Bab 8
~ Khalif Aufa~
Misi
berjaya. Nasib baik dia terasa nak patah balik. Kalau tak, tak fasal-fasal esok
muka dia masuk berita. Nasib baik juga budak samseng berdua tu penakut, kalau
mereka ajak dia bergaduh, memang dia akan tanggung malu! Sebabnya, dia memang
tak ada apa-apa ilmu mempertahankan diri.
Duduk
berdua dengan gadis itu buat hati Khalif resah semacam. Pelik dan janggal pun
ada. Tak pernah-pernah dia tarik tangan mana-mana gadis yang dia tak pernah
kenal masuk dalam kereta. Selalunya, semua yang dah kenal dan paling lama pun
dah berbual panjang. Jadi sekarang ni, dia tak tahu nak berbual apa.
Untuk
menghilangkan rasa janggal, Khalif segera menghidupkan radio kereta. Kebetulan
pula ada lagu kegemaran dia, apa lagi, laju saja tangan dia kuatkan bunyi dan
ikut menyanyi. Namun, selepas dua rangkap menyanyi dia mula sedar diri.
Entah-entah perempuan ni dah gelak dalam hati dengar suara dia yang tak berapa
sedap tu?
“Awak
kerja dekat-dekat sini ke?” tanya Khalif, memecah sunyi.
“Ya,”
jawab gadis di sebelahnya sepatah.
“Dah
lama menyulam cinta?” tanya Khalif lagi, mengangkat kening.
Si
gadis menoleh. Merenung dia sesaat sebelum buka mulut jawab. “Erkk… Lima
tahun.”
“Emmm…
memang patut awak mengamuk pun,” ujar Khalif perlahan. Cuba memujuk hati gadis
itu. Yalah, tadi dia dah buat gadis tersebut menangis, jadi sekarang kena pujuk
balik. Nanti tak pasal-pasal kena cop sama spesis dengan lelaki sengal tu pula.
Khalif
diam dan terus memandu. Namun, dari ekor matanya sempat menangkap air muka
gadis di sebelahnya yang seakan ingin bertanyakan sesuatu.
“Apa?”
tanya Khalif.
“Awak
geng kongsi gelap ke?” tanya gadis tersebut perlahan.
Serentak
itu Khalif terus ketawa.
“Tadi
awak kata saya ni mat gian, penyeluk saku. Sekarang ni awak fikir saya ni geng
kongsi gelap?” Dia menoleh seketika pada gadis di sebelahnya kemudian kembali
memandang ke depan.
“Tadi
masa awak ugut budak tadi tu.”
“Oh.”
Khalif terangguk-angguk.
“Saja
je tu. Nak gertak budak-budak tu.
Kalau dia orang tanya saya geng mana memang kantoi lah tadi.”
“Biar
betul ni?”
“Yalah.
Awak ingat saya ni jahat sangat ke?” tanya Kahlif lembut sambil terus memandang
ke depan.
“Jadi
awak bukan mat gian?” tanya si gadis, skeptikal.
“Tak.
Badan saya bersih dari segala jenis pil atau pun dadah. Kalau ada pun mungkin
sebab penadol.”
“Habis
tu. Kenapa mata awak merah menyala?”
“Sakit mata,” jawab Khalif bersahaja.
“Oh.”
kelihatan kepala gadis tersebut terangguk-angguk.
“Merah mata sebab gian dan merah mata
sebab sakit lain tau. Kalau tak percaya meh
sini nak tunjuk perbezaannya,” ujar Khalif ingin membuka cermin matanya.
“Eh,
tak payah! Nanti berjangkit.”
“Okeylah.
Nanti awak boleh cuti panjang.” Khalif saja mengusik.
Mana
mungkin merah mata kerana alergi boleh berjangkit. Khalif senyum meleret. Makin
dipandang, makin manis pula gadis di sebelah ni.
“Tak
boleh. Isnin ni saya ada interview. Kalau saya sakit mata nanti terlepas
peluang saya kali ni.”
