Bab 12
~ Khalif Aufa~
Pagi-pagi lagi papa dah bunyikan loceng rumah. Bila
dia buka pintu papa dah bersiap sedia dengan pakaian sukan. Dia mengosok-gosok
mata membuang sisa buangan yang melekat.
“Nak ajak K breakfast
ke?” Tanya dia bingung.
“Bangun pagi fikir breakfast je?” Dato Harun menjeling.
“Cepat siap, teman papa joging.”
“K sakit mata la pa.”
“Kaki dan badan tak sakit kan?”
Kalau dah itu jawapan papa memang dia tak boleh nak
jawab apa-apa la. Tanpa banyak soal dia masuk ke bilik, cuci muka, gosok gigi,
solat kemudian bersiap-siap hendak keluar.
“Taman mana?” Tanya dia mencapai kunci kereta yang
tersangkut di dinding.
“Papa nak jumpa Uncle Amri.”
“Okey.” Jawab dia sepatah. Kalau jumpa Uncle Amri
memang kena joging dekat taman berhampiran dengan rumah Uncle Amri la jawabnya.
Sampai di Taman Kiara pakir kereta dah penuh.
Terpaksa dia berpusing beberapa kali tapi masih tak ada ruang kosong.
“Papa turun dulu, K nak park kat luar pagar.” Ujar Khalif.
“Okey, jumpa depan sini pukul 8.30 nanti.” Pesan papa
kemudian membuka pintu kereta.
Dia terus memandu kereta ke luar taman, mujur masih
banyak tempat kosong di bahu jalan. Ketika dia siap pakir dan bersiap sedia
hendak keluar dari kereta, tiba-tiba mata dia terpandang wajah seseorang yang
sangat-sangat dia kenal.
Minah psiko!
Sah, memang jodoh dia dengan minah psiko tu amat
kuat. Sebesar-besar Lembah Klang ni, boleh pula dia terserempak dekat taman
yang berkilometer jauh dari rumah minah psiko tu! Jodoh memang unik. Hati dia
berbunga. Boleh dia menyakat minah psiko tu. Nampaknya tak adalah boring sangat
sesi joging dia pagi ni.
Dengan gembira dia melangkah keluar dari kereta.
Sempat mencapai topi dan aviator Ray-Ban brown color. Kalau pakai ray-ban yang
hitam pekat nanti orang ingat dia poyo
artis pula, padahal dia terpaksa pakai untuk mengelak mata dia menjadi
perhatian.
Perlahan-lahan dia mengekori langkah tiga orang gadis
yang melintas di depan keretanya.
“Beb, nak panjat bukit tak?” Terdengar suara si gadis
bertanya.
“Malas lah. Aku nak joging kat bawah je.” Balas kawan si gadis.
“Nampaknya aku seorang saja lah.” Jawab si gadis.
He… he… bagus. Boleh dia terjah. Mesti si gadis
terkejut tengok dia muncul di situ. Mesti si gadis ingat dia ni stalker. Ah, tak kisah, stalker ke, mat gian ke, janji ada teman
berbual. Nanti bolehlah dia minta nombor telefon. Kalau beranilah.
Sambil berjalan dia buat sesi panaskan badan dengan
matanya terus memerhati si gadis agar tak hilang dari pandangan. Bila tengok
gadis itu semakin jauh, lekas-lekas dia memecut.
“Takkan jalan, je?” Khalif mengawal nafas supaya tak
nampak sangat dah lama dia tak berjoging.
“Awak?” Bulat mata si gadis pandang dia.
Dia tersengih, angkat tangan melambai. Kan dah kata,
mesti si gadis terkejut.
“Yup, morning!”
Sapa Khalif dengan cerianya.
“Hai, morning.
Tak sangka jumpa dekat sini.” Si gadis tersengih. “Mata awak tak baik lagi?”
“Belum. Tapi tak lah teruk macam semalam.”
