Bab 1
Orang
tua pesan, jangan terlalu bencikan seseorang nanti orang yang kita benci tu
akan jadi sayang.
Tapi,
kes aku ni, bukan aku bencikan seseorang. Tapi… aku cukup anti dengan filem,
drama mahupun novel tentang kahwin paksa!
Seriously? Hellooo… kahwin bukan main pondok-pondok
ya. Perkara serius okey!
Bak
kata kawan aku Cik Jannah…
“Terlanggar sikit pun kena kahwin paksa.
Tersalah masuk rumah pun kena kahwin paksa. Kena tangkap basah pun kena kahwin
paksa. Tersentuh sikit pun sanggup kahwin tanpa rela. Dah tak ada cara lain
lagi ke nak kahwin? Kalau kena tangkap basah dan tak bersalah tak boleh masuk
mahkahmah ke? Or just bayar denda? The best part is… kahwin dengan orang yang
buat jahat kat kita! Euuww! Aku tak faham la beb!”
Itu
bebelan kawan aku ya. Dia pun sama kepala dengan aku. Tapi… aku jawab.
“Beb… dah itu penonton dan pembaca suka.
Dia orang buat je la cerita macam tu. For the sake of rating… and money.”
Itulah
aku. Sangat anti dengan kisah-kisah macam tu dan sudahnya, kebencian aku tu
terkena dengan batang hidung sendiri. Padan muka dengan aku, kan?
Menyesal?
Yup,
sangat-sangat-menyesal! Tapi… orang tua kata lagi, nasi dah jadi bubur so aku telan saja lah. Kau orang nak
tahu kisah aku tak? Kisah aku ni biasa-biasa je. Tak gempak. Tak berselirat.
Tak ada air mata (emmm…) tapi sangat bermakna dalam hidup aku. Kisah yang aku
tak pernah ceritakan kepada sesiapa pun. Hanya aku dan kau orang yang sedang
baca je tahu kisah di sebaliknya.
Okey,
meh aku mulakan cerita…
Perbezaan
antara kisah aku dan kisah dalam filem dan novel adalah. Aku memaksa diri aku
berkahwin dengan dia. Bukan sebab aku ni mangsa rogol (no.. no.. nooo).
Atau bukan sebab mak ayah aku keluarga kaya dan dia pun keluarga kaya atau
bukan sebab, kita orang dipaksa kahwin oleh keluarga sebagai syarat untuk
mewarisi harta.
Tak.
Tapi...
sebenarnya kita orang berdua yang setuju untuk memaksa diri masing-masing
berkahwin.
Jadi,
ini kisah kahwin paksa ke?
Entah.
Aku pun keliru.
Tapi
apa yang pasti, aku setuju berkahwin dengan dia kerana...
1)
Aku perlukan tempat berteduh. Maksud aku... rumah free. Maklumlah sewa rumah kat
bandar KL ni mahal! Cari housemate? Sorry, never! Pernah terkena, housemate aku simpan dadah dalam rumah! (face-freeze)
In KL, I trust nobody!
2)
Sepanjang aku bercinta dengan mana-mana lelaki. Tak pernah dia orang ajak
kahwin.
3)
Tentulah sebab, dia handsome juga.
Kalau muka pecah seribu takut juga aku nak kahwin.
4)
Dia dah ada girlfriend. Tapi...
banyak pihak tak suka dia orang kahwin. Jadi, bila dia kahwin dengan aku ramai
yang suka sebab itu dia ajak aku kahwin. Dan aku tak kisah dengan alasan tu
sebab... aku tak rugi apa-apa pun. (nanti
aku citer)
5)
Mestilah sebab umur aku ni umur had patut berkahwin.
6)
Sebab... aku tak cintakan dia pun. Jadi, kalau dia nak madukan aku nanti, tak
adalah aku nak marah sangat. Atau, kalau dia nak ceraikan aku pun tak adalah
aku sedih sangat.
7)
Sebab terakhir... aku percayakan dia.
Aku
kahwin dengan siapa sebenarnya ni? Mesti kau orang nak tahu kan?
Bersambung...
3 comments:
Mendebarkan
Capat-2 la sambung!! ;)
Jeng jeng....i like the story already but its kinda similar to mencar mr charming...
Post a Comment