Intan payung kami...

Friday 29 March 2013

Bab 11 : Mencari Mr. Charming



Bab 11


Keesokan paginya selepas menghantar Tania menaiki bas di luar pagar kondo, aku mengambil peluang berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan ini. Pak Daniel menujukkan gim jika aku mahu bersenam. Aku dibawa melihat kawasan kolam, dewan badminton.
Kemudian dia bawa aku melihat dewan serba guna yang selalunya digunakan oleh penduduk bila hendak mengadakan jamuan atau sebarang majlis besar. Selepas melawat dewan dia membawa aku ke taman permainan kanak-kanak. Tetiba terasa macam ahli politik melawat kawasan je!
Selepas menunjukkan semua tempat itu, dia meminta diri untuk kembali ke pondok. Aku pula mengambil peluang untuk berjalan-jalan menikmati kemewahan yang bukan milik aku. Sedang aku asyik berkhayal membayangkan diri aku memiliki salah satu rumah di kawasan ini dan berenang dalam kolam di depan aku tiba-tiba terasa bahu aku disentuh.
Hai princess. Waiting for prince charming?”
Aku menoleh. Sekali lagi aku terpempan. Fazrin Adam tegur aku? Okey, kawal diri Lara… aku menarik nafas, cuba buat muka cool.
Nope, he’s too lazy to leave his castle.” Balas aku tersenyum. Dia ketawa.
“Habis tu tunggu siapa ni?”
“Mr. Charming.” Balas aku bersahaja.
Kedua kening dia terangkat. “Oh, I see…”
Melihat tuala putih tersangkut dibahunya, aku yakin mesti dia hendak berenang. Patutlah dada dia bidang macam Mr. Sam, rajin berenang!
You don’t mind if I seat here? Or you reserve this for your Mr. Charming?” Dia menjeling pada kerusi di hadapan aku.
If you think you’re charming enough?”
Of course I’m.” Dia tergelak kecil menarik kerusi. “So, dari tadi aku nampak kau asyik tenung kolam ni. Takut nak terjun ke?” Dia pandang aku. Redup mata dia memang memukau hati. Lara… cool… cool…
“Dengan baju macam ni?” Aku memandang tubuh aku yang hanya mengenakan T-shirt dan seluar jeans. Rambut tak sempat nak blow, mesti tengah bersepah sekarang ni. Perlahan-lahan tangan aku membetulkan rambut.
So, UK, kau tinggal dekat mana? London?” Soalnya dengan wajah teruja.
 Aku menggeleng. Baru aku nak buka mulut dia terlebih dulu bersuara.
“Okey, let me guess…” Dia diam seketika seperti sedang berfikir. “Birmingham?”
Aku menggeleng.
“Okey, wait… emm.. Warwick?”
“Bukan.” Balas aku. Mendengus kasar.
“Okey, kali ni mesti betul.” Dia tersengih. “Kingston?” Dia memetik jari sambil menaik-naikkan kening.
Aku menggeleng. “Nak teka lagi?” Tanya aku dengan nada sarkastik.
“Aku benci subjek goegrafi dulu. Okey, tell me.” Keluh dia perlahan.
“Ulu Kelang.” Balas aku terus menoleh ke arah kolam tak berani nak pandang mata dia.
Tiba-tiba terdengar tawa dia meledak. “Are you serious?” Bulat mata Dia memandang aku.
Aku mengangguk. “Sorry, aku tak maksud nak menipu pun. Tapi kau tu yang tak bagi aku cakap.” Dia dah bahasakan ‘aku’ dengan aku, jadi apa salahnya kalau aku guna kata ganti nama yang sama, kan? Orang kata, kalau membahasakan diri dengan ‘aku’ hubungan cepat mesra. Mana tahu, untung sabut bolehlah aku berkawan dengan artis. Yeh-yehhhh…
“Mati-mati aku ingat United Kingdom.” Dia menjeling. Aku tersengih.
“Tak sempat aku nak explain, kau dah tukar topik semalam, lepas tu kau pun menonong je masuk.” Balas aku, membela diri.
