It’s sad when
you realize those who you cared so much about care less about you ~Unknown~
Isnin
pagi. Hari ini sengaja aku datang awal ke sekolah. Selalunya sebaik sahaja
sampai ke sekolah aku akan mencari Jaja dan Nani. Tetapi pagi ini tempat
pertama yang aku tuju adalah Blok B, blok 3 tingkat yang menempatkan kelas
pelajar-pelajar Tingkatan 5, 6 Bawah dan 6 Atas. Kelas pelajar-pelajar
tingkatan 5 (termasuk kelas aku) berada di tingkat paling atas. Kelas pelajar 6
Atas pula di bahagian bawah. Aku berjalan ke arah kelas yang paling hujung,
berhampiran dengan tangga. Tangga yang selalu aku gunakan untuk naik ke kelas
aku sebab ia berdekatan dengan tangga. Dan peluang itu juga aku gunakan untuk
menjadi ‘stalker’ Adam Naufal. Hehehe...
Sebaik sahaja tiba di
hadapan kelas 6 Alfa, aku menjengah ke dalam kelas. Hanya ada beberapa orang
pelajar sahaja berada di dalam kelas. Kelibat orang yang aku cari tidak
kelihatan. Aku mengeluh hampa. Kotak plastik bersaiz kecil yang aku pegang
sejak dari tadi aku pandang sejenak. Melihat cupcake bersaiz besar yang aku
siapkan malam tadi, membuatkan aku tersenyum sendiri.
Ya, aku mahu hadiahkan
cupcake ini kepada Johan tanda terima kasih untuk CD dan kata-kata semangatnya.
Hendak beri benda lain, aku tidak mampu lagi. Jadi aku gunakanlah kemahiran
buat kek aku. Aku tidak tahu apa kegemaran Johan, jadi aku buat sahaja kek
coklat moist untuk dia. Hiasan pula aku cuma ‘swirl’ dengan krim. Dan di atas
krim tersebut, aku letakkan sekeping biskut coklat sebesar syiling 50 sen yang
aku lukis dengan ikon ‘smiley’ di permukaannya. Permukaan yang satu lagi aku
tulis perkataan ‘TQ’, ringkasan ucapan terima kasih. Harapan aku agar Johan
sukakan cupcake ini. Lagipun, asyik benar panggil aku cupcake bukan? Nah, aku
hadiahkan sebiji untuk dia. Baru padan dengan gelaran yang diberikan pada aku.
“Comelnya. Mesti sedap
tu.” Tegur satu suara dari belakang aku. Aku menoleh. Saat mata terpandangkan
wajah si dia yang menegur, jantung aku mula mainkan peranannya macam selalu.
Dah dup dap dup dap semacam. Ini aku sendiri tak dapat kenal pasti irama apa
yang sedang berdendang.
“Lea cari siapa? Adam
ke?” Tanya suara itu lembut.
Ok, anda semua mesti
pernah dengar ayat ‘mulut cakap lain, hati cakap lain,’ bukan? Inilah yang
terjadi pada aku ketika ini. Bila Adam tanya aku cari siapa, cari dia ke? Mulut
aku automatik jawab, “Ya. Lea cari Adam.” Sedangkan hati aku tengah sebut nama
Johan!
“Oh, kenapa?” Tanya
Adam Naufal.
Aku sudah terkedu. Apa
jawapan yang patut aku berikan? Dah sah-sah aku tak ada apa-apa urusan dengan
dia. Selama ini pun aku tak pernah bercakap dengan dia. Kalau dia datang dekat
pun, aku dah cabut lari. Kalau terserempak pun, aku lebih banyak pandang lantai
dari muka dia. Jadi, apa jawapan yang konkrit yang patut aku berikan pada dia?
“Lea?” Suara itu
memanggil lembut. Bergetar tangkai jantung aku dibuatnya!
“Ya?”
“Cari Adam buat apa?”
