Apabila mendapat tahu
semua guru-guru sedang bermesyuarat semua budak kelas termasuk aku berharap
agar mesyuarat itu berlarutan sehingga waktu sekolah tamat. Cuma yang bezanya,
dia orang gembira sebab boleh terus berpesta manakala aku gembira sebab aku
boleh ulang kaji subjek lepas.
Apa pun, doa kita orang tak termakbul. Sebaik saja melihat cikgu
Hazam melangkah masuk ke dalam kelas terdengar semua pelajar mengeluh kecewa.
Dengan perasaan sebal masing-masing mengeluarkan buku teks.
Tanpa memberi peluang, cikgu Hazam terus mengajar. Kelas yang tadi
bagaikan pasar borong tiba-tiba sunyi sepi. Namun, ketenangan itu tidak kekal
lama apabila terdengar pintu kelas kami diketuk. Mereka yang tadi kelihatan
menguap kembali segar. Kesemua
mata termasuk cikgu Hazam menoleh ke arah pintu.
“Maaf cikgu Hazam, kami datang nak buat pemeriksaan mengejut.” Salah
seorang pengawas perempuan bersuara. Di belakangnya terdapat dua orang pengawas lelaki berwajah serius.
Cikgu Hazam berdecit perlahan. “Cepat sikit.” Dia meletakkan bukunya
di meja guru.
Apa? Pemeriksaan? Alamak! Aku lupa! Serentak itu hati aku berdegup
kencang. Aku terlupa fasal barang Hanim ni!
Aku sempat melihat reaksi teman-teman lain, ada yang kelihatan
tenang dan ada juga kelihatan mengelabah. Tiba-tiba terasa peluh kecil
membasahi wajah. Segera aku menyentuh beg yang disandang di belakang kerusi.
Tangan aku segera meraba poket kecil di dalam beg. Mana aku nak letak ni? Aku
meninjau-ninjau ke belakang, mencari tempat untuk menyorok barang milik Hanim
itu.
Sedang mata aku liar mencari tempat selamat, Azri memetik ibu
jarinya di depan wajah aku. Aku memandang dia.
“Tak sangka kau pun nakal, ya?” Dia tersenyum sinis
Aku memandang ke depan, melihat tiga orang pengawas sedang memeriksa
beg milik Suffian yang berada di barisan paling depan. Perlahan-lahan aku
melangkah ke belakang, menoleh pada Azri di belakang.
“Kau tahu tak mana tempat rahsia nak sorok barang dalam kelas ni?”
Bisik aku pada Azri sambil aku terus memandang ke depan, cuba berlagak tenang.
“Tak ada. Cikgu kelas dah tutup dengan papan, tu.” Dia memuncungkan
bibirnya ke arah papan kenyataan di belakang yang berlubang tetapi sudah dipaku
dengan kayu nipis.
“Mari sini aku tolong simpan.” Dia menghulurkan tangannya. Aku
memandang seakan tidak percaya, takkan dia sanggup kena tangkap?
“Cepatlah!” Mintanya berwajah serius.
“Mesti ada udang di sebalik batu ni?” Soal aku curiga. Mana ada
pelajar sanggup kena tangkap oleh pengawas?
“Kau nak risaukan udang atau kau nak risau kau kena denda?” Dia
menjeling tajam sambil mengerak-gerakkan tangannya meminta aku serahkan barang
yang ada dalam poket baju aku. Tanpa berlengah aku segera menyerahkan bungkusan
Hanim kepada Azri.
“Apa ni?” Soal Azri berkerut wajahnya.
Belum pun sempat aku bagi tahu, lekas-lekas dia membuka balutan yang
tidak berapa nak kemas itu.
“Hah?” Bulat mata dia memandang wajah aku.
“Kalau ini barangnya aku tak mahu!” Dia segera menghulurkan
bungkusan itu kepada aku.
“Eh, mana aci. Tadi kau cakap setuju.” Aku segera melarikan tangan
aku.
“Yalah, aku ingat, rokok ke… majalah biru ke… tapi… ini?” Dia
mencerlung, rahangnya kelihatan bergerak-gerak.
