Intan payung kami...

Thursday 17 May 2012

Bab 10 : Bila Cinta Terukir di Bintang


Hari ini tak seperti hari Isnin lepas. Hari ini aku sangat gembira sebab semalam aku memberanikan diri menghantar pesanan ringkas pada Imran, bertanya khabar. Dia balas, dan dia tanya hujung minggu aku macam mana. Wah! Nampaknya seperti tak lama lagi aku akan menerima berita gembira dari Imran. Gempak pula pejabat kami dengan gossip baru tu nanti. Tapi aku perlu rahsiakan dulu, aku nak terkejutkan semua orang.
Dan pagi ini juga sekali lagi Mila belanja aku air milo ais. Baik sungguh Mila, lepas ni bolehlah aku jadikan dia kawan baik aku. Dan seperti jumaat lepas, sekali lagi dia pesan ‘if you need a shoulder to cry on, just give me a call.’ Pelik, kenapa dia nak tunjuk baik pada aku?
Biarkan, malas aku nak beratkan kepala fikir fasal Mila yang pelik tu. Tapi itu kisah pagi tadi, lepas makan tengahari aku turun ke tingkat dua ke bahagian akaun untuk menghantar Purchase Oder yang diarahkan oleh Suhaila (Tender Executive yang pemalas). Sebaik sahaja aku melangkah masuk, bilik yang agak bising dari luar tadi tiba-tiba sunyi sepi.
Masing-masing memandang ke arah aku dengan bermacam riak wajah. Okey, kali ni memang tersangat pelik. Sejak bila pula aku mampu senyapkan mulut kecoh mereka ni? Kalau tak selama ini, setiap kali aku masuk ke bahagian akaun mesti kecoh mereka panggil aku ajak bergosip.
“Kenapa?” soalku berkerut-kerut memandang ke arah mereka, ni mesti tengah bergosip fasal aku tadi ni, ah! Lantak lah. Kau orang nak bergosip apa pun, malas aku nak kisah.
“Mana Maisara?” Aku bertanya bila melihat meja gadis itu kosong.
“Kau nak buat apa dengan dia?” Tanya salah seorang dari mereka.
kesemua lima-lima kepala dalam bilik tu memandang ke arah aku. Sekali lagi pandangan mereka agak berlainan. Nak kata pandangan marah tak juga, nak kata pandangan benci pun tak juga. Macam… simpati? Mereka masih tak move on ke? Aku yang putus cinta ni okey je, kenapa mereka nak simpati lagi pada aku?
“Okey, sebelum aku jawab soalan kau…” aku memandang rakan yang bertanya tadi, “Aku nak kau orang semua move on, macam aku ni. Dah sebulan aku break-up dengan Imran, jadi tak payah nak kesian kat aku lagi. Aku okey, tak nampak aku senyum ni.” Aku cuba tersenyum selebar mungkin. Saja aku rahsiakan dulu perkembangan hubungan aku dan Imran.
Kesemua mereka turut sama tersenyum. Ada juga yang mengurut-urut dada mungkin lega mendengar pengakuan aku. Tak sangka aku ada teman sepejabat sebaik mereka. Sangat ambil berat tentang aku.
So, mana budak Maisara ni?” Aku bercekak pinggang. Geram pun ada, semalam pun masa aku cari dia selalu tak ada di meja. Ni nak kerja ke nak jalan-jalan. Kalau nak jalan-jalan baik jadi model catwalk!
“Eh, Maisara mana?” bisik salah seorang dari mereka. Mereka saling berpandangan.
“Betul ke kau dah okey ni?” Laila menghampiri aku. Merenung simpati.
“Yalah, kan tadi aku dah cakap aku okey. Kau ni kenapa?”
“Habis tu… kau nak cari Maisara ni kenapa?” Tanya Laila lagi.
“Lar, aku ada hal dengan dialah takkan aku nak ajak dia pergi shopping kot.” Aku mengibar-ngibar kertas di depan Laila. Kenapa Laila ni?
“Hal apa?”
Aku memandang wajah Laila seakan tidak percaya dengan soalan yang aku dengar. “Yang kau cemas semacam ni kenapa? Aku nak serahkan PO ni pada dia. Dari minggu lepas aku call dia suruh datang ambik di meja aku tapi sampai hari ni masih tak naik jumpa aku. Tak fasal-fasal Suhaila dah bising.” Aku ni tak suka nak membebel depan orang, bukan apa… tak nak cari gaduh je. Tapi kalau dah didesak, mulut aku ni mana boleh tahan.
