Intan payung kami...

Monday 26 March 2012

Bab 4 : Bila Cinta Terukir di Bintang


"Cepatnya masa berlalu.."
Pejam celik pejam celik dah seminggu, hari ini mungkin hari minggu yang paling aku tak suka. Mungkin. Pukul 10 pagi tadi aku sampai di rumah keluargaku di pinggir Bandar Seremban, sengaja aku tak balik hari jumaat demi nak mengelak dari melepak lama di rumah Mak Ngah dan mengadap muka Salina.
Sebelum ke rumah Salina yang jaraknya hanya selang beberapa biji rumah dari rumah keluarga aku, ibu menyerahkan sepucuk surat bersampul putih.
“Dah beberapa hari sampai, malas mak nak pos ke rumah kamu di KL sebab kamu pun akan balik ke sini.” Ujar emak terus tercegak depan aku menanti aku membuka sampul surat itu.
Hatiku yang tenang tiba-tiba sahaja berkocak hebat bila melihat cop rasmi di belakang sampul surat tu, dalam hati aku sangat mengharapkan khabar gembira lantas tanpa menunggu lebih lama aku segera mengoyakkan sampul surat itu dan membaca ayat pertama yang ditulis…
“Dukacita dimaklumkan…” Aku berhenti membaca. Seperti ada sebilah pedang membelah jatung hatiku. Surat itu segeraku ramas kemudian dicampak ke dalam bakul sampah berhampiran tangga rumah. Tak guna! Panggilan temuduga ke dua pun tak lepas? Dia orang ni sabotaj aku ke? Punyalah bagus pengalaman aku, dia orang ni buta ke? Apa yang dia orang cari? Hesy, Geram!
Aku terdengar emak mengeluh perlahan, “Lekas… bising Salina kalau kamu lambat sampai. Semalam pun dah sibuk tanya pasal kamu.”
Aku menghela nafas perlahan, apalah nasib. Apa nak jadi dengan aku ni, pengalaman sudah bertahun-tahun. Tapi masih tak dapat kerja yang sesuai dengan diploma dan pengalaman aku. Takkan selamanya aku nak terperuk dekat Anjung Sdn Bhd? Dahlah kedekut nak naikkan gaji, bonus baru dua kali merasa. Bawa melancong? Dalam mimpilah! Aku bergegas mengejar emak yang sudah pun berada di depan.
“Sampai ke tua lah kamu kerja dengan syarikat tu. Dah bertahun-tahun kerja pangkat tak naik-naik. Itulah, mak suruh sambung ijazah kamu tak mahu. Degil kononnya dengan pengalaman kamu dapat kerja yang bagus. Sekarang nak sambung ijazah pun dah tua. Suruh minta kerja kerajaan kamu berlagak, konon gaji kerajaan rendah. Walau pun rendah dari gaji kamu sekarang, tapi banyak ganjarannya, selamat pulak tu.” Mak dah mula membebel.
Mak ni macam tahu-tahu saja apa yang ada dalam otak aku ni. “Lekas mak, Salina dah call ni.”
Aku melangkah laju, makin aku layan makin panjang ceramah dia. Yalah silap aku juga, lepas ambil diploma konon nak kerja ambil pengalaman tapi bila dah kerja malas pula aku nak perah otak ambil ijazah. Alahai, nasib bila kau nak berubah ni?
"Huhu... kecewanya, kenapa aku tak dapat kerja tu??"

