Intan payung kami...

Wednesday 9 May 2012

Berita Hangat #2!

Salam semua! Wah...rajin betul Red update kat blog ni sekarang. Hehehe...Bukan apa, Red memang tengah excited gila dengan kerja terbaru dua orang penulis Red Scarf Novel ni. Ok, semalam Red dah tunjukkan e-novel terbaru dari Fara Yuhana kan? Amboi, ada orang tu bukan main excited bila tengok muka Amiruz Fardean tu ya? Hehehe... Apa-apapun, Red dan Miss FY sangat berterima kasih kerana korang semua masih lagi sudi menyokong RSN. Alright, hari ni, seperti yang Red janjikan semalam, Red akan persembahkan e-novel ke-4 blog RSN. Siapa lagi penulisnya kalau bukan Mrs J! Nak tengok cerita apa? 

v
v
v
v
v
v
v


Penulis: JuliaEsqa
Tajuk: My 17teen Secret
Sinopsis:

Siti Saleha mula mengelabah bila mendapat surat jemputan menghadiri majlis reunion. Risaunya semakin menjadi-jadi bila dia memeriksa facebook rakan-rakan sekolahnya yang rata-rata mereka telah berjaya dalam kehidupan masing-masing.
Siti Saleha mula cemburu.Walaupun dia sudah bertunang dengan Daniel seorang model, tapi.. (rahsia)
Andai dapat dia kembali ke tahun 1998 dia akan membaiki segala kesilapannya. Dalam resah, dia menyenaraikan segala tindakan yang akan dilakukan andai dia kembali ke zaman itu. Tapi, semua sudah pun menjadi sejarah. Berapa banyak pun dia senarai, tidak mungkin dia dapat membaiki kesilapannya.
Manusia hanya merancang tetapi Tuhan yang menantukan. Keesokan paginya, dia menerima kejutan yang sangat tidak disangka. Dia berada dalam tahun 1998!
Mustahil. Tapi tiada yang mustahil andai dengan izin ALLAH. Peluang itu cuba diguna sebaik mungkin. Namun, semakin dia cuba membaiki kesilapan, semakin banyak kesilapan yang terjadi. Dan yang pasti, ada rahsia yang dia sendiri terlupa pernah berlaku pada tahun itu!

Teruja tak nak baca? Hehehe...Red memang teruja habis. Mrs J ada cerita serba sedikit tentang e-novel baru dia pada Red hari tu. Memang tak sabar nak baca. Apa agaknya secret itu ya? Kalau hendak tahu, teruslah setia bersama kami di sini...

Ok, sebelum Red berundur diri, ingin Red nyatakan bahawa 2 e-novel terbaru ini akan di siarkan sebaik sahaja limit  untuk Bila Cinta Terukir Di Bintang dan Cuit-Cuit Cinta tamat. Mengikut apa yang dikhabarkan pada Red, Mrs J akan menghentikan siaran Bila Cinta Terukir di Bintang sehingga Bab 10-11 manakala Ms FY pulak akan hentikan siaran Cuit-Cuit Cinta hingga Bab 12-13. Selepas itu, kedua-dua penulis ini akan menyerahkan nasib manuskrip mereka ke tangan penerbit. Jadi sama-samalah kita doakan karya santai mereka ini diterima dan dicetak secepat mungkin ya? 

Buat semua pembaca setia blog RSN, terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan atas sokongan anda semua. Love u all!


5 comments:

farah said...

ala2 back to the future lah ni eh? hehehe... tak sabar nak back to 98! Tahun aku SPM tu!

sweetrose maria said...

wah, tajuknya dah secet, mesti akan ada banyak secret yang bakl terungkai kan..:)
sangat tak sabar dan sangat teruja nak baca cerita ni dan semua cerita dekat sini..hehehe..

semoga berjaya untuk MsFY dan MrsJ..:)

Anonymous said...

ooo.patutlah hari tu kat FB Mrs.J dok tanya sana sini apa yang berlaku sepanjang 1998.hahaha
kita plak jd xcited, asyik dok tempek komen kt post Mrs.J tu :D
-dyh usen-

Mrs J said...

hehe.. ya, Dyh, itulah kisahnya. Sblm tu dah tanya2 Cik Fara kita, sbb dia muda lagi masa tu :P, dapatlah jgk beberapa info dari cik farah, tapi tak cukup sbb tu buka dekat FB pula. Nasib baik ramai yg sudi share... hehe.

Farah - tunggu...hehe.. hrp2 masa baca tu kalau ada info tak cukup ke.. sila2 korg tegur ya. :)

Mrs J said...

Terima kasih Sweetrose!! :)