Aku lihat wajah Laila dan wajah-wajah staff akaun lain berubah seperti lega.
“Aku ingat kau nak datang mengamuk kat sini, bimbang juga. Nanti kalau Puan Aina masuk naya kau.”
Puan Aina Manager bahagian akaun memang terkenal dengan ketegasannya. Mungkin sebab sentiasa berurusan dengan masalah-masalah kewangan buatkan Puan Aina selalu tegang. Alah, sesiapa pun kalau berdepan dengan masalah wang akan sentiasa tegang termasuk aku. Tapi beban aku tak lah seteruk beban Puan Aina. Pertengahan bulan sesak nafas, awal bulan kembali normal. Bergitulah kitaran hidup aku.
“Apa ke halnya aku nak mengamuk? Cuma aku geram je, asyik tak ada kat meja. Pagi tadi aku call pun tak ada kat meja. Dia pergi mana?”
“Dia ada kat bawah kot. Kat bahagian logistik.” Jawab Kamariah.
“Dia buat apa kat sana?” Aku mula rasa pelik, kerja dia tak ada sangkut paut dengan logistik pun. Dia buat apa kat sana? Dahlah kat bawah tu semuanya lelaki!
“Hantar fail kot.” Jawab Laila.
Emmm… mungkin juga. Hesy aku ni suka buruk sangka. “Aku letak PO atas meja dia, jangan lupa bagi tahu dia. Nanti dia buat-buat lupa. Ini salinan original jangan dia buat hilang pula.” Pesan aku pada Laila. Kemudian aku terus bergegas keluar. Banyak lagi kerja yang perlu aku buat kat atas.
***
Ketika aku keluar pintu bahagian akaun dan ingin memanjat tangga ke tingkat atas aku terdengar suara lunak sedang ketawa sambil menaiki tangga. Aku kenal sangat dengan suara ni. Budak ni aku tengah kelam kabut cari dia, boleh pulak bergelak ketawa. Aku berhenti melangkah kembali menunggu pemilik suara itu sampai di pintu masuk ke bahagian akaun, aku nak membebel sikit. Nak buat kerja ke tak!
“Mai tak percayalah, abang tipu…” terdengar suara Maisara merengek manja. Euww… geli aku. Siapa pula dia panggil abang ni?
“Betul, buat apa abang tipu Mai. Kalau tak percaya nanti abang bawa Mai ke tempat tu.”
Zup! Tiba-tiba jantung aku berdegup pantas. Terasa darah panas seperti menyimbah wajah. Kedengaran langkah kaki mereka semakin hampir. Alamak, aku nak lari ke mana ni? Kalau aku melintas ke tangga nanti dia nampak, kalau aku masuk balik ke bahagian akaun nanti budak-budak akaun hairan pula. Damn! Okey, think Nadia… think! Okey… aku ke HR department (berdepan dengan pintu masuk ke bahagian akaun). Tapi… kenapa aku nak takut? Dagupan jantung aku semakin kuat.
“Nadia?” terdengar suara lunak Maisara memanggil nama aku. Aku yang baru hendak membuka pintu lekas-lekas menutup pintu yang menghubungkan dua department akaun dan HR.
“Maisara!” Aku terjerit kecil. Terkejut. Sempat aku menjeling Imran di sebelah Maisara. Senyuman lelaki itu mengendur mungkin juga terkejut melihat aku.  Oh my! Kenapa dia nampak makin kacak? Dia potong rambut baru? Wah… dah pakai perfume, dulu masa bercinta dengan aku cakap tak suka perfume. Glup! Kenapa hati aku masih berdegup ni?
“Nadia…” Sekali lagi Maisara memanggil nama aku sekali gus mengembalikan aku ke alam nyata.
“Emmm… Mai, I ada letak PO original atas meja you. Nanti…you buat macam biasalah.” Damn! Aku gugup?
“PO company mana?” tanya Maisara dalam masa yang sama dia memandang sekilas wajah Imran kemudian kembali memandang wajah aku. Wajah dia kelihatan resah.
“Kiat Engineering.” Aku menjeling sekilas pada Imran yang masih tercegak di sebelah Maisara.
