Intan payung kami...

Thursday 17 May 2012

Bab 11 : Bila Cinta Terukir di Bintang


Opss... dah baca bab 10 tak? Kalau belum p baca dulu... nanti ada yg pening pula.  (っ◕‿◕)っ


Bab 11

Aku menghela nafas sebaik sahaja tiba di meja kerja. Kamilah dan Nina memandang simpati. Mungkin mereka dah dengar perang mulut antara aku dan Imran tadi. Biarlah, elok juga mereka dengar jadi aku tak payah nak buat press conference lagi lepas ni.
Sedang aku cuba mengumpul kekuatan untuk meneruskan tugas harian, tiba-tiba hidung aku menangkap bau yang sungguh wangi. Mata aku melilau mencari dari mana datangnya bau itu, sebaik sahaja aku meninjau di sebelah komputer aku terlihat empat kuntum mawar merah diletakkan dalam pasu bunga aku yang selama ini hanya dipenuhi dengan klip kertas dan bullet stepler.
“Tadi ada budak hantar… saya tolong sign on be half akak. Saya tak berani nak kacau akak.” Jelas Nina kelihatan serba salah.
Aku tersenyum mengangguk, “Elok juga Nina tak mencelah tadi, kalau tak sekali dengan Nina, akak marah.” Balas aku sekadar mengusik.
“Beruntung akak dapat kawan macam mereka.” Sampuk Kamilah menoleh seketika pada aku dan Nina. Suhaila seperti biasa pura-pura sibuk dengan kerjanya. Tapi aku tahu telinga dia mesti sudah sebesar kuali.
Aku mengambil empat kuntum bunga ros yang dibalut dengan kertas kosong berwarna kuning. Oh, ya, hari ini hari Isnin minggu ke empat jadi empat kuntum bunga ros. Perlahan aku membuka kad kecil itu, nak tahu juga apa pula kata-kata yang ditulis oleh Yatie kali ini.
‘Be strong girl, you’re the one – Peminat’
Aku tersenyum, sedikit sebanyak kiriman bunga ini buat hati aku kembali tenang. Pada mulanya nak hantar pesanan ringkas ucap terima kasih pada Yatie, tapi aku matikan niat aku. Mesti dia akan terus berlakon seperti hari-hari sebelumnya.
***
Petang itu ketika aku sedang bersiap-siap hendak pulang tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Melihat nama si pemanggil buat hati aku mula tidak tentu arah. Apa dia nak ni?
“Nadia! Banyak kali aku telefon kau kenapa tak pernah jawab?” Suara Salina menusuk masuk ke telingaku. Aku menelan air liur, tergapai-gapai otak aku mencari jawapan yang terbaik.
Sorry, kau selalu telefon masa aku tengah sibuk.” Hanya ini alasan yang terbaik yang boleh aku reka buat masa ni. Memang aku saja tak mahu angkat, pertama sebab aku tahu mesti dia nak ajak jumpa dan kemudian dia boleh tunjuk kereta baru dia. Kedua, nanti dia mulalah nak bercerita tentang pejabat baru dia tu. Ketiga, mesti dia nak tanya fasal cinta aku yang terputus tengah jalan.
“Kau kat pejabat lagi ke?”
“Ya, tapi aku dah nak balik ni.” Lekas-lekas aku menyusun semua dokumen kerja, tutup suis komputer.
“Baguslah, cepat turun aku ada di bawah ni.”
“Apa? Di bawah? Bawah mana?” Aku berhenti mengemas, merenung komputer yang gelap gelita seolah-olah aku dapat melihat wajah gembira Salina yang sekejap lagi akan seronok bercakap itu dan ini tentang kehidupan dia yang sangat bertuah itu.
“Bawah mana lagi, di luar pejabat kau lah.”
“Macam mana kau boleh ada di sini?” Aku mengerling jam di dinding pejabat. Setahu aku dari pejabat dia ke pejabat aku bukannya dekat. Jalan raya di Lembah Klang ni kalau masuk pukul empat petang memang dah sesak dengan kenderaan. Kesesakan lalu lintas di sana sini.
“Aku ada meeting di luar hari ni, lepas tu bos bagi aku balik terus… jadi aku terfikir nak jumpa kau.”
Oh crap…” Aku mengeluh perlahan.
“Hah, apa?”
“Tak… emmm… air tumpah atas meja aku ni.” Bohong lagi.
Okey take your time dear… aku tunggu kau dalam kereta ni. Opss… nanti kau nampak kereta Honda Jazz warna putih itu kereta akulah.” Terdengar suara Salina sungguh gembira.
‘Honda Jazz je ke? Ingatkan kereta Audi ke… Mini John Cooper ke… Hummer ke (Hummer? Okey too much)’ Fine! Honestly… I’m-really-damn-jealous!
***
Dari jauh aku melihat Salina melambai-lambai ke arah aku, senyumannya meleret. Aku melangkah dengan berat hati menghampirinya.
“Hari ni aku belanja kau makan. Cakap saja kau nak makan kat mana.” Wajah Salina kelihatan ceria sangat berbeza dengan muka aku yang sudah sebulan asyik murung. Kalau tak silap, dah sebulan juga aku tak bergelak ketawa. Silap-silap aku dah tak tahu macam mana nak bergembira agaknya. Salina, tolonglah jangan tambah beban pada jiwa lara aku ni. Please…