“Sakit macam ni kena rehat dekat rumah je. Nanti makin sakit.”
“Bosan asyik terperap dekat rumah.” Khalif mengulum
senyum. Tak boleh tunjuk sangat yang dia teruja jumpa minah psiko yang comel
ni.
“Awak dah sihat?” tanya dia menaikkan kedua kening,
saja buat tanda koma pada perkataan sihat tadi. Harap-harap si gadis faham.
“Sihat.” balas si gadis acuh tak acuh.
“Tak jadilah nak kahwin dengan saya ni?” Saja dia
tanya soalan provokasi.
Si gadis tergelak kecil.
“Tengoklah. Kalau dia cabar lagi sekali memang saya
tak patah balik dah.”
“Pastikan masa tu awak cari saya,” ujar Khalif
mengusik.
“Pastikan semua tu tak ada dekat muka awak. Baru saya
pertimbangkan,” balas si gadis dalam nada bergurau.
“Okey. Demi awak saya sanggup licinkan muka saya,”
jawab Khalif mengenyitkan mata.
Si gadis tertawa kecil. Comel pula muka dia tanpa
sebarang mekap. Apalah buta sangat teman lelaki dia ni. Bukan senang nak cari
muka original tanpa mekap tapi tetap manis. Rugi kalau terlepas ni.
“Sebelum
ni tak pernah nampak muka awak
joging dekat sini. Awak intip saya ke?”
Straight to
the point. Terangkat kening Khalif
dibuatnya!
“Bukan awak yang intip saya ke?” balas Khalif saja
nak mengusik, menjeling nakal.
“Awak yang tegur saya dulu, maknanya awaklah yang
intip saya,” balas Nadia dengan muka tak mahu mengalah.
“Oh, macam tu ke? Saya tegur awak sebab saja nak
kantoikan awak yang sedang intip saya.” Khalif mengulum senyum. Tetiba seronok
pula usik si gadis comel ni.
“Yalah,
saya saja nak pastikan calon bakal suami saya ni buat apa hujung minggu.” Balas
si gadis cuba membalas usikkan.
Akhir Khalif ketawa. Usikan dia bersambut dengan
usikkan. Ini petanda baik ni. Perempuan yang sombong biasanya tak akan melayan
gurauan dari lelaki serabai macam dia.
“Dah
berapa lama awak datang berjoging dekat sini?” tanya Khalif sambil lap peluh.
“Dua bulan.”
“Patutlah.” Khalif menghala nafas penat.
“Taman ni memang tempat saya berjoging. Cuma saya
berhenti datang sini dua tahun lepas.”
“Kenapa?”
“Pindah.”
“Sekarang pindah dekat sini balik?” tanya si gadis,
ingin tahu.
“Tak adalah dekat sini. Tapi dekat lah juga,” jawab
Khalif acuh tak acuh.
“Awak pula, jauhnya datang joging?” tanya Khalif.
“Memang
pun.”
Khalif mengangkat kening. Dari jawapan si gadis itu
macam akan sambungan aje?
“Kawan saya yang beria nak datang joging sini,”
sambung si gadis lagi.
“Kenapa?”
“Kawan saya tu berangan nak terserempak dengan Fahrin
Ahmad, sebab pernah sekali kita orang terserempak dengan dia masa joging dekat
sini. Dan seorang dengan teorinya percaya bahawa orang yang datang berjoging di
sini adalah orang-orang kaya, jadi dia berangan kalau-kalau dapat pancing
seorang dua untuk dijadikan calon suami.” Panjang lebar penjelasan si gadis.
Khalif ketawa, menggeleng kepala. Bukan saja lucu
mendengar cerita si gadis, tapi lucu melihat wajahnya yang mencebik ketika
bercerita. Nampak sangat si gadis tu sebenarnya terpaksa datang joging di sini.
“Entah apa-apa
je kawan saya tu, kan?” ujar si gadis pula dan turut sama ketawa.