“Okey, nanti I check.” Maisara tersenyum.
Aku kembali memandang Imran. “You look great.” Tiba-tiba sahaja laju mulutku memuji Imran. Yang pastinya pujian ikhlas datang dari hati aku. Bukan sekadar sweet talker atau pun taktik untuk mencuri hati Imran. Tapi kenapa dia kelihatan serba salah, kenapa? Silap aku juga selama ini tak pernah memuji. Perempuan memang suka dipuji lebih-lebih lagi oleh lelaki yang mereka cintai, mungkin lelaki juga sama. Apa salahnya aku puji sekarang sebelum aku terlambat.
I mean… your hair cut. Sesuai sangat.” Hesy… apa aku mengarut ni? Tak pernah-pernah aku speaking London dengan Imran tapi hari ni tiba-tiba lidah aku ‘terbengkok’ sedikit… buang tabiat ke aku ni, atau mungkin kerana pengaruh Maisara yang asyik nak ber ‘I’ dan ‘you’ dengan aku. Mesti Imran pun pelik, biarlah pedulikan apa yang dia fikir.
“Kan, Mai dah cakap sesuai untuk abang, tapi abang tu asyik tak yakin.” Maisara tersenyum manja. Imran kelihatan malu-malu menyentuh rambutnya.
Abang? Berkerut dahi aku… berapa beza umur Maisara dengan Imran? Bukan ke Maisara muda setahun je dari aku? Dan beza aku dengan Imran cuma setahun. Kenapa nak panggil abang bagai? Aku bercinta lima tahun pun segan nak panggil abang.
“Masa kat kedai semalam puas I pujuk dia, asyik-asyik nak hair cut sama… boring. Ubahlah sikit, you pun boleh nampak perbezaannya, looks like a different person, right?”
“Kedai?” mereka keluar bersama?
“I mean, saloon.” Balas Maisara tersenyum kecil.
“Oh! You pergi saloon dengan Imran?” Berkerut dahiku memandang Maisara. I smell something fishy here! Mataku mengecil menjeling pada Imran. Seperti dia memahami maksud pandangan aku dia segera berpaling. Dia tak berani nak pandang aku? Tiba-tiba aku teringatkan budak-budak akaun yang pandang aku semacam tadi. Ya! Pandangan mereka seperti pandangan takut dan risau. Sama seperti riak Imran sekarang!
Zup! Tiba-tiba sahaja darah panas terasa memenuhi ruang jantung hatiku sekali gus menyerbu setiap urat saraf di wajahku.
So, this is…” aku merenung wajah Imran. “Okey, saya dah faham.” Aku tertawa kecil, tawa sinis sebenarnya. “Please leave me alone for one to two month, don’t ask why and think why? So this is… awak memang dah ada orang lain? Tapi disebabkan awak seorang yang bacul, awak tak berani nak berterus terang yang sememangnya awak nak break-up, kan?” Huh! Aku memandang wajah Imran dan Maisara bersilih ganti. Aku tak akan menangis dan air mata aku tak akan gugur!
“Awak yang nak putus, sekarang awak nak salahkan saya?” Imran mencerlung.
“Ya memang awak yang salah! Saya cuma uji awak, tapi awak senang-senang je terima keputusan saya. Memang dari awal lagi awak nak putus, kan? Tapi awak penakut, bukan jantan!” aku dah naik gila.
Sebulan aku asyik salahkan diri sendiri sebab buat keputusan terburu-buru. Sebulan aku menyesal kerana pressure Imran dengan macam-macam permintaan. Sebulan aku sakit telinga dengar satu pejabat tuduh aku ada lelaki lain, alih-alih… arghh!
“Sorry I mencelah, but maybe both of you are not meant to be together.”
Aku menjeling tajam pada Maisara. Kalau ikutkan hati aku mahu saja aku tarik-tarik rambut budak ni, berani dia mencelah masa aku tengah marah!
“Saya nak awak terus terang dengan saya sekarang juga, apa maksud sms awak tu!” Aku menjerit. Mungkin satu floor boleh dengar suara aku yang agak nyaring itu.