Dia tergelak kecil, menggeleng-geleng kepala. “Sorry, rough day. Semalam aku baru kena serang dengan wartawan, sebab tu masa nampak kau aku fobia. By the way, kau kenal aku, kan?”
Aku mengangguk. Haish, menjengkelkan pula bila dia asyik tanya soalan ni. Kalau aku jawab tak kenal nanti mahu dia tersentap.
“Aku ingat kau betul-betul tak kenal aku.” Dia tersenyum kecil.
Belum pun sempat aku membalas kata-katanya, tiba-tiba terdengar suara dari arah belakang.
“Sayang, sini rupanya you.” Seorang wanita cantik menghampiri kami. “Who is she?” Tanya dia sebaik sahaja berada di depan aku.
“Oh, my neighbour.”Balas Fazrin.
“Oh… hai, I Asyikin, teman wanita…” tiba-tiba dia terdiam. “Oh, babe, im sorry, terlepas cakap.” Dia memandang Fazrin dengan pandangan serba-salah.
“Tak apa, dia boleh simpan rahsia.” Balas Fazrin menjeling pada aku.
Aku mengangguk. Ceh! Dia dah ada teman wanita? Maknanya gosip yang sedang hangat sekarang ni memang betul? Kecewa lagi.
“And you are?” Pertanyaan Syikin mengejutkan aku yang sedang melayan rasa kecewa. Kecewalah sangat. Apa aku kisah, Mr. Sam kan ada.
“Lara Alisya.”
“Nice name.” Puji Syikin. “Hey, did I know you?” Dahi dia berkerut-kerut. “Muka you ni macam pernah nampak. Di mana ya?”
Alahai, jangan pula kau cakap kau pembaca novel aku. Nanti tak tahu mana aku nak sorok muka ni. Tapi tak mungkin dia pembaca novel aku. Perempuan macam dia ni mesti suka mengangkat tinggi karya-karya penulis barat. Yalah, novel-novel melayu kan banyak klise, tema sama yang diulang-ulang. Bukan aku yang kata ya. Aku cuma ambil quote dari kawan aku yang selalu minta free copy novel-novel aku.
Entah apa yang seronok sangat dengan novel barat tu pun aku tak tahu. Baru-baru ni aku baca novel penulis barat terasa nak hantuk kepala dekat dinding! Cerita yang entah apa-apa pun berjaya diterbitkan. Emmm…
Tapi… memanglah, banyak juga novel dari barat yang seronok dibaca sampai kalau aku baca susah nak letak. Cumanya, bila sampai part ehemm-ehemm yang terlalu diperincikan tu terpaksa aku lompat galah panjanglah. Lagi pun, orang yang belum kahwin macam aku ni mana faham nak baca part ehemm-ehemm tu. Betul ke tak faham? He… he…
“Aha! Semalam you hampir terlanggar I dekat lif!”
“Oh… it’s you?” Terkebil-kebil aku pandang dia. Secara automatik pula lidah aku tukar siaran LON-DON.
Dia mengangguk.
“I minta maaf, tengah kelam kabut semalam.” Ucap aku menarik nafas lega. Apa hal pula dia nak kenal aku kerana novel. Macamlah novel aku tu terkenal seantero Malaysia.
Dia mengangguk. “It okey. Silap I juga, jalan tak tengok kiri kanan.” Dia tersenyum.
Bagus juga dia ni, tak berdendam. Walau pun muka dan gaya nampak macam kerek, tapi tak berlagak macam Shida setiausaha tu.
“Sayang, I pergi mandi dulu. Kejap lagi I nak keluar ada shooting.” Kemudian dia terus berlalu. Fazrin angguk kembali menoleh pada aku.
“Jadi, you ni perempuan simpanan Mr. Sam?” Tiba-tiba Fazrin bertanya.
Hampir gugur jantung aku! Melopong aku merenung wajah Fazrin. Dia tersenyum nakal.
“Jaga mulut sikit eh!” Haish… ada yang nak kena baling dengan selipar Jepun ni!
“Eh, salah ke?” Dia tersenyum mengejek.
