The
secret to friendship is being a good listener – Unknown
“Dahlah,
Lea. Janganlah nangis lagi. Pilu hati aku ni.” Pujuk Nani untuk kali yang aku
sendiri tidak ingat berapa. Sudah hampir satu jam aku melepak dan menangis
dalam bilik Nani. Sampai sahaja di rumah dia tadi, terus aku meraung dekat bahu
dia. Habis aku ceritakan apa yang berlaku pada dia. Mulanya payah juga Nani
hendak faham sebab sesi bercerita aku terganggu dengan sesi menangis aku.
Jenuhlah dia pujuk aku berhenti menangis sekejap dan cerita elok-elok. Selesai
bercerita, aku sambung balik menangis. Kalau ada anugerah untuk Pelakon Air
Mata Terbaik 2012, sah-sah aku menang!
“Sampai
hati Jaja tak datang sini dengan aku Nani. Sanggup dia temankan perempuan gedik
tu!”
“Ala,
mungkin dia tak tahu macam mana nak tolak kot. Budak tu minta tolong dia kan? Kau bukan tak tahu Jaja tu, tak pandai nak
cakap tidak kalau orang minta tolong. Kejap lagi dia datanglah tu. Janganlah
sedih sangat.”
Bila
Nani suruh jangan sedih, lagilah aku sedih. Jaja tu kawan baik kami kot. Bila
kawan baik kita sanggup belakangkan kita demi musuh kita (ya, Adilia dah naik
taraf jadi musuh aku) mestilah kita sedih, kan? Orang yang tidak ada hati dan
perasaan sahaja yang tidak bersedih.
“Tapi
kan, aku rasa aku yang patut lagi sedih.” Ujar Nani dengan suara dia yang
sedikit serak.
Aku
pandang muka Nani hairan. Cermin mata yang berwap sebab lembapan dari air mata
dan penghawa dingin bilik Nani aku buka lalu aku letak di atas katil.
“Kenapa
pula kau yang sedih?”
Nani
senyum tayang gigi. “Yalah, jejaka idaman aku jadi mentor kau. Mahu aku tak
sedih? Aku pula kena belajar dengan mamat sotong tu. Isyh...tak sanggup mak!”
Balas Nani sambil buat aksi tangan meliuk lentok. Pecah ketawa aku sebentar.
“Ha...macam
itulah. Ketawa, bukan asyik nak menangis saja. Kau tahu, otot muka kau tu lebih
penat masa kau menangis berbanding sewaktu kau ketawa.”
Aku
kesat air mata. Betul juga apa kata Nani itu. Penat juga asyik menangis saja.
Kalau ikutkan, sejak buka sekolah ini dah banyak kali juga aku menangis. Tidak
tahulah kenapa, aku rasa akhir-akhir ini aku sudah menjadi manusia yang
cengeng. Memanglah aku ini jenis yang suka ikut perasaan tapi seingat aku
bukanlah jenis yang suka mengalirkan air mata. Ini semua salah Johan Akil! Mood
aku dari pagi tadi rosak sebab dia.
“Nani,
kau marah ke aku jadi mentee Johan?”
“Kalau
aku marah, kau boleh buat apa?” Tanya Nani dengan wajah serius.
“Aku sanggup minta tukar. Nanti aku cakap dengan Cikgu
Nasir, ya?” Aku genggam tangan Nani kuat. Risau pula hati kalau Nani berkecil
hati dengan aku. Dahlah tadi kawan baik aku ini sedikit tersentap bila aku
tuduh dia bercerita tentang perasaan aku untuk Adam Naufal pada Johan. Tak baik
sungguh aku. Patutnya aku kena percayakan kawan baik aku sendiri.
Nani padang muka aku lama. Muka dia nampak sedang
memikirkan sesuatu. Alamak, tersentap lagi ke perempuan ini?
“Nani, sungguh. Kalau kau tak suka, aku beritahu cikgu
aku nak tukar ya?” Aku sudah kalut. Rasa hendak menangis itu datang semula.