“Baiklah, kalau awak nak tahu saya dah tak tahan dengan awak. Kiri kanan depan belakang awak desak saya masuk meminang, awak langsung tak hormat perinsip saya dan rancangan saya! Apa yang awak tahu untuk penuhi kehendak hati awak dan kehendak hati keluarga awak je! Tak cukup dengan tu, awak tuduh saya yang bukan-bukan. Tuduh saya tergilakan Maisara. Cemburu awak tu menyusahkan saya!”
Tidak berkedip aku memandang wajah tegang Imran. Wajah marah yang selama ini tidak pernah aku lihat. Suara tinggi yang selama ini tidak pernah aku dengar. Benar kata orang, orang yang tak pernah marah, kalau marah memang menakutkan! Tapi, dalam kes ini aku langsung tak takut. Tapi aku puas… akhirnya Imran berani bersuara.
“Kenapa sekarang baru awak nak berterus terang? Kenapa dulu awak tak pernah cakap bagi tahu apa yang awak rasa?” suara aku mula mengendur. Ya, memang ada salah aku juga dalam hal ini. Tapi silap Imran juga sebab asyik sembunyikan rasa hatinya. Aku bukannya ada superpower yang boleh baca isi hati orang.
“Pernah ke awak nak dengar cakap saya?” Imran memandang sinis.
“Sebab awak tak pernah nak berterus terang!” Nak salahkan aku pulak!
“Macam mana saya nak berterus terang kalau semua cakap awak je yang betul!” Imran semakin berani meninggikan suara.
“Sebab saya memang yakin cakap saya betul! Macam sekarang ni, kan betul awak memang ada hati dengan Maisara, kan?” Aku mencemik menjeling tajam pada Maisara yang kelihatan resah.
Imran terdiam, “Saya mula rapat dengan dia lepas kita break-up. Dia tak ada kena mengena dalam hal ni.” Suara Imran mengendur.
Aku tertawa sinis, “Jadi awak cuma ambil masa sebulan untuk lupakan kisah kita yang lima tahun tu?”
“Kami cuma kawan.” Tegas Imran berwajah tegang.
Maisara segera menoleh pada Imran, riak wajahnya seperti tidak puas hati dengan jawapan Imran.
“Sudahlah Imran, awak nak bercinta atau nak berkahwin dengan Maisara sekali pun I really don’t care! But please… stop acting konon kau tu baik sangat. Dan tolonglah jangan nak tunding jari salahkan saya sebab sememangnya awak tak sayang saya dan awak penakut untuk berterus terang selama ni!” Jeritku. Biar satu pejabat dengar. Biar mereka tahu yang bersalah dalam hal ini adalah Imran! Bukannya aku!
 “Kalau awak betul-betul sayang saya, awak tahu apa yang patut awak buat. Beli rumah? Huh! Alasan basi! Kesimpulannya… you’re not the one in my life! You such a moron!”Aku menjerit kasar. Puas hati aku. Dia ingat aku jenis mudah kena buli? Kena tipu? Sorry!
Wajah Imran berubah bengis, “Jangan berlagak seperti awak tu baik sangat. Entah-entah memang selama ni awak curang dengan saya. Bunga ros tu… siapa bagi? Teman lelaki rahsia awak, kan?” Imran tersenyum sinis.
Aku yang baru hendak melangkah naik ke tingkat tiga berhenti seketika. Menoleh pada Imran dan Maisara yang sedang memerhati aku. Aku menoleh ke arah pintu, terlihat beberapa orang dari department akaun dan HR mencuri dengar di muka pintu masuk.
“Bunga tu dari Yatie. Dia saja hantar pada saya masa awak ada sebab dia mahu uji sama ada awak cemburu atau pun tak. Tapi awak langsung tak cemburu. Siap awak bangga lagi bagi tahu pada Maisara yang bunga itu bukan dari awak. Dari situ saya dah tahu… apa yang ada dalam hati awak.” Aku bersuara perlahan. Kecewa sangat.
 Aku perlu berterus terang supaya Imran dan juga teman yang lain tidak salah faham dengan pengirim bunga tersebut. Tanpa menunggu lama aku terus melangkah pergi. Entah kenapa, aku langsung tidak sedih. Malah hati aku berasa sungguh lega.