“Emmm…
bunyi macam interview penting je.” Kahlif meneka, memandang sekilas.
“Sangat-sangat.”
“Syarikat
apa?”
“Emas
holding.”
“Jawatan
apa?” Tanya Khalif lagi, berminat ingin tahu.
“Kerani
je.” Balas si gadis acuh tak acuh.
“Awak
pernah dengar ke syarikat tu?” soalnya lagi.
“Mestilah.
Tiap-tiap hari saya nampak bangunan tu,” jawab Khalif bersahaja.
“Awak
kerja dekat mana?” soal gadis tersebut setelah agak lama berdiam diri.
“Tak
kerja,” balas Khalif acuh tak acuh.
“Jadi,
memang betul kereta ni kereta curi?”
“Lebih
kurang,” sengaja mengusik, Khalif terkekeh ketawa.
“Awak
ni! Jangan main-main!”
“Kereta
kawan saya lah!” balasnya dan tergelak kecil.
“Kayanya
kawan awak.”
“Dia
anak orang kaya. Setakat kereta buruk ni dia tak kisah saya pinjam,” jawab
Khalif, masih bersahaja.
“Lelaki
ke perempuan?”
“Lelaki.
Kenapa? Nak berkenalan dengan dia? Kalau nak, saya boleh tolong set date. Dia pun tengah cari calon
isteri tu.” Khalif tayang sengih.
“Terima
kasih jelah. Saya dah ada teman
lelaki. Remember?”
“Teman
lelaki apa macam tu,” ujar Khalif seperti mengejek.
“Tahu.
Tapi, saya tak naklah jadi perempuan curang.”
“Curang
apa pula, dia yang suruh awak cari lelaki lain. Kan?” Sengaja dia memprovokasi.
“Awak
dengar?” Bulat mata si gadis memandang ke arahnya.
“Mestilah.
Saya duduk meja sebelah je kot. Semua
saya dengar. Kalau saya jadi awak memang saya pun naik angin. Tapi mujur awak
tarik tangan saya. Kalau awak tarik tangan mamak pelayan restoran tu harus dia
orang heret awak pergi pejabat kadi tadi.” Khalif terkekeh. Kelihatan gadis di
sebelahnya mengukir senyum.
“Saya
ni selalu buat keputusan melulu.” Si gadis menghela nafas perlahan.
“Bila
marah menguasai diri, syaitan makin seronok mengoda,” ujar Khalif perlahan.
“Jalan
mana ni?” soalnya pula.
“Masuk
simpang tu, depan tu ada kondo. Dekat situ lah.”
“Ini?”
tanya Khalif sebaik menghentikan kereta ditempat yang ditunjukkan.
Si
gadis mengangguk.
“Terima
kasih,” ucapnya lantas membuka tali pinggang keselamatan.
Khalif
mematikan enjin kereta kemudian terus keluar dari kereta. Gadis tersebut
tercengang memandangnya.
“Nak
pergi mana?”
“Hantar
awak balik lah,” jawab Khalif.
“Dah
sampai pun,” balas gadis tersebut dengan wajah kehairanan.
“Saya
nak hantar sampai awak masuk rumah. Saya nak kawan-kawan awak jadi saksi saya
dah hantar awak. Dan lepas tu sila delete
gambar saya,” ujar Khalif bersiap sedia untuk masuk ke dalam kawasan kondo
tersebut.
“Haish…
awak ni biar betul? Takkan sampai macam tu sekali? Hantar kat luar cukuplah.”
“Eh,
mana boleh. Mana tahu dalam lif nanti ada orang culik awak. Cepat,” gesanya
“Awak
tinggal berapa orang?” tanya Khalif lagi ketika berada dalam lif.
“Tiga,”
jawab si gadis.
“Best friend?” Khalif makin jadi
‘penyibuk’.
Gadis
tersebut terus mengangguk.
“Kerja
tempat sama ke?” kan dah cakap, dia sendiri tak tahu kenapa dia sibuk nak tahu
perihal gadis tersebut.