Mereka mendaki trek sedikit berbukit. Kedua-duanya
mula termengah-mengah. Beberapa orang yang agak veteran berjalan melepasi
keduanya.
“Habis, awak tak nak hunting orang kaya kat sini ke?” Khalif bertanya sambil menoleh pada si gadis. Saja dia tanya
soalan provokasi.
“Pak cik-pak cik tu?” Si gadis berbisik.
Khalif mengangguk.
“Saya tak terdesak lagi okey.” Si gadis mencebir,
memperlahankan langkah. Peluh kecil mula membasahi wajahnya, kemudian menarik
ikatan getah rambut dan mengubah ikatan rambut menjadi semakin tinggi.
Khalif terpegun melihat leher jinjang si gadis yang
putih mulus. Haish! rugi.. rugi. Bengap sungguh teman lelaki dia.
Cepat-cepat Khalif mengalihkan mata. Nanti tertangkap
malu! Eh, tertangkap apa pula, diakan pakai cermin mata kut, mana boleh nampak
dia tengok dekat mana? Emm… tak boleh. Lelaki budiman tak buat kerja curi pandang leher anak gadis
orang, tak manis!
“Are you
sure you’re not desprate” Khalif
menaikkan sebelah keningnya. Soalan Provokasi
lagi! - nak buat macam mana, hanya soalan provokasi saja yang boleh diguna
pakai untuk mengorek rahsia hati si gadis.
Si gadis menjeling. Memuncungkan bibirnya. Tapi yang
peliknya, Khalif tak gerun pun tengok jelingan si gadis tu malah boleh pula dia
ketawa kecil. Jelingan comel kut! Kalau ikutkan hati nak picit-picit je bibir
si gadis yang muncung sejemput tu. Tapi… sabar… sabar… lelaki budiman tak akan main picit sesuka hati mulut anak gadis
orang!
“Orang kata kalau nak anak kena mengorat mak ayah
dulu.” Khalif mengutarakan pendapatnya.
“Kalau awak nak, nanti saya boleh kenalkan. Saya kan
dah lama joging dekat sini. Adalah beberapa orang yang saya kenal. Dia orang
memang ada anak-anak yang kacak dan kaya. Kalau saya perempuan memang dah lama
saya ambil hati pak cik dan mak cik dekat sini.” Antaranya orang itu adalah
aku. Hati dia berbisik sendiri.
“Terima kasih sajalah. Tak berminat nak kenal dengan
orang kaya ni,” balas si Gadis acuh tak acuh.
Khalif telan air liur. “Kenapa pula? Zaman sekarang
ni perempuan memang cari stok kaya-kaya tau. Kalau stok macam saya ni memang
akan membujang sampai ke tua lah.” Sejak bila dia pandai mengorat ni? Haish…
minta-minta berjaya kali ni.
“Kalau macam tu cepat-cepatlah cari kerja,” jawab si
gadis bersahaja.
Ouch! Boleh tahan si gadis ni. Dia yang tak bersalah
pun terasa, tapi tak salah pun… dari point
of view si gadis mesti anggap dia ni penganggur.
“Emmm… kalau ada kerja pun belum tentu ada yang nak.
Perempuan sekarang nak cari yang kaya, aje.”
Dia menjeling, nak tengok reaksi si gadis. Seorang yang jujurkah? Atau
hipokrit?
“Nak buat macam mana, dunia di akhir zaman. Duit dan
harta lebih berkuasa.”
Bagus. Si gadis seorang yang jujur. Kalau dia spesis
hipokrit mesti dia akan jawab, ‘saya tak kisah semua itu sebab tak boleh bawa
mati pun harta tu yang penting hati.’ Jawapan itu adalah jawapan orang-orang
hipokrit. Bagi Khalif la.
Sebab, bagi dia, walau apa pun orang kata, duit
memang boleh dibawa mati. Contohnya, dengan duit tu dia bina masjid, buat amal,
sedekah sana-sini, Insya Allah kalau ikhlas mesti akan dapat pahala dan boleh
dibawa mati. Kan?