***
Hari ini boleh dikatakan hari malang sedunia, sudahlah baru dapat surat ‘putus cinta’ sekarang terpaksa melayan karenah mengada-ngada Salina. Semua serba tak kena. Asyik nama aku sahaja yang dia tahu nak sebut nama orang lain dia dah lupa agaknya? Punyalah ramai sepupu-sepupu lain, nama aku juga dia seronok nak panggil!
“Nadia, kau dah tolong tengokkan tetamu aku tu? Pastikan mereka tunggu dalam rumah, kat luar tu panas. Mereka bukan biasa panas-panas ni.”
“Nadia, aku lupalah… aku tolong on aircond kat ruang tamu. Rifki ada cakap mama dia tak tahan panas.”
“Nadia kau dah rasa makanan? Sedap tak?”
“Nadia, aku haus tolong ambilkan air.”
“Nadia, tolong halakan kipas ke sini. Panas, nanti cair makup aku ni.”
“Nadia, cantik tak baju ni? Kain ni Rifki beli masa dia fly ke Paris lepas tu dia minta Rizalman design baju bertunang ni untuk aku.”
“Nadia, tengoklah mekup ni kena tak dengan muka aku? Nampak lain tak? Aku tak suka mekup tebal ni nanti hilang kejelitaan semulajadi aku.” Salina membelek wajah di cermin.
“Cantik, mama Rifki mesti tak salah sarung cincin punya.” Aku cuba memujuk tapi tak ikhlas. Macam mana aku nak ikhlas, berjam-jam aku kena mengadap muka dia sampai aku nak pergi bilik air pun nak kena bersoal jawab. Kejam sungguh!
“Kan… aku pun fikir macam tu. Lain kali masa kau bertunang aku cadangkan kau ambil juru solek ni tau. Mama Rifki tempah khas untuk aku. Sebelum ni dia selalu solek artis dan orang kenamaan saja.” Salina terus membelek wajahnya dengan senyuman meleret.
Aku cuba menghadiahkan senyuman yang paling ikhlas untuk Salina, harap-harap menjadi. Dah naik berpinar mata aku melihat mekup yang tebal sekati tertampal di muka Salina. Bulu mata palsunya buatkan mata bundarnya kelihatan seperti mata unta. Pipi asalnya bak pauh dilayang dah jadi seperti pauh masak. Gedabak besar warna merah di kedua belah pipi.  Bibirnya yang elok terletak dah jadi tebal macam baru kena sengat tebuan.
Betul ke juru solek tu selalu solekan artis? Tapi seperti biasa dengan Salina aku terpaksa hipokrit, kalau aku terus terang nanti kelam kabut majlis. Mana taknya, juru solek dah selamat balik. Katanya nak pergi solek artis pulak. Nanti siapa nak betulkan solekan tu?
Selesai majlis menyarung cincin, sesi bergambar pula. Penat juga aku mahu melayan para tetamu istimewa Salina. Sangat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi namun demi janji dengan emak aku terpaksa menahanenyarung cincin, sesi bergambar pula. Penat juga aku mahu melayan para tetamu istimewa Salina. Sangat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi namun demi janji dengan emak aku terpaksa menahan hati. Mana taknya, mahu melayan karenah bakal ibu mertua Salina lagi yang asyik-asyik merungut panas terpaksa aku cari kipas tambahan untuk Datin Zaleha. Tidak campur lagi dengan karenah Salina yang asyik-asyik panggil nama aku minta lapkan peluh di wajahnya. Ini baru bertunang, kalau kahwin nanti huru-hara dunia.
Tapi yang makin buat aku bengang tahap gaban bila ketika jamuan makan tadi bakal mertua Salina bertanya soalan yang sangat sensitif…
“Ini siapa? Kakak ke?” Tanya Datin Zaleha memandang wajah Salina yang duduk berdepan dengannya di meja makan.
Aku yang tengah makan bersebelahan Salina hampir-hampir tersedak.
“Ini sepupu saya mama, Nadia.” Salina tersenyum, mesti dia gembira bila aku yang sama umur dengannya disangka kakaknya.
“Berapa orang anak?” Tanya Datin Zaleha lagi.
Hesy… Mak datin ni! kalau ikutkan hati mahu saja aku buat-buat tersembur nasi ke muka dia. Kurang asam betul, nama saja Datin tapi tak belajar cara-cara hendak bercakap dengan orang!
“Belum kahwin lagi mama.” Jawab Salina sebaik sahaja tawanya mengendur.
Aku menjeling tajam. Biar dia tahu aku marah, buat apa nak jaga hati orang yang tak reti bahasa ni. Datin ke Dato ke peduli apa aku.
“Oh, maaflah. Ingatkan dah kahwin.” Datin Zaleha kelihatan serba salah.
