Intan payung kami...

Friday, 20 December 2013

MENCARI MR. CHARMING, YANG LUAR BIASA (Diary Mrs Ben) di pasaran!!

1. Kepada yang berminat untuk memesan MENCARI MR CHARMING bersama tandatangan penulis, sila ikut step berikut:






1. Bank-in RM24.00 (SM) atau RM27.00 (SS) ke akaun Maybank Fajar Pakeer Sdn. Bhd. 514299127137
2. Kepilkan slip pembayaran berserta nama penuh, alamat, nombor telefon kemudian e-melkan ke order@fajarnovels.com.my atau faks ke 03-62581196.

Hanya untuk pembelian sehingga 26/12/2013 sahaja dan setiap pesanan akakn dipos pada 30/12/2013. Pesanan selepas 26/12/2013 tidak akan mendapat TT penulis. Harap maklum.

(Mr Charming yg sedang pegang buku tu tak dijual ya. Sudah dimiliki pun. hihihi.)


Bulrb :- 


Adakah lelaki romantik hanya wujud dalam dunia khayalan wanita?



Indah Lara aka Lara Alisya, seorang penulis novel cinta yang tak popular, tetapi mempunyai 'hater' yang tegar bernama Indah Water. Kehidupan Indah Lara huru-hara apabila dia kerap menerima e-mel kritikan daripada Indah Water yang boleh 'membunuh' semangatnya untuk terus menulis.

Indah Water, individu misteri yang mempertikaikan setiap karya Indah Lara. Dia menyampah sungguh dengan watak hero ciptaan Indah Lara yang terlampau kacak dan romantik. Katanya, Indah Lara tidak berpijak di bumi yang nyata. Lelaki sebegitu memang tak wujud di dunia. Semuanya hanya khayalan.

Indah Lara terasa tercabar. Dia yakin lelaki kacak dan romantik memang wujud. Dia akan terus mencari Prince Charming dan akan buktikan kepada Indah Water bahawa dia boleh dapatkan lelaki yang romantik seperti yang digambarkan dalam novelnya. Sehingga dia bertemu dengan Sam, lelaki yang cukup sempurna di matanya. Lelaki yang membuatkan dia mengalami penyakit… Jatuh cinta pandang pertama!

Tetapi, benarkan Sam itu Prince Charming yang dicari selama ini? Apakah krateria Prince Charming? Dapatkah Indah Lara menjadi penulis yang berjaya?  Berjayakah dia berdepan dengan pembaca dan pengkritik yang cuba hendak menjatuhkannya? Dan yang paling penting... Siapakah Indah Water? Kenapa Indah Water membenci Indah Lara? Adakah Indah Water itu Prince Charming yang dicari?





2. Ingin Miliki Limited Editon - YANG LUAR BIASA (4 mini novel dlm 1 novel) salah satunya... Diary Mrs Ben. Hanya dijual secara online. Tiada di kedai buku. Hanya 2500 cetakan sahaja!!




Cara Belian :-

Semenanjung Msia
Harga RM27 (Novel) + RM8.00 (pos) = RM35

Sabah/Sarawak
RM30 + RM10 = RM40

CIMB
Nama : Idea Kreatif Publication
No : 0311 000 1143 106

Maybank
Name : Zunaidah Zakaria
No : 112 027 929 035

Blurb :-


Yang Luar Biasa -



Cinta memang luar biasa kerana ia mampu  merubah banyak perkara. Kerana cinta, Arissa jadi tersepit. Memilih Adam, dia harus mengenepikan rasa hati sendiri. Memilih Zhariz, dia harus membelakangkan keluarga dan memilih Haraz, dia harus bersedia melawan cemburu. Lantas, siapa yang harus dia pilih?


Diary Mrs Ben –

Sofia dan Ben, dua sahabat sehati sejiwa. Tiada rahsia antara mereka. Baik buruk diri masing-masing, mereka tahu semuanya. Namun, sesuatu telah terjadi menyebabkan mereka terperangkap dalam satu konspirasi yang tidak terduga!
Konspirasi apakah? Benarkah tiada rahsia antara mereka? Mampukah dua sahabat baik tinggal di bawah satu bumbung?


My Slurpee Slurp! -

Masa silamnya gelap. Jiwanya kosong. Dalam perjalanannya mencari arah dan sinar, si dia muncul tiba-tiba. 