“Tempat
lain-lain. Kawan masa study dulu,”
jelas gadis tersebut.
Khalif
terangguk-angguk. Kemudian kedua-duanya berdiam diri.
***********************
Bab 9
Pintu
lif terbuka. Kami sampai di hadapan rumah. Aku melangkah laju tak sabar-sabar
nak masuk ke dalam rumah dan tak sabar-sabar nak lari dari dia. Tak tahu kenapa
ketika dalam lif tadi hati aku berdebar semacam saja. Nak kata berdebar kerana
takut, bukan. Tapi kali ini berdebar lain yang aku sendiri tak faham.
Agaknya
bila dalam lif yang sunyi-sepi, godaan syaitan semakin kuat kut? Tapi, syaitan
ni pun agak-agaklah. Dengan orang serabai macam tu pun suruh aku tergoda? Aihh,
tak kuasa mak!
“Nadia!”
jerit Hara sebaik saja pintu rumah terbuka.
Namun
kemudian wajah ceria Hara berubah keruh sebaik saja melihat si serabai di
sebelah aku.
“So, kau orang jadi saksi saya dah hantar
kawan awak dengan selamat. Jangan lupa delete
gambar yang dia hantar. Melainkan kalau kau orang nak buat teman tidur.” Lelaki
itu tersengih kemudian berlalu.
“Terima
kasih!” jerit aku.
Dia
mengangkat tangan kemudian terus hilang di sebalik koridor.
“Alamak!”
Aku baru teringat sesuatu.
“Apa?”
Tanya Hara.
“Aku
lupa tanya nama dia!” Keluh aku perlahan. Macam mana aku boleh lupa nak tanya
nama dia tadi! Berborak bagai nak rak dalam kereta, nama pun tak tahu.
“Hah?
Habis tu macam mana kau orang kenal?” soal Hara berkerut dahi.
“Panjang
citernya,” keluh aku perlahan.
Aku
ceritakan semuanya pada Yatie dan Hara. Dari mula bertemu Imran sehinggalah
terserempak dengan mamat serabai tadi.
“Imran
memang melampau!” marah Yatie tiba-tiba menumbuk-numbuk bantal kusyen.
“Aku
dah kata tak berbaloi kau setia dengan dia,” sampuk Hara pula.
“Esok
kalau dia pujuk mesti cepat je kau
sejuk, kan?” Yatie menempelak.
“Aku
malas nak bergaduh lama-lama. Sakit jiwa nanti.” Aku menghela nafas perlahan.
Memang aku hampir sejuk pun. Tadi, masa aku switch
on telefon, berbakul-bakul pesanan ringkas dari Imran masuk ke inbox, minta maaf dengan aku.
“Ni
yang buat aku geram dengan kau ni. Aku, kalau dapat laki macam Imran tu dah
lama aku bye-bye.” Yatie mencemik.
“Kau
orang lain. Lawa. Boleh lah memilih,” Keluh aku perlahan, bersandar ke sofa.
“Ni
lagi satu yang buat aku marah.” Hara bersuara menjeling tajam pada aku.
“Lain
kali jangan main ikut je lelaki yang
tak kenal! Kalau dia bawa lari tadi macam mana?”
“Kau
orang dah ada gambar dia kan? Bawa pergi balai lah,” balas aku acuh tak acuh.
“Memanglah
boleh bawa pergi balai. Tapi masa tu dah tak guna sebab kau dah jadi mayat.
Atau pun kau dah sampai Golok Thailand sana kena jual atau kena kahwin dengan
dia,” celah Yatie.
“Haish,
mulut!” Aku menjeling sebal.
“Lain
kali jangan nak masuk kereta orang sewenang-sewenangnya!” Hara memberi pesanan
pula.
“Alar, silap aku juga. Ambil gambar dia
tadi. Dia takut aku tak balik rumah dan lepas tu kau orang hantar gambar tu ke
balai. Dia tak mahu muka dia masuk tv,” balas aku cuba membela diri. Tapi
kedengaran macam aku nak bela lelaki selekeh tu pula, kan?