Tiba-tiba Nani ketawa kuat. Siap terbaring-baring atas
katil lagi. Dah macam orang kena sampuk pula aku tengok. Orang yang badan
tengah lemah ini bukan boleh percaya sangat. Mudah saja benda-benda mengarut
ini nak ‘masuk’. Seram sejuk pula aku tiba-tiba.
“Weh, kau ni kenapa?” Tanya aku risau. Makin menjadi-jadi
pula gelaknya.
“Kau ni kelakarlah, Lea.” Ujar Nani sebaik sahaja ketawa
dia reda.
“Aku ada buat lawak ke?’ Tanya aku lurus. Serius, aku tak
tahu pula aku tengah buat lawak.
“Yang kau kalut sangat tu kenapa? Apasal lah yang aku nak
marah pula kau jadi mentee Johan tu?”
Aku garu kepala. “Yalah, kau kan minat kat dia. Manalah
tahu kalau-kalau kau tak selesa ke aku belajar dengan dia.” Jawab aku sambil
merebahkan badan di samping Nani.
Nani geleng kepala. “Beb, aku minat sahaja. Bukanlah
sampai tahap nak bercinta pun. Tapi kalau dia nak bercinta aku ‘on’ je. Dan
kebenarannya bukan aku seorang saja yang minat kat dia tu. Rasanya separuh dari
sekolah tu suka kat Johan. Jadi perasaan nak marah atau cemburu itu tak ada langsung
dalam hati aku. Lainlah kalau aku ni betul-betul awek dia, which is never going
to happen, I tell you.”
“Isyhh kau ni. Hari tu bukan main lagi suruh aku, go for it dengan Adam. Ini kau pulak nak
give up?” Marah aku.
Nani ketawa kecil. “Aku cuma bersikap realistic, Lea.
Secara logiknya, orang macam aku yang dah dapat title bini popeye ni tak akan
ada peluang jadi girlfriend Johan yang hensem tak ingat tu. Aku cuma boleh
memuja dari jauh saja.”
Aku tersentak. Macam dikejutkan dari mimpi saja perasaannya.
Kata-kata Nani membuatkan hati aku mula rasa pelik. Adakah kata-kata itu
ditujukan kepada aku juga?
“Maknanya aku pun kena jadi realistik jugalah, kan? Aku
dengan dia tu?” Tanya aku perlahan. Siapa lagi dia yang aku maksudkan. Adam
Naufal lah.
Nani terus bangun lalu duduk bersila mengadap aku. Tangan
aku ditarik agar aku juga bangun dan duduk sepertinya. Sekali lagi wajah aku
dipandang lama. Cuma kali ini dia tersenyum, menampakkan sepasang lesung pipit
di pipinya. Bini popeye pun, dia masih nampak manis lagi tahu!
“Kes kau lain. Kau dengan dia ada sesuatu. Jadi kau tak
boleh berputus asa.”
Aku mendengus perlahan. “Sesuatu? Lepas kejadian hari ni,
kau rasa masih ada wujud sesuatu ke antara kami?”
Nani mengangguk laju. “Lepas apa yang terjadi hari ini,
lagilah aku yakin ada sesuatu antara engkau orang berdua. Sebelum ni aku main
agak-agak saja.”
“Mengarutlah Nani. Jangan bagi aku mengharap lagilah
Nani. Aku dah malas dah nak fikir pasal dia.”
“Mengarut apanya? Weh, kita ni kawan baik tau. Sebagai kawan
baik, aku tak akan sanggup bagi harapan palsu pada kau. Sebenarnya dari tahun
lepas lagi aku dah nampak. Cuma aku tak berani nak beritahu kau. Yalah, aku
main agak-agak sahaja. Tapi lepas apa yang kau cerita tadi, aku rasa apa yang
aku agak tu betul. Kau dengan dia akan ada sesuatu.” Nani buat sengih jahatnya.
Makin pelik kawan aku ini. Entah apa-apa yang
dicakapkannya. Tahun lepas dah nampaklah, main agak-agaklah, ada sesuatulah.