"Sebab yang curi-curi tu yang manis. Slurpee slurps kind of yummy..." - Damien


Dear Cinta –

Perpisahan itu ibarat kopi tanpa gula. Pahit tapi ada nikmatnya. Tasneem hilang cinta pertama. Namun, takdir Allah itu indah. Kehilangannya diganti dengan pemilik nama; Ariff Hakimi.







Pic.. sekitar pesta buku 1 Msia 11 Dec 2013 - 15 Dec 2013...




with my bestfriend, yg bersama menempuh pahit manis dunia penulisan.


Majlis Pelancaran novel YANG LUAR BIASA
Bersama salah seorang pengunjung PB1M yg terawal sampai di PWTC
Bersama rakan2 dan editor - Mencari Mr Charming panas dari oven!

Sesi Tanda Tangan Novel  YANG LUAR BIASA
Majlis Pelancaran YANG LUAR BIASA

Bersama FARAH HUSAIN, salah seorang penulis dalam YANG LUAR BIASA

DSD Ahamd Zahid Hamidi bersama YANG LUAR BIASA & Bos Idea Kreatif (nampak tak kat belakang tu, yg sipi2 tu.. haha itulah saya :P )







XOXO



Wednesday, 20 November 2013

Diary Mrs. Ben : Bab 2



Bab 2

Sebelum aku cerita siapakah Mr Ben yang ‘bertuah’ ni… meh aku cerita sikit siapa aku dan kenapa aku terpaksa buat keputusan yang ‘menakutkan’ itu!
Nama aku Sofia. Melayu tulen. Anak jati Pahang. Umur sekarang 34 tahun! Lepas habis kolej aku terus berhijrah ke Kuala Lumpur. Sementara mendapat kerja tetap aku kerja sana-sini, itu-ini dan akhirnya aku mendapat kerja yang sesuai dengan kelayakan aku di syarikat travel agensi. Memang nasib aku sangat baik. Tapi… hanya sepuluh tahun… setahun lepas terjadi satu perkara yang langsung aku tak pernah terfikir.
“Saya minta maaf. Pihak syarikat terpaksa berhentikan perkhidmatan awak,” ujar encik Halim sambil menolak sampul surat berwarna putih ke arah aku.
Aku tergamam. Berkelip-kelip mata aku merenung wajah encik Halim. Seakan tidak percaya akhirnya khidmat aku selama sepuluh tahun ditamatkan begitu sahaja.
“Saya harap imbuhan yang pihak syarikat berikan cukup untuk awak guna sebelum mendapat kerja baru,” ujar encik Halim lagi.
“Ini yang saya dapat setelah sepuluh tahun saya berkhidmat?” tanya aku dengan nada menyindir.
“Haish, dah banyak tu. Cuba awak tengok dulu cek tu,” Encik Halim tersengih.
Aku mendengus kasar. “Bukan soal duit yang saya maksudkan. Tapi, ini, diberhentikan. Ini balasan yang saya dapat?” soal aku meninggikan suara. Geram.
Terdengar encik Halim menghela nafas perlahan. “Awak kena faham, keadaan syarikat sekarang amat tenat. Travel agensi dah tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Pula tu, rata-rata rakyat Malaysia ni dah pandai travel tanpa guna agensi. Kalau keadaan begini berterusan mungkin dalam beberapa bulan lagi syarikat ni akan lingkup. Jadi, untuk mengelak perkara buruk terjadi pada awak. Pihak syarikat terpaksa lepaskan awak lebih awal sementara duit syarikat masih ada.”
Aku tersenyum sinis. “Baiknya. Duit yang sedikit sanggup diberikan semuanya kepada saya,” ujar aku sambil menjeling jumlah yang tertera pada cek yang diberi. Emmm… banyak juga. Tapi, duit kut… sekelip mata je boleh susut kalau tak kerja.
“Syarikat memang perihatin. Lagi pun, banyak jasa awak pada syarikat,” Encik Halim tersenyum meleret.
Pelik, dalam keadaan syarikat yang bermasalah (kononnyalah) boleh pula dia senyum sampai ke telinga ketika menyingkirkan pekerja yang kononnya kesayangan pihak syarikat. Emmm…
“Habis tu, kalau nanti ada syarikat semakin pulih, saya macam mana? Pihak syarikat akan panggil saya bekerja balik ke?” tanya aku, menyindir sebenarnya.
Encik Halim berdeham perlahan. “Ya. Mestilah. Pengalaman awak sangat mahal. Rugi kalau kami tak ambil balik,” mata dia berkelip-kelip.
