Bab 5
Aku
diam tidak berkutik.
“Nak
pergi mana?” Tanya lelaki itu.
“Balik,”
jawab aku sepatah.
“Maaf
fasal dalam kedai tadi,” ucap aku perlahan.
“Tak
apa. Perkara kecil,” jawabnya sambil tersenyum.
Aku
terus memandang lelaki yang berkaca mata hitam itu. Kenapa ketika waktu remang
begini dia pakai cermin mata hitam? Ni mesti sebab nak sembunyikan mata dia
yang merah tadi kot? Haish… mesti dia
tengah lalok ni. Menakutkan sungguh.
Menyesal pula merajuk dengan Imran tadi. Kalau tak tentu aku dah selamat sampai
dekat rumah. Lelaki ni pula entah-entah ada niat tak baik dengan aku ni sebab
tu dia ikut sampai ke sini.
“Balik
mana?” tanya lelaki itu lagi.
“Ukay Perdana,” jawab aku ringkas.
“Nak
saya hantarkan? Dah lewat ni. Bahaya awak tunggu seorang diri dekat sini.” Dia
mempelawa.
“Tak
apa, dah biasa. Kejap lagi bas atau teksi lalu lah,” jawab aku berdalih. Tak
kenal takkan tiba-tiba nak terima pelawaan itu pula? Bahaya!
“Saya
serius ni. Bahaya tau duduk seorang diri dekat sini. Kawasan ni pun sunyi
semacam je,” ujarnya lagi.
“Kalau
macam tu, awak teman saya sampai bas atau teksi sampai. Boleh?” balas aku,
sarkastik sebenarnya.
“Okey.”
Dia datang mendekat.
Aku
segera menoleh. Bulat mata aku memandang wajah lelaki itu yang semakin
mendekat. Dia tak faham ke aku sindir dia tadi? Takkan sebab aku ajak dia
kahwin tadi dia dah syok sendiri. Menempah bala sungguh kau ni Nadia!
“Saya
harap awak jangan salah faham. Tadi tu… saya, cuma…”
“Tak
apa, saya faham.” Dia senyum.
Aku
menarik nafas lega. Masak aku kalau tiba-tiba lelaki itu tuntut janji nak
kahwin dengan aku. Macam mana aku nak bersoal jawab dengan mak dan ayah nanti.
Kalau
dengar suara dia tanpa tengok muka mesti aku bayangkan dia ni kacak orangnya.
Suara dia yang lemak merdu memang sedap didengar. Kalau dia azan mesti ramai
yang terpegun. Tapi, bila tengok wajah dia. Adeh… potong! Macam mat gian! Tapi… biasanya mat gian badan dia orang
kurus-kering. Baju kotor dan berbau. Tapi dia ni… wangi! Badan pun boleh tahan
kemas dan sasa. Imran pun tak sasa macam dia.
Oit!
Jangan terpedaya Nadia. Entah-entah dia ni mat gian campur mat ragut sebab itu
dia datang dekat kau. Kawasan ni pula sunyi saja kalau petang, memang jadi
lokasi terbaik kalau dia nak buat jahat dekat aku ni.
Haish…
bahaya! Bahaya!
Perlahan-lahan
aku mengeluarkan telefon bimbit. Membuka kamera.
“Awak.”
Panggil aku. Sebaik saja dia menoleh, aku segera menekan butang kamera di
telefon bimbit. Cahaya flash
memancar. Aku segera melihat hasil tangkapan. Emmm… terang dan jelas!
“Awak
ambil gambar saya?”
Aku
mengangguk sambil menaip pesanan ringkas pada Hara dan juga Yatie.
“Saya
dah send gambar awak pada telefon
bimbit kawan saya,” jawab aku bersahaja.
“Hah?
Kenapa?” Melopong dia pandang aku.
“Saya
bagi tahu dia orang, kalau saya tak sampai rumah malam ni saya suruh dia orang
bawa gambar awak ke balai polis,” ujarku bangga dengan rancangan licik sendiri.
Dia
tergamam. Tak lama kemudian dia ketawa terkekeh. Siap tekan-tekan perut lagi.