“Mana-mana yang kau nak. Aku belasah je.” Balas aku acuh tak acuh sambil menarik tali pinggang keledar.
“Kalau macam tu… kita jalan-jalan cari makan dekat Bangsar Village II, boleh? Dekat sikit.” Cadang Salina.
Aku setuju saja, lagi cepat sampai lagi bagus. Berdua dengan Salina dalam kereta lama-lama pun aku tak tahu nak cakap apa. Kalau berbual sambil makan tak adalah janggal sangat.
Bagai mendapat rahmat, sebaik sahaja sampai di Bangsar Village II senang sahaja kami mendapat petak meletak kereta. Salina memaksa aku memilih café mana yang aku mahu, tapi aku pun tak tahu semua café sama saja. Ada makanan dan minuman, itu sudah cukup. Aku ni bukan jenis cerewet macam dia, apa yang halal aku belasah je.
Disebabkan aku tak tahu nak buat keputusan café mana yang aku mahu, akhirnya Salina melangkah masuk ke Marmalade Café. Nice choice actually. Sebaik sahaja aku melangkah masuk aku dapat merasai kedamaiannya. Para pekerja menyambut kedatangan kami dengan senyuman dan berwajah yang ceria.
Panel-panel dinding dihias cantik dengan lukisan bunga-bungaan, serta hiasan yang comel yang mendamaikan mata memandang. Keseluruhan panel sehingga ke lantai mengunakan kayu berwarna lembut, perang kekuningan. Dinding pula diwarnai dengan warna-warna pastel yang dapat menaikkan lagi perasaan tenang.
 Keseluruhan dinding café dibina mengunakan kaca. Para pengunjung dapat menikmati hidangan makanan sambil ditemani dengan panorama langit yang membiru, awan yang bertompok-tompok berbagai bentuk sambil bermandikan sinar matahari yang terang. Jiwa aku yang masih sasau dengan berita terkini tentang hubungan teman tetapi mesra antara Imran dan Maisara sedikit tenang. Baru aku faham kenapa Mila dengan murah hatinya belanja aku Milo ais sebelum ni (tak sangka Mila tahu minuman kegemaran aku.)
Salina seperti tahu jiwa aku sedang kacau. Setakat satu jam aku bersama dengan dia segalanya berjalan dengan baik. Tiada kata-kata showing off seperti kebiasaannya, mungkin sekejap agaknya. Sejak dari zaman sekolah lagi aku sering ‘ngeri’ mahu mendengar apa jua perkataan yang bakal keluar dari mulut Salina. Kerana itu aku jarang menyuarakan apa-apa, sebaliknya aku hanya mendengar dan mengiakan sahaja setiap kata-kata yang kebanyakkannya menjurus ke arah syok sendiri atau pun perasan bagus.
Aku sebenarnya bukanlah rapat sangat dengan sepupu aku yang seorang ni, dia saja yang rapat dengan aku. Aku jarang kongsi apa-apa cerita dengan dia. Aku jarang ajak dia berbual atau pun keluar bersama. Aku tak pernah bergurau atau bergelak ketawa dengan dia. Tapi aku tak tahu kenapa dia asyik mencari aku, sama ada ketika dia baru jatuh cinta, atau putus cinta, bergaduh dengan teman lelaki atau pening mahu pilih baju mana, atau pening mahu pilih kursus apa… boleh dikatakan semuanya dia akan cari aku dan minta khidmat nasihat aku. Pelik, apa agaknya yang dia nampak dalam diri aku, yang aku sendiri tak nampak?
Seperti hari ini, kenapa dia tiba-tiba cari aku? Kenapa dia tak keluar saja dengan kawan-kawan dia? Takkan dia tak ada kawan lain yang sama taraf dengan dia kot?
“Nadia, aku sebenarnya nak minta maaf dengan kau.” Tiba-tiba Salina bersuara serius. Hah! Aku dah kata, ni mesti ada sebab kenapa dia ajak aku keluar.
Aku memandang kehairanan. “Kau buat salah apa?”
“Aku tak buat salah… cuma, kerana aku… kau tak dapat kerja di Emas Holding.” Salina memandang simpati pada aku. Betul ke pandangan simpati? Entah-entah dia sedang gembira.
Dahi aku mula berkerut masih tak faham kenapa isu ini ditimbulkan disaat aku sudah melupakan semuanya.
“Minggu lepas baru aku tahu, kau pun ada apply jawatan sama dengan aku. Aku terjumpa surat yang kau buang kat rumah mak kau.”
“So, kenapa kau nak minta maaf? Dah rezeki kau.” Balas aku cuba mempamerkan wajah bersahaja sebaik mungkin, seolah-olah aku tak kisah. Pada hal, aku sangat kisah. Apa kes dia pergi buka kertas yang dah aku gumpal dan buang tu!