Huh. Nampak sangat dia menipu. Ini mesti kes dia orang tak perlukan khidmat aku sebab nak naikkan pangkat kaum kerabat dia orang ni. Dasar majikan kejam!
Aku bingkas bangun. Malas nak mengadap muka encik Halim lama-lama. Makin lama pandang makin sebu perut aku.
“Saya harap awak berjaya mendapat kerja di tempat yang lebih bagus dengan gaji yang lebih lumayan,” ujar encik Halim sambil menghulurkan tangannya pada aku.
“Terima kasih. Jangan risau. Dengan pengalaman saya ni memang ramai yang akan berebut,” balas aku sengaja sarkastik. Tanpa menyambut salam dia aku terus beredar.
***
Sepuluh tahun aku kerja dengan travel agensi tu, aku dah pergi ke merata tempat. Tanya saja mana-mana tempat memang aku boleh bercerita panjang lebar. Nak percutian budget? Percutian mewah atau sederhana semuanya aku boleh cadangkan. Serius, memang aku sangat pakar. Dan rata-rata klien semua sukakan aku, mungkin sebab aku ramah dan… cantik sikit kot dari pekerja yang lain. hehehe…
Tapi…
Selepas hampir setahun menganggur, sampai sekarang aku tak dapat kerja lagi ni!
Sejak hari pertama aku bergelar penganggur memang aku tak pernah berhenti menghantar resume ke tempat lain. Setiap temuduga aku pergi namun tak ada satu pun rezeki aku. Duit simpanan makin susut. Cukup-cukup untuk bayar sewa rumah lima bulan dan bayar kereta lima bulan.
Lima bulan sekejap saja. Pejam celik pejam celik alih-alih dah cukup lima bulan. Tidur malam aku dah semakin tak lena tapi makan tetap kenyang.
Aku dah buntu tak tahu nak buat apa lagi ni. Semua syarikat yang aku pergi temu duga kata gaji aku terlalu tinggi. Dia orang boleh tawar kerja jika aku turunkan gaji mengikut kehendak mereka, tapi aku tak setuju. Mengarut, dengan pengalaman sepuluh tahun dia orang nak turunkan gaji aku sama level dengan budak-budak yang baru keluar kolej?
Apa kes?
Aku tak kisahlah kalau nak kurangkan sikit, boleh lagi aku bertolak ansur. Tapi ini separuh dia orang nak kurangkan. Kalau aku terima, aku nak makan apa? Tolak bayar sewa rumah, tolak bayar kereta, tolak bayar bil itu ini, gaji dah habis. Melampau sungguh dia orang ni!
Jadi… tanam anggurlah jawabnya.
Hari ini untuk menghilangkan rasa bosan aku memandu kereta myv menuju ke One Utama. Tidak lama lagi mungkin myv kesayangan aku ni bukan lagi jadi milik aku. Aku tak mampu nak bayar lagi, jadi terpaksa jual.
 Sampai di One Utama, aku terus mengatur langkah ke Golden Screen Cinema. Waktu kerja macam ini lah elok aku pergi tengok movie, tak perlu bersesak dengan orang ramai. Namun, sedang aku beratur hendak membeli tiket tiba-tiba terdengar nama aku dipanggil oleh seseorang.
“Sofia!”
Mula-mula aku buat-buat tak dengar saja. Yalah, mungkin ramai lagi yang nama sama dengan aku tapi kalau sudah berkali-kali terdengar nama aku dipanggil, mungkin betul orang tu panggil aku. Lalu aku menoleh ke belakang.
Sebaik saja terpandang wajah dia, dahi aku berkerut. Terlihat seorang lelaki yang berpakaian sangat stylo melambai tangan ke arah aku. Siapa pula ni? Rasanya aku tak pernah ada kawan yang dress up ala-ala model ni. Dia memakai skinny casual pants berwarna kelabu dipadankan dengan cardigan hoodied berwarna biru turquoise dan di kepalanya melekat snow cap berkait berwarna hitam, hampir menutup sebahagian dahinya. Dia berjalan menghampiri aku. Dia salah orang ke? Dia terus melangkah ke arah aku sambil membetulkan snow cap di kepalanya.
Oh my! Dia? Aku kenal dia! Sangat kenal!

 BERSAMBUNG...