Soalnya sekali lagi.
“Aaa...saya nak..nak..”
Masa ini jugalah aku hendak tergagap-gagap.
“Nak bagi Adam kek tu?”
Tebak dia.
Dan seperti tadi, mulut
dah hati aku tidak seia dan sekata.
“Haah, nak bagi awak.”
Terus aku hulurkan kek Johan pada Adam Naufal. Walaupun hati aku menjerit-jerit
cakap ‘Jangan!’ tapi tangan aku ini laju sahaja menghulurkan kepada Adam Naufal.
“Wah! Terima kasih. Dah
lama rasanya tak makan kek yang Lea buat. Ini kalau Johan dan Naqib nampak,
mesti dia orang jeles hendaknya Joe. Dia cukup suka dengan cupcake.” Jawab Adam
Naufal sambil ketawa kecil.
“Siapa jeles?” Tanya
seseorang. Tiba-tiba jantung aku macam hendak luruh bila mendengar suara Johan
yang entah dari mana munculnya. Kening dia terangkat sebelah memandang aku
dengan Adam Naufal.
“Bro, cuba tengok apa
aku dapat?” Adam Naufal menunjukkan cupcake yang aku berikan tadi kepada Johan.
Siap ketawa gembira segala. Aku tak tahulah dia sengaja atau memang dia tidak
berniat apa-apa. Air muka Johan tiba-tiba nampak keruh. Dia pandang wajah aku
lama sebelum pandangannya kembali ke arah cupcake yang dipegang Adam Naufal.
“Apa hal tiba-tiba dia
bagi kau cupcake?” Tanya Johan dengan nada suara yang paling dingin yang pernah
aku dengar.
“Entah. Tak sempat nak
tanya. Kenapa Lea bagi Adam cupcake ni? Siap tulis TQ ni. Lea berterima kasih
sebab apa?” Tanya Adam Naufal sambil membelek kek di tangan.
Aku dah telan liur.
Kedua-dua lelaki di hadapan aku sedang merenung diri dengan perasaan yang
berbeza. Adam Naufal, dengan perasaan ingin tahunya. Yang Johan pula aku yakin
100% sedang memandang aku dengan perasaan tidak puas hati. Atas sebab apa, aku
kurang pasti. Tapi yang aku tahu, ini jugalah ekspresi yang terpamer di
wajahnya semasa aku tengah berbual dengan Abang Kamal pada sabtu lepas. Sesungguhnya
tiada jawapan untuk soalan Adam Naufal itu sebab hakikat sebenarnya kek itu
bukan untuk dia tapi untuk Johan. Ucapan TQ itu adalah tanda penghargaan aku
pada Johan, bukannya Adam Naufal. Tapi takkanlah aku hendak bagi jawapan macam
itu pada mereka?
“Cat
got your tounge?” Soal Johan penuh sinikal.
Haah. Lebih kuranglah.
Tapi aku cuma mampu mengomel dalam hati. Hendak menjawab, aku takut kena
herdik pula. Johan ni bukan boleh diduga. Sekali dia marah, bukannya dia kira
orang. Mahu jadi drama air mata di hadapan kelas ini nanti. Keadaan antara kami
bertiga menjadi sangat pelik ketika ini.
“Yo, bro. What’s up? Eh, Lea pun ada kat sini? Wow, cupcake! Kau punya ke Johan?”
Soalan dari Naqib yang baru muncul menambahkan lagi sesak nafas aku. Alahai,
kenapalah soalan cepu emas ini yang ditanya mamat seorang ini.
“Aku benci cupcake!” Jawab Johan seraya berlalu dari situ.
“Apahal mamat tu?”
