Intan payung kami...

Saturday 16 March 2013

Bab 2 : Aku dan Dia, Pinky Promise.

Bab 2

       

       “Aduhai, lambat lagi ke habis shooting ni?” Aku mengelap peluh yang membasahi dahi. Rambut diikat tinggi agar angin dapat menyejukkan leher yang berpeluh.

“Lambat lagi.” Hanim menghulurkan botol air mineral pada aku.

“Kau punya fasal lah ni. Kenapa setuju nak teman Lina shooting gambar kahwin? Tak fasal-fasal kita kena jadi tukang angkut barang.” Aku mencemik geram.

“Alah, aku setuju pun sebab nak gambar aku ada dalam gambar kahwin dia. Tak sangka pula jadi macam ni.” Hanim menarik wajah masam. Menyesal lah tu.

Kita orang terus berteduh di sebalik pokok di atas bukit St John, tidak menghiraukan Lina yang sedang asyik bergaya depan kamera dengan suaminya berlatar belakangkan Bandaraya Melaka negeri bersejarah.

“Cantikkan.” Ujar aku perlahan kagum melihat keindahan Bandar Melaka dari atas bukit ini. Terbentang laut selat Melaka yang membiru. Angin bersepoi-sepoi bahasa. “Beb, jom tengok apa ada kat dalam tu. Aku tak pernah masuk pun.” Aku menunding jari ke arah puing gereja St. Paul yang terletak di atas bukit St John.

“Kau biar betul? Kata Melaka ni dah jadi kampung angkat kau, takkan tak pernah masuk dalam tu?”

“Yalah. Kalau sampai sini terus melepak rumah akak aku mana ada masa nak panjat bukit ni. Bila aku ajak, dia orang kata dah jemu suruh aku pergi seorang diri. Tak kuasa aku nak panjat seorang diri. Cepatlah!” Aku terus menggesa Hanim bangun.

Dengan wajah bercemerut dia bingkas bangun. Sebaik saja berada di dalam, aku terus meneliti binaan yang berusia beratus tahun itu. Kagum sungguh. Walau berabad lamanya masih ada bahagian yang kukuh binaannya.

“Oh, by the way, kau dah terima jemputan reunion budak kelas kita?” Tanya Hanim ketika aku sedang meniliti salah satu batu nisan yang tersandar di dinding.

“Reunion?” Menoleh seketika pada Hanim.

“Budak sekolah kita buat reunion, kau tak buka facebook ke?” 

“Malas sungguh aku nak buka facebook. Bila tu?”

“Ogos ni. Cuti Merdeka kot.”

“Tengoklah. Macam malas je nak pergi.” Balas aku acuh tak acuh. Terus meneliti batu nisan di sebelah pula.

“Eh, kau jangan buat alasan. Ini julung-julung kalinya budak sekolah kita buat reunion tau. Lepas habis sekolah mana kita pernah buat reunion. Emm… dekat lima belas tahun, kan?”

“Malaslah. Aku tak sedia lagi nak jumpa dia orang.”

“Kenapa pula?” Hanim menoleh, berkerut dahi memandang aku.

     “Yalah. Dalam ramai-ramai kawan kita. Aku je yang tak berjaya lagi. Semua orang ada kerjaya bagus-bagus. Tapi aku…” aku menghela nafas perlahan.

“Siapa cakap dia orang semua kerja bagus-bagus? Jannah, bukan kerja bagus pun. Kalau tak silap kerani biasa je. Duha, langsung tak kerja.”

“Memanglah dia orang tu ada yang tak kerja dan kerja biasa-biasa. Duha tu, memang dia tak kerja sebab laki dia orang kaya. Jannah tu, dah tiga orang anak. Tapi aku ni... apa ado?”

“Alah, rezeki masing-masing. Kita jumpa pun bukannya sebab nak soal siasat hal peribadi masing-masing. Tapi sebab lama dah tak jumpa. Lagi pun, dalam ramai-ramai kawan cuma kau je dia orang lama tak jumpa.” Pujuk Hanim lagi.

“Secara direct memanglah tak soal-siasat. Tapi indirectly?” Keluh aku lagi.

“Dah-dah, jangan nak buat alasan. Kau kena datang juga. Kalau tak datang aku heret kau!” Hanim menjeling tajam.