Mini Novel : Diary Mrs. Ben - Bab 1





Bab 1

Orang tua pesan, jangan terlalu bencikan seseorang nanti orang yang kita benci tu akan jadi sayang.
Tapi, kes aku ni, bukan aku bencikan seseorang. Tapi… aku cukup anti dengan filem, drama mahupun novel tentang kahwin paksa!
Seriously? Hellooo… kahwin bukan main pondok-pondok ya. Perkara serius okey!
Bak kata kawan aku Cik Jannah…
“Terlanggar sikit pun kena kahwin paksa. Tersalah masuk rumah pun kena kahwin paksa. Kena tangkap basah pun kena kahwin paksa. Tersentuh sikit pun sanggup kahwin tanpa rela. Dah tak ada cara lain lagi ke nak kahwin? Kalau kena tangkap basah dan tak bersalah tak boleh masuk mahkahmah ke? Or just bayar denda? The best part is… kahwin dengan orang yang buat jahat kat kita! Euuww! Aku tak faham la beb!”
Itu bebelan kawan aku ya. Dia pun sama kepala dengan aku. Tapi… aku jawab.
“Beb… dah itu penonton dan pembaca suka. Dia orang buat je la cerita macam tu. For the sake of rating…  and money.”
Itulah aku. Sangat anti dengan kisah-kisah macam tu dan sudahnya, kebencian aku tu terkena dengan batang hidung sendiri. Padan muka dengan aku, kan?
Menyesal?
Yup, sangat-sangat-menyesal! Tapi… orang tua kata lagi, nasi dah jadi bubur so aku telan saja lah. Kau orang nak tahu kisah aku tak? Kisah aku ni biasa-biasa je. Tak gempak. Tak berselirat. Tak ada air mata (emmm…) tapi sangat bermakna dalam hidup aku. Kisah yang aku tak pernah ceritakan kepada sesiapa pun. Hanya aku dan kau orang yang sedang baca je tahu kisah di sebaliknya.
Okey, meh aku mulakan cerita…
Perbezaan antara kisah aku dan kisah dalam filem dan novel adalah. Aku memaksa diri aku berkahwin dengan dia. Bukan sebab aku ni mangsa rogol (no.. no.. nooo). Atau bukan sebab mak ayah aku keluarga kaya dan dia pun keluarga kaya atau bukan sebab, kita orang dipaksa kahwin oleh keluarga sebagai syarat untuk mewarisi harta.
Tak.
Tapi... sebenarnya kita orang berdua yang setuju untuk memaksa diri masing-masing berkahwin.
Jadi, ini kisah kahwin paksa ke?
Entah. Aku pun keliru.
Tapi apa yang pasti, aku setuju berkahwin dengan dia kerana...
1) Aku perlukan tempat berteduh. Maksud aku... rumah free. Maklumlah sewa rumah kat bandar KL ni mahal! Cari housemate? Sorry, never! Pernah terkena, housemate aku simpan dadah dalam rumah! (face-freeze)
In KL, I trust nobody!
2) Sepanjang aku bercinta dengan mana-mana lelaki. Tak pernah dia orang ajak kahwin.
3) Tentulah sebab, dia handsome juga. Kalau muka pecah seribu takut juga aku nak kahwin.
4) Dia dah ada girlfriend. Tapi... banyak pihak tak suka dia orang kahwin. Jadi, bila dia kahwin dengan aku ramai yang suka sebab itu dia ajak aku kahwin. Dan aku tak kisah dengan alasan tu sebab... aku tak rugi apa-apa pun. (nanti aku citer)
5) Mestilah sebab umur aku ni umur had patut berkahwin.
6) Sebab... aku tak cintakan dia pun. Jadi, kalau dia nak madukan aku nanti, tak adalah aku nak marah sangat. Atau, kalau dia nak ceraikan aku pun tak adalah aku sedih sangat.
7) Sebab terakhir... aku percayakan dia.
Aku kahwin dengan siapa sebenarnya ni? Mesti kau orang nak tahu kan?

Bersambung...

Tuesday, 20 August 2013

Akhirnyaaa!!!

Wahai teman2 ku RSP'an... akhirnyaaa.. penantian kita berakhir... Terukir Cinta a.k.a Terukir Cinta di Bintang dah nak keluar daaaaahhhh... sikit masa saja lagii... tictoctictoc...

Ini rupa bajunyaa...

Cover design by : RSP Team

Bookmark

Ai terujaaaa sangat. Pertama kali novel ai dikeluarkan mengunakan nama pena baru dan design cover idea konsep dari ai sendiri tapi designnya tentu saja dari pakar designer Red Scarf Publication sendiri, siapa lagi kalau tak my Mr P.. hehehehe.

uols dah order belum ni??

ai ada sediakan cenderahati yg biasa2 je utk pembeli terawal... taraaaa..