Tanya Naqib yang nampak terpinga-pinga. Adam Naufal cuma tersenyum. Aku hanya
mampu memandang belakang badan Johan. Entah kenapa hati aku rasa sedikit
tersayat mendengar kata-kata Johan tadi. Aku tidak tahu mengapa tapi saat
kalimah ‘aku benci cupcake’ meluncur keluar dari mulut Johan, aku rasakan
kebenciannya bukan pada cupcake yang dipegang Adam Naufal. Tetapi lebih
kepada…aku.
***
Aku tidak ceritakan
langsung insiden yang berlaku pada pagi tadi kepada Nani ataupun Jaja. Aku
yakin, kalau diceritakan, kawan-kawan aku mesti akan menyalahkan aku. Dan
sesungguhnya memang aku rasa bersalah. Aku tahu tidak sepatutnya aku berikan
kek itu pada Adam Naufal sebab niat asal kek itu adalah untuk Johan. Aku tahu
Johan berkecil hati dengan sikap aku tadi. Walaupun aku tak pernah cakap kek
itu untuk dia, tapi sesiapa pun yang tahu apa yang berlaku antara kami sabtu
lepas pasti dapat mengagak untuk siapa kek itu.
Selepas pagi tadi, aku
langsung tidak nampak kelibat Johan. Masa rehat pun dia tiada di kantin.
Selepas rehat tadi ada juga aku lalu di hadapan kelas dia. Cuba hendak baca air
muka dia. Manalah tahu kalau-kalau dah sejuk. Namun tempat duduk dia kosong
sahaja. Entah ke manalah dia pergi. Risau pulak hati aku dibuatnya.
Kini, kala sepasang
kaki aku melangkah menuju ke Taman Riadah, perasaan aku bercampur baur.
Gementar, teruja, takut semuanya bercampur aduk. Tangan aku memegang kuat buku
latihan yang disediakan Johan tempoh hari. Malam sabtu dan ahad lalu,
bersungguh-sungguh aku cuba menyiapkan latihan yang diberi. Bila aku tersekat
di mana-mana bahagian, aku sanggup tebalkan muka minta bantuan Nadia. Mujur
adik aku itu bukan jenis kedekut ilmu. Tapi jenuh jugalah telinga aku hendak
tahan sindiran dia.
Sampai sahaja di Taman
Riadah, mata aku menangkap kelibat sepasang pelajar yang sedang bergelak ketawa
di salah sebuah meja yang ada. Aku pejam celikkan mata berkali-kali, untuk
memastikan aku tidak tersalah pandang. Cermin mata aku angkat dan letak ke atas
batang hidung dua tiga kali demi memastikan apa yang aku lihat itu benar
belaka. Saat gadis yang berada di meja itu melambai ke arah aku sambil menjerit
memanggil nama penuh aku, aku yakin apa yang aku lihat bukan ilusi. Tetapi
sebuah kebenaran. Kebenaran yang sangat menyakitkan!
“You lambatlah, Lea!
Dah lama kami tunggu tau.” Ujar Adilia (dialah gadis itu dan yang pasangannya,
mesti engkau orang dapat teka, kan?)
“Dia, biasalah.
Lembab!” Kata Johan.
Mata aku membulat ke
arah dia. Kalau marahkan aku sekalipun, takkan lah tergamak mulut itu hendak
bercakap macam itu. Mana perginya lelaki yang berikan aku CD tempoh hari?
“You ni, Joe. Tak baik
cakap macam itu tau. Kesian kat Lea.” Adilia mula buat aksi mengada-ngada dia.
Yang paling aku tak boleh terima, siap bertepuk tampar bagai dengan Johan.
Sejak bila pula mereka jadi mesra ni? Dan soalan yang dari tadi berlegar dalam
kepala otak aku ni, kenapa si gedik ini ada kat sini?
“Eh, itu hakikat ok.
Bukan I buat cerita. Kalau tidak, takkan lah kita ada kat sini sekarang ni.”
Balas Johan dengan senyuman sinis tersunging di bibir. Riak muka yang dia buat
itu memang minta kena hempuk dengan beg di tangan aku ni saja gayanya.