“Yalah, tapi hari tu kau cakap jawatan lain. Tapi, semalam baru aku sedar kau bohong sebab kau kecewa sangat, kan? Aku sepatutnya bersaing dengan kau secara sihat. Tapi… emak Rifki yang beria-ia nak tolong aku. Katanya salah seorang pengurus dalam syarikat Emas Holding saudara mara dia. Kalau aku tahu aku bersaing dengan kau, mesti aku mati-matian tolak pelawaan mak Rifki tu.” Salina memandang aku dengan wajah serba salah. Mungkin.
Aku tersenyum hambar. Sudah adat dunia, yang miskin semakin miskin kerana ditindas oleh orang yang punya kuasa. “Tak ada masalah pasal tu. Lagi pun tahun ni gaji aku naik.” Jawab aku cuba berlagak seperti biasa, sedangkan dalam hati aku hanya Tuhan yang tahu.
“Pula tu, Mak Long bagi tahu yang kau dan Imran dah putus. Mesti kau sedih sekarang ni. Jadi, disebabkan kau banyak bantu ceriakan aku selama ni… hari ni aku akan ceriakan kau.” Salina memandang aku dengan senyuman meleret.
Apa kes? Nak ceriakan aku? Helloo… kau baru saja tambahkan derita di hati aku dan malukan aku, tau!
“Lepas ni aku belanja kau tengok wayang nak? Minggu ni Rifki terbang ke Paris lagi jadi boleh aku habiskan masa aku dengan kau.” Tambah Salina lagi tersenyum-senyum.
Aku cuma tersenyum hambar. Tanpa membalas pertanyaan Salina aku terus menikmati makanan yang baru tiba. Tadi tak lapar, lepas setengah jam berbual sambil menghirup aroma makanan dari bahagian dapur, tiba-tiba saja perut aku lapar.
“Kau pilih je nak tengok cerita apa… kalau kau nak platinum tiket pun aku tak kisah.” Salina tersenyum ceria. “Okey juga kalau kita beli platinum, selesa. Kalau Rifki ajak aku tengok wayang mesti dia beli platinum tiket, katanya dapat menikmati cerita dengan selesa. Kau pernah?”
Aku berdahem perlahan. Sah, dia nak jumpa aku sebab nak ceriakan diri dia yang sunyi sebab Rifki tak ada dan mahu menunjuk-nunjuk yang dia ada segalanya. Dia nak tunjuk kereta baru dia pada aku, dia nak tunjuk yang dia banyak duit sebab tu nak belanja platinum seat atau… damn it! Handbag Louis Vuitton yang aku tergila-gilakan tu? Shoot! Kenapa aku tak perasan dari tadi! Argh!
Bertenang Nadia… bertenang. Kawal muka jangan nampak sangat kau terkejut, kawal mata tu! Nadia! Jangan-tengok-beg-hodoh-tu-lagi!
Aku menarik nafas dalam, merenung sandwich yang tak sampai suku aku makan tapi tiba-tiba saja terasa perut aku dah kenyang seperti dah sepuluh sandwich aku telan. Tangan aku dah mula menggeletar, geram-cemburu-menyampah berpadu menjadi satu. Aku mencapai gelas Apple jus, meneguk dengan bersungguh-sungguh mengharapkan hatiku panas kembali sejuk. Tak cukup dengan itu aku gigit-gigit ais batu yang ada dalam gelas.
Sorry, Lina… aku kena balik awal. Aku ada janji dengan budak rumah aku nak keluar makan malam ni.” Aku bersuara perlahan, sedaya upaya cuba mengawal nada suara aku agar kelihatan jujur dan bersahaja.
“Alah, keluar makan dengan kawan serumah bila-bila masa boleh. Tapi aku ni cuma ada masa hari ni aje. Esok aku kena outstation lusa baru balik, weekend nanti Rifki dah balik aku kena jumpa dia pula.”
Aku memandang sebal. What-ever!
Aku memandang wajah Salina, bersusah payah aku cuba menonjolkan wajah yang kononnya aku pun rasa bersalah sangat kerana terpaksa menolak pelawaan dia. “Maaf sangat-sangat, kalau kau cakap awal-awal boleh aku cancel tapi baru je tadi dia orang teks aku bagi tahu mereka dah tempah meja kat Le Meridien Hotel dan aku pun dah setuju. Kalau aku cancel last minute nanti dia orang mengamuk pula.”
Hah! Ambik kau, nak menunjuk sangat, kan? Ingat kau seorang aje ada class? Tapi mati aku kalau dia kata nak ikut. Okey, aku boleh cakap yang dia orang dah tempah meja untuk tiga orang dan kalau nak tempah lagi satu dah tak boleh sebab dah penuh.
“Oh…” Wajah ceria Salina berubah keruh serta merta.
Yes! Akhirnya aku berjaya sakitkan hati Salina. Aku buat riak wajah simpati. Walau pun aku tak pasti sama ada dia kecewa sebab aku tak dapat temankan dia yang sunyi atau dia mula cemburu dengan aku, itu semua tak penting. Yang penting… that look! Oh dunia! Tak apa kalau aku tak berjaya kahwin dengan anak raja sekali pun tapi dapat tengok muka Salina yang toya tu dah cukup buat aku gembira, akhirnya!

