Bab 7
Jam sudah menunjukkan pukul lapan malam.
Tak pernah-pernah bas sampai lambat. Sudah la dekat kawasan ni agak sunyi.
Lepas aku hantar gambar lelaki tersebut pada Hara dan Yatie tadi, berpusu-pusu
pesanan ringkas dari dia orang masuk ke telefon bimbit.
Beb kau okey? Siapa lelaki tu? – Hara.
Beb kau dekat mana ni? Siapa
lelaki tu? Dia buat apa kat kau? – Yatie.
Jangan gabra. Aku okey. Nanti
balik rumah aku cerita. Tapi jangan delete gambar tu. In case aku tak balik.
– Itu yang aku balas.
Kemudian
sekali lagi telefon aku berbunyi. Serentak pesanan masuk dari Hara dan Yatie
sampai.
Kau buat aku cemas ni. Kau dekat
mana cakaplah! – Hara.
Nak aku report polis sekarang ke?
– Yatie.
Weh, aku okey. Tengah tunggu teksi depan pejabat aku ni. Nanti dekat
rumah aku cerita. – aku balas
lagi bagi mereka berdua.
Setelah
beberapa kali berbalas pesanan dan setelah aku yakinkan dia orang bahawa aku
selamat barulah telefon aku kembali sunyi.
“Hai
seorang je?” Tiba-tiba terdengar
suara menegur.
Aku
menoleh. Terlihat dua orang budak remaja sedang memerhati aku. Kedua-duanya
tersengih-sengih bagaikan kerang busuk!
“Kalau
mata kau tajam, kau akan nampak aku berdua sekarang ni,” balas aku sebal.
“Wah…
kerek!” ejek budak lelaki bertopi dan
berjalan menghampiri aku. Seorang lagi tersenyum penuh makna, duduk bertenggek
di atas pagar di depan bangku.
“Kau
orang ni nak apa?” soal aku geram.
“Saja
nak kacau,” balas remaja bertopi.
“Cik
kak, aku nak beli rokok lah. Kau ada duit?” tanya seorang lagi.
Aku
mencemik. Hidung aku dapat menghidu malang yang bakal terjadi. Segera aku
mengeluarkan telefon bimbit.
“Kau
orang jangan datang dekat dengan aku. Kalau tak aku telefon polis!” Ugut aku
dan segera menekan nombor talian kecemasan.
“Eleh. Kita orang tak takut polis.
Telefon lah. Tapi sebelum tu serahkan duit.” Budak bertopi mengugut.
“Nak
berapa dik?” Tiba-tiba terdengar suara dari belakang.
Aku
segera menoleh. Terlihat lelaki berjambang tadi berada di belakang aku. Tidak
semerna-merna wajah budak itu kelihatan cuak.
“Lain
kali, kalau nak buat kacau jangan buat dekat kawasan aku!” lelaki tersebut
meluru ke depan dan budak berdua tadi pantas mengundur ke belakang.
“Sorry Bro. Kita orang tak tahu.” Ujar
budak bertopi tergagap-gagap seperti ketakutan.
“Lepas
ni kau kena tahu. Kalau kunco-kunco aku nampak kau kacau dia ni lagi memang aku
cari kau sampai ke lubang cacing! Kau ingat aku tak kenal kau ni dari kumpulan
mana?” Jerkah lelaki tersebut. Kecut perut aku dibuatnya.
“Okey.
Okey.” Terus keduanya lari lintang-pukang.
“Awak
okey?” Soal lelaki itu pada aku pula sambil memandang aku dari atas ke bawah.
Aku
mengangguk. Menarik nafas lega. Mujur dia datang tepat pada waktunya, kalau tak
aku tak tahu apa jadi dengan aku. Entah-entah esok muka aku masuk surat khabar.
Ya Allah, nauzubillah!
“Meh, saya hantar balik.” Lelaki itu mula
melangkah.
Aku
terus berdiri kaku di situ. Berbelah-bagi. Patutkah aku ikut dia? Dia pun apa
kurangnya dengan budak berdua tadi. Cuma bezanya, dia curi kereta Audi dan
bercita rasa tinggi jika nak dibandingkan dengan budak berdua tu peras ugut
hanya semata-mata nak beli rokok!
“Cepatlah.”