“Adilia akan join kita
hari ni. Ada benda yang dia minta aku terangkan.”
“I harap you tak
kisah.” Ujar Adilia.
“Apa-apa ajalah,” balas
aku lalu terus duduk berhadapan dengan Johan.
“Mana latihan yang aku
suruh buat tu?”
Aku hulurkan buku di
tangan kepada Johan. Ketika dia khusyuk memeriksa jawapan aku, Adilia di tepi
dia pun sibuk melihat sama. Bukan main dekat lagi dia mengendeng di sebelah
Johan. Muka dia dengan Johan, jaraknya beberapa inci sahaja. Kalau Johan
menoleh, mahu berlaga pipi. Sakit mata aku melihatnya!
“Wow, bila you cakap
dia lembab tadi, I ingat you saja-saja hendak usik dia. Tapi memang betul lemah
dia ni ya?” Kata-kata Adilia aku balas dengan jelingan tajam. “Seriously, Lea.
You kena mula dari basic ya?” Tambah dia lagi.
Aku dah macam hendak menangis
dibuatnya. Malu, geram dan menyampah semuanya bersatu menjadi satu hingga
membuatkan dada aku rasa macam hendak pecah. Rasa diri ini sedang dihina pula.
Dan yang membuatkan aku lebih sebak, Johan di boleh buat muka stone sahaja di
sebelah. Kalau ikutkan hati, aku hendak pergi sahaja dari sini. Tetapi kalau
aku pergi, maknanya Adilia dan Johan menang. Kalau niat mereka sengaja hendak
menyakitkan hati, jangan harap aku hendak beralah. Ini Nea Azalea tahu!
“Sempat ke you nak
kejar semuanya sebelum SPM?” Soal Adilia.
“Ada orang cakap dengan
saya, selagi kita percaya dengan diri sendiri, Insya-Allah, semuanya boleh.”
Aku pandang wajah Johan. Sengaja aku tekankan ayat ‘ada orang cakap dengan
saya’ itu. Kalau-kalau Johan terlupa dengan apa yang dia katakan pada aku sabtu
lalu, ini, aku sedang cuba ingatkan. Tapi sayang, reaksi Johan masih juga
seperti tadi.
“Kesian dekat you, kan
Joe. Mana hendak studi untuk STP lagi. Mana hendak tolong dia lagi. I rasakan,
cikgu tak patut libatkan you tau dengan benda ini semua. Nonsense!”
Amboi, sedap mulut dia
sahaja hendak kata semua ini mengarut ya.
“Apa maksud you?” Tanya
Johan.
“Yalah, you itukan
salah seorang pelajar harapan sekolah. Patutnya you dikecualikan dari program
ini. Pihak sekolah patut biarkan you tumpukan perhatian pada studi you sendiri.
Tapi, kalau mereka hendak libatkan you pun, bagilah mentee yang elok sikit. Ini
bagi mentee yang…” Ayat Adilia dibiarkan tergantung. Hendak suruh kami
isi-sendiri-tempat-kosonglah tu.
Aku sudah tidak tahan.
Kali ini memang aku terasa benar maruah aku dipijak-pijak. Apa hak dia hendak
memperkecil-kecilkan aku? Kalau aku bodoh sekalipun, ada kacau hati perut dia
ke? Ekonomi negara ini akan terjejas ke? Bukannya aku tidak menolak Johan dulu.
Tapi dia yang beriya hendak buktikan keupayaan dia. Sekarang ni, bila aku kena
hina macam ini, dia boleh buat bodoh sahaja. Besar sangatkah salah aku pagi
tadi sampai dia hendak buat aku begini?
“Untuk pengetahuan kau,
aku tak minta pun dia jadi mentor aku. Dan kalau dia rasa aku ni menyusahkan,
dia boleh pergi bila-bila masa. Aku jadi pandai ke, aku jadi bodoh ke, tak
ada kena mengena dengan dia. Faham?” Bentak aku kuat. Aku terus capai beg dan
pergi dari situ. Suara Johan yang memanggil aku aku biarkan tidak bersahut.