“Tak
kisah apa pun alasan dia. Ikut lelaki yang tak dikenali sangat bahaya, Ookey!”
Yatie menjeling.
“Okey!
Okey!” Aku mengalah akhirnya sebelum membuka telefon bimbit. Mencari gambar
lelaki tadi.
“Kalau
tengok muka je, tak tengok baju dan
seluar dia. Boleh tahan juga dia ni.” Aku terus menilik wajah lelaki itu yang
bercermin mata gelap.
“Kalau
dah pakai cap plus ray ban, entah-entah ray
ban celup… memang sah-sah nampak kacak. Cuba buka semua tu, rambut botak
kat tengah. Mata juling, lebam macam panda.” Yatie mencebik.
Bulat
mata aku pandang Yatie. “Amboi, mulut!”
“Entah
la kau ni! Muka bersepah macam tu kau cakap boleh tahan?” Hara menggeleng
kepala.
“Cuba
kau orang tengok betul-betul. Cuba kau orang bayang jambang dan misai tu tak
ada. Cuba tengok bentuk muka dia.” Aku menghulurkan telefon itu pada Hara.
“Eh,
tak mahulah aku tenung muka tu. Tak selera aku nak makan nanti.” Dia menolak
telefon aku kepada Yatie.
“Euww…
tak kuasa! Tadi pun masa kau hantar aku terpaksa tengok sebab nak ingat muka tu
macam mana.” Yatie menyerahkan telefon bimbit pada aku.
“Kau
orang ni. Don’t judge a book by its cover.
Masa dalam kereta tadi dia macam orang baik-baik je tau. Dengar lagu Bruno Marks,” cerita aku beria-ia.
“Kalau
kau cakap dia dengar lagu nasyid atau pun dengar cd mengaji aku percaya juga
dia baik,” bidas Yatie.
Aku
tak menghiraukan sindiran Yatie. Telinga aku sekarang seakan terdengar-dengar
suara dia yang lemak mancho menyanyikan lagu Drunk on you dalam kereta tadi. Terpegun aku mendengarnya. Cuma,
aku segan nak puji. Maklumlah baru kenal. Nanti dia syok sendiri pula.
“Weh,
kau sengih semacam ni kenapa?” Wajah Hara berkerut.
“Mana
ada.” Aku berdeham perlahan.
“Jangan
kau cakap kau suka dia pula?” Yatie pula menyampuk sambil membulatkan matanya.
“Bukan
ke kau orang yang suruh aku cari pengganti Imran?” Aku tersengih-sengih. Saja
nak mengusik.
“Memanglah.
Tapi pilihlah sikit. Kalau nak bandingkan mamat selekeh dengan Imran,
berganda-ganda Imran lagi bagus,” ujar Hara.
“Again! You judge a book by its cover!” Aku bingkas bangun menapak ke bilik.
“Eleh,
macamlah sebelum ni kau nilai buku lepas baca sinopsis!” tempelak Hara.
“People change!” laung aku di muka pintu bilik.
Bab 10
~ Khalif Aufa ~
Sampai
di rumah baru dia terasa mata dan kepalanya berdenyut-denyut namun mata dia
tetap susah nak dipejamkan. Wajah gadis tadi terbayang-bayang di mata dia yang
berdenyut tu. Ketika gadis tersebut menyatakan dia ada temu duga di Emas
Holding, hati Khalif tiba-tiba saja berbunga riang. Kalau ada rezeki, bolehlah
dia bekerja satu bumbung dengan gadis itu.
Selesai
mandi dan tunaikan solat, Khalif terus menelan ubat yang diberi. Entah pukul
berapa dia tertidur dia pun tak tahu, tiba-tiba saja bilik yang gelap terang
benderang. Kemudian terdengar bunyi suara yang amat dikenali.
“Ini
sah-sah tak bangun subuh ni!”