Panggil dia.
“Saya
telefon teman lelaki saya. Biar dia datang ambil.” Jawab aku.
“Tadi
bukan main gaduh.” Dia menjeling.
“Ini
yang buat saya menyesal tak simpan ramai teman lelaki!” Keluh aku perlahan.
Terus menaip pesanan ringkas pada Imran. Alih-alih pada dia juga aku mengadu.
Benci!
“Saya
ada hal lepas ni. Tak ada masa nak teman awak tunggu teman lelaki awak datang.”
Ujar dia dengan nada mendatar.
“Saya
tak minta awak tunggu pun.” Balas aku, menarik wajah masam.
“Degil
sungguh!” Dia segera menghampiri dan menyambar tangan aku. Tak sempat pun aku
nak tekan ‘send’ pada Imran.
“Hey,
awak nak buat apa ni?” Jerit aku cemas. Terpaksa melangkah.
“Hantar
awak balik la.” Jawab dia acuh tak acuh.
“Tak
nak! Entah-entah awak lagi jahat dari budak tadi!” Marah aku.
“Kalau
saya nak buat jahat dekat awak dah lama saya buat tau.” Dia terus menarik
tangan aku.
Aku
berhenti meronta.
“Jadi,
awak patah balik semata-mata sebab nak hantar saya balik?” Aku terkebil-kebil
memandang dia. Wah, dalam serabai rupanya baik hati.
“Tak.
Saya patah balik sebab tak mahu esok satu Malaysia dapat tengok muka saya
terpampang dekat tv dan suratkhabar.” Jawab dia sambil membuka pintu kereta
untuk aku.
“Kenapa
terpampang dekat suratkhabar?” Tanya aku tak faham.
“Awak
tanya kenapa? Gambar saya tadi tu? Kalau awak tak sampai rumah nanti tak
fasal-fasal saya yang kena tuduh.” Dia memandang lurus dengan ray ban masih
tersangkut di batang hidungnya yang mancung.
“Oh!”
Aku menepuk dahi.
“Tapi
nanti kalau tiba-tiba polis tahan awak tak fasal-fasal saya juga yang kena.”
“Kenapa
pula?”
“Ni,
kereta curi ni.”
“Saya
tak curi lah.” Dia mendengus kasar.
“Bukti?”
“Kunci
kereta ni tak cukup lagi?” Dia bercekak pinggang sambil memegang pintu kereta.
“Habis,
pak cik tadi tu?” Soal aku. Was-was nak masuk ke dalam kereta tersebut.
Dia
mendengus kasar.
“Mekanik
lah! Dia hantar kereta lepas baiki tadi. Dia hantar kunci ni masa saya kat klinik. Awak nak saya telefon dia
ke?”
“Emm…
logik juga.”
“Tahu
pun, cepat masuk!” Dia menolak tubuh aku untuk masuk ke dalam kereta.
“Kejap!
Kalau saya masuk, awak jangan anggap saya ni perempuan murah, eh!” Pesan aku,
mengangkat jari telunjuk tepat pada
wajah dia.
Dia
tersenyum kecil.
“Kalau
saya anggap awak perempuan murah saya tak offer
nak hantar awak balik. Saya offer
bilik hotel.” Dia mengulum senyum.
“Cepat
masuk. Saya dah lambat ni.” Dia bergegas ke arah pintu pemandu.
Dalam
keadaan antara nak percaya dan tak, aku melangkah juga masuk. Walau pun hati
meragui ini kereta dia tapi separuh hati nak percaya.
“Alamat
rumah.” Ujar dia sebaik saja menghidupkan enjin kereta.
“Saya
tunjuk jalan.” Balas aku.
Dia
terus memandu. Menghidupkan radio. Sekali-sekala terdengar dia berdendang
mengikut rentak lagu.
Okey,
aku percaya dia orang baik. Sebab orang jahat tak akan layan lagu-lagu Paolo
Nutini atau pun Bruno Mars. Kalau dia lelaki berjiwa kering, dia tak akan layan
lagu Drunk on you nyanyian Luke Bryan
yang pada pendapat aku agak jiwang. Apa pun suara dia sangat sedap okey!
Aku
menarik nafas lega. Tapi, adakah andaian aku ni betul?
No comments:
Post a Comment