Aku raba dahi dia. Panas. Patutlah cakap merepek-repek. Kesan demam yang sedang
dialami rupanya.
“Kau demam lagi ni. Rehatlah eh. Nanti makin
merepek-repek kau cakap.”
Nani tepis tangan aku perlahan. “Aku seriuslah! Kau tak
percaya aku ke?”
“Percaya. Aku percaya sangat kat kau.” Balas aku. Ayat
sekadar hendak ambil hati dia dan hendak suruh dia tutup topic itu.
“Jadi kau kena yakin dan jangan putus asa. Aku dapat
rasakan, tahun ni adalah tahun terindah dalam hidup kau, Lea.”
“Apa-apalah Nani. Cuma aku nak pesan, jangan berharap
sangat. Antara aku dah Adam tak mungkin akan ada apa-apa.” Balas aku tegas.
Nani ketawa kuat. “Aku tahu. Dan tak berharap sangat
pun.”
Aku pandang muka Nani pelik. Ok, aku betul-betul dah
keliru. Tadi bukan main lagi dengan ayat
‘tahun-ini-adalah-tahun-terindah-dalam-hidup-kau’. Ini dah buat ayat lain pula.
Sah lagi sahih, kawan aku ni demamnya dah kronik!
***
Keesokkan
hari, di sekolah. Mood aku belum baik 100%. Sebab utama, perempuan gedik yang
duduk kat depan aku ini. Rupanya kereta besar yang hampir hendak langgar aku
semalam adalah kereta dia atau lebih tepat lagi kereta keluarga dia. Aku dapat
tahu pun sebab pagi tadi sekali lagi kejadian yang sama berlaku. Cuma bukan
pada akulah. Pada orang lain. Mujurlah budak kelas sains tu tak apa-apa. Aku
dengar, budak tu mengadu pada Cikgu Nasir. Bawa kenderaan masuk hingga ke dalam
kawasan sekolah adalah satu kesalahan melainkan ada sebab-sebab yang kukuh.
Tapi hingga sudah hendak masuk waktu rehat ni, tidak nampak pun apa-apa
tindakan dikenakan pada Adilia.
Sebab
lain, ialah nota yang aku temui dalam laci meja aku pagi tadi.
WAKTU
REHAT. TAMAN RIADAH. JANGAN LEWAT. –JOHAN-
Bukan
main lagi dia tinggal nota macam itu pada aku. Siap tulis dengan capital letter
lagi tu. Konon hendak menekankan betapa pentingnya arahanan dia tu lah agaknya.
Dia fikir dia siapa? Baru jadi mentor saja pun. Nani dan Jaja dah gelak-gelak
kesukaan bila dia nampak nota itu pagi tadi. Cuma Jaja tidak berani hendak
gelak lebih-lebih sebab tahu aku masih terasa dengan dia.
Tatkala
loceng waktu rehat berbunyi, aku terus mendapatkan Nani.
“Jom,
pergi kantin?” Ajakku.
“Kantin?
Kau jangan nak mengada. Johan nak jumpa kan?”
“Dia
yang nak jumpa aku. Bukan aku nak jumpa dia.” Jawab aku selamba.
Nani
cubit lengan aku. “Auw...sakitlah!”
“Padan
muka. Kau ni, belum apa-apa nak ingkar cakap cikgu. Berdosa tahu?”
“Ek
eleh. Bila masa pula dia tu jadi cikgu aku?”
“Dia
akan jadi mentor kau kan? Walaupun taklah setinggi darjat seorang guru, tapi
tugas dia nanti lebih kurang cikgu juga. Pergi sajalah!”
“Malaslah.
Program itu mula minggu depan. Minggu depanlah aku jumpa. Lagipun aku lapar ni.
Nak makan.”
“Tak
ada. Tak ada. Kau kena pergi juga. Biar aku belikan apa-apa untuk kau nanti.”
Nani berjalan mendapatkan Jaja yang berdiri di muka pintu.