“Tak
baik serkap jarang, tadi dah bangun,” jawab Khalif yang sedang termenung di
hujung katil. Denyut di mata berkurang, tapi pandangan dia agak kabur kerana
dipenuhi ‘sisa buangan’.
“Teruknya mata K.” Berkerut mata Datin Sofi melihat
mata anaknya yang bengkak. “Cepat pergi mandi, mama ada bawa makanan ni.”
Tanpa
banyak soal Khalif bingkas bangun menuju ke bilik air. Selesai bersiap dia
turun ke ruang tamu. Bau aroma sup menyedarkan dia bahawa perut dia sebenarnya
sangat lapar.
“Nanti
mama cakap dekat papa yang K tak boleh mulakan kerja isnin ni,” ujar Datin Sofi
ketika menghidang makanan untuk anaknya.
“Eh,
jangan… K nak masuk kerja.” Cepat-cepat Khalif membantah.
Datin
Sofi berhenti menyeduk sup.
“Sebelum
ni bukan main banyak alasan.” Dia menjeling, menutup thermal container.
“Sebelum
ni tak bersedia, sekarang dah bersedia,” balas Khalif sambil menghirup sup.
“Eloklah
kalau macam tu. Papa tu dah penat nak ke sana sini. Kalau K ambil alih kerja
papa boleh papa berehat. Dato Amri pun setuju sangat K ambil alih tugas papa
tu. Dia tak percayakan orang lain. Anak papa juga yang dia percaya.”
“Dato’
Amri tak kisah ke K ambil alih?”
“Dia
tak kisah. Memang dah lama dia nak suruh K gantikan papa. Dia nak orang muda.
Tenaga orang muda dengan orang tua macam papa tu lain. Papa tu pergi Melaka pun
dah tak larat, kalau kena pergi jauh lagi tak larat.”
“Yalah, nanti
bolehlah mama dan papa honeymoon dekat rumah,” usik Khalif.
“Yalah, nak jaga
cucu, anak tak kahwin lagi.” Sempat Datin Sofi menyindir.
Hampir
tersedak Khalif dibuatnya. Nampaknya selagi dia tak kahwin selagi itulah dia
terpaksa menahan telinganya dari terkena dengan sindiran pedas mama.
“Oh
ya, Isnin nanti papa pesan kalau nak mulakan kerja guna kereta papa je.” Pesan
Datin Sofi.
“Eh,
kenapa? Tak mahulah. Kalau pakai kereta K tak boleh ke?”
“Tak
boleh. Dato’ Amri dah sediakan kereta, K kena pakai kereta tu juga.”
“Sayang,
K dah baiki enjin kasi up, alih-alih tak boleh pakai,” keluh Khalif.
“Kereta
peribadi pakai untuk urusan peribadi je.”
Kalau
dah itu kata mama apa boleh dia buat. Lagi pun dia cuma pekerja, mana boleh
mengada-ngada nak buat permintaan itu dan ini. Kalau ikutkan dia memang dia tak
mahu pun ambil alih kerja papa, tapi terpaksa. Dalam keadaan umur macam
sekarang ni rasanya dah tak sesuai untuk dia merantau sana-sini. Berkerja untuk
ambil pengalaman. Mungkin inilah masanya untuk dia beralih arah, mencari kerja
yang tetap dan membalas jasa dan pergorbanan keluarga.
“Kalau
ada isteri mesti senang hidup K. Masa sakit macam ni ada yang menjaga.”
Tiba-tiba Datin Sofi bersuara.
“Dah
mula dahhh..” Khalif menghela nafas perlahan.
“Beberapa
bulan lagi umur K dah masuk 39. Bila lagi? Rugi tau kahwin lambat.” Tambah
Datin Sofi. Kali ini dia nekad akan tekan Khalif bersungguh-sungguh. Disebabkan
dia buat endah tak endah, anak dia itu terus buat tak tahu tentang jodoh
sendiri.
“Ingatkan
tinggal lama dekat London bawa balik menantu orang putih.” Datin Sofi bersuara
lagi bila melihat Khalif berdiam diri.
