diangkat sebagai hero? Tapi, macam mana pula kalau ada pihak tuduh aku dalang menyebabkan lembah klang kekurangan air? Mungkin mereka tuduh aku keringkan empangan tu? Atau… haish… bahaya juga ni, melibatkan soal Negara ni. Bahaya. Bahaya.

Okey, kalau macam tu aku bagi tahu Era Fazira dan Awie akan putus tunang pada tahun ini. Fasal tak melibatkan soal Negara jadi aku mesti selamat. Tapi, nanti aku dituduh penyebar fitnah pula!

Atau pun… aku bagitahu kepada semua bahawa Siti Nurhaliza akan jadi artis popular sepanjang zaman dan bakal berkahwin dengan lelaki 20 tahun lebih tua dari usia dia? Mesti ramai yang wartawan akan serbu aku dan sekelip mata aku akan jadi popular! Malah mungkin lebih popular dari Siti Nurhaliza! Ha.. ha.. ha…

Dan mungkin dengan berita-berita hangat ni aku akan dilantik menjadi wartawan dan lima belas tahun kemudian aku akan menjadi wartawan yang disegani? Dan akhirnya, cita-cita aku ingin berjaya pada usia 32 tahun akan tercapai!

“Kau tersengih seorang diri ni, kenapa?” Lina memandang curiga.

Aku tergelak kecil, kalau aku bagi tahu Lina perkara sebenarnya mesti dia terkejut. Tapi, boleh ke aku bagi tahu kepada semua orang yang aku ni datang dari masa depan? (alamak, bunyi macam pelik je!) Nanti tak fasal-fasal dia orang ketawakan aku? Silap haribulan aku dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Tapi Lina kan kawan rapat aku, apa salahnya berkongsi dengan kawan baik, kan?

“Lin, kalau aku bagi tahu kau satu rahsia, agak-agak kau percaya tak cakap aku?” Aku bersuara perlahan, kami terus mengatur langkah.

Lina menoleh, memandang serius. “Semacam je bunyinya.” Dahi dia berkerut-kerut.

Aku menghela nafas perlahan, masih berkira-kira sama ada mahu berterus terang atau pun tak. “Kau pernah tengok filem 13 going on 30 tak?” Mudah-mudahan contoh ni memudahkan Lina memahami keadaan aku sekarang.

Wajah Lina berkerut, “Filem apa pula tu? Tak pernah dengar pun.” Balas Lina mencemik.

Aku menepuk dahi. Terlupa! Filem tu tak keluar lagi sekarang ni, aduh!

“Silap, bukan filem tu… aha, kau pernah tengok tak filem Back to the Future?” Tanya aku lagi.

Kerutan di wajah Lina mula berkurang. “Kalau filem tu aku tahulah. Tapi… kenapa?”

Langkah kaki aku semakin perlahan. “Kalau, aku cakap… aku ni… dari…” belum pun aku habis bersuara.

“Sal! Lina!” tiba-tiba terdengar suara menjerit memanggil nama kami. 

Serentak aku dan Lina menoleh ke belakang. Terlihat Hanim berlari anak menghampiri kita orang.

“Aku baru balik dari rumah kau, mak kau cakap kau dengan Lina nak ke rumah aku. Tapi kau orang nak minum ABC dulu.” Ujar Hanim tercungap-cungap. “Apalah, nak minum ABC tak ajak aku.” Hanim mencemik.

“Aku ingat nak bungkus untuk kau.” Balas Lina tersengih.

“Jom.” Ajak Hanim meraih bahu aku dan bahu Lina. “Kau dah okey? Dua hari cuti seronoknya!” Hanim tersengih-sengih. 

Aku mencemik. Dalam masa yang sama aku cuba menahan senyum aku apabila melihat gigi Hanim yang agak ke depan. Pada Tahun 2013 gigi Hanim dah cantik. Dia buat pendakap gigi ketika hari pertama mendapat gaji pertamanya.

“Anim, kalau kau nak gambar kau cantik masa bersanding kau kena pakai pendakap gigi dari awal tau.” Ujar aku mengulangi soalan yang pernah aku ajukan pada Hanim ketika kami di universiti.

Lina ketawa mengekek. “Kau ni pun, takkan tak tahu. Hanim bukannya berani nak pergi klinik gigi.” Lina menyampuk. Hanim memang terkenal penakut hendak bertemu dengan doktor gigi. Kalau dia berani, dah lama gigi dia cantik.

Hanim mencemik, “Kau nak cakap gigi aku jongang, eh?”

“Tak cakap pun, sebab dah memang macam tu. Aku cuma nasihat je. Nanti kau juga kelam kabut, jangan dah dekat nak kahwin baru nak pakai. Nanti gambar kahwin kau tak cantik.” Balas aku lagi sengaja mengusik.

“Alah, tak payah pakai. Biarlah mana-mana lelaki suka aku dan terima aku seadanya.” Balas Hanim. 

Aku ingat alasan dia ini dan alasan ini juga sering aku gunakan untuk menyindir Hanim ketika pertama kali aku melihat dia memakai pendakap gigi nanti.

“Okey, tapi nanti kalau kau pakai, kau jangan marah kalau aku perli-perli kau.” Balas aku menjeling seketika pada Hanim.

“Alah, tak mungkin kau berpeluang nak perli aku.” Balas Hanim bersungguh-sungguh. “Kau tu, seronok ponteng kelas lama-lama? Minggu depan aku nak buat-buat pengsanlah.” Hanim tersenyum sinis.