“Bijak
awak. Saya dah perasan tadi. Ingatkan awak nak tenung gambar saya sebelum
tidur,” ujarnya dengan tawa yang masih bersisa.
Aku
memandang sebal. Mencemik sesaat.
“Buat
apa saya nak tenung muka awak yang berserabut tu. Makin serabut kepala saya
nanti.”
“Serabut
ke?” Dia memegang wajah sendiri yang penuh dengan janggut dan misai terbiar.
Aku
mengangguk kemudian segera menoleh ke arah jalan, mengharapkan teksi dan bas
segera datang. Namun hampa, jalan di depan masih kosong. Hanya kelihatan kereta
keluar masuk di simpang hadapan.
“Betul
awak tak nak saya hantar ni?” Tanya dia lagi setelah agak lama kami berdiam
diri.
“Awak
nak hantar dengan apa?” Tanya aku, skeptical.
“Kereta
lah.”
“Mana?”
“Tu.”
Dia memuncungkan bibir ke arah sebuah kereta Audi putih yang berada di pakir
tidak jauh dari hentian bas.
Wow!
Seksi! Aku menelan air liur.
Eh,
kejap. Kalau tak silap masa aku tengah tunggu bas tadi aku ternampak lelaki tua
keluar dari kereta tu. Sah! Dia memang mat gian!
“Berani awak nak hantar saya dengan
kereta tu?” Hati aku membara.
“Kenapa?
Tak boleh ke?” tanya Dia.
Aku
menggeleng.
“Kalau
awak nak buat jenayah sekali pun, jangan libatkan saya okey!” Aku mencebik
lantas berganjak ke hujung bangku. Menjeling seketika kemudian kembali
memandang jalan. Aku terus berpeluk tubuh dan menggeleng kesal.
“Takkan
hantar awak balik pun dikira jenayah?” Tanya dia terus bingkas berdiri.
“Hey!
Awak nak buat apa tu?” Aku menjerit kuat sebaik saja melihat dia menghampiri
kereta tersebut.
Walau
pun manusia di akhir zaman selalu kata, jangan jaga tepi kain orang atau dalam
bahasa inggeris mind your own business
tapi bagi aku jika mahu hidup bertamadun kata-kata tu tak boleh dipakai. Sebab,
kalau bukan masyarakat yang menegur kemungkaran di depan mata, siapa lagi?
“Ambil
kereta,” jawab dia bersahaja.
“Awak
jangan buat kerja tak senonoh depan saya ya! Nanti saya telefon polis!” Aku
mengugut.
Dia
berhenti melangkah, memandang aku kemudian tersenyum sinis.
“Telefonlah
kalau berani,” ujarnya kemudian berpatah balik melangkah menghampiri aku.
Lekas-lekas
aku mengeluarkan telefon bimbit. Namun, belum sempat aku nak telefon polis dia
segera merampas telefon aku.
“Mesti
awak ingat saya ni pencuri kereta, kan?”
“Tak.
Mula-mula saya sangka awak ni mat gian. Tapi tak sangka rupanya awak ni mat
gian campur pencuri kereta!” balasku, cuba merampas kembali telefon bimbit yang
berada di tangannya.
“Mat
gian?” Dia terus memandangku.
Aku
angguk.
“Mata
awak merah. Mesti awak tengah lalok
sekarang ni. Baik awak layan lalok
awak bawah jambatan. Jangan nak pergi mencuri pula! Nanti bawa kereta tengah
lalok awak akan kemalangan dan nanti orang yang tak bersalah akan menjadi
mangsa.”
“Kenapa awak tuduh saya mat gian dan
pencuri? Sebab saya pakai selekeh? Seluar koyak? Sebab tu awak fikir macam tu?”
Dia melangkah setapak menghampiriku.
Aku
mengundur setapak ke belakang.
“Ya.
Kenapa? Saya salah?”
“Kalau
saya pakai kemas, baju mahal-mahal mesti awak ingat saya ni orang baik. Kan?”
tanya dia, melangkah setapak lagi menghampiriku.