Lantaklah! Kolam air mata aku sudah hendak pecah ni.
***
Lepas aku tinggalkan
Johan dan Adilia tadi, aku terus berlari ke tandas. Di sana aku menangis
sepuas-puasnya. Kesedihan yang aku rasakan ini lebih teruk daripada apa yang
aku rasa masa kejadian dengan Adam Naufal dulu. Aku memang betul-betul terkilan
dengan Johan. Aku rasa seolah-olah apa yang dia katakan pada aku di dalam CD
itu hanya lakonan semata-mata. Nasib baik aku tidak beri kek itu pada dia pagi
tadi. Kalau tidak mesti dia dah tergelak guling-guling.
Sekarang, aku sedang
melangut seorang diri di perpustakaan. Hendak terus balik tadi, di luar itu
hujan pula. Lebat. Seolah-olah alam sedang sama bersedih dengan aku. Mujur tak
ada kilat sabung menyabung.
Aku merenung kosong
buku yang terbuka di atas meja. Entah buku apa yang aku cakap dari rak tadi pun
aku tak tahu. Disebabkan peraturan di perpustakaan yang mewajibkan setiap
pelajar kena ada satu buku di atas meja kalau hendak berada di perpustakaan,
jadi aku capai sajalah mana-mana buku tadi. Tapi tak ada keinginan langsung
hendak membacanya.
Sedang aku asyik
merenung buku, aku terdengar suara beberapa orang pelajar yang berdiri
berhampiran tingkap di sebelah aku berbisik-bisik sesama sendiri. Aku perasan
mereka itu adalah pelajar-pelajar tingkatan 6 atas. Disebabkan mereka betul-betul
di sebelah aku, maka aku dapat mendengar dengan jelas apa yang dibisikkan.
Lebih-lebih lagi bila nama lelaki itu menjadi topik perbualan.
“Eh, itu Johan kan?”
“Yalah. Siap dengan
bola ragbi aku tengok tu.”
“Haah. Eh, tapi setahu
aku aktiviti kelab ragbi belum mula lagi. Dia buat apa dalam hujan tu?”
Aku terus bangun dan
berjalan mendekati tingkap. Nun, jauh di atas padang, kelibat Johan sedang
berlari dengan ke kiri dan ke kanan dengan sebiji bola ragbi di tangan. Selepas
itu dia menendang bola bujur itu ke arah tiang gol sebelum dia berlari
mendapatkan bola itu semula. Sekali pandang macam orang tak betul pun ada.
Yalah, mana ada dibuat orang berlatih dalam hujan macam itu.
“Dia tengah tension lah
tu.” Ujar salah seorang dari mereka yang berada di sebelah aku.
“Maksud kau?”
“Alah, kan Naqib pernah
cakap, Johan tu kalau dia tengah tension, mesti bola ragbi itu yang dicarinya.
Tak ingat, last year masa dia
bergaduh besar dengan Adam? Kan kat tengah padang itu juga dia lepasakan
geram.”
“Oh, iya ke? Kali ini
tension pasal apa pula tu?”
“Entah. Tadi dalam
kelas pun diam je.”
Kata-kata seterusnya
daripada senior-senior aku itu sudah tidak aku hiraukan sebab kaki aku sudah
menapak keluar. Apa yang dengar tadi sedikit sebanyak menganggu fikiran.
Seingat aku, Johan baik-baik sahaja pada hujung minggu lalu. Tidak nampak pula
tanda-tanda dia ada masalah. Takkan kejadian pagi tadi betul-betul beri kesan pada
dia sampai dia melepaskan geram dalam hujan begitu? Kek sahaja pun. Kalau betul
sangat teringin, aku boleh buatkan berdozen-dozen lagi untuk dialah. Tak
perlulah menyeksa diri sampai macam ini sekali.