“Pergi,
Lea. Kalau tidak, tahulah apa aku nak buat nanti!” Ugut Nani sebelum berlalu
meninggalkan aku seorang diri. Bertuah punya kawan!
Dengan
langkah malas (dan terkesan dengan ugutan Nani juga) aku pergi juga ke Taman Riadah.
Tapi bayang orang yang konon hendak berjumpa dengan aku itu, langsung tak
kelihatan. Kurang asam betul! Dia suruh orang datang tepat pada waktunya, tapi
dia pula yang langgar kata. Tidak ada tokoh jadi guru langsung.
“Nah!”
Sebungkus nasi lemak di suakan ke arah aku. Aku pandang wajah si pemberi dengan
perasaan bengang.
“Kenapa
lambat?”
“Lambat?
Bila masa pula aku lambat?” Jawab Johan selamba sambil duduk di sebuah bangku
berhampiran kami.
“Awak
bagi nota pada saya jangan lewat. Tapi awak yang lewat!” Ton aku dah naik satu
oktaf.
Johan
ketawa kecil. “Ada ke kat situ aku suruh kau datang betul-betul lepas loceng
bunyi? Kau tak reti nak pergi makan dulu ke apa? Jangan lewat tu maksud aku,
jangan sampai waktu rehat habis. Isyhh...aku tahulah kau lemah dalam studi.
Tapi takkan lah selembab ini?” Johan mengeluh kecil.
Aku
mengetap gigi kegeraman. Mulut mamat ini memang celupar. Benci! Malas hendak
melihat muka Johan, aku berpusing untuk pergi. Kalau lama duduk di sini, mahu
meletup aku dibuatnya.
“Eh,
nak ke mana pulak tu? Aku belum habis cakap lagi!”
“Cakap
seorang-seorang kat situ. Saya malas nak dengar!”
“Nani
pesan, kalau kau blah sebelum dengar apa yang aku nak cakap, dia tak akan
bercakap dengan kau lagi.”
Apa?
Melampau sungguh kawan aku ini. Pembelot. Sanggup dia lebihkan Johan daripada
aku?
“Dahlah
tu. Tak payah nak merajuk segala. Tak ada maknanya aku nak pujuk. Duduk sini,
makan dulu. Nanti kebuluran, aku juga yang salah. Ada hal sikit aku nak bincang
pasal hal mentor-mentee ni.”
Aku duduk
di kerusi bertentangan dengan dia. Dia hulurkan nasi lemak tadi ke arah aku
tapi aku buat tak tahu sahaja. Nak proteslah konon. Dia tarik semula nasi lemak
tu lalu dibuka. Kemudian diletakkan sudu plastik dan dihalakan semula ke arah
aku.
“Makan!”
Tegas Johan. “Kalau kau tak makan, aku beritahu Adam kau suka dia!”
Zup.
Sepantas kilat tangan aku mencapai sudu nasi lemak di atas meja. Main ugut-ugut
pulak dia ni. Yang aku ni pun, kalau hal ada sangkut paut dengan Adam cepat
benar bereaksi.
Keadaan
sunyi sepi antara kami. Walaupun tekak tak berapa nak terima nasi lemak tu, aku
gagahkan juga menelannya. Sambil menyuap, aku mengerling ke arah Johan yang
khusyuk membaca sebuah buku nipis berwarna biru. Aku cuba curi pandang buku di
tangannya. Laporan Kemajuan Pelajar. Nea Azalea Hakim.
Bulat
mata aku memandang nama aku di hadapan kulit buku itu. Bungkusan nasi lemak
yang belum habis aku masukkan semula ke dalam plastic sebelum aku cuba merampas
laporan kemajuan aku di tangan Johan. Tapi dia lebih tangkas dari aku. Laporan
kemajuan itu ditutup lalu dipeluk ke dada.
“Lemah
sungguh kau ni. Mencabar juga nak tolong ni.” Ujar Johan.
“Saya
tak minta pun awak jadi mentor saya, ok. Kalau tak nak ajar, drop out lah dari
program ni.” Tempelak aku. Tahulah aku ni tak pandai. Tapi tak perlulah nak
kata depan-depan. Jatuh air muka dibuatnya.