“Kau jangan nak banyak songgeh. Tadi kau kata nak tolong aku!” Aku
berbisik sambil kedua-dua kami terus memandang ke depan, berlagak tenang.
Sudah menjadi syarat, ketika pemeriksaan mengejut pelajar tidak
dibenarkan bergerak ke mana-mana. Jika ada yang bertindak mencurigakan, salah
seorang pengawas akan segera mendapatkan pelajar itu.
“Siti Saleha!” Panggil Azri berbisik. Aku menoleh. Wajah dia mula
kemerahan. Aku tersenyum kecil. Lucu melihat wajah yang selama ini berlagak
samseng tiba-tiba berubah jadi penakut.
“Kau berhutang dengan aku!” Marah Azri lagi menjeling tajam.
Aku tergelak kecil. “Okey, balik nanti aku belanja ABC bawah pokok,
nak?” Aku mengulum senyum.
Ketika di meja aku sempat melihat jelingan cikgu Hazam pada aku
kemudian pada Azri. Aku tak pasti apa maksud jelingan itu, sama ada dia lihat
kami seperti merancang sesuatu atau pun dia menjeling kerana marahkan nota yang
mungkin sudah menjadi perbualan para guru sekarang ini.
Tiba giliran beg dan meja aku diperiksa. Kemudian Hajar dan kemudian
Azri. Ketika tangan pengawas lelaki memeriksa poket seluar Azri, aku dapat
lihat bertapa cuaknya wajah Azri. Aku tersenyum kecil. Dia menjeling sebal.
“Apa ni?” Soal pengawas lelaki itu sambil mengeluarkan bungkusan
tadi.
Azri tersengih-sengih. Mengaru kepala. “Tak ada apa-apa.” Dia cuba
merampas bungkusan itu namun segera dilarikan oleh pengawas itu. Kesemua mata
memandang ke arah Azri.
Pengawas lelaki itu terus membuka bungkusan, sebaik sahaja melihat
isi kandungannya dia segera memandang ke arah Azri dengan wajah berkerut-kerut.
Terbeliak mata pengawas perempuan itu sebaik saja melihat barang yang dibawa
Azri.
“Siapa punya?” Soal pengawas lelaki dengan suara serius.
“Aku.” Balas Azri dengan wajah tak puas hati.
“Betul ke?” Wajah pengawas itu kelihatan seperti was-was. Azri diam.
Pengawas perempuan kelihatan tersenyum-senyum.
“Betul awak punya?” Tanya dia pengawas perempuan itu lagi kemudian
kembali menilik bungkusan itu. Azri mengangguk sambil mengetap bibirnya. Aku
rasa bersalah.
“Sweet.” Pengawas
perempuan itu tersenyum meleret.
Azri mendengus kasar mengalih pandangan ke luar kelas. Semua pelajar
berbisik-bisik, mungkin masing-masing tertanya-tanya barang apakah itu. Cikgu
Hazam melangkah ke arah meja Azri, ingin melihat isi kandungan bungkusan
tersebut namun sebaik saja melihatnya tiba-tiba sahaja cikgu Hazam tergelak
kecil.
“Awak ni biar betul. Takkan ini awak punya? Ini mesti awak tolong
simpan untuk sesiapa ni?” Soal cikgu Hazam kemudian menoleh seketika ke arah
aku.
“Betul lah saya punya. Apa hal saya nak tolong simpan untuk orang
lain?” Balas Azri acuh tak acuh.
“Azri Amri, dengar kaset Siti Nurhaliza?” Kemudian cikgu Hazam
mengekek, diikuti dengan ketiga-tiga orang pengawas dan semua pelajar kelas
kami serentak ketawakan Azri. Dia mendengus kasar.
Aku cuba mengawal senyum. Memang kelakar, bila membayangkan
penyangak seperti Azri melayan lagu-lagu Siti Nurhaliza. Memang tak patut
langsung! Tak padan dengan samseng! Kalau aku jadi cikgu dan pengawas, aku pun
tak percaya. Tapi malangnya aku tak boleh tumpang gelak, nanti dia kantoikan
aku.
“Kalau nak rampas, rampas ajelah. Jangan nak gelak-gelak pulak!”
Marah Azri menjeling, memandang ke luar bilik darjah.