Semua ini membuatkan
aku tak tenteram. Jadi bagi mententeramkan hati sendiri, aku harus menemui dia.
Tanya dia sendiri apa masalah dia dengan aku sampai dia kena lepaskan geram
dalam hujan dan yang paling penting kenapa dia layan aku macam itu tadi. Kami harus
selesaikan segalanya petang ini juga!
Aku menanti Johan di
depan bilik sukan. Ikutkan hati, hendak sahaja aku meredah hujan naik ke atas
padang sana. Namun mengenangkan ada mata-mata yang memerhati dari bilik
perpustakaan tadi, aku tunggu sahaja di sini. Lagipun aku tak naklah buat babak
filem Bollywood pula di atas padang tu. Kalau aku ni cantik macam Kareena
Kapoor tu lainlah cerita.
Hampir 15 minit aku
menunggu, baru aku nampak Johan berjalan perlahan turun dari padang menuju ke
bilik sukan. Mamat ni pun, hujan bukan main lebat, dia boleh pula buat aksi slow motion macam ini. Sebaik sahaja dia
sampai di depan bilik sukan, dia nampak terkejut melihat aku. Aku ingat dia
hendak menegur, tapi dia buat muka tidak tahu dan terus masuk ke dalam bilik
yang lengang itu. Amboi, kita menunggu bukan main lama, dia boleh buat derk saja. Semua ini memang hendak bagi
aku naik darah saja.
“Awak!” Panggil aku
kuat. Tapi macam tadi Johan hanya buat tidak nampak aku. Dia sibuk menyusun rak
yang menempatkan beberapa biji bola ragbi di hadapannya.
“Johan, saya bercakap
dengan awak ni!” Dia masih dengan muka stone.
Disebabkan terlalu
geram, aku meluru ke arah dia. Jersi basah yang tersarung di badannya aku tarik
agar dia berpaling mengadap aku.
“Saya tak suka orang ignore saya kalau saya sedang bercakap!”
Muka Johan tiba-tiba
menjadi merah padam. Sudah, aku tersalah cakapkah?
“Really? Yang aku panggil kau macam hendak terkeluar anak tekak tadi
boleh pula kau buat tak tahu?” Sindir Johan. Pedas. Terasa sampai ke ulu hati
dibuatnya. Tapi, nama aku hendak mengaku salah tidaklah.
“Habis tu, awak nak
suruh saya duduk saja kat situ. Dengar perempuan itu kata saya macam-macam?”
Tempelak aku. Wajah Johan berubah rona. Kalau tak sebab aku ni cukup kenal
dengan perangai sengal dia, mahu aku cakap itu riak orang bersalah. Tapi ini
Johan Akil. Manalah dia tahu rasa bersalah.
“Dia cuma berikan
pendapat dia. Salah ke?”
Aku mendengus kasar. “Encik
Johan, there’s a diffenrence between voicing
out an opinion and insulting people. Dan apa yang perempuan gedik tu buat
tadi adalah menghina saya! Faham?”
“Jadi kau hendak suruh
aku buat apa? Stapler mulut dia tadi? Halau dia pergi?”
Apa jenis soalan yang
dia tanya ini? Rupanya dalam bijaknya Johan ni, ada juga bodohnya. Senarionya
mudah saja. Kawan kau kena hina (eh, aku dah naik taraf jadi kawan Johan ke?)
Dan kau, sebagai kawan mestilah hendak pertahankan kawan kau yang sedang dihina
itu bukan? Hendak stapler mulut itu melampau sangatlah. Nanti tak pasal-pasal
kena saman pula. Jadi jalan paling selamat ialah menghalau orang yang menghina
itu. Semudah itu. Tapi itu pun Johan tidak boleh hendak fikir.
“Kenapa dia perlu ada
di situ, in the first place?”