Johan
tersenyum. Senyuman yang selalu buat Nani penasaran tapi bagi aku, senyuman itu
sangat menjengkelkan.
“No way. Aku bukan jenis yang lari dari
cabaran. And you, my dear cupcake, are a
challenge.”
“Boleh
tak jangan panggil saya cupcake? Saya tak suka tahu!” Bentak aku. Tak
habis-habis nak perli aku sebab kejadian di kedai mama Adam tempohari.
Johan
sekadar tersenyum. Asyik-asyik senyum. Macam tak ada benda lain hendak
dibuatnya. Aku tahulah senyuman kau itu menawan. Tapi aku tak akan tertawanlah.
Lainlah kalau Adam...
“Dan
aku tahu sesuatu.” Ujar Johan tiba-tiba.
“Tahu
apa?” Tanya aku kasar. Kenapa entah, kalau dengan Johan ini, aku tak kisah
sangat nak berlakon ayu bagai.
“Kau
pun jenis yang menyahut cabaran.”
“Bila
masa pulak saya menyahut cabaran ni?”
“Cabaran
adik kau tu?”
Sah,
ini mesti kerja Nani! Budak ini, kalau aku jumpa nanti memang aku berus mulut
dia cukup-cukup.
“Eh,
ada ke orang dalam dunia ni yang tak suka menyahut cabaran?” Tanya aku pada
Johan dengan nada sedikit sarkastik.
Johan
ketawa kecil. “Ada. Orang pengecut dan yang cepat mengaku kalah. Dan
memandangkan kau bukan orang itu, maka aku akan bagi kau satu cabaran.”
Pulak
dah? “Cabaran apa?” Tanya aku takut-takut. Yalah, mana tahu kot si sengal ini
bagi cabaran bukan-bukan macam terjun bangunan, menjerit kuat-kuat tengah orang
ke atau pun yang lebih sadis pergi mengaku pada Adam Naufal yang aku suka
sangat kat dia. Bukan boleh percaya sangat Johan ini.
“Kau
kena berlajar bersungguh-sungguh dan perbaiki keputusan exam kau. Kalau kau
sahut cabaran aku ni, aku akan bagi habuan yang sangat bermakna.” Beritahu
Johan. Telan air liur aku sekejap tengok muka dia yang sangat serius. Dalam
pada itu, jauh di sudut hati aku ada rasa tersentuh juga mendengar cabaran yang
diberi Johan. Nampak macam dia ambil berat juga tentang masa depan aku. Terharu
pula dibuatnya.
“Terima
kasih.” Ucap aku lembut. Aduh, meremang pula bulu roma dibuatnya.
“Untuk
apa?”
“Ambil
berat juga awak dengan saya, ya?” Aku sengih malu-malu.
Air
muka Johan berubah rona. Macam orang malu pun ada juga. Seronok pula aku tengok
rona muka dia yang macam itu. Nampak comel pula. Tapi sayangnya, sekejap sahaja
aku boleh menghayati kecomelan itu sebab dia dah ambil buku laporan tadi dan
ketuk kepala aku.
“Aww.
Sakitlah!” Marah aku. Sebenarnya mengada saja lebih. Bukanlah kuat pun dia
pukul.
“Padan
muka. Weh, kau jangan nak anggap bukan-bukan pulak ye. Cabaran itu aku buat
untuk masa depan aku. Jatuhlah reputasi aku sebagai pelajar pandai kalau mentee
aku gagal. Faham?”
Ceh.
Menyesal aku rasa terharu tadi. Patutnya aku sudah boleh baca perangai Johan
ini. Tak mungkin lelaki macam dia nak buat baik tanpa apa-apa kepentingan. Dia
bagi cabaran itu untuk kepentingan diri dia saja sebenarnya. Bukannya untuk
orang lain. Lea, keep that in mind! Jangan terpedaya dengan kata-kata Johan ini
di masa hadapan, faham?