Terima kasih kerana membaca...

Bersambung... (erkk.. ada sambungan lagi ke?) (~_^)

15 comments:

syira destroyer said...

tlg la jgn buat nadia look more pathetic

cukup2 la si nadia having a bad day,bad bad day.. :(

Mrs J said...

hehe..okey, ini memang penderitaan terakhir Nadia.. hehe.. lepas ni Nadia akan dapat hadiah yg sangat-sangat dia tak jangka.. tungguu.

syira destroyer said...

nak nadia dpt bf baru yg rmbut lg smart n lagi wangi dr imran leh x??hehehe..lariks..

NurAtiZa said...

Menyampah pula dengan Salina ni...
Kesian dekat Nadia ...

hidayahusin said...

Arghhh!Siapa si pengirim bunga tu?
Takkan lah Yatie.Buang tebiat send bunga selalu sgt.auw.
Tak sabaq nak tau nih! hahaha

Mrs J said...

rambut wangi??hahaha... dlm byk2 permintaan itu yg dia mahu hehe...tungguuu.. rambut dia lagi ganaz tau..hehe.

Mrs J said...

Salina watak base on true story... :P

Mrs J said...

eee.. geram je nk bagi tahuuu.. tapii... biarlah rahsia.. tunggu next2 baru dia muncul dlm keadaan yg tidak diduga :P

farah said...

whoaa! maknanya ada next entry lah ni? *buat muka mengharap!*

sweetrose maria said...

tak sabar nak tahu identiti sebenar pengirim bunga tu..hehehe..dah sah-sahlah bukan Yatie kan...:)
amboi Salina dalam nak menceriakan Nadia sempat lagi duk bercerita platinum bagai..hehehe

mizz acu said...

Cettt.. Nyampah la salina ni.. Rifi tu sapa? Laki dia ka.. Kalo takat bf xyahh la nk menunjuk sgt.. Anytime leh kna kebas! Hahahaha
Okay, kasik nadia bf baru please.. Yg mmantop ygg macho yg ensem.. Yg sume2nye laaa.. Br pdn muka imran tu!

Mrs J said...

opss... hehe... mcm kejam pula biarkan korg tergantung mcm tu je.. huhu. spt mana aku seksa membaca e-novel org tu.. aku tak mahu korg terseksa seperti aku.. hehe.

Mrs J said...

tungguuu ya.. hehe.

Mrs J said...

Rifki tu baru tunang ke kot.. hehe.. tungguu ada suprise nanti. :P

Hany Nafisya said...

sejak watak Salina neh keluar lg dah menyampah dgn dia. tolong la. sepupu kau tu tengah bersedih. takde kesedaran langsung. fikir dia je...