“Dia hendak tumpang
studi sekali.”
“Sekarang ni saya ke
mentee awak, atau perempuan gedik tu?” Suara aku dah naik lagi satu oktaf.
Memang mencabar kesabaran betul.
“Dah dia minta aku
ajarkan, salah ke aku tolong?”
“Tapi saya tak suka!”
Alamak, macam mana boleh terlepas kata ni?
Johan tersenyum
segaris. “Dan aku kena peduli tentang perasaan kau, sebab...?”
Aku terkedu. Darah
panas menyerbu ke muka. Soalan Johan betul-betul menyentak hati. Ya, kenapa dia
perlu pedulikan perasaan aku? Aku dengan dia bukannya siapa-siapa. Aku sedar
tentang hal itu tapi kenapa hati aku rasa sakit semacam pula bila dengan
kenyataan itu dari mulut Johan?
“Don’t
tell me you’re jeleous?” Tanya Johan sinis.
Erk. Aku telan liur.
Cemburukah aku? Tidak mungkin. Untuk rasa cemburu, aku perlu ada perasaan
sayang pada Johan. Hati aku bukankah sudah terpaut pada Adam Naufal? Yang aku
rasakan bila bersama Johan cuma perasaan sebal dengan kesengalan dia. Tapi
kalau bukan cemburu, perasaan apa yang menjentik hati bila aku lihat kemesraan
Johan dengan Adilia tadi? Kenapa aku sakit hati bila perhatian Johan bukan lagi
pada aku sebaliknya pada musuh aku itu? Itu cemburukah?
bersambung....
p/s: maaf kalau terlalu panjang dan meleret2. ^_^ kalau ada yang tak puas hati, (puas hati pun boleh) silalah tinggalkan komen ya.
14 comments:
memang patut pun Lea marah! Johan pun backup la Lea sikit, ini dibiarnya Dilla tu kutuk bakal awek dia.. kalau aku pun aku merajuk!
sob.sob.sob... sedihnya (Y Y)
Tak pa Lea, saya faham perasaan awak.
Saya pun pernah hati ini dihiris sebegitu.Huwaaa..
(Ji'a heroin Ku kira 1,2,3...bintang di langit)
Hahaha...
Amboi Johan.Takkan kecik hati kot :p
p/s : saya lapar cup cake itu.Mana mau cari :D
Rasanya Johan cemburu sebab Lea dekat dengan Adam Naufal...
Dan bukannya sebab cupcake tu...
huhuhu..sedihnya..kesian dekat Lea dgn Johan..lebih-lebih lagi dekat Lea yang dia kena dengan "si perempuan gedik tu"(hehehe)..memang terasalah sedihnya...
ops,Lea jealous dgn perempuan gedik tu, Johan pulak jealous dgn Adam,wah, memang serasilah..hehehe.
em,Adam macam tahu je Johan suka dekat Lea kan..^_^
heheh...ko tak kesian kat Johan ke?
Ji'a! Kann? kejam dia buat saya macam tu. Macam saya ni tak de perasaan je dibuatnya. T_T
mari kita jumpa! saya buat untuk awak.
Saya, cemburu? Hurmm
heheh..Adam tu, diam2 dia, jangan disangka tak ada apa2..banyak benda mamat ni tahu sebenarnya.. :P
anyway, thank sweetrose maria sebab setia dengan CCC.
hah!!!
betul ka Farah?
Adam tau ka Johan syok sama Lea? jeng..jeng..jeng
dua2 aku tak kesian.. haha. -jue
kann.. aku pun agak si Adam tu tahu.. cuma lea sorg je lambat sikit... haha. Adam tu saje je nak usik si Lea... lea..lea.. nak kena 'bersih' ngn aku ni! - Jue
confirm sentap dgn Johan, sampai hati dia..
tapi Lea pun salah jugak..
tak kire..tak kire.. Johan tetap di hati... ngeh3
Post a Comment