“Tak.
Mesti saya cakap awak suka bagi atau terima rasuah.”
Dia
berhenti melangkah.
“Kalau
saya tekan kunci ni dan kereta tu berbunyi…” Serentak itu dia menekan kunci di
tangannya. Kereta itu berbunyi.
“Awak
akan cakap… itu kereta saya atau awak akan kata… saya ni pencuri professional?”
“Awak penyeluk saku? Awak curi dari
poket seluar pak cik tadi?” Jerit aku terkejut. Terbeliak mata aku memandang
dia. Segera aku memeluk beg tangan. Nanti tak fasal-fasal beg aku pula yang
diragutnya. Nauzubillah!
Dia
menepuk dahi.
“Seumur
hidup saya… tak pernah jumpa manusia yang sangat prejudis macam awak ni.” Dia
menggeleng kepala, menyerahkan kembali telefon bimbit kepadaku kemudian terus
melangkah meninggalkan aku terpinga-pinga di situ.
“Patutlah
teman lelaki awak tak kisah awak kahwin dengan orang lain.”
“Awak
perli saya!” Haish dia ni!
“Kenyataan.”
Dia berhenti melangkah dan menoleh pada aku.
Tiba-tiba
hati aku terasa bagai ditoreh-toreh. Lelaki yang baru aku kenal yang selekeh
dan mungkin mat gian pun tuduh aku macam tu! Apatah lagi Imran yang sudah lima
tahun kenal aku. Serentak itu air mata aku bergenang. Atau memang benar aku
perempuan tak guna?
“Eh, janganlah menangis.” Dia menoleh ke
kiri dan kanan.
“Awak
pun sama! Saya berhak nak marah dekat teman lelaki saya! Lima tahun kita orang
kawan! Saya tak pernah curang! Tak pernah buat dia marah! Tak pernah minta
bunglo atau kereta mewah! Tak pernah minta intan dan permata! Saya cuma minta
dia masuk meminang. Salah ke!” Aku menghentak kaki. Geram! Air mata sudah
menitis.
“Okey…
okey… awak tak salah. Dah, jangan menangis.” Wajah dia kelihatan cemas,
tangannya cuba menyentuh bahuku namun aku segera menepis.
“Dah
awak dengan Imran sama je!” Aku
menolak tubuh dia.
“Pergi
lah curi kereta tu! Kalau awak kena tangkap padan muka! Saya malas nak ambil
tahu fasal orang! Saya malas nak jadi manusia bertamadun! Pergi lah curi!” Aku
segera melabuhkan punggung di bangku dan teresak-esak di situ.
“Awak…
janganlah menangis. Saya minta maaf.” Pujuk dia lembut.
“Saya…
tak bermaksud…”
“Dah.
Pergi!” Aku menolak tubuh dia.
“Saya
tak akan pergi selagi awak tak berhenti menangis.” Dia terus berdiri di
sebelah.
Aku
mengesat air mata. Cuba menahan sendu.
“Okey,
saya dah berhenti menangis. Pergi sekarang!”
Dia
masih berdiri di sebelah dengan wajah serba-salah.
“Saya
hantar awak balik.” Dia bersuara lembut, memujuk.
“Tak
nak! Awak balik sekarang! Kalau tak, saya jerit!” Aku mengugut, geram.
“Okey…
okey… cool down. Saya pergi sekarang.
Tapi… betul ni tak nak…” belum pun sempat dia habis bersuara aku terus
mencelah.
“Tak
nak!” Aku menjegilkan mata.
“Okey.”
Dia mengangkat kedua tangannya kemudian terus berjalan menghampiri keretanya
Sebaik
saja kereta itu berlalu pergi, aku terus menghambur tangisan yang tertangguh.
Kali ini aku menangis sepuas-puasnya. Mujur tak ada sesiapa di hentian bas
tersebut. Kalau tidak, mesti dia orang ingat aku ni dah tak betul.
Lepas
puas menangis, barulah hati aku kembali lega.
BERSAMBUNG...
1 comment:
hihihi..cute giler cerita ni....
Post a Comment