“Yalah. Sesuka hati nak tuduh aku ni perempuan simpanan. Ingat aku ni perempuan yang tak ada maruah ke?” Jerit aku mencerlung geram.
“Semalam kau juga mengaku baru pindah.” Dia menjeling acuh tak acuh.
So?” Soal aku dengan gaya gedik.
“So, that house belong to Mr Samsul Adli.” Balas dia meniru gaya aku tadi.
“Habis tu kenapa mesti kau tuduh aku ni perempuan simpanan dia? Kenapa tak kata aku ni sepupu dia ke, adik dia ke, isteri dia atau pembantu rumah dia?”Aku menjeling sebal.
Dia tersenyum sinis. “Pertama, cousin? Setahu aku cousin dia tak ada perempuan. Kedua, dia anak tunggal so dia tak ada adik atau kakak. Wife? Seriously? Hey, kalau dia kahwin pun, mahu satu kondo ni dia jemput. And last, maid?” Dia memandang aku atas dan bawah. “Takkan kau maid kot? Kalau dia boleh dapat maid macam kau ni, aku pun nak seorang.” Dia tersenyum gatal.
Melongo memandang dia seketika. “Kau rapat dengan Mr Sam?”
Dia angguk. “Bolehlah.” Mengangkat wajah, seperti bangga.
Ceh, apa nak dibangga sangat kalau kenal Mr. Sam pun. Lainlah kalau Mr Sam bangga sebab kenal dengan artis macam dia.
“Tapi, taklah rapat sangat.” Tambah dia lagi.
“Habis tu, macam mana kau tahu semua perihal Mr Sam?” Tanya aku hairan. “Sampai sepupu orang tu pun kau tahu, haruslah kau kenal rapat.”
“Biasalah. Mr Sam, siapa tak kenal.” Dia menjeling. “Jangan kau cakap kau tak kenal Mr Sam?”
“Kalau ya?” Terkebil-kebil mata aku pandang dia. Oh, tolonglah… jangan kau kata dia tu mafia! Jangan!
Kedua keningnya terangkat. “Kau tinggal dalam hutan ke sebelum ni?”
Amboi, sesedap mulut dia je. “Siapa dia?” Tanya aku cuba menahan marah. Kalau aku marah nanti ada pula yang terjun kolam. Nanti tak fasal-fasal aku juga yang melepas peluang nak bercanda dengan Fazrin Adam!
Dia menepuk dahi. “Kau ni biar betul. Takkan kenal sehari dah berani masuk rumah jantan!”
“Hey, mulut tu jaga sikit eh!” Aduhai, memang aku tak boleh blah dengan mamat ni.
Boleh tahan juga mulut si Fazrin ni, terhapus segala karektor lelaki melayu terakhir yang selama ini aku sandangkan untuk dia. Ternyata semua sikap gentleman dalam drama hanyalah drama semata-mata. Adeh, tipah tertipu lagi!
Sorry. Tapi… macam mana tinggal satu bumbung tapi tak kenal.” Dia menggeleng kepalanya. “Entah minyak apa Mr Sam tu guna untuk goreng kau, eh?” Dia tersenyum kecil.
“Minyak sapi.” Aku mencemik. Dia ketawa. Aku terus menunggu dia bercerita mengenai Mr Sam. Nak tahu juga perihal majikan aku yang super-hot tu.
“Kalau setakat minyak sapi, aku pun mampu.” Dia tersengih.
“Hey, cakaplah. Siapa dia?” Aku mula hilang sabar melayan mamat ni. Menjengkelkan sungguh!
“Untuk pengetahuan cik princess, he’s the riches man on this…” dia terdiam seketika seperti sedang memikirkan sesuatu.
Please don’t say on this planet.” Aku menjeling. Mengeleng kepala beberapa kali.
Kalau ya pun nak bohong agak-agaklah. Kalau terkaya di dunia, mesti dah lama aku tahu. Yalah, siapa tak bangga bila orang melayu kita menjadi terkaya di dunia. Dan kalau dia terkaya di dunia, apa hal dia nak tinggal dekat sini? Aku mendongak memandang bangunan kondo mewah yang mencakar langit. Terlihat langit yang membiru.
Not planet lah, tapi dalam kawasan kondo ni.”
“Serius?” Bulat mata aku memandang dia.