“Awak
cakap tadi ada habuan. Apa dia?” Tanya aku sambil lewa. Dah malas nak ambil
port dalam hal cabaran dia sebenarnya.
“Habuannya?”
Dia buat gelak jahat. “Aku akan beritahu kau satu rahsia hati yang akan
mengubah hidup kau 100%. Rahsia hati yang paling kau nak tahu.”
Mata
aku dah mula bersinar-sinar. Rahsia hati? Kenapa aku tiba-tiba teruja pula
dengan perkataan itu? Adakah rahsia hati itu ada kena mengena dengan Adam?
Sebab hanya itu sahaja yang aku paling hendak tahu sekarang ini.
“Rahsia
hati siapa? Rahsia hati Adam ke?” Tanya
aku penuh teruja. Hilang sudah rasa malu
mendedahkan isi hati aku pada Johan.
Johan
senyum segaris. “Kalau kau nak tahu, sahut cabaran aku tu dulu. Buktikan kau
mampu. Kalau berjaya, aku yakin rahsia hati itu akan buat kau nak mengukir
bintang.”
Amboi
jiwang karat jugak dia ni. Siap mengukir bintang semua bagai. Ini tak ada lain,
penangan lagu Yuna lah ni. Aku pandang muka Johan lama. Separuh hati memang
hendak setuju. Semuanya sebab hendak tahu rahsia itu. Tapi yang separuh lagi,
takut pula. Sebab aku bukan percaya sangat dekat Johan ini. Macam ada agenda
tersembunyi saja aku rasa.
“Boleh
percaya ke awak ni?” Aku suarakan rasa sangsi aku.
Johan
tersentak mendengar soalan aku. Sekali lagi rona wajahnya berubah. Cuma kali
ini tak comel macam tadi. Erk, aku salah cakapkah?
“Terpulanglah.
Aku tak boleh paksa orang percaya pada aku.” Macam berjauh hati saja bunyinya.
Entah kenapa aku rasa bersalah pula.
“Err...maaflah
awak. Bukan saya tak percaya, cuma...” Tak sempat aku habis cakap, Johan potong
cakap aku.
“Jadi,
kau nak sahut cabaran itu atau tidak? Aku bagi kau masa fikir sampai habis
waktu sekolah hari ini. Kalau tak ada jawapan, kira burn.” Dia terus bangun dan
tinggalkan aku terkulat-kulat seorang diri.
Aku pandang
belakang Johan. Dalam hati tengah berperang. Hendak sahut atau tidak. Kalau tak
sahut, nanti tak tahu rahsia. Kalau sahut kena hadap muka Johan hari-hari.
Walaupun hensem tapi perangai dia sangat menyakitkan hati. Tapi banyak juga
faedah yang aku dapat kalau aku sahut. Satu, aku boleh tahu rahsia hati Adam.
Dua, aku boleh perbaiki result aku. Tiga, aku juga akan berjaya dalam cabaran
aku dengan Nadia. Empat, kalau dah berjaya tu, maknanya peluang ke London jumpa
abah tu dapat dekat akulah.
Aku
pandang Johan yang makin menjauh dan fikirkan faedah yang aku akan dapat. Empat
faedah lawan 1 Johan. Mestilah yang empat itu lagi baik, kan? Untuk dapat yang
empat itu, aku cuma perlu bertahan dengan perangai Johan selama beberapa bulan.
Takkan itu pun tak mampu buat Lea? Yakin boleh Lea. Kau boleh punya! Ya, aku
pasti boleh. Dengan tekad itu, aku bangun dan berlari mendapatkan Johan.
“Awak,
tunggu.” Aku tarik sedikit lengan baju Johan supaya dia berpaling ke arah aku.
Dengan nafas tercungap-cungap, aku suakan jari kelingking kanan aku pada dia.
“Apa
hal ni?” Tanya Johan hairan sambil memandang muka aku dan jari kelingking tu
silih berganti.