“Teman lelaki awak tu kaya ke?” tanya Khalif.
Cuba-cuba nak korek rahsia.
“Tak. Engineer cabuk je,” ujar si gadis.
“Habis tu, kenapa awak masih terhegeh dekat dia?”
“Pertama sebab saya cintakan dia. Kedua sebab saya
bencilah orang kaya. Ketiga sebab gaji engineer yang cukup-cukup makan tu dah
kira cukup untuk saya,” jawab si gadis sambil lewa.
Khalif mengangguk-angguk. “Pertama, macam mana awak
tahu awak cintakan dia?”
“Mestilah saya tahu.” Si gadis tergagap.
“Macam mana? Sebab setahu saya, orang lelaki ni kalau
dia cintakan seorang perempuan dia akan cepat-cepat jadikan perempuan hak milik
dia tau,” ujar Khalif, bernada serius.
“Awak ni, saja nak sakitkan hati saya, kan?” Si gadis
mencemik.
“Bukan. Cuma pelik. Kenapa awak masih setia dengan
lelaki macam tu.” Okey, dia dah mula masuk jarum. Kejap lagi dia nak cuci minda
si gadis supaya bijak menilai teman lelaki dia tu.
“Emmm… sebab, saya selalu ingat dia. Selesa dengan
dia. Kita orang dah lama kenal dan sangat kenal hati budi masing-masing sebab
tu saya dah tak kecil hati lama-lama dengan dia.”
“Oh, macam tu eh
perasaan orang bercinta?” Khalif tersenyum sinis.
“Ada cara lain lagi ke?” Si gadis menjeling.
Khalif menaikkan kedua bahunya. “Bila awak jatuh
cinta baru awak tahu.”
“Dan sekarang memang saya tengah bercinta pun,” balas
si gadis namun kelihatan serba-salah.
“Saya
tak fikir kau orang tengah bercinta.” Khalif senyum. Saja nak menguji.
“Mana awak tahu?”
“Dari apa yang saya dengar kau orang berbual dekat
kedai hari tu…”
“Awak curi dengar?” Si gadis mencelah.
“Remember,
sebelah meja je.” Khalif menaikkan
kening. “Kau orang pula bercakap macam tak ingat dunia. Macam kedai tu kau
orang yang punya. Bukan saya je boleh
dengar, agak-agaknya mamak yang jaga kaunter pun boleh dengar tau. Sebab malas
nak dengar kau orang bergaduhlah saya pergi bayar bil. Tapi tak sangka pula
tiba-tiba ada perempuan ajak saya kahwin. Terkejut beruk saya masa tu.” Khalif
tertawa kecil.
Tiba-tiba saja wajah si gadis kelihatan merah. Sama
ada merah sebab penat mendaki bukit atau merah sebab malu, dia pun tak pasti.
“Kedua… kenapa awak bencikan orang kaya?” tanya
Khalif masih tak puas hati. Dia perlu tahu kenapa, supaya nanti si gadis tak
bencikan dia.
“Sebab dia orang ni spesis perasan bagus. Macam hebat
sangat. Mengada-ngada. Memilih. Kononnya hidup dia orang diberkati sebab tu
dilimpahi dengan kekayaan, dia orang terlupa bahawa kekayaan itu juga satu
ujian. Apa yang dia orang nampak, orang susah sedang diuji Tuhan. Dia orang
yang kaya sedang dirahmati Tuhan.” Bersungguh-sungguh si gadis memberi jawapan.
Khalif menelan air liur. Marah sungguh si gadis ni!
“Saya bercakap bukan berdasarkan pemerhatian, tapi
fakta. Contoh terdekat saudara saya yang sangat sombong dan bongkak kerana
kaya. Memang dia orang akan tolong
kalau ada saudara-mara lain minta pertolongan tapi dalam masa yang sama dia
mengutuk-ngutuk. Kata si polan ni si polan tu pemalas! Sebab itu hidup susah.