“Kami ni sama umur mama, dah ada teman lelaki tapi teman lelaki dia tak sedia nak kahwin lagi.” Salina tersenyum menoleh pada aku. Amboi baik hati sungguh Salina tolong ceritakan perihal diri aku pada orang lain.
“Dah berapa tahun bercinta?” Tanya Datin lagi.
“Lima tahun…” Jawab Salina.
Sejak bila aku lantik Salina jadi jurucakap aku ni?
“Hesy… lelaki ni, kalau dah kenal lima tahun tapi tak ada ura-ura nak masuk meminang memang dia tak mahulah tu.” Jelas dan jitu Datin Zaleha mengutarakan pendapatnya sehinggakan beberapa orang yang turut menikmati jamuan di meja makan itu berhenti makan dan memandang simpati pada aku.
Malam itu ketika semua orang sibuk mengemas di dapur Salina telah membuat pengumuman yang sangat menyakitkan hati aku. Kecewanya hati aku terasa seperti aku di madukan! (walaupun aku belum kahwin, tapi aku dapat tahu macam mana kecewakan kalau suami madukan isteri)
“Mak long… nanti Lina akan pindah KL.” Salina bagi tahu emak dengan wajah ceria.
Aku mencuri dengar perbualan itu sambil tangan ligat menyusun pinggan mangkuk yang sudah dibasuh.
“Yalah, kalau dah kahwin nanti kena ikut suami. Takkan kamu nak tinggal sini.” Balas emak yang sedang berehat di tangga dapur.
“Bukan sebab fasal kahwinlah mak long.” Salina tersenyum, “Semalam Lina dapat surat tawaran kerja dari Emas Holding.”
Emas Holding? Tawaran kerja? Jawatan yang aku mohon tu ke? Bukan ke ada panggilan ke dua temuduga? Kenapa dia terus dapat tawaran kerja? Salina mrereka cerita ke? Takkan mereka tolak aku kerana terima Salina yang baru berapa tahun pengalaman tu?
“Beruntung kamu, semua kerja yang kamu mohon mesti akan dapat. Siap boleh pilih lagi hendak terima atau tidak. Nasib baik kamu ikut nasihat mak long dulu supaya ambil ijazah. Kalau kamu ikut jejak Nadia konon nak kerja dulu, tak merasa ijazahlah kamu.”
Eh, mak ni lebih-lebih pula perli aku. Aku menghempas baldi yang berisi lebihan makanan ke lantai. Biar mak tahu aku tengah marah ni. Kemudian aku kembali ke sink mengangkat pinggan mangkuk yang sudah dibasuh dan terus menyusun dalam besen, malas nak ikut serta perbualan yang akhirnya nanti akan menjerut hati aku sendiri. Hesy, Makin mengada-ngadalah Salina bila kerja dengan Emas Holding!
“Nadia pun ada terima surat macam ni juga dua hari lepas. Tapi tak berjaya.” Di tangan mak terdapat sampul surat putih yang sama seperti surat yang aku terima tadi.
Mak! Kenapa nak cerita semua benda pada minah tu!
“Nadia, kau pun ada mohon kerja dengan Emas Holding?” tanya Salina terkejut.
Aku berhenti melakukan kerja menoleh seketika pada Salina dan emak yang sedang berehat di tangga dapur, kemudian mengangguk lemah. Tiba-tiba terasa seperti cinderella pula.
“Kau mohon jawatan apa?” Salina terus bertanya.
Aku yang mahu menyambung kerja terbantut seketika, aku tak boleh terus terang nanti dia ketawakan aku!
“Admin assistant je…” Aku jawab acuh tak acuh.
“Oh! Aku ingat kau mohon Tender Executive macam aku. Dia orang panggil aku datang untuk second interview sehari selepas interview pertama aku dulu tu, dua hari lepas tu aku dapat panggilan telefon, mereka cakap aku berjaya. Tak sangka pula.” Balas Salina tersenyum. Dan aku anggap itu adalah senyuman sinis yang paling buruk yang pernah aku terima dari dia.
Aku menarik nafas lega, memang aku buat tindakan bijak dengan menipu Salina. Kalau Salina tahu aku pun memohon jawatan yang sama haru biru jadinya. Silap nanti emak akan mengukit soal ijazah!
“Eloklah kalau Lina dah dapat kerja kat syarikat tu, nanti kalau ada kosong Lina tolong bagi tahu Nadia. Mak cik tak berkenan sangat dia kerja kat tempat sekarang ni. Dari dia cerita, macam dah jadi kuli batak kat situ. Dah nak masuk lima tahun dia kerja tapi sampai sekarang masih jawatan kerani. Gaji pun naik berapa sen je setahun.”
Hesy mak ni, buat malu aku je! Itu pun nak cerita? Salah aku juga sebab gatal mulut mengadu itu dan ini pada emak. Lain kali lebih baik aku rahsiakan sahaja nanti satu pekan Seremban ni emak canang kisah aku yang jadi cinderella di pejabat tu.