300 bookmark utk 300 pbeli terawal secara online, yg mana order dan payment buat sebelum 1 sept. Selepas 1 Sept takde ya, minta maaf.
12 keping key-chin utk 12 org pembeli WALK IN terawal di Pejabat Idea Kreatif. Comel tak?? heee


30 Machanical Pencil utk 30 pembeli WALK IN yg TERLEWAT menjadi 12 pembeli terawal tadi.

Jadi... jom la ramai2 serbu pejabat Idea Kreatif pada 1hb Sept nanti. Saya pun ada di sana sebab nak kena turunkan tanda tangan untuk pembeli walk-in dan yg dah order online.


Terima kasih kepada korang sebab sudi melepaking dekat blog ni dan jadi follower di sini... kepada silent reader, jgnla silentkan diri... jom add masuk ke group saya, dalam group tu macam2 cerita adaaaaaa.... hahahaha... hot dari oven pun akan diwar2 di group tu dulu... hehehe.

Apa pun... saya nak ambil kesempatan nk ucap jutaan-ribuan-terima-kasih dekat korang sebab sentiasa bersama2 memeriahkan blog ni.. memeriahkan e-novel di blog ni... korg mmg super-awesome-reader tauu! tq so muchhhh!

byee.. Assalamualaikum!




Friday, 26 July 2013

Berita Terkini!

Ini adalah poster promosi online. Cover bakal menemui anda tidak lama lagi.

Salam semua...

Seperti yg korang sedia maklum... e-novel Terukir Cinta di Bintang sudah ditukar tajuk baru iaitu TERUKIR CINTA. E-novel ini bakal menjadi novel dan Insya Allah akan terbit pada Ogos. Kemungkinan penghujung ogos. Kasi peluang korg beraya sakan dulu, lepas habis raya bolehla melayan TC. :)

Untuk mendapatkan berita terkini, sama ada bila order dibuka... tarikh launching... bila sudah diedar... boleh joint group atau page atau personel FB saya. Walau bagaimana pun saya tetap akan update berita di sini.. cuma mungkin terlambat sikit la.. heee..

Apa pun... terima kasih sangat2 pada semuaaaaa geng-geng/follower/Silent reader di blog ini. Kerana korang saya terus bersemangat untuk terus menulis! Lv u all!!