“Cikgu, patut kami rampas ke?” Soal pengawas lelaki itu pada cikgu
Hazam, yang juga dikenali sebagai guru kaunseling sekolah.
“Bagi pada dia balik. Tapi lepas ni, kalau ada mana-mana pelajar
bawa bahan sebegini awak rampas saja. Mungkin, bila dengar lagu-lagu Siti
Nurhaliza, hati kasar dia boleh jadi lembut.” Perli Cikgu Hazam kemudian
melangkah ke depan.
“Saya pinjam boleh?” Tanya pengawas perempuan seperti enggan
menyerahkan kaset itu kepada Azri.
“Tak boleh!” Dia segera merampas kaset Siti Nurhaliza dari tangan
pengawas perempuan itu.
Pengawas lelaki itu menjeling pada pengawas perempuan tadi. “Baik
sungguh kau kali ni. kalau tak macam-macam benda aku boleh jumpa dalam beg
Doremon kau ni.” Perlinya seperti tak puas hati.
Azri membalas dengan senyuman sinis. Aku menarik nafas lega.
Selamat!
“Azri, kau buat malu geng samseng kampung dusun je!” Laung Suffian
diiringi tawa mengekek.
“Kau punya fasal lah ni!” Azri mencerlung pada aku.
“Terima kasih…” balas aku tersenyum.
“Akan di pertimbangkan!” Balas dia acuh tak acuh.
Aku terus tersenyum
kemudian tiba-tiba terdengar Suffian menyanyi lagi Aku Cinta Padamu, serentak
itu terdengar beberapa suara sumbang tolong menyumbangkan lagu itu.
“Awak.. awak.. awak…”
Cikgu Hazam menunding jari pada Suffian, Amirul dan Jaha. “Keluar, nyanyi dekat
depan!” Cikgu Hazam bercekak pinggang.
Giliran aku dan Azri
pula ketawa mengejek pada dia orang. Padan muka!
21 comments:
kah kah kah...sumpah suwittt tahap gaban hahahha...arzi samseng kapung dusun dengar lagu cintan siti nurhaliza 2 hahahha....n kasih akan dipertimbangkan ek....kite tengok cen ne nanti hahahaha
alololoo..pasal cam ciput jer ni,xpuas lar mokcik!..hahahaa,azri ni smseng kpg dusun yg jiwang plus sentiMENTAL kot..hahaaa,sian dia p comei lar..next n tq!
Maya Strawberry - hahaha.. dah tengok video yg ai buat utk citer ni ke? Dorg ni mmg sweet buah je, maklumlah budak sekolah.. hahaha.
Anon-Azri punya SA (panjangnya namaa... hee) - siput ke?? hahaha.. bab ni panjang sikit nnti saya update lagi.
Azri samseng sweet.... Sukernyer...
alamak..alamak..!! Azri makin mendapat tempat di hati ni... sesi curang2 kembali lg.. hahaha
cyah - bak kata siapa tah... dlm hati ada kebun si Azri tuu.. haha.
Miza - curang ngn bf dlm novel takpaa... jgn curang ngn bf luar novel.. hahaha.
ekekekek.. kalau curang yang luar novel, huru hara, tunggang terbalik hidup..
owh??? ade video eh...2 kkene tengok sok r...broadband x kuat nak suply video coverage ngeh3
hahahahahaha. gilos jambu dengar lagu ct :p
Nota siti yg kecoh satu sekolah tu nota apa? ....
Hahaha so sweet rindunya sekolahhhh
bila nak sambung lg pinky promise?... da lama tgu...
Bila nak sambung. rinduuuu nak baca lagii.
So sweet :) Can't wait for next chapter :P hehehe
SALAM...bila nak buat versi cetak nie...bestlh...lain dr yg lain...
Salam... bila nk sambung lg citer ni??? Dah lama tunggu huuhu😟😟
Tak salary tnggl bju..
I like this story interesting...hope it has the same chemistry as Mencari Mr Charming which is totally awesome! Next chapter pls...
Adoilah~~ Azri. Gila bayang jap...haha
Alaaa.. nk lagi.. new2.. plzz..
Takde lanjutan ke?
Post a Comment