Hanim memang kawan aku yang suka cakap apa sahaja yang ada dalam kepalanya. Tidak seperti Lina yang kadang-kala pandai menjaga hati orang. Tapi, sejak akhir-akhir ini Lina pun dah semakin berani seperti Hanim. Cakap sesedap mulut. Tapi tidaklah seteruk Hanim. Namun, Mungkin kerana kejujuran Hanim bersuara membuatkan kami terus berkawan rapat.

“Kau jangan cakap macam tu, Sal memang betul-betul pengsan tau. Masa aku sampai rumah dia tadi, dia masih tak sedarkan diri. Tapi, tiba-tiba bila dia terjaga dia nak tukar aliran. Pelik aku!” Jelas Lina bersungguh-sungguh seolah-olah aku tidak ada di situ. 

“Hah? Biar betul ni?” Bulat mata Hanim memandang aku. Mulutnya melopong. Hanim menarik lengan aku. Langkah kaki terhenti.

“Aku agak, dia terhantuk kuat agaknya masa pengsan tu.” Tambah Lina lagi merenung simpati pada aku.

“Betul ke kau nak tukar aliran ni?” Soal Hanim lagi setelah aku berdiam diri tidak membalas pertanyaan dia tadi.

Aku mengangguk lemah. Cuba mengukir senyum, namun terasa amat hambar sekali. Aku sudah bersiap sedia memasang telinga mendengar bebelan Hanim. Aku kenal sangat dengan Hanim, suka membebel!

“Wah, akhirnya, doa aku termakbul!” Hanim segera menyapu kedua belah tapak tangannya pada wajahnya. “Amin.” Ujarnya dengan nada teruja.

Aku dan Lina memandang pelik. Lain yang aku agak, lain pula yang jadi.

“Dari tahun lepas lagi aku berdoa agar kau masuk aliran sama dengan aku. Kau orang tahu tak, betapa cemburunya aku tengok kau orang berdua duduk satu kelas! Tiap-tiap hari aku berdoa semoga dibukakan pintu hati Sal. Sebab, aku tahu kau bukannya minat sains pun. 

Kau masuk ke kelas tu pun sebab nak impress kan Sazali, kan? Lepas dia tukar sekolah kau berkenan dengan Shah pula. Kau cakap kau menyesal ambil sains. Kalau kau tahu Shah akan muncul kau pun nak ambil aliran sama dengan aku dan boleh sama kelas dengan Shah.” Hanim tersenyum mengejek.

“Shah?” Soal aku. Siapa pula ni? 

“Eh eleh, buat-buat lupa pula!” Hanim menyiku lengan aku. Lina ketawa mengekek.

“Aku memang lupa lah. Siapa dia?” Soal aku terpinga.

Lina dan Hanim saling berpandangan. “Sah, memang dia terhantuk kuat.” Balas Lina memandang simpati pada aku.

“Kau tak ingat Shah?” Soal Hanim dengan matanya terbuka luas.

Aku tidak membalas. Aku cuba mengingati kembali nama-nama teman sekelas aku. Nama-nama lelaki yang ada di sekolah. Namun, tiada satu pun pelajar bernama Shah terlintas di benak aku ni. 

“Teman lelaki kau lah!” Jerit Hanim mencemik.

“Hah? Teman lelaki?” Aku mengaru kepala yang tak gatal. 

Bila masa pula aku ada teman lelaki bernama Shah? Setahu aku… “bukan ke… aku tengah couple dengan Sazali?” Soal aku terpinga? Aku bercinta dengan Sazali masa aku tingkatan empat, tapi lepas dia berpindah sekolah kami jarang berhubung, tapi kami masih bercinta. Tapi akhir tahun lepas (1997) kita orang putus sebab…

“Wei, bukan ke kau dah putus dengan Sazali akhir tahun lepas sebab kau berkenan dengan budak Shah tu?” Hanim menjeling.

“Kepala kau terhantuk teruk ni.” Terdengar suara Lina seperti mengeluh.

Aku kembali memusatkan ingatanku. Shah… Shah… Shah… tapi entah kenapa aku masih lupa akan nama dan raut wajah itu.

“Asnan, kau ingat?” Soal Lina.

“Shah Asnan, budak baru yang masuk tahun lepas kat sekolah kita… yang popular tu…” Sampuk Hanim.
Sebaik sahaja mendengar nama Asnan, ingatan aku yang kabur semakin jelas. Aku ingat nama tu… “Shah Asnan?” Ya aku ingat nama ni. Aku pernah tengok facebook dia. Dan ada beberapa kali dia like status aku.

Tapi, sejak bila pula kita orang bercinta? Memang aku ingat dia, satu kelas dengan Hanim. Tapi… bercinta?

“Minggu lepas kau bukan main gembira bagi tahu kita orang yang Shah kau tu balas cinta kau. Tup… tup hari ni kau boleh lupa pula?” Hanim mencerlung.

Macam mana aku boleh lupa? Ya, memang aku ingat Shah Asnan. Kalau tak silap, baru minggu lepas aku jengukfacebook  dia (opss… minggu lepas di masa depan) dan belek gambar dia. Macam mana aku boleh bercinta dengan dia? Bukan kacak pun. Bulat, rambut serabai! Biar betul dia orang ni?

Aku tak membalas sindiran Hanim tadi. Berdiam diri adalah lebih baik buat masa sekarang ini. Sebab, aku sendiri pun pening. Rupanya, banyak perkara yang aku lupa. 

Macam mana aku boleh lupa yang pada hari ini aku pernah keluar dengan Lina dan Hanim?  Bagaimana aku boleh lupa Shah Asnan pernah menjadi teman lelaki aku? 
Atau… semua yang sedang aku alami sekarang adalah sejarah baru?

BERSAMBUNG...
























1 comment:

anna cute said...

nak lgi ! pening jgk bce niee :D btw , best (y)