Aku
sua lagi jari kelingking aku ke arahnya dan bagi isyarat dia pun buat perkara
yang sama. Lambat-lambat Johan naikkan jari kelingking dia ke atas. Tanpa
berlengah terus aku silangkan jari kami berdua. Berderau sekejap darah aku
sebab pertama kali dalam hidup bersentuhan dengan lelaki selain abah. Jantung
aku ini pula dah bergendang macam dram.
“Saya sahut cabaran awak dan awak kena janji, kalau saya
berjaya, awak tak akan mengelat dan akan beritahu saya rahsia hati tu. Janji?”
Aku jari kami yang berkait.
“Oh, pinky promise lah ni ya? Macam budak-budak!”
“Tak kira, Lea nak awak janji juga. Bukannya Lea tak
percaya dekat awak cuma Lea nak pastikan awak pegang janji awak. Cepatlah,
janji!” Eh, kenapa yang aku guna kata ganti nama Lea ni? Mengadanya bunyi.
Kenapalah mulut aku tak pernah nak patuh pada tuan?
Johan ketawa kecil sebelum mengoncang jemari kami yang
bertaut. “Fine, I promise. Sampai masanya, aku akan luahkan rahsia hati itu.
Puas hati, Lea?” Sengaja Johan tekankan perkataan Lea. Nak perli aku lah tu!
“Baik. Saya pegang janji awak. Kalau awak mungkir...” Apa
aku nak buat kalau dia mungkir janji?
“Kau nak buat apa?” Tanya Johan dengan kening ternaik
sebelah.
Aku pandang jari kami yang bertaut. Satu senyuman jahat
terukir di bibir. “Kalau awak mungkir janji, saya sumpah jari awak tu jadi
pendek!” Cepat-cepat lepaskan jari kami lalu berlari pergi. Jeritan Johan yang
menyuruh aku tarik balik ‘sumpahan’ aku tadi aku biarkan tidak bersahut.
Sebaliknya aku berpaling lalu menjelirkan lidah padanya. Padan muka, suka
sangat mengusik aku, sekarang terima pembalasannya. Aku terus berlari dengan
hati yang gembira. Semoga beberapa bulan yang akan datang kegembiran ini akan
terus bersama aku.
18 comments:
hahhaaha! x menahan pulak mandrem dia.. jari jadi pendek ? aish ..
waaaa.. suka!suka! sangat ngn Johan!! sweettttt...
nak Johan lagi!!
Haha.... Ade ke jari leh jd pendekkkkk aduuui..
Sukaaaaa. Comelnya. Ekeke.
comelnya...
arghh...suka sangat~~~ XD
-YI-
suka jugak :D
-dyh usen-
hahaha... ni kejadian yg jadi ngan kawan saya. dia pernah 'sumpah' jari2 budak yang selalu tarik tudung dia jadi pendek. dan satu hari tu, jari budak tu cedera tersepit pintu van. kitaorg ramai2 usik dia nanti jari tu kena potong dan jadi pendek!
suke ye? heheh..sabo eh. nanti dia lgi sweettt. jangan sampai kena kencing manis je sudahlah ye. heheh
kalau di apa-apakan jari tu, tak mustahil ia jadi pendek eija..heheh
terima kasih Mardihah..hihih
thanks for reading GP..
YI, terima kasih... XD
terima kasih dyh kerana rajin menyokong RSN.. :)
hikhikhik.. sweet je kan Johan dengan Lea ni...kelakar Lea ni..tiba-tiba pulak tukar ganti nama jadi Lea..comel je bunyi..hehehe
Nani siap berkomplot dengan Johan lagi ya..:)
heheh...terima kasih sweetrose maria sbb mengikuti cerita ni
perkenalan yg sweet.....
sorte que la formule generale de ces acides, vente viagra, le carbonate de potasse sec, autores de las Meniorias que se inserten en los, cialis 5, que Ortega y Gasset reclamaba para todo pensar, il Pluteus aloeolatus Crangin. viagra pfizer, LUIGI BUSCALIONI e GINO POLPACCI Die Darstellung der Phosphorsaure im Grossen, cialis preise, Phosphorsauregehaltes wegen als Dunger verwendet.
Post a Comment