Dia mengangguk. “Dan dia juga antara lelaki popular di KL ni. Semua perempuan kenal dia dan terhegeh-hegeh nak dekat dengan dia.”
“Saham dia lagi mahal dari saham kau lah ya?” Aku tersenyum mengejek.
“Ya.” Ujarnya dengan mecebik.
Aku tersenyum kecil. “Tapi kenapa? Apa yang hebat sangat fasal dia tu? Emm… selain, kacak perkasa, selain suara husky dia tu… selain…”
“Yalah, aku tahu dia tu lelaki sempurna!” Dia menjeling. Aku tersengih. “Eh, kau ni memang betul tak tahu fasal dia?”
Aku menggeleng.
“Kau tinggal dalam hutan dekat Ulu Klang, eh?” Dia melongo memandang aku.
“Boleh tak kau bagi tahu aku siapa dia?” Aku meninggikan suara. Tiba-tiba pula terasa seperti berbual dengan Ayun. Hesy, kalau Ayun tahu tekaan dia tepat mengenai Fazrin Adam, memang teruk juga aku kena bantai.
“Diakan arkitek terkenal. Bangunan ni dia punya rekaan. Dan beberapa bangunan lain sekitar KL dan seluruh Malaysia. Sekarang syarikat dia dapat tender design satu bangunan dekat US.”
Wow, gila kaya kalau macam tu. Tapi… kenapa tinggal dekat kondo je? Kalau kaya macam tu, dia boleh buat istana dekat lereng bukit Damansara… atau mana-mana lereng bukit yang ada dekat KL ni.
Are you a stalker?” Soal aku berkerut dahi. Tadi kata tak rapat, tapi sampai tender mana syarikat Mr Sam dapat, itu sudah lebih.
“Eh, buat apa aku nak stalker dia pula?” Dia menjeling, mencemik.
“Habis tu… sampai semua kau tahu. Atau kau ni dua alam?” Aku menaikkan kening pada dia.
Hello… kau tak nampak awek aku tu?” Dia memuncungkan bibir ke arah Syikin yang sedang berenang.
Nothing imposibble these day.” Balas aku acuh tak acuh.
“Walau pun aku tak alim, tapi aku tak sejahil tau.” Dia menjeling. “So, kau siapa?” Dia memandang penuh berminat.
Baby-sitter Tania.” Balas aku perlahan.
Mulut dia ternganga, bulat matanya merenung wajah aku.
“Kenapa pandang macam tu?”
“Pelik, perempuan comel macam kau kerja baby-sitter? Atau… saja alasan kau nak dekat dengan Mr Sam?” Dia tersenyum nakal.
Bulat mata aku pandang dia. Tapi kali ini bukan sebab nak marah dengan spekulasi dia tu, tapi… Fazrin Adam-artis-popular-cakap-aku-perempuan-comel! Huh! Kalau Ayun dengar ni, sah-sah tercabut biji mata dia. Meletup kepala dia. Wahaaaa… bangga… bangga… bangga!
Lara! Remember… cool!
Aku berdeham perlahan. Okey. Cool. Aku menarik nafas dalam menghembus perlahan.
 “Kalau aku kenal siapa dia sebelum ni, mungkin. Tapi aku tak kenal pun siapa dia. Lagi pun, aku temu duga pun secara tak sengaja.” Ujar aku setelah semua semangat bersatu dengan kepala.
“Maksud kau?”
Lantas aku menceritakan segalanya bagaimana aku boleh berada di sini. Sebaik sahaja aku habis bercerita, dia ketawa tidak henti-henti.
“Kesian mak cik yang sepatutnya dapat kerja ni.” Dia menggeleng kepala. Menghabiskan sisa tawanya.
Aku tersengih. “Kesian lah juga. Tapi, bila fikir balik. Mungkin memang rezeki ni dah disusun untuk aku.”
“Habis tu, sebelum ni kau buat kerja apa?”
Bahagian ni yang paling lemah aku nak jawab. Selalunya soalan ini akan aku lalui apabila aku kenal dengan orang baru dan salah satu sebab kenapa aku malas nak bersosial sebab aku malas nak menipu. Tapi, kali ni aku tak ada pilihan. Atuk… maafkan Lara ya.