“Aik,
dulu mama juga pesan tak mahu perempuan putih, nak sawo matang,” jawab Khalif
acuh tak acuh.
“Sekarang
dah tak kisah. Putih ke, gelap ke janji ada menantu. Risau mama tengok K macam
ni. Tu, saudara-mara semua asyik tanya kenapa K tak kahwin. Paling yang buat
mama sakit hati dia orang kata K ni…” Datin Sofi matikan kata di situ.
“K
ni apa?” Khalif mengangkat wajah. Walau pun dia boleh agak apa yang ada dalam
fikiran mamanya tetapi dia tetap nak dengar.
“Yalah…
yang spesis tak suka perempuan tu,” balas Datin Sofi teragak-agak.
“Habis… mama percaya ke?” Khalif
tergelak. Kelakar pula mendengar cerita tersebut.
“Haish,
mama kenal anak mama. Kalau K tak suka perempuan mesti K tak bercinta dengan
Natasya dulu. Masa sekolah dulukan K ramai girlfriend,
sampai mama sendiri pening kepala.”
“Emmm…
tahu pun,” jawab Khalif acuh tak acuh.
“Jadi,
kalau mama carikan untuk K, boleh?” Datin Sofi memandang anak bujangnya dengan
penuh harapan.
“Mama…
kan K dah cakap, K akan kahwin dengan perempuan yang ajak K kahwin.”
“Haish
budak ni!” Satu tamparan manja singgah di bahu anaknya.
“Jadi
bujang terlajaklah nanti!”
“Tak.
Dua bulan dari sekarang K akan kahwin. Semalam dah ada perempuan lamar K. K pun
dah setuju,” balas Khalif bersahaja.
“Jangan
main-mainlah K!” marah Datin Sofi.
“Betul.
Sekarang ni mama kena bersiap sedia untuk majlis perkahwinan K je. Calon serahkan pada K. Katering,
bahan hantaran semua tu K serahkan pada mama.” Khalif senyum.
Datin
Sofi sudah membulat matanya, tak yakin dengan bicara si anak.
“Okey,
K nak sambung tidur, nanti isnin mata ni tak sempat nak sembuh pula.”
“Betul
ke ni? Kalau betul esok bawa jumpa mama.”
“Esok
tak boleh, mata K sakit lagi.”
“Lusa.”
“Lusa
pun tak boleh, baru mula kerja mungkin K sibuk.”
“Tipu
mama lah tu!” Datin Sofi sudah terjerit, geram dengan perangai Khalif yang suka
main-main pasal jodoh.
BERSAMBUNGGG...
11 comments:
woooo lama tgu sbug nya....
Beshhhh
Nak g joging jugak.. kot leh terserempak ngan K.. ahaks
Ok jugak citernya. Cepatla up entry baru
Almak da bis ke? Aduhh... ni yg jd impatient nih..hehe.. pz new n3..
Miza - cubalaa.. hahaha.
Ida - terima kasih... budak2 baru belajar. :P
Syyda - hehehe.. tunggu.. nnti up banyak sikit yer.
hi anna, akak dah mula jatuh cinta dengan karya awak terukir ni. neat plot (chewah cam i ni pandai nulis but i am a thinking writer). cant wait for ur next n3..the monday interview, the surprises n all...kak timms
Hai Kak Timms.. terima kasih, komen akak buat saya lebih bersemangat.. Insya Allah, i try my best utk menulis kisah2 yg boleh menghiburkan hati para pbaca saya at same time saya akan cuba pertingkatkan kualiti. tqqqq.
sudah baca tapi seperti ada yg kurang, mungkin struktur ayat u, hopefully novelnya bagus setelah di touch up oleh editor,,,
good luck!
thumbs up!! suka sgt... K yg loaded tp serabai & low profile..
hi.....novel terukir cinta mmg kebaboommm!!!!terbaekk!!!suke sgt..especially khalif aufa yg sgttttttt sweeetttt n romantiikk...jatuh cintaa ok!!!
Post a Comment