“Lagi satu…” emak bersuara, aku menoleh pada emak. Apa lagi mak ni?
“Kamu tolong carikan kawan-kawan tunang kamu yang masih bujang, kenalkan pada si Nadia ni. Kalau nak tunggu teman lelaki dia tu mahu berkarat Nadia.”
Mak! Tak habis-habis nak jatuhkan air muka aku! Benci!
"Makkkk... tolong jangan cerita lagiii..."
   Salina mengekek, “Mak Long saya dah tanya, tapi buat masa ni semua dah ada pasangan. Semunya sibuk bercinta dengan paramugari.”
“Habis… macam mana tunang kau boleh terpaut dekat kau pula tak pada paramugari?”
“Sebab… paramugari tu tak secantik saya.” Salina tersenyum meleret.
Aku mencemik. Hai, minah ni tak habis-habis perasan. Mentang-mentang kau memang lawa. Tapi aku ni pun lawa juga, kalau kurus sikit saja lagi makin lawa.
“Nadia, kau tinggal kat mana ya aku dah lupa?”
Aku memandang curiga, “Ampang, kenapa?” Jangan dia nak tumpang tinggal rumah aku sudah! Mahu mengamuk budak dua orang kat rumah tu.
“Abang Rifki suruh aku tinggal kat rumah yang dia baru beli dekat area Ampang, berjiran kita nanti. Pejabat kau kat Bangsar, kan? Nanti boleh aku tumpangkan kau ke pejabat, Menara Emas Holding tak jauh dari stesen LRT. Kalau kau naik dari situ tak mahal sangat tiket ke LRT Bangsar.” Jelas Salina.
Apa maksud dia ni? Nak bagi tahu aku yang bakal suami dia banyak duit belikan rumah ke? Atau memang betul nak tumpangkan aku? Eh kejap!
“Lina dah beli kereta ke?” Tiba-tiba emak bertanya.
"Eee... geramnya!"
Salina tersenyum-senyum. Eee… aku tahu! Aku tahu!
“Abang Rifki belikan.” Jawab Salina tersenyum sipu.
Ceh! Aku dah agak! Dia nak umumkan kat satu dunia ni yang ‘Abang Rifki’ dia belikan kereta pada dialah tu! Menyampah!
“Wah beruntungnya kau, cuci kaki je kahwin nanti.” Puji Mak teruja lebih pula. Macamlah dia yang dapat semua tu.
“Mak Esah dah habis ke?” Aku bertanya pada Mak Esah yang dari tadi begitu asyik mencuci pinggan mangkuk. Malas aku nak melayan Salina yang dari tadi nak menunjuk-nunjuk saja kerjanya, bukannya nak tolong cuci pinggan mangkuk yang bertimbun ni!
“Dah habis Nadia. Pergilah berehat.” Balas Mak Esah, tersenyum padaku.
“Suraya, beruntung kamu dapat menantu macam Rifki tu. Semua dia dah sedia untuk Salina. Tak payah susah-susah cari lagi.” Emak menegur Mak Ngah yang baru selesai menunaikan solat maghrib.
“Alhamdullilah, rezeki Kak Long.” Mak Ngah tersenyum bangga.
Yalah, dari sejak kecil lagi dia banggakan si Salina tu. Cerdik, cantik, baik semuanya Salina. Yang tak elok, tak cerdik tak cantik semuanya aku.
“Bakal menantu mak.” Aku menyampuk membetulkan kenyataan emak tadi. ‘Bila-bila masa saja boleh putus’ yang ini aku tak berani cakap nanti terkena lagi peluru berpandu dari mulut mak.
“Samalah tu, beberapa bulan lagi jadi menantulah.” Balas emak mencerlung pada aku. Aku mencebik.
“Nadia balik dulu mak, penatlah.” Tanpa tunggu izin emak aku terus menapak keluar melalui pintu dapur. Aku tak boleh lama di situ, nanti terbakar cuping telinga aku ni. Mulut aku pun dah gatal-gatal nak menjawab. Tapi mujur tahap kesabaran aku masih tinggi. Kalau tidak, huru-hara rumah Mak Ngah.
 BERSAMBUNG... ☜(*▽*)☞   


"Komen anda sangat dialu-alukan demi membaiki mutu penulisan kami"





7 comments:

Anonymous said...

aku pun selalu jerit kat mak aku 'mak jgn cerita lagi!' tapi dalam hati je lah...

-farah-

FirasFirzana said...

Erk kenapa tiba-tiba akak rasa Nadia tu cam akak? Eh!

anyss said...

Assalamualaikum,
Wow!
teruskan menulis. Best. Segar.

Mrs J said...

haha.. aku tak tahu kenapa, banyak kebetulan yg tidak disengaja terkena kat ko dlm citer ni..hahaha.

Mrs J said...

kak, tgh alami masalah yg sama ke?hehehe...

Mrs J said...

Salam Anyss ✾◕ ‿ ◕✾,

Terima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen di sini. Teruskan membaca ya, kalau ada sebarang komen jangan segan2 tulis di sini, mana2 yg kurang akan saya cuba baiki.

Anonymous said...

fun....