Terima kasih kerana membaca...

Bersambung...


14 comments:

syira destroyer said...

kalau de icon smiley tarik2 rmbut sndiri mmg sy bbuh kt sini,
abang abang..ee geli tekak mak!!

and tetibe rse nk melompat smpi siling bile imran mention maisarah tu jst a friend (mak xheran pon sbnrnye)

nadia,life must go on,kbye..

dedicate this song tu imran ayam,dear lie-tlc.

farah said...

aku nak emo ni!

dan...dan aku benci lelaki nama Imran!

Nadia! Way to go girl! Toksah bazir air mata untuk jantan macam tu!

Mr Hero, cepatlah muncul. Aku dah sesak nafas tunggu ko ni. Ajar sikit di Imran ni kaw-kaw!

hidayahusin said...

kurang ajaqqqqq Imran nih.
Biadap $%#@^&***abcde.....*sensored*
huh! letih *mengelap peluh*

Unknown said...

Mr Hero takut nak masuk selagi Nadia terhegeh ngn Imran..hehehe. - Mrs J

Unknown said...

hehe, bertenang--bertenang...Jom berehat sebentar di bab 11.. :)

Mrs J said...

hehehe... lelaki pantang tgk dahi licin kan...

zie omar said...

baguslah nadia dah sedar pasal imran & maisara tu. mmg nak suruh aje nadia tarik rambut, atau paling tidak lekatkan lima jari dekat muka maisara perasan cun tu.

tp eloklah dia tak buat mcm tu, lagi syok la imran kalo perempuan gaduh tarik2 rambut pasal dia..naiklah saham mamat perasan bagus tu...huh..emo akak tau...

Hany Nafisya said...

cayalah, Nadia! padan muka Imran tu. 2 departments sekali tahu. nanti tak lama, 1 pejabat tahu.
jiayoú Nadia! jiayoú!

Mrs J said...

hehe, nasib baik nadia tak buat mcm tu, kalau tak mmg kecoh habis..hehe

terima kasih kak sudi baca :)

Mrs J said...

esok lusa Nadia dapat kebaikkan dari peristiwa ni.. tunggu.. hehe.. Thanks Hany sudi singgah sini :)

sweetrose maria said...

patutlah kan budak-budak office diam je nampak Nadia rupa-rupanya ada something happened...
hahahaha..padan muka Imran kena dengan Nadia..kawanlah sangat dengan Maisara tu kan...kalau bercinta pun apa salahnya, Nadia boleh dapat lagi baik dari Imran tu....^_^

mizz acu said...

Ok I'm glad! Nadia da tau sume n dia xmenangis.. Bravo gal!
N sgt puas hati bila Imran kata maisara hanya kawan.. ;)

Mrs J said...

hehe.. Sweetrose mana tau Nadia dpt yg lagi baik ni? ooo..intai ya.. hehe..

Mrs J said...

Nadia tak leh nangis depan Imran, jatuh ar air muka dia.. hehe.. terima kasih fllw citer ni :)