“Lepas aku habis belajar, aku jaga atuk sakit tua. Tahun lepas dia meninggal, lama juga aku ambil masa nak kumpul semangat balik. Dalam aku tengah mencari kerja, tup-tup dapat kerja ni, jadi aku sambar je lah.” Baik punya cerita. Akukan novelist.
Tapi memang aku jaga atuk pun, tapi, bukan sepenuh masa. Kalau nak kerja tu boleh sangat. Tapi, aku dah tersangkut dalam bidang penulisan jadi malas aku nak cari kerja lain yang tak kena dengan jiwa aku.
“Wah, sadis juga kisah kau ni. Sorry lah sebab banyak tanya.”
“Tapi… Mr Sam dan Tania tak tahu pun aku crash orang punya interviu. Ni rahsia kita tau.” Pesan aku. Dia mengangguk.
“Rahsia kau selamat dalam perut six pack aku ni.” Dia tersengih. Menepuk-nepuk perutnya.
Aku mencebik. Sempat lagi nak puji diri sendiri tu. Huh, kau memang poyo! Sah-sah dia bukan prince charming! Sebab prince charming tak poyo dan tak angkat bakul sendiri. Tapi… aku menjeling. Emmm… memang six pack pun! Aduhai. Stop Lara! Jangan pandang lagi! Kau tu anak dara! Lekas-lekas aku memandang ke arah kolam renang.
“Tapi pastikan kau jangan pergi bertenggek kat mana-mana forum kemudian sebarkan berita aku tinggal kat sini dan kisah aku dengan Syikin.” Dia mencerlung.
“Jangan risau. Selagi rahsia aku selamat maknanya rahsia kau pun selamat.” Balas aku. “So, kaya juga kau eh. Mampu beli rumah kat tempat macam ni.” Ujar aku kagum. Nilai rumah di sini jutaan juga. Tak sangka artis Malaysia ni kaya-kaya.
Dia tersenyum sinis. “Kaya lah sangat.” Balas dia acuh tak acuh.
“Kalau kau menyewa pun, masih dalam katogeri kaya juga. Yalah, beribu-riban juga kalau nak sewa kat sini, kan?”
Sekali lagi dia tersenyum sinis. “Kau ingat, artis Malaysia ni macam Hollywood?”
“Habis tu, kat mana kau cekau duit tinggal kat sini?” Dah rasa macam wartawan pula aku ni.
“Aku mana mampu nak sewa atau beli rumah kat sini. Dari aku buang duit beli kondo ni, baik aku buat istana kat tanah.” Ujarnya menghela nafas perlahan.
“Dah tu, kau ni gijolo ke?” Aku pulang balik buah keras yang dia lempar dekat aku tadi. Dia mencerlung, aku tersenyum.
“Agak-agaklah. Memanglah aku ni artis miskin, tapi tak adalah sampai nak jadi gijolo.” Dia menjeling tajam.
“Dah tu, kau bersekedudukan dengan Syikin tu?”
Hellooo… dia menyewa lot sebelah okey.” Sekali lagi aku mendapat jelingan maut dari dia. Aku terkekeh. Tahu pun marah.
“Dah tu, kau buat apa kat sini? Siapa sponsor kau?” Soal aku lagi.
“Rumah aku duduk sekarang ni rumah syarikat yang aku bernaung sekarang. Kan, aku baru je sain kontrak dengan produksi baru. Kau tak baca surat khabar ke?”
Aku tersengih. Menggeleng. Walau pun aku peminat dia, tapi tak adalah sampai aku nak ikut segala perkembangan fasal dia. Aku minat bila dia berlakon saja. Segala hal lain tu aku tak peduli sangat.
***

Indah Lara
2 minutes.

Dear Prince Charming,

Where are you? Please leave your castle and save me as soon as you got this note.

Love,
Your-soon-to-be-Cinderella.

Like. Comment. Promote.



BERSAMBUNGGG....


4 comments:

Anonymous said...

seriously bab ni best
well done writer :)

Anna Lee said...

Anon - huhuhu (terharu) terima kasih...

aisyah said...

Hahaha..lawak la..

MizaEija said...

dah jadi kawan pun dorang..siap ber'aku kau' lagi.. hehehe