Siapa dia nak hukum orang macam tu? Nak meletak label sesuka hati?” sambung si
gadis sambil mendengus kasar.
Air liur yang ditelan terasa kesat berpasir.
“Betul cakap awak tu. Tapi jangan kerana nila setitik
rosak susu sebelanga,” balas Khalif cuba membela diri.
“Masalahnya, nila bukan setitik dah. Tapi satu botol,
sebab tu susu sebelanga tu rosak.”
Pandai pula si gadis bermain kata-kata sampaikan dia
terkedu seketika.
“Tapi engineer bukanlah miskin pun. Gaji dia orang
boleh tahan.” Khalif bersuara setelah agak lama berdiam diri.
“Memang boleh tahan. Tapi masih makan gaji. Jika
hilang kerja maka hilanglah gaji. Tapi sekurang-kurangnya kita orang susah
bersama dan nanti bila senang tentu kasih sayang kita orang makin bertambah,”
ujar si gadis.
Sebelah kening Khalif terangkat. Tak bersetuju dengan
kenyataan si gadis tadi. “Kalau dah kaya dia lupakan awak, macam mana?” tanya
Khalif lagi.
“Saya tuntutlah harta sepencarian. Mesti lepas tu dia
takut nak lupa saya.”
“So,
kesimpulan. Di mata awak sekarang ni orang kaya semuanya jahat? Tamak? Lupa
diri?”
“Yup!” jawab si gadis dengan penuh yakin.
“Jadi… orang macam saya ni tak ada masalah lah kalau
nak berkawan dengan awak, kan?” Dia tersenyum. Soalan yang bijak kan?
“Masalah juga,” ujar si gadis berdesit.
Aik? Khalif menjeling tak puas hati. Tadi cakap lain,
sekarang cakap lain. Dengan sabar dia terus menanti si gadis bersuara.
“Awak tak kerja. Macam mana nak belanja saya makan?
Lepas tu, muka awak yang serabut ni mesti orang salah faham.”
“Ya saya tahu.” Khalif mengeluh perlahan.
“Awak ni buat saya serba salah. Kalau saya macam ni
awak fikir saya ni penyeluk saku atau mat gian. Kalau saya kemas dan pakai baju
mahal awak kata saya ni orang kaya. Lepas tu tuduh saya suka bagi rasuah.”
“Tak
kenal, mestilah saya akan cakap macam tu. Saya tak boleh terus nak anggap awak
ni orang baik.”
“Kalau macam tu petang ni kita joging bersama. Boleh
awak kenal saya lebih mendalam.” Khalif cuba memasang jerat.
“Petang tak boleh. Saya nak study.” balas si gadis dan berpaling ke arahnya.
“Esok temu duga, remember?
Saya nak study sikit.”
“Oh. Temu duga kat Emas Holding.” Khalif
mengangguk-angguk. “Alah, dia orang akan tanya soalan asas je.”
“Soalan asas pun, kadang-kadang terbelit lidah juga
saya nak jawab. Lagi pun saya nak kena study
fasal syarikat Emas Holding.”
“Jangan risau, dia orang tak akan tanya soalan fasal
Emas Holding. Dia orang akan tanya fasal awak je,” ujar Khalif bersahaja.
“Awak pun menganggur macam mana awak tahu?”
“Sebab
saya menganggur lah saya tahu semua soalan penemu duga ni.” Dia tersengih.
“Okeylah awak, kawan saya dah tunggu tu. Bye!” si
gadis melambai dan terus berlari mendapatkan dua orang temannya yang sedang
menanti di tangga.
Khalif membalas lambaian si gadis kemudian menyambung
larian mengikut trek menghala ke tasik.
Alahai! Lupa lagi nak tanya nama! Khalif menepuk
dahi. Tak apa, nanti aku pusing cari dia.
1 comment:
I love it 😁😁😁
Post a Comment