  Aku menghela nafas perlahan. Dia memanglah tak kisah sebab sudah berjaya. Tapi aku ni? Andai masa boleh diundur memang aku tak akan ambil aliran sains! Sekarang baru aku tahu kenapa aku tak berjaya seperti orang lain. Sebab aku ambil aliran yang salah. Aku belajar perkara yang salah dan akhirnya aku bekerja di bidang yang salah. Tak seperti Hanim dan Lina. Masing-masing berjaya mencapai cita-cita yang diidamkan sejak zaman sekolah lagi.

  “Apa tu? Kubur ke?” Laju saja kaki aku melangkah ke arah jaringan besi yang menutupi satu bahagian.

“Haish, kau ni, kalau orang dengar buat malu je.” Hanim mencemik. “Ini wishing well lah.” Jelas Hanim.

      

  “Oh, ya ke?” Aku terus mengintai. Terlihat bermacam jenis duit syiling yang ada di dalamnya.

“Masyarakat Cina percaya, kalau dia orang lempar duit dalam perigi ni nanti hajat dia orang tercapai… ada pula yang…”

Tanpa menghiraukan cerita Hanim aku terus mengagau beg tangan dan mengeluarkan duit syiling dua puluh sen. 

“Semoga aku diberi peluang untuk mengubah takdir.” Ucap aku tersengih sekadar main-main.

Tinggg!

Terdengar duit syiling yang aku baling jatuh ke bawah. 

“Weh. Kau buat apa ni?” Hanim mencerlung.

“Lempar duitlah.”Jawab aku bersahaja.

“Syirik tau!” Bulat mata Hanim memandang aku. 

“Kenapa serius sangat ni? Aku main-main je lah.” Jawab aku acuh tak acuh. Terus melihat ke bawah.

“Tak boleh. Main-main ke, suka-suka ke, kita orang Islam tak boleh buat macam tu. Itu kerja syirik tau. Berdosa besar! Mati nanti kekal selamanya dalam neraka. Kau nak?” Bulat mata Hanim memandang aku. 

Glup! Hati aku mengecil. “Erkk... betul ke? Main-main pun tak boleh?” Tidak berkelip aku memandang Hanim. Hanim menggelang. “Habis. Macam mana ni? Aku tak sengaja. Aku ingat suka-suka tak apa.” Aku mula cemas. Inilah akibatnya bila emak suruh buka rancangan agama aku pergi buka rancangan hiburan. Insaf. Insaf.

“Tak boleh. Tetap berdosa. Kau kena bertaubat.” Ujar Hanim serius.

“Macam mana?” Tanya aku. Aduhai, kenapalah aku pendek akal boleh terikut-ikut dengan cara orang belum islam. Astaghfirullaah. Astaghfirullaah. Astaghfirullaah.

“Balik nanti kau kena buat solat taubat dan lepas ni kau jangan buat benda macam ni lagi.” Pesan Hanim.

Aku menggeleng kepala.“Aku nak solat sekarang juga!” Aku menarik tangan Hanim.

“Weh, nak pergi mana?” Tanya Hanim. 

Serentak itu terdengar guruh berdentam-dentum. Aku mendongak ke langit. Langit yang cerah tiba-tiba gelap. 

“Hujan dah nak turun ni.” Jerit Hanim.

“Aku tak peduli. Aku nak cari surau atau masjid sekarang juga!” Aku terus menarik tangan Hanim. Tak dapat aku bayangkan jika aku mati nanti aku terus kekal dalam neraka jahanam. Nauzubillah!

“Kalau ya pun, balik nantilah. Tunggu Lina habis shooting dulu.” Hanim cuba menarik tangannya.

Aku berhenti melangkah.“Kalau aku mati dalam masa beberapa saat dari sekarang macam mana? Kalau aku tak sempat nak bertaubat macam mana? Kalau balik nanti perkara buruk terjadi dekat aku macam mana?” Bulat mata aku memandang wajah Hanim, kemudian aku terus menarik tangan dia memaksa dia melangkah. Namun, saat aku ingin menuruni anak tangga tiba-tiba saja langkah aku sumbang. Badan tidak seimbang.

“Ya, ALLAH.” Jerit aku, tangan Hanim terlucut dari genggaman. Terasa tubuh aku melayang. Aku cuba mengapai tangan Hanim namun tidak tercapai.

“Sal!” Terdengar Hanim menjerit.

Kemudian dunia gelap-gelita. Sunyi sepi. Terasa tubuh aku ringan bak kapas.


BERSAMBUNG...

2 comments:

AsHu ManCis :) said...

lain sikit dari cerita yang dulu,dah edit eik?

Anna Lee said...

Ashu - aha... dah ubah sikit,, hihi