Bab 17 : Terukir Cinta a.k.a TCDB


Bab 17

~ Khalif Aufa~

“ABANG, pinjam name tag.” Khalif memang panggil pemandu peribadi ayah dia dengan panggilan abang.
Lagi pun jarak usia mereka  berbeza sepuluh tahun. Tapi abang Jamil kelihatan lebih tua dari usianya mungkin kerana dia mengidap kencing manis menyebabkan dia nampak tidak bermaya dan rambut dia yang sedikit beruban.
“Nak buat apa tuan?” Jamil kerutkan dahi.
“Saya belum dapat saya punya. Malas nak suruh receptionis tolong bukakan,” balas Khalif, menanti dengan sabar Jamil menyerahkan tag kerjanya.
“Tak apa, nanti abang minta Nurul tekan butang untuk tuan.” Jamil serba salah. Takkan tuan baru dia tu nak pakai tag nama driver pula.
“Abang ni kedekut betul.” Khalif mengusik.
Jamil tersengih.
“Takkan K nak pakai tag nama ni?” Panggilan ‘tuan’ bertukar menjadi ‘K’.
Sebenar dia dengan Khalif memang dah kenal rapat. Maklumlah, dari Khalif belajar dekat kolej lagi dia dah bekerja dengan Dato’ Harun. Cuma dekat pejabat dia terpaksa mengunakan panggilan ‘tuan’ supaya pekerja lain tak salah faham. Kalau ikutkan Khalif dia memang tak suka Jamil panggil dia ‘tuan’, geli katanya!
“Tak kisah.” Khalif terus menghulurkan tangan.
Dengan wajah berat Jamil menyerahkan tag mananya kepada anak majikanya.
“Abang dah makan?”
Jamil kelihatan serba-salah.
“Okey, nanti saya bungkus untuk abang. Boleh kita makan sama-sama dekat atas.”
“Kalau nak bungkus baik abang tolong belikan.” Jamil masih tak sedap hati.
“Abang duduk diam-diam kat sini. Saya nak merayap dulu lepas tu baru nak pergi beli makanan. Kalau saya pakai tanda nama ni pekerja tak kenal siapa saya,” ujar Khalif berdalih.
“Mesyuarat pagi ni jangan lupa. Nanti Dato’ marah kalau tak muncul. Semua pemegang saham datang tau,” pesan Jamil.
“Saya tahu, abang jangan risau.” Khalif tersengih, mengenyitkan mata.
Sebenarnya dia bukan nak pergi cari makan pun, saja nak tinjau-tinjau keadaan tempat kerja. Dah lama dia tak datang Emas Holding, dah dekat lima belas tahun. Banyak yang dah berubah. Sistem dan hiasan dalaman yang digunakan pun semakin canggih. Nampaknya Emas holding memang mengikuti peredaran semasa.
Oh, lagi satu, dia harap dapat bertembung dengan si gadis yang datang temu duga. Kalau si gadis tengok dia pakai tag nama ni mesti si gadis tak anggap dia penganggur. Kalau untung sabut, boleh dia pura-pura berkenalan, tanya nama dan nombor telefon.
Walau pun dia dah ada semua maklumat mengenai Nadia tapi dia tak boleh terus terjah jer. Mesti Nadia hairan dari mana dia tahu nama dan nombor telefon. Jadi, nak tak nak dia kena berkenalan juga dengan Nadia. Berlakon kena bijak.
Ketika dia menapak ke lobi terlihat Nadia berjalan keluar menuju ke café. Ini sudah bagus. Dia bergegas keluar. Sebaik saja dia sampai di belakang terdengar Nadia merungut.
“Wah! Mahal tiga ringgit! Haish, tak boleh jadi ni. Kalau aku tahu semahal ini baik aku pergi minum kopi di kedai mamak!”
Dia terus berdiri di belakang, dengan harapan agar Nadia menyedari kehadirannya. Namun, lain yang diharap lain pula yang terjadi.
 “Awak… awak pekerja Emas Holding, kan?”
Khalif terpinga. Berkelip-kelip mata memandang Nadia.
“Ya,” jawab Khalif sepatah. Biar betul ni, dia tak kenal aku ke?
 “Saya baru kerja di sini, terlupa bawa kad pekerja. Saya masukkan order saya dalam order awak boleh? Nanti saya bayar.”
Aik? Baru temu duga dah dapat kerja? Biar betul dia ni?
“Okey.” Khalif masih kehairanan.
Jimat tiga ringgit. Awak ambil tempat saya, ini pesanan saya.” Nadia menghulurkan kertas pesanannya.
Khalif tersenyum kecil. Menyambut kertas yang dihulur. “Dah berapa lama awak kerja kat sini?” Saja dia tanya soalan tu dengan harapan Nadia kenal siapa dia.
Nadia mendongak, agak lama. Mesti dia dah kenal aku! Khalif terus tersenyum menaik-naikkan kening mengharapkan Nadia ingat, tapi…
 “Erkk… baru… baru… je.” Gadis itu tergagap-gagap.
Lar! Tak cam lagi ke?
“Oh, awak datang temu duga hari ni, kan?” soal Khalif lagi. Kalau tak cam juga memang ada masalah pendengaran dan pengelihatan ni!
“Ya.”
“Wah, tahniah,” ucap Khalif.
“Erkk…” Nadia mendongak.
“Terima kasih.” Pantas saja gadis itu pandang ke arah lain, keluarkan telefon bimbit dan kemudian sibuk membelek majalah.
Niat untuk terus berbual terbantut. Pertama, sebab Nadia macam tak nak bercakap dengan dia dan ke dua, gadis ni memang sempoi! Selamba badak membebel fasal soalan mengarut tu depan semua orang! Aduhai, kalau aku terus ajak dia berbual mesti staff aku ingat lelaki malang itu adalah aku!
Nadia… Nadia…
Khalif menggeleng kepala, melangkah setapak ke depan. Sekali-sekala menjeling melihat Nadia yang asyik menjawab kuiz di majalah.
Sedang dia menanti pesanan siap, telefon bimbitnya berbunyi. Setiausaha papanya menelefon minta dia segera masuk ke bilik mesyuarat kerana tak lama lagi mesyuarat akan bermula.
Sebaik saja pesanan makanan siap, dia segera mendapatkan si gadis dan menyerahkan makanan tersebut dan kemudian bergegas pergi. Sesi perkenalan terpaksa dibatalkan demi tuntutan kerja. Hari pertama kerja kut, mana boleh masuk lambat. Nanti semua orang tak percaya dengan kebolehan dia.
Emmm… melepas lagi!
Tak apa Nadia… our